Puad Zarkashi Tak Harus Berlebih Lebih Menganjing Rakan Sendiri




Meskipun baru balik daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri dalam lawatan ke UNGA di New York dan kemudian membuat posting atau hantaran di media sosial yang mempertahankan Anwar Ibrahim daripada kritikan pembangkang, ia bukanlah lesen untuk Ahli MT UMNO merangkap Speaker Dun Johor, Dr Puad Zarkashi untuk berlebih-lebih boleh melakukan “troll” atau “menganjing” menteri PKR yang tidak disukainya.


Dalam “troll” dan “menganjing” terbaru yang dilakukannya pagi tadi, di sebalik desas-desus Anwar akan melakukan rombakan kabinet, Puad menyarankan agar Rafizi Ramli dipindahkan daripada Menteri Ekonomi kepada Menteri Pelancongan.


Katanya, Rafizi sebagai Menteri Ekonomi gagal mengemukakan formula yang luar biasa, melainkan sekadar cadangan biasa iaitu masak dan makan di rumah.


Tambah beliau, mungkin Rafizi berjaya mengemukakan formula pelancongan yang berkesan selepas dipindahkan nanti, seterusnya tidak mustahil mampu tampil sebagai Menteri Pelancongan yang terbaik.


Siapa pun yang membaca hantaran Puad di media sosialnya itu dapat menilai ia adalah “troll” atau untuk “menganjing” Rafizi semata-mata.


Kepada Puad yang mengatakan Rafizi gagal sebagai Menteri Ekonomi, lalu “menganjing” wajar ditukarkan ke Kementerian Pelancongan, elok beliau menyelak terlebih dahulu hantaran-hantaran di laman sosial Timbalan Presiden PKR itu sejak beliau berada di dalam kabinet.


Semua usaha, idea, perancangan dan apa yang dilakukannya untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat sentiasa dimuatkannya dalam laman sosialnya untuk pengetahuan semua.


Jika seseorang itu mengikuti apa yang Rafizi lakukan selama ini, mereka pasti tahu beliau adalah menteri yang kuat bekerja.


Idea beliau, misanya masak di rumah lebih menjimatkan daripada melayan ketagihan makan di luar adalah sesuatu yang benar, cuma masih ramai enggan menerima atau melihat kebaikannya.


Tetapi itu bukanlah bermakna formula ekonomi yang dilontarkannya tidak menjadi atau tidak berkesan sama sekali, lagi pun semuanya memerlukan masa.


Di samping itu, ketika Rafizi berdebat dengan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, beliau turut menerima limpahan pujian atas idea dan kemampuannya.


Dalam hal debat itu, sudah tentu Puad sendiri tidak mampu berdebat sebaik atau selancar Rafizi.


Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan Puad juga tidak mungkin berani untuk berdebat dengan Syahir, Ahli Parlimen muda Pas itu.


Selain itu, dengan mencadangkan agar Rafizi dijadikan Menteri Pelancongan, apakah Puad bermaksud Menteri Pelancongan sedia ada, Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu daripada GPS sebagai menteri yang gagal?


Apa yang Puad mahu – beliau ingin Tiong ditukar ke kementerian lain atau digugurkan terus?


Paling penting untuk diingatkan kepada Puad sebelum mahu menganjing menteri-menteri bukan daripada UMNO dalam kerajaan perpaduan atau rakan sendiri, sedarlah dulu kedudukan dan kekuatan UMNO itu sendiri ketika ini.


Kita ini kalau nak menganjing orang lain, cermin diri dan parti sendiri terlebih dahulu.


Jika kita benar-benar kuat, bolehlah diterima, tapi kalau kita pun lebih ditolak rakyat, bahkan nak menang di Pelangai 7 Oktober depan ini pun masih mencungap-cungap, baiklah belajar untuk berhati-hati.


Lagi pula, tidak semua menteri UMNO menunjukkan prestasi yang baik dalam tugas mereka sejak 10 bulan lalu.


Kenapa tidak Puad bersuara mencadangkan kepada Perdana Menteri agar menteri-menteri UMNO yang tidak berprestasi baik itu dipindah atau digugurkan?


Terlebih penting untuk Puad sedar sebelum beliau terus bertambah seronok melakukan “troll” atau “menganjing” menteri lain pula selepas ini, terutama daripada PKR/PH, ingatlah bahawa isu DNAA Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi masih merupakan beban yang terpaksa ditanggung oleh Anwar dan kerajaan perpaduan, entah-entah sehingga ke PRU16 akan datang.


Kenapa tak nak “troll”dan “menganjing” Zahid Hamidi dalam hal tersebut? – ShahbudinHusin 29/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/puad-zarkashi-tak-harus-berlebih-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lebih Baik Sendiri Awan Senna

Lirik Lebih Baik Sendiri Awan Senna

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 167 hits
lama tlah kitajalani cinta berduaucap janji setiaapadaya pun tak bisatak ingin lagi berdustakau sakiti aku tuk kesekian kalinyanamun sulit tuk pergikarna takut sendiri lewati hari harikutanpa kau ada di sisitapi jika beginitak mampu ku berd...
Awan Senna Lebih Baik Sendiri

Awan Senna Lebih Baik Sendiri

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 237 hits
Awan Senna Lebih Baik Sendiri Lama tlah kita Jalani cinta berdua Ucap janji setia Apadaya pun tak bisa Tak ingin lagi berdusta Kau sakiti aku tuk kesekian kalinya Namun sulit tuk pergi Karna takut sendiri Lewati hari hariku Tanpa kau ada di...
Puad Zarkashi Sanusi Pemimpin Pembohong Nombor Satu

Puad Zarkashi Sanusi Pemimpin Pembohong Nombor Satu

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 157 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi menyelar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pemimpin pembohong nombor satu Ia berikutan kenyataan Sanusi yang mendakwa Datuk ...
Puad Zarkashi Sprm Kena Siasat Segera Dakwa Calon Pas

Puad Zarkashi Sprm Kena Siasat Segera Dakwa Calon Pas

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 296 hits
MUKHRIZ MAT HUSINSHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepatutnya menyiasat dan mendakwa calon Pas di Kuala Terengganu dan Kemaman berhubung isu rasuah dan sogokan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata amat ...
Apa Pencapaian Annuar Musa Dalam Pas Puad Zarkashi

Apa Pencapaian Annuar Musa Dalam Pas Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 226 hits
AKMAL MANAF Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi hari ini menyoal bekas rakan partinya yang kini dalam Pas Tan Sri Annuar Musa tentang pencapaiannya dalam Pas Annuar ajak ahli Umno masuk Pas jika mahu meneruskan perjuanga...
Budak 11 Tahun Maut Ditetak Rakan Bapa Tiri

Budak 11 Tahun Maut Ditetak Rakan Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 234 hits
Juwan Riduanam hmetro com myLOKASI kejadian kanak kanak maut ditetak oleh rakan bapa tirinya di perumahan pekerja di Felda Sahabat 30 Lahad Datu suspek dikenali Paulus Poka Lolo diburu FOTO Ihsan polisLahad Datu Kanak kanak lelaki berusia 1...
Koleksi Pantun Perpisahan Guru Rakan Sekerja Kenalan

Koleksi Pantun Perpisahan Guru Rakan Sekerja Kenalan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 188 hits
Dapatkan koleksi pantun perpisahan yang bermakna buat sahabat rakan sekerja guru dan kenalan anda disini Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat pedoman teguran kata kata semangat dan ...
Ibu Rakan Wanita Mengaku Salah Aniaya Anak Kandung

Ibu Rakan Wanita Mengaku Salah Aniaya Anak Kandung

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 163 hits
Ibu tunggal dan rakan wanitanya seorang warga Singapura menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini JOHOR BAHRU Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua