Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona


 





Berikut infografik ringkasan Sidang Media Pengarah JSJ Bukit Aman. Sidang Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah | 13 Ogos 2025


1.⁠ ⁠LATAR BELAKANG


1.1. Pada 16 Julai 2025 jam 0816 pagi, satu laporan polis bersabit KINARUT/1776/25; Papar/JP/SDR/00019/25 yang diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR) telah dibuat oleh (1)(L)(M) nama Azhari bin Abd Sagap (A1), merupakan seorang guru dan juga warden Asrama SMK (A) Tun Datu Mustapha. 


Laporan tersebut adalah berkaitan seorang pelajar perempuan asrama tersebut yang telah ditemui tidak sedarkan diri di kawasan longkang asrama tersebut.


1.1.1. Butiran mangsa (M1) adalah seperti berikut:
 • Nama: Zara Qairina binti Mahathir (P) – (M1)
 • Umur: 13 Tahun (120316-12-0030)
 • Bangsa: Kedayan / Brunei
 • Kerja: Pelajar Tingkatan 1, SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut, Papar


1.2. Pada 16 Julai 2025, jam lebih kurang 3:00 pagi, M1 telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berdekatan longkang asrama SMKA Tun Datu Mustapha.


1.3. Namun telah disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 jam lebih kurang 1.07 petang oleh Dr. Pavankumar a/l Balachandran. Sebab kematian adalah Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischemic Encephalopathy iaitu kecederaan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.


3.⁠ ⁠⁠2. DAPATAN SIASATAN


2.1. Penubuhan Pasukan Siasatan Khas Bukit Aman terdiri daripada sembilan (9) pegawai dan anggota untuk menyiasat kematian Zara Qairina adalah bagi memastikan siasatan dilakukan secara menyeluruh, profesional dan berintegriti.


2.2. Dapatan awal Pasukan Siasatan Khas Bukit Aman mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan berlaku dalam kes ini yang jelas adalah tiada permohonan bedah siasat dibuat oleh Pegawai Penyiasat. Tindakan tegas akan diambil ke atas Pegawai Penyiasat dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah kerana tiada penyeliaan.


3.⁠ ⁠PERSETUJUAN (CONSENT) OLEH IBU MANGSA


3.1. Namun begitu, siasatan mendedahkan terdapat persetujuan daripada ibu mangsa iaitu Noraidah binti Lamat enggan proses bedah siasat (post mortem) dilakukan. Dokumen berkaitan iaitu Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri. Dokumen ini ditandatangani oleh ibu mangsa, saksi, doktor dan pegawai penyiasat. Keterangan doktor bertugas mengesahkan perkara ini.


4.⁠ ⁠DAPATAN BEDAH SIASAT (POST MORTEM)


4.1.1. Satu bedah siasat telah dijalankan pada 10 Ogos 2025 yang diketuai oleh Dr. Jessie Hiu, Pakar Patologi Forensik HQE KK, Dr. Khairul Anuar bin Zainun, Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan Dr. Muhammad Uzair bin Ahmad Suriani, Pakar Forensik HQE KK.


Hasil post-mortem mendapati sebab kematian adalah sama dengan sebab kematian yang asal iaitu Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischemic Encephalopathy iaitu kecederaan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.


5.⁠ ⁠PROSIDING INKUES


5.1. Pada 12 Ogos 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan perbincangan bersama pejabat peguam negara dan telah bersetuju supaya permohonan prosiding inkues perlu disegerakan bagi menjawab pelbagai isu yang menjadi pertikaian. Tujuan inkues ini diadakan menentukan punca sebenar kematian.


6.⁠ ⁠ISU BERITA PALSU BERKAITAN KEMATIAN ZARA QAIRINA


6.1.1. Kertas siasatan bersabit isu ini telah dijalankan oleh USJT, D5 Bukit Aman dan tangkapan telah dibuat ke atas (1) (P) Melayu bekerja sebagai Guru. Kertas siasatan akan dirujuk ke AGC dalam tempoh terdekat.


Butiran tangkapan:
 • Nama: Siti Hajar Aflah binti Sharudin (39 Tahun)
 • Kerja: Guru SMK Taman Bunga Raya, Bandar Baru Bukit Beruntung, Rawang, Selangor
 • Status: Jamin Polis
 • Klasifikasi: Seksyen 4 (1) Akta Hasutan / Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998


6.1.2. Sejumlah lima belas (15) kertas siasatan telah dibuka berkaitan berita palsu termasuk berunsur hasutan, fitnah dan komen yang jelik melibatkan kes Zara Qairina. Pecahan: USJT (3), Sabah (10), Kuala Lumpur (1) dan Perak (1). Terdapat (2) kertas siasatan yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.


6.1.3. Siasatan setakat ini mendedahkan tiada anak VVIP terlibat seperti yang ditularkan.


6.1.4. Pemantauan oleh pihak SKMM berkaitan kandungan palsu sehingga 12 Ogos 2025:
 • Permohonan: 671
 • Diturunkan: 522
 • Penelitian: 131


7.⁠ ⁠HALATUJU SIASATAN


7.1. Selain daripada siasatan, pihak polis telah menjalankan sesi intervensi ke atas 124 pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang terkesan dalam kejadian ini. Tindakan ini dilakukan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang dan mengembalikan keyakinan pelajar-pelajar.


7.2. Dalam masa yang sama, siasatan juga menjurus kepada elemen kesalahan buli dan kemudiannya akan dilengkapkan untuk arahan lanjut. Kesalahan buli ini boleh diklasifikasikan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan iaitu causing a person to believe that harm will be caused. 


Hukuman bagi kesalahan ini pemenjaraan boleh sampai sepuluh tahun atau denda atau kedua-duanya. Tarikh permulaan kuat kuasa seksyen ini pada 11 Julai 2025.


7.3. Laporan kimia akan dipercepatkan bagi penyediaan laporan lengkap bedah siasat.


7.4. Mendapatkan laporan analisa forensik telefon yang dirampas.


Sumber : Sabah Info






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/info-terkait-kes-adik-zara-info-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 216 hits
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution KUANTAN 2 Ogos Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin N...
Hiburan Istana Seri Kinabalu Penglibatan Ahli Keluarga Tun Musa Aman Dalam Kes Adik Zara

Hiburan Istana Seri Kinabalu Penglibatan Ahli Keluarga Tun Musa Aman Dalam Kes Adik Zara

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 282 hits
Istana Seri Kinabalu menolak sekeras kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan ahli keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dengan insiden kematian seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Papar Dalam satu ...
Kes Zara Polis Siasat Akaun Tiktok Sebar Berita Tidak Sahih

Kes Zara Polis Siasat Akaun Tiktok Sebar Berita Tidak Sahih

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 312 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 KUALA LUMPUR 16 Ogos Polis sedang ...
Tak Patuh Sop Siasatan Kes Zara 3 Pegawai Polis Akan Dirakam Keterangan

Tak Patuh Sop Siasatan Kes Zara 3 Pegawai Polis Akan Dirakam Keterangan

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 406 hits
BernamaKUALA LUMPUR Sepasukan pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman akan ke Sabah bagi merakam keterangan tiga pegawai kanan polis terbabit siasatan awal kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir Timbal...
Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 437 hits
Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemui media pada majlis Pelancaran Program Kesenian dan Kebudayaan Lembah Pantai di PPR Kerinchi hari ini Foto Bernama KUALA LUMPUR Pihak berkuasa dan Suru...
Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 358 hits
Kes Zara Qairina AGC Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis PUTRAJAYA 6 Ogos Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir kepa...
Dahsyat Banggang Dia Makcik Mona Ni Ya Last La Aku Bawa Pasai Bodo Dia Pas Ni Soh Polis Tangkap Ja Lokap

Dahsyat Banggang Dia Makcik Mona Ni Ya Last La Aku Bawa Pasai Bodo Dia Pas Ni Soh Polis Tangkap Ja Lokap

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 207 hits
De De PMX BUKAN HAKIM TAK DAK KUASA NAK ARAH MAHKAMAH Mai sini nak habaq sat kat hangpa semua Jangan dok tuding jari tak tentu hala PMX Anwar Ibrahim tu bukan tok hakim bukan doktor forensik bukan polis penyiasat Dia PERDANA MENTERI bukan s...
Hiburan Kes Zara Qairina Polis Jumpa Catatan 51 Halaman Luahan Hati Tolak Dakwaan Cuba Tutup Kes

Hiburan Kes Zara Qairina Polis Jumpa Catatan 51 Halaman Luahan Hati Tolak Dakwaan Cuba Tutup Kes

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1104 hits
Melalui laporan Harian Metro Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Dewan Rakyat memperjelaskan hasil siasatan kematian Allahyarham Zara Qairina termasuk ada elemen buli pengabaian dan gangguan seksual sekalig...
Polis Menafikan Pembabitan Orang Kenamaan Dalam Kes Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir

Polis Menafikan Pembabitan Orang Kenamaan Dalam Kes Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Polis menafikan pembabitan orang kenamaan dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata polis mengesahkan tiada pembabitan VVIP yang dikesan ...
Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Beramal Dengan Ikhlas Pasti Merasainya

Berita Sedih Dari Kakak

Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Terung Buat Pc Menangis

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Oh My Gemini