Apa Kesan Us Kenakan Cukai Import 1 Kg Gold Bar
US Kenakan Cukai Import 1 Kg Gold Bar – Apa Kesannya Kepada Pelabur Emas Malaysia?

Pada 8 Ogos 2025, dunia pelaburan emas dikejutkan dengan berita Amerika Syarikat mengenakan tarif (cukai import) ke atas jongkong emas seberat 1kg dari Switzerland. Berita ini dilaporkan oleh Financial Times dan Bloomberg, menyebabkan harga emas global naik mendadak dalam masa singkat.
Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Sebelum ini, bar emas 1 kg biasanya bebas cukai di US.
Tiba-tiba, kastam US tukar kod import emas 1 kg daripada kategori unwrought kepada semi-manufactured — automatik kena cukai import.
Switzerland ialah hab pemprosesan emas dunia, jadi langkah ini beri kejutan besar kepada pasaran global.
Kesan segera: harga emas di pasaran hadapan New York melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah.
Kesan Kepada Harga Emas Apabila Kena Cukai Import
Jangka Pendek – Harga emas cenderung naik sebab panik dan gangguan bekalan.
Jangka Panjang – Faktor ekonomi global seperti inflasi, kadar faedah, dan ketidaktentuan politik akan terus menyokong harga emas.
Kitaran Harga Emas – Biasanya bila ada berita besar macam ni, harga akan melonjak, kemudian stabil semula bila pasaran dah “hadam” berita tersebut.
Tips Untuk Penyimpan Emas & Pelabur Emas di Malaysia
1. Gunakan Peluang Lonjakan Harga
Kalau kita dah simpan emas dalam tempoh yang lama, lonjakan harga macam ni boleh jadi masa sesuai untuk jual sebahagian emas kalau nak ambil untung.
Tapi lebih baik kita ikut nasihat Tuan Mohd Zulkifli Shafie – guru emas dan penasihat pelaburan yang dihormati — waktu terbaik untuk menjual balik emas adalah dalam tiga keadaan yang sangat strategik dan berlandaskan disiplin kewangan:
i. Bila Ada Peluang Tukar Kepada Aset Lebih Menguntungkan
Kalau emas yang kita simpan boleh “dipindahkan” kepada aset lain yang berpotensi beri pulangan lebih lumayan — contohnya dapat beli rumah pelaburan harga runtuh atau nak pusingkan modal untuk bisnes yang memang dah terbukti untung — itu masa yang baik untuk lepaskan sedikit emas kita. Ambil peluang sebelum peluang tu hilang.
Testimoni pelaburan emas Public Gold akaun GAP dokumen sokongan pinjaman perumahan.
ii. Bila Sasaran Simpanan Dah Capai
Kalau dari awal kita simpan emas untuk tujuan tertentu — seperti nak pergi haji, bayar yuran universiti anak, atau buat duit muka beli rumah — bila jumlah simpanan dah cukup, itu tandanya emas kita dah “selesaikan tugasnya”. Masa tu sesuai untuk tukar semula kepada tunai dan capai matlamat.
iii. Bila Hadapi Kecemasan & Dana Tunai Dah Habis
Kadang-kadang hidup ni tak lari dari ujian. Kalau berlaku kecemasan seperti kos rawatan, kemalangan, atau masalah kewangan mendadak, dan tabung kecemasan kita dah kosong, emas boleh jadi penyelamat. Tapi pastikan ini pilihan terakhir selepas semua cara lain dah digunakan.
2. Konsisten Simpan Emas
Kalau kita masih di fasa membina dana kecemasan sebanyak 6-12 bulan gaji, jangan kejar timing harga. Teruskan simpan emas secara konsisten setiap bulan melalui Akaun GAP Public Gold — beli ikut gram, bukan ikut harga harian.
Paling baik terus buat potongan bulanan bila terima gaji secara Auto-Debit.
3. Fokus Emas Fizikal
Dalam ketidaktentuan global, emas fizikal Public Gold adalah aset sebenar yang tak bergantung kepada sistem kewangan digital. Public Gold menyediakan jongkong & dinar patuh syariah yang mudah dicairkan (ditunaikan) bila perlu. Kita boleh mulakan sama ada menabung emas secara berdikit-dikit dalam Akaun GAP atau pun dapatkan emas fizikal goldbar atau dinar.
Kedua-dua cara telah disahkan patuh syariah oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor sejak tahun 2016 lagi.
Sijil patuh syariah akaun GAP Public Gold
4. Diversifikasi Simpanan
Gabungkan simpanan emas fizikal dengan Akaun GAP. GAP sesuai untuk simpanan kecil & fleksibel, emas fizikal sesuai untuk simpanan jangka panjang & warisan.
Kenapa Pilih Public Gold?
Patuh Syariah – Diiktiraf oleh Amanie Advisors.
Spread rendah – Lebih untung bila jual balik.
Boleh beli serendah RM100 melalui Akaun GAP.
Jaminan beli balik 24 jam – Mudah dicairkan bila perlu.
Kesimpulan
Berita tarif cukai import emas 1kg oleh US ni cuma satu contoh bagaimana politik & polisi negara besar boleh memberi kesan kepada harga emas dunia. Tapi bagi kita di Malaysia, fokus utama tetap sama — simpan emas secara konsisten untuk lindungi nilai harta dari inflasi.
Kalau belum mula, mulakan simpan emas hari ini. Jangan tunggu harga naik lagi baru nak bertindak.
Masa terbaik mula simpan emas adalah 10 tahun lalu, masa kedua terbaik adalah hari ini.
Klik sini untuk panduan buka Akaun GAP Public Gold dengan hanya 4 Langkah Mudah step-by-step sekarang!
Cara Mula Simpan Emas dengan Public Gold
Buka Akaun GAP Public Gold – Percuma, hanya perlu IC & nombor telefon.
– Daftar Akaun GAP Dewasa (18 Tahun ke atas)
– Daftar Akaun GAP Junior (Bawah 18 Tahun)
Deposit serendah RM100 – Terus dapat rekod jumlah gram emas dalam akaun.
Pilih nak kekalkan dalam GAP atau keluarkan emas fizikal.
Nota: Anda juga boleh baca artikel berkaitan di blog ini seperti:
Pendaftaran Percuma Buka Akaun Emas Public Gold
Simpanan Emas Terbaik di Malaysia dan Indonesia
The post Apa Kesan US Kenakan Cukai Import 1 Kg Gold Bar? first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pelaburanemas.org/apa-kesan-us-kenakan-cukai-import-1-kg-gold-bar/