Raih Lebih Rm200 Bilion Lawatan Pm Tidak Sia Sia






 Oleh: Noraini Nordin

ULASAN: Di sebalik kritikan pembangkang terhadap kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke luar negara, apa yang tidak disebut, bahkan disembunyikan oleh mereka ialah hasil daripada lawatan-lawatan tersebut kepada kemakmuran masa depan negara.

Pembangkang hanya memfokuskan kepada isu perbelanjaan dan mereka dakwa lawatan itu membazirkan banyak wang negara.

Tetapi, sedarkah mereka, dalam setiap lawatan yang dilakukan, PMX bukannya pergi untuk makan angin, berhibur atau bercuti.

Setiap lawatan yang dilakukan oleh PMX adalah atas urusan negara, khususnya mengukuhkan hubungan dua hala serta menarik pelaburan demi kemakmuran masa depan Malaysia.

Belum sekali pun Anwar pergi ke luar negara untuk bercuti atau berlibur.

Angka pelaburan sebagai bukti

Melihat kepada angka-angka pelaburan yang berjaya dibawa masuk sebagaimana diperjelaskan oleh PM di Parlimen pagi tadi, terbukti kini lawatan-lawatan tersebut memberi impak yang amat besar kepada masa depan negara.
Noraini Nordin
Dalam erti kata lain, ia bukanlah lawatan kosong yang membazirkan wang negara.

Menurut Anwar, negara berpotensi meraih pelaburan bernilai RM216.04 bilion hasil daripada beberapa lawatannya ke luar negara setakat ini.

Katanya, lawatan rasmi beliau ke China pada 29 hingga 31 Mac lalu telah menjana nilai potensi pelaburan sebanyak RM170.07 bilion manakala misi di New York, Amerika Syarikat, bulan lalu pula membawa hasil pelaburan bernilai RM4.74 bilion.

"Terbaru, hasil lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu pula, pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion membabitkan sektor-sektor tenaga boleh diperbaharui, logistik dan aeroangkasa telah berjaya dibawa masuk.

"Pelaburan terbesar daripada UAE ialah melalui Masdar iaitu pembangunan projek tenaga boleh dibaharui di Malaysia dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt (GW) bernilai RM37.8 bilion.

"Selain itu, pelaburan komited berjumlah RM2.1 bilion adalah dalam sektor logistik dan RM709.1 juta bagi sektor aeroangkasa,” tambah beliau ketika memperincikan hasil lawatannya itu di Dewan Rakyat.

Di waktu yang sama, Anwar berkata, bagi meyakinkan pelaburan China yang turut membabitkan syarikat automotif, Geely, beliau akan turun sendiri ke Tanjung Malim esok (Rabu) untuk merealisasikan pelaburan syarikat berkenaan di Lembah Teknologi Tinggi Automotif, di kawasan sempadan Perak dengan Selangor itu.

Bawa masuk pelabur hasil bukan sekelip mata

Oleh itu, jangan semudah itu sesiapa membuat tuduhan semberono dan tanpa fakta bahawa Anwar ke luar negara hanya membazirkan wang negara.

Membawa masuk pelabur, selain memerlukan komitmen dan kepakaran dalam meyakinkan syarikat-syarikat besar luar negara mengeluarkan wang mereka untuk menanam modal di negara kita, ia juga bukanlah sesuatu yang hasilnya boleh diperolehi dalam sekelip mata.

Sekurang-kurangnya setahun selepas komitmen pelaburan dimeterai, barulah hasil pelaburan itu dapat dilihat serta dirasai dengan terdirinya pelbagai infrastruktur bangunan dan peluang-peluang pekerjaan yang tersedia melaluinya.

Bayangkan dengan nilai pelaburan komited lebih RM200 bilion berjaya dibawa masuk hanya dalam tempoh 10 bulan Anwar menerajui negara, berapa besar kesannya kepada rakyat dan masa depan negara selepas ini?

Dengan kejayaan sebegitu besar dijana, tidak salah lagi bila Menteri Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menggelarkan Anwar sebagai “jurujual terbaik” untuk Malaysia.

Bersama pengalaman berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri, Tengku Zafrul tentunya kenal membeza antara kaca dengan permata.

_________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/raih-lebih-rm200-bilion-lawatan-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blackpink Jana Lebih Rm1 4 Bilion Menerusi Konsert Jelajah Born Pink

Blackpink Jana Lebih Rm1 4 Bilion Menerusi Konsert Jelajah Born Pink

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 232 hits
Wow banyaknya ARTIKEL BERKAITAN BLACKPINK yang juga merupakan salah satu kumpulan K Pop wanita yang terkenal sekali lagi berjaya meraih perhatian dunia selepas menjana lebih RM1 4 bilion menerusi konsert jelajah dunia mereka Kumpulan itu ba...
Lawatan Bukan Sia Sia

Lawatan Bukan Sia Sia

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 97 hits
Sejumlah 17 lawatan telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini dengan pulangan dalam bentuk pelaburan kerjasama antara negara dan keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia InfografikBernama BernamaNews
Puad Zarkashi Tak Harus Berlebih Lebih Menganjing Rakan Sendiri

Puad Zarkashi Tak Harus Berlebih Lebih Menganjing Rakan Sendiri

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 134 hits
Meskipun baru balik daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri dalam lawatan ke UNGA di New York dan kemudian membuat posting atau hantaran di media sosial yang mempertahankan Anwar Ibrahim daripada kritikan pembangkang ia bukanlah lesen ...
Lebih Banyak Klinik Swasta Patut Sertai Skim Perubatan Madani Ppim Malaysia Gazette 29 09 2023

Lebih Banyak Klinik Swasta Patut Sertai Skim Perubatan Madani Ppim Malaysia Gazette 29 09 2023

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia berharap lebih banyak klinik swasta menyertai inisiatif Skim Perubatan Madani yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu dapat mengurangka...
Sprm Temui Lebih Banyak Bukti Terkait Rasuah Radzi Jidin

Sprm Temui Lebih Banyak Bukti Terkait Rasuah Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 182 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerima pelbagai bukti baharu berhubung siasatan rasuah ke atas satu projek Kementerian Pendidikan berkaitan rundingan terus percetakan buku J Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta Ketua Pe...
Pn Pas Lebih Pembangkang Atau Khawarij

Pn Pas Lebih Pembangkang Atau Khawarij

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 347 hits
HarapanDaily comAHMAD MURSIFungsi pembangkang dalam negara demokrasi adalah untuk semak dan imbang perjalanan kerajaan Wacana yang sepatutnya adalah hal berkaitan tatakelola polisi pengubalan undang undang dan belanjawan kerajaan Di Parlime...
Mengenal Lebih Dekat Layanan Tour Eropa Dan Keunggulannya

Mengenal Lebih Dekat Layanan Tour Eropa Dan Keunggulannya

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 303 hits
Jelajahi Eropa bersama PT Berkat Wisata sahabat setia perjalanan Anda Dapatkan paket tour terpersonalisasi yang memenuhi semua kebutuhan dan harapan Anda Tim pemandu wisata berpengalaman kami siap membimbing Anda menjelajahi keindahan dan k...
Setelah Segala Celaan Pada Pmx Pn Pas Tak Mampu Pun Tawarkan Calon Lebih Baik

Setelah Segala Celaan Pada Pmx Pn Pas Tak Mampu Pun Tawarkan Calon Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 218 hits
SEBAB ITU MEREKA TAK LAYAK 1 Bayangkan bukan Anwar tapi Hj Hadi atau Sanusi yang berucap di PBB ditemubual majalah Fortune berjumpa syarikat 500 Fortune dan berkhutbah di New York Fuhh Mengerikan 2 Pemimpin bodoh menarik dan melahirkan peng...
Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala