Semua Yang Doakan Anak Saya Saya Baca Satu Satu Dan Aminkan Bapa Lega Anak 3 Tahun Senyap Tiba Tiba Bercakap
“Semua Yang Doakan Anak Saya, Saya Baca Satu-Satu Dan Aminkan..” – Bapa Lega Anak 3 Tahun Senyap Tiba-Tiba Bercakap. Perkongsian seorang bapa mengenai ragam anak sulungnya yang masih belum pandai bercakap ketika usianya sudah tiga tahun telah tular di media sosial.
Sudah puas dipujuk dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengajar anaknya bercakap, namun segalanya belum membuahkan hasil.
Tambah mengharukan apabila anaknya, Uwais Darwish itu turut enggan menjamah makanan, sebaliknya hanya meminum susu untuk mengisi perut.
Bagaimanapun, pengarah drama, Shuhaimi Zulkefli mengaitkan perlakuan anaknya dengan gangguan makhluk halus.
Malahan, menerusi posting yang dimuat naik bapa berusia 30 tahun itu menunjukkan beberapa gambar dan video isteri serta anak lelakinya itu dikatakan diganggu entiti yang tidak boleh dilihat mata kasar.
Apa yang menakjubkan, selepas posting tersebut dimuat naik seminggu lalu, permata hatinya itu tiba-tiba boleh bercakap.
Salah satu catatan Shuhaimi mengenai gangguan yang dialami anaknya.
“Umur Uwais sudah tiga tahun, tapi dia tidak pernah makan apa-apa langsung selain susu dan tidak boleh bercakap sejak lahir. Kami suap nasi sebutir dan air pun dia tak nak.
“Bila saya dah tak tahan dan rasa seolah-olah ada gangguan, saya kongsi di Facebook. Selepas dua tiga hari, anak saya tiba-tiba menjerit ketika dimandikan.
“Tidak lama kemudian, dia boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Jelas bapa kepada dua cahaya mata itu, beliau dan isteri terkejut dengan perubahan mendadak anak mereka kerana kanak-kanak lelaki itu tidak tahu bercakap sejak dilahirkan.
Lelaki yang berasal dari Langkawi, Kedah itu menganggap keajaiban tersebut berlaku kerana berkat orang ramai yang mendoakan anaknya supaya lekas sembuh.
Kami suap nasi sebutir dan air pun dia tak nak. Bila saya sudah tak tahan dan rasa seolah-olah ada gangguan, saya kongsi di Facebook.
“Semua yang doakan anak saya di ruangan komen, saya baca satu-satu dan aminkan,” katanya.
Pasangan itu turut berusaha memulihkan keadaan anak mereka menggunakan perubatan moden dan rawatan Islam.
“Sebenarnya, kami sudah bawa Uwais jumpa doktor dan mereka kata dia ada tanda-tanda ‘mild autism’ seperti yang dialami oleh kebanyakan kanak-kanak seusianya.
“Dalam masa sama, kami berubat juga dengan ustaz. Seorang ustaz yang berkhidmat sebagai pegawai di jabatan agama negeri memberitahu saya, ada jin yang berkawan Uwais dan mengunci mulutnya untuk tidak bercakap dan makan,” demikian dakwa Shuhaimi.
Shuhaimi dan isteri memiliki dua cahaya mata yang berusia tiga tahun dan sembilan bulan. – Facebook
Di sebalik segala kejadian mistik yang melanda anak sulungnya itu, Shuhaimi mengakui bahawa ia berkaitan dengan penyakit yang dialami oleh isterinya.
“Sebenarnya, isteri saya sendiri yang sakit, orang kata ada saka dan kami dah buang sejak dua tahun lalu.
“Kita tak boleh simpan saka ni, kalau simpan jadi syirik. Kalau simpan juga, ibarat kita nak bagi dia makan untuk jaga kita dan bukan bergantung dengan Tuhan,” katanya.
Sumber: Shuhaimi Zulkefli
The post “Semua Yang Doakan Anak Saya, Saya Baca Satu-Satu Dan Aminkan..” – Bapa Lega Anak 3 Tahun Senyap Tiba-Tiba Bercakap appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/semua-yang-doakan-anak-saya-saya-baca-satu-satu-dan-aminkan-bapa-lega-anak-3-tahun-senyap-tiba-tiba-bercakap/