Rahsia Terbongkar 28 Keperluan Sebenar Yang Pelanggan Rahsiakan Dari Anda


Pernah tak anda terfikir, bagaimana kalau anda mampu untuk membaca apa sebenarnya yang difikirkan oleh bakal pelanggan anda.
 
Walaupun anda baru pertama kali berinteraksi dengan pelanggan tersebut, anda sudah boleh tahu, apakah sebenarnya keperluan yang ada pada dirinya.

Dapat tak anda bayangkan yang pada waktu itu anda mampu untuk jual apa sahaja kepada pelanggan tersebut.
 
Lagi banyak yang anda mampu jual, maka lebih banyak pendapatan yang dapat anda hasilkan. Hidup anda pasti akan berubah 360 darjah, kerana anda mampu untuk jual apa sahaja dan sentiasa mampu memenuhi keperluan pelanggan anda.
 
Bagaimana kita nak jadi hebat dalam menjual kalau kita sendiri tak faham dan tak tahu bagaimana cara pelanggan kita berfikir. Bila kita tak faham cara pemikiran mereka, maka agak sukar untuk tahu apa sebenarnya keperluan dan kehendak mereka.
 
Tahukah anda, sebenarnya sudah ada kajian dilakukan yang dapat mengenalpasti, apa sebenarnya yang pelanggan perlukan. Saya tidak akan menulis secara detail mengenai kajian yang telah dilakukan, sebaliknya saya akan terus fokus kepada matlamat utama, iaitu untuk kongsi apa dia sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan.
 
Namun jika anda minat nak mengetahui tentang kajian tersebut, ia sebenarnya berdasarkan kepada teori psikologi Abraham Maslow Hierarchy of Needs. Walaupun teori ini mungkin bukannya 100% tepat, namun saya dapati ada beberapa poin yang boleh dijadikan rujukan. Dari segi kelakuan, seseorang itu akan memenuhi keperluan yang paling asas terlebih dahulu, sebelum dia cuba untuk memenuhi keperluan lain.
 
Misalnya, selepas selesai keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, barulah dia akan fikir untuk penuhi keperluan berkaitan dengan emosi, contohnya untuk ketenangan minda, sebagai terapi, kekal sihat dan sebagainya. Ini akan saya ulas lagi dalam artikel ini.
 
Bila kita benar-benar tahu, apa yang pelanggan perlu, lebih mudah proses untuk kita yakinkan pelanggan tersebut bahawa keputusan untuk beli sesuatu produk yang kita jual adalah keputusan yang sangat tepat. Bukan semua pelanggan akan beri kerjasama dan bagitahu, apa sebenarnya yang dia perlukan. Maka disini, terpulang kepada kemahiran kita untuk cuba dapatkan maklumat, apa sebenarnya yang mereka perlu.
 
In Shaa Allah maklumat yang saya kongsikan disini akan dapat membantu anda.

 
Apa yang saya ceritakan dalam posting ini adalah berkenaan dengan apa yang pelanggan perlukan (needs), dan bukannya persoalan tentang apa yang pelanggan mahu (wants).
 
Bagi yang baru pertama kali dengar perbincangan tentang keperluan dan kemahuan, mungkin ada yang kurang jelas, apakah terdapat perbezaan antara keduanya?
 
Jawapannya sudah tentu ada. Berikut adalah perbezaan antara keperluan dengan kehendak atau kemahuan.
 
Keperluan
i. Merujuk kepada perkara asas yang diperlukan bagi membantu survival seseorang.
ii. Sesuatu yang WAJIB ada
iii. Jika tak dipenuhi boleh menyebabkan kerugian, kesakitan dan boleh menyebabkan kematian
iv. Keperluan seseorang tidak berubah sepanjang hayatnya
 
Kemahuan
i. Barang atau perkhidmatan yang diingini oleh seseorang, bagi memuaskan hati dan nafsunya
ii. Sesuatu yang dia HARAP boleh jadi miliknya, sama ada sekarang atau di masa akan datang
iii. Jika tak dipenuhi, ia sekadar menyebabkan rasa kecewa
v. Kemahuan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh beberapa faktor
 
Pada perkongsian kali ini, kita akan bincangkan apakah dia keperluan-keperluan yang mungkin ada pada pelanggan anda. Setelah kita tahu, apa sebenarnya yang mereka perlu, maka lebih mudah untuk kita berinteraksi dengan mereka dan memberikan khidmat yang terbaik.
 
Pelanggan kita pun akan jadi suka pada kita, sebab dia merasakan yang kita benar-benar faham dia. Baiklah, tanpa buang lebih banyak masa, mari kita lihat apakah keperluan yang ada pada setiap pelanggan.
 
Keperluan dari sudut Fungsi Keperluan yang paling asas adalah keperluan untuk dapatkan sesuatu produk dari segi fungsi produk tersebut. Mereka sanggup untuk bayar tak kira berapa harganya, asalkan ianya munasabah dan mampu memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
 
1. Boleh hasilkan lebih banyak duit Pelanggan anda perlukan duit. Tak percaya? Cubalah anda buat survey, dan tanyakan soalan seperti “adakah anda perlukan cara untuk buat lebih banyak duit atau jana pendapatan tambahan?”
 
Most likely, jawapan yang anda bakal terima adalah, Ya… Atau setidak-tidaknya pelanggan anda akan rasa tertarik dan minat untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.
 
Dia perlukan cara atau kaedah yang sesuai dengan dirinya untuk dia hasilkan lebih banyak duit.
 
Apa produk yang dijual kepada pelanggan, yang tujuannya adalah untuk membolehkan pelanggan tersebut buat lebih banyak duit?
 
Jawapannya ialah produk yang berkaitan dengan instrumen pelaburan, dan juga produk yang nilainya makin bertambah dikemudian hari.

Jika pelanggan beli produk tersebut, dia akan buat lebih banyak duit berbanding jumlah asal yang dibelanjakan semasa beli.
 
Untuk jual produk seperti ini, kita perlu nyatakan secara jelas, berapa banyak duit yang pelanggan tersebut bakal diperolehi dan berapa lama masa yang diperlukan untuk dapat hasil tersebut. Contohnya duit akan bertambah sebanyak 12% dalam masa setahun.
 
Selain itu, kita juga perlu yakinkan pelanggan dengan memberi bukti dan data-data yang boleh dipercayai bahawa produk tersebut akan bertambah dari segi nilainya atau dapat menggandakan duit pelanggan kepada berapa peratus.
 
2. Mampu menjimatkan masa Tanpa menggunakan produk anda, pelanggan perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 2-3 jam untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
 
Disebabkan tugasan tersebut mengambil masa yang sangat lama, biasanya orang akan elak atau tangguhkan aktiviti tersebut ke satu masa yang lain, bagi memberi laluan kepada tugasan lain yang lebih penting.
 
Tugasan tersebut mestilah cukup penting, dan nak tak nak, mesti dilakukan.
 
Contohnya aktiviti mencuci pakaian. Ia adalah aktiviti yang penting dan perlu dilakukan tapi disebabkan terlalu memakan masa, biasanya kita akan tangguhkan dulu.
 
Mencuci pakaian boleh mengambil masa 30 – 40 minit.
Kemudian mengeringkan pakaian menggunakan mesin dryer, perlukan lagi 30 minit.
Kesemua sekali perlukan lebih kurang 1 jam atau lebih.
 
Kalau produk anda berupaya untuk menjimatkan masa, ini adalah satu selling point yang sangat bagus. Anda hanya perlu tunjukkan atau terangkan bagaimana produk anda berfungsi untuk menjimatkan masa.
 
Antara produk lain yang dijual dengan menekankan kelebihan menjimatkan masa adalah seperti mi segera, kopi 3 in 1, frozen food dan banyak lagi.
 
Setiap orang ada 24 jam setiap hari. Bagi mereka yang sentiasa sibuk, ada macam-macam projek yang hendak dijalankan, masa yang ada ini dirasakan begitu suntuk.
 
Jika anda mempunyai produk yang mampu membantu pelanggan jimatkan masa, agar dia ada masa untuk buat projek lain, ianya pasti akan menarik perhatian pelanggan anda.
 
3. Mengurangkan risiko Ada banyak aktiviti atau pekerjaan yang datang dengan risikonya yang tersendiri.
 
Menjalankan bisnes adalah sesuatu yang berisiko. Namun, seseorang itu boleh mengurangkan risiko kerugian dengan melakukan beberapa perkara
i. Dapatkan khidmat konsultan untuk beri nasihat mengenai perjalanan bisnes
ii. Dapatkan juga khidmat akauntan profesional untuk menyediakan buku kira-kira dan memfailkan lhdn
iii. Beli buku panduan, masuk kelas dan datang seminar sebelum terus terjun dalam sesuatu perniagaan
iv. Jalankan bisnes menerusi kaedah yang rendah risiko seperti menjadi ejen dropship, hanya guna konsep pre-order, dan affiliate marketing
 
Produk seperti perlindungan insurans dan juga takaful juga sesuai dipromosikan menggunakan pendekatan untuk membantu pelanggan mengurangkan risiko.
 
Selain itu, peralatan atau aksesori berkaitan keselamatan juga boleh dipersembahkan dengan tujuan mengurangkan risiko.
 
Handphone casing dan screen protector untuk elakkan smartphone anda rosak teruk jika terjatuh.
Kamera cctv untuk jaga keselamatan bangunan kediaman, kamera untuk kereta juga boleh.
 
4. Produk lebih berkualiti Saya percaya, setiap orang pernah ada pengalaman terbeli produk yang murah semata-mata sebab tertarik dengan harganya yang lebih rendah. Namun akhirnya terpaksa beli lagi dan lagi sebab produk yang murah cepat rosak dan tak tahan lama.
 
Ada pelanggan yang sebenarnya tak ada masalah untuk bayar lebih asalkan produk yang dibeli tahan lama.
 
Kita juga sedia maklum, produk yang bagus kualitinya kebiasaannya agak mahal harganya. Kalau nak produk yang berkualiti, jangan mengharap harganya murah. Kalau nak produk yang murah, jangan terlalu berharap produk tersebut berkualiti tinggi.
 
Jika anda menjual produk yang agak mahal harganya berbanding produk lain yang hampir sama fungsinya, maka fokuskan kepada kualiti produk tersebut.
 
5. Produk lebih murah atau jimatkan kos Kali ini adalah kontra kepada produk yang berkualiti. Ada ketikanya, pelanggan perlukan produk yang murah atau yang dapat menjimatkan kos.
 
Ciri produk yang menepati keperluan ini adalah produk yang kita hanya akan pakai sekali sahaja. Produk tersebut tiada keperluan untuk digunakan secara berulang-ulang kali.
 
Walaupun harganya murah dan pelanggan dapat jimat dari segi kos, tapi bukanlah bermakna kualiti boleh dikompromi. Apa yang penting produk dapat berfungsi dengan sepatutnya pada kali pertama ia digunakan.
 
Ketika kedudukan kewangan dan ekonomi berada dalam kedudukan yang kurang baik, dapat beli barang yang murah harganya sudah cukup memadai. Namun setelah kewangan mula stabil dan jadi lebih baik, kebiasaannya pelanggan akan pilih produk yang berkualiti berbanding yang murah.
 
Jika produk anda murah dan berkualiti tinggi, itu lebih baik.
 
6. Menjadikan kehidupan dan urusan kerja lebih teratur Tidak dinafikan ada antara kita yang kurang pandai dalam bab-bab mengatur dan menyusun, tak kiralah sama ada menyusun barang-barang peribadi, jadual kerja dan sebagainya.
 
Bagi individu seperti ini, memang ada keperluan untuk dia membeli produk atau perkhidmatan yang mampu untuk membantu dirinya jadi orang yang lebih teratur.
 
7. Ada pelbagai pilihan variasi Sesuai untuk mereka yang jenis sukakan kepelbagaian, tak kira sama ada dari segi warna, corak ataupun reka bentuk. Orang macam ini, dia akan rasa teruja apabila produk yang dia suka tu mempunyai pelbagai pilihan warna ataupun corak.
 
Bagi sesetengah orang, memang ada yang tak kisah dengan kepelbagaian warna, corak dan sebagainya asalkan produk dapat berfungsi seperti yang diharapkan.
 
Namun jangan dilupakan golongan yang cukup seronok kalau ada pelbagai design.
 
Boleh juga lihat individu seperti guru, pensyarah, atau executive yang memilih untuk mempunyai kepelbagaian dalam pemakaian, pemilihan perfume dan aksesori.
 
8. Menepati citarasa atau custom made Cuba bayangkan, kalau anda berada dalam satu situasi dimana anda cukup sukar untuk mendapatkan sesuatu barangan yang betul-betul padan dengan keperluan anda.
 
Kalau shopping pakaian, tak ada satu pun butik yang mempunyai saiz yang betul-betul padan dengan bentuk badan anda.
 
Penyelesaiannya? Kena dapatkan produk yang ditempah khas, atau custom made khas untuk anda sahaja.
 
9. Memudahkan kerja yang selama ini sukar untuk dilakukan Ada sesuatu kerja yang selama ini sangat sukar untuk dilakukan, tapi dengan adanya produk yang anda jual, ia dapat memudahkan urusan kerja.
 
Dari pengalaman saya sendiri, ada beberapa produk yang saya beli bagi memudahkan kerja. Tanpa produk tersebut, saya tak akan mampu untuk hasilkan hasil kerja sama seperti yang saya harapkan.
 
Untuk produk dalam kategori yang dianggap memudahkan kerja adalah seperti software. Saya sendiri pernah beli software untuk membantu saya bina laman web dan juga software untuk menghasilkan design.
 
10. Mengelakkan masalah Masalah tersebut masih belum berlaku, tapi ada kemungkinan akan berlaku. Bertepatan dengan peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.
 
Sebelum sesuatu yang tak diingini betul-betul terjadi, ada baiknya kita buat sesuatu terlebih dahulu sebagai persiapan.
 
Andai kata masalah tersebut betul-betul berlaku, at least kita telah mempunyai back up plan.
 
Apakah produk yang menepati kriteria seperti ini? Produk ini dibeli sebab kita nak elakkan berlaku sebarang masalah yang lebih besar.
 
Saya terfikirkan produk-produk seperti jaket keselamatan, pelampung, airbag dan sebagainya.
 
11. Mendapatkan informasi Ada individu yang kerjanya sangat bergantung kepada keupayaan untuk memperolehi informasi yang terkini dan tepat.
 
Mereka perlu buat keputusan yang betul berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi. Sebagai contoh mereka yang terlibat dalam bidang jual beli saham.
 
Cuba bayangkan kalau mereka membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat atau berita yang tidak tepat. Sudah tentu ini bakal mengakibatkan kerugian yang sangat besar.
 
12. Sensory appeal atau kelihatan menarik dari segi deria Saya pasti anda biasa dengar istilah berpewatakan menarik. Bagaimana agaknya seseorang itu dikatakan sebagai berpewatakan menarik?
 
Adakah dari segi percakapan, perbuatan, pakaian atau ada perkara lain. Bukan setakat pelanggan kita, kita sendiri pasti mahu dilihat menarik pada pandangan orang lain.
 
Tak semestinya perlu jadi kacak atau cantik jelita, untuk menepati keperluan ini.
 
Produk kosmetik, perunding imej, mereka boleh perform dengan baik apabila mereka faham dengan jelas bahawa pelanggan anda mahu kelihatan menarik.
 
Keperluan dari sudut Emosi Dalam 12 poin sebelum ini, perbincangan kita menyentuh kepada elemen yang diperlukan oleh pelanggan dari sudut fungsi. Pelanggan membuat keputusan untuk membeli kerana mereka mahukan fungsi yang terdapat pada produk.
 
Walaubagaimanapun, terdapat produk yang dibeli bukan semata-mata sebab fungsi produk tersebut, sebaliknya produk tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap emosi pelanggan. Apabila emosi pelanggan tersentuh, setelah mereka mula faham tentang produk tersebut, maka dia pun buat keputusan pembelian.
 
Sekarang kita akan lihat beberapa keperluan dari sudut emosi pula.
 
13. Ketenangan minda Pelanggan buat pembelian, bukan semata-mata sebab dia perlukan produk tersebut, tapi sebab untuk dapatkan ketenangan minda.
 
Produk yang menepati ciri ini ada beberapa, antaranya pelan insurans, sistem keselamatan, alat pencegah kebakaran dan sebagainya.
 
Orang yang merancang untuk pergi bercuti keluar negara, akan disyorkan untuk beli pakej travel insurance, bagi memastikan dia tidak alami kerugian sekiranya berlaku perkara yang tak diingini semasa bercuti.
 
Perkara yang tak diingini termasuklah terlepas penerbangan, kehilangan bagasi, kemalangan, jatuh sakit dan banyak lagi. Tiada siapa yang mahukan perkara-perkara tersebut untuk berlaku semasa bercuti.

Namun jika tetap berlaku, pelanggan boleh bertenang sebab semua itu telah di cover oleh syarikat insurans.
 
Kita buatkan pelanggan nampak, apa dia worst case scenario yang boleh berlaku pada dirinya. Boleh kemukakan kepada dia antara contoh-contoh kes dan peristiwa yang pernah berlaku kepada pelanggan yang terdahulu.
 
Kemudian kita tunjukkan, apakah tindakan kecil yang boleh dilakukan bagi memastikan tiada kerugian berlaku. Sudah tentu, tindakan kecil yang dimaksudkan disini merujuk kepada membeli produk atau servis yang anda tawarkan.
 
14. Kesihatan yang berpanjangan Sesetengah orang, dia tidak benar-benar menghargai nikmat memiliki tubuh badan dan kesihatan yang baik, melainkan setelah dia jatuh sakit.
 
Namun demikian, ada ramai juga orang yang sangat mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan. Individu seperti ini tidak kisah berbelanja lebih untuk memastikan dirinya kekal sihat.
 
Ya, dia perlu sentiasa sihat kerana dia sedar ada ramai insan lain yang bergantung harap pada dirinya untuk hidup. Jadi apakah produk yang anda jual mampu untuk memastikan individu tersebut kekal sihat atau mampu memperbaiki tahap kesihatan bakal pelanggan?
 
Kita bercerita mengenai pelanggan yang masih sihat dan dia ingin kekal sihat.
 
15. Ganjaran atau hadiah percuma Mungkin anda juga pernah berada dalam situasi yang mana anda membuat sesuatu pembelian bukannya sebab anda betul-betul perlukan produk tersebut, tapi anda lebih perlukan mata ganjaran, PV, ataupun hadiah percuma yang bakal anda dapat dari pembelian tersebut.
 
Setiap pembelian yang dilakukan, anda bakal menikmati ganjaran tambahan yang lebih besar nilainya. Lebih banyak anda membeli, maka lebih banyak ganjaran yang bakal anda perolehi.
 
Saya percaya, anda pasti sudah biasa melihat kempen-kempen seperti “beli dan menang” dan juga kempen “lebih banyak anda berbelanja lebih cerah peluang anda untuk menang hadiah”.
 
Boleh jadi penganjur bagi kempen seperti ini sedar bahawa sifat manusia yang perlukan ganjaran (keperluan untuk rasa seperti pemenang atau dihargai) , lalu mengeksploitasi keperluan tersebut bagi membuat lebih banyak jualan.
 
16. Mengimbau kenangan atau nostalgia Ini berkaitan dengan memori indah dimasa silam atau ketika zaman kanak-kanak, remaja atau pada mana-mana peringkat usia.
 
Pada peringkat usia seperti ini, kita belum lagi dibebankan dengan tanggungjawab yang besar dan hutang piutang. Kita dapat menikmati masa tersebut dan membesar tanpa sebarang masalah. Jika boleh kembali ke zaman remaja pasti ramai yang mahukannya.
 
Tapi kita sedia maklum, teknologi time travel mungkin hanya sekadar fiksyen. Kita tak boleh kembali ke masa lampau, namun kita boleh kembalikan nostalgia yang lalu.
 
Katakanlah semasa zaman remaja, seseorang itu membesar dengan lagu-lagu dari kumpulan seperti West Life, Backstreet Boys dan sebagainya. Bila sudah dewasa, tak pelik kalau dia sanggup bayar mahal untuk beli tiket konsert, jika artis tersebut buat konsert reunion secara live.
 
Pengumpul barangan antik atau barangan lama juga berbuat demikian kerana ada nostalgia dan memori indah yang berkait rapat dengan barang tersebut.
 
17. Hiburan / Pengalaman berharga Setiap orang perlukan hiburan, dan sudah tentu lain orang maka lainlah caranya untuk dia berhibur.
 
Ada orang yang menghiburkan dirinya dengan cara pergi bercuti.
Ada orang menjadikan kunjungan ke restoran mewah sebagai satu bentuk hiburan.
 
Apa yang penting ialah, kita dapat tunjukkan kepada golongan sasaran bahawa dengan melakukan sesuatu aktiviti, atau membeli produk yang anda jual dapat memberikan keseronokkan dan pengalaman yang sangat menarik.
 
Pengalaman yang menarik atau hiburan itu, tak semestinya untuk diri pelanggan tersebut semata-mata. Ia boleh juga untuk orang lain.
 
18. Meningkatkan daya tarikan pada diri Keperluan untuk kelihatan menarik pada pandangan orang lain, juga ada dalam diri manusia.
 
Walaupun seseorang itu akan kata, aku pakai barangan berjenama, kenderaan mewah, barangan kemas dan sebagainya hanyalah untuk kepuasan diri sendiri, hakikatnya dia juga mahu dilihat dan diperhatikan.
 
Keperluan  untuk menarik perhatian orang lain, atau dilihat menarik pada pandangan orang lain, tidaklah dalam konteks sehingga dapat meletakkan diri individu tersebut dalam bahaya.
 
19. Keunikkan reka bentuk Kita nak beli dan memiliki sesuatu, tetapi kita tak mahu barang yang kita beli tersebut sama seperti yang orang lain beli.
 
Mungkin kita nak beli baju, handbag atau mungkin jam tangan, tapi kita tak suka kalau ada orang lain yang pakai design yang sama dengan yang kita pakai.
 
Sesetengah orang akan rasa malu apabila terjumpa orang lain yang pakai pakaian yang exactly sama macam yang dia pakai.
 
Maka dia akan pilih untuk beli something yang limited edition, designer product, asalkan dia nampak berbeza berbanding orang lain.
 
20. Mendapat Akses bagi apa sahaja tujuan Akses disini mestilah sesuatu yang eksklusif. Pembelian yang dilakukan oleh bakal pelanggan akan melayakkan dia untuk berjumpa dengan artis kegemaran, tokoh politik, pakar dalam bidang tertentu atau apa sahaja.
 
21. Tanda penghormatan Seseorang itu dianggap sebagai bukan sesiapa, atau nobody, sehinggalah dia berjaya mendapatkan gelaran-gelaran tertentu pada namanya.
 
Gelaran, pangkat, jawatan semua ini dapat memudahkan diri seseorang itu mencapai matlamat organisasi ataupun matlamat peribadi.
 
22. Terapi Terapi merujuk kepada satu bentuk rawatan bagi memulihkan atau mengatasi masalah-masalah berkaitan fizikal, mental (emosi) atau sosial seseorang tanpa perlu bergantung kepada sebarang ubat-ubatan.
 
Sesi rawatan dan urutan di spa dapat melegakan sakit-sakit badan dan merehatkan otot-otot badan yang selama ini bekerja kuat, tanpa perlu makan ubat tahan sakit.
 
Percutian ke tempat percutian tertentu, sebagai short vacay dapat memberikan ketenangan minda tanpa perlu bergantung kepada ubat anti depression.
 
Keperluan yang berkaitan dengan mengubah kehidupan Kehidupan kita ini akan melalui beberapa fasa. Fasa semasa masih bayi, kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Ianya tak statik dan benarlah kata bidalan, hidup ini umpama roda, ada ketika kita dibawah, dan ada ketika kita diatas.
 
Pelanggan yang ada kesedaran untuk mengubah dirinya, jadi lebih baik of course, maka keperluan-keperluan seperti dibawah ini akan terlihat pada diri mereka.
 
23. Meningkatkan motivasi diri Jangan rasa pelik, kenapa ada sesetengah orang sanggup bayar mahal-mahal sebab nak datang ke seminar untuk meningkatkan motivasi diri. Kalau kena bayar sampai ribuan ringgit pun dia sanggup.
 
Kita yang tengok pun jadi pelik. Kenapa ya? Bukankah lagi baik, daripada dia habiskan duit pergi seminar, dia beli je buku-buku motivasi ataupun beli benda lain yang lebih penting.

Sebenarnya, apa yang sedang berlaku? Kita menilai tindakan orang lain, berdasarkan kepada apa yang kita sendiri rasa dan perlu.
 
Sedangkan, orang yang sanggup berbelanja besar (bagi tujuan yang kita rasa suatu pembaziran) mereka sudah mempunyai keperluan asas yang mencukupi. Keperluan untuk melengkapkan sesuatu fungsi dan juga keperluan dari segi emosi.
 
Apa yang masih belum cukup, bagi dirinya dan perkara tersebut adalah perkara yang dia sangat perlukan adalah untuk meningkatkan motivasi diri.
 
Bagaimana untuk jadikan diri mereka lebih bermotivasi dan semangat agar dapat menghasilkan produktiviti yang lebih baik.
 
Of course, bagi individu yang keperluan-keperluan paling asas juga masih belum dapat dipenuhi dengan sempurna tak akan nampak hakikat ini. Mereka akan merasakan, keluar duit untuk pergi seminar adalah satu pembaziran.
 
Manusia ini, pada satu tahap dalam hidupnya akan perlukan motivasi.
 
24. Mewarisi pusaka keluarga Menjadi pewaris bagi harta tinggalan keluarga, juga adalah salah satu perkara yang diperlukan oleh seseorang.
 
Maka disebabkan itu kita dapat lihat ada sesetengah orang yang sanggup buat apa sahaja untuk menjadi pewaris kepada harta yang ditinggalkan.
 
Menjadi pewaris dapat merubah nasib dan kehidupan seseorang, terutama sekali jika harta yang diwarisi itu nanti sangat banyak atau besar nilainya.
 
Adakah anda mempunyai produk yang mampu membantu pelanggan anda mewarisi harta keluarganya? Erm… kalau anda seorang lawyer, mungkin anda boleh bantu.
 
25. Memberi harapan Pernah tengok tak, ada individu yang beriya-iya ingin menjadi role-model kepada individu yang lain? Boleh jadi individu ini berkelakuan seperti itu kerana dia merasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa pada dirinya yang dapat memberi harapan serta mampu membawa perubahan kepada hidup orang lain.
 
Kenapa ada orang yang sangat minat untuk jadi penceramah motivasi? Adakah sebab dia seorang yang sangat tinggi tahap motivasinya?
 
Adakah sebab berceramah tentang motivasi tu senang? Kalau betul senang, cubalah anda buktikannya.
 
Atau mungkin dia nak buat semua itu sebab nak popular dan inginkan bayaran (sebab duit) semata-mata.
 
Tunggu dulu. Kita ni cukup mudah judge orang lain, dengan sangkaan-sangkaan yang kurang tepat dan lebih bersifat negatif.
 
Susah sangat ke untuk kita terima hakikat bahawa disana memang ada individu yang dengan ikhlas ingin memotivasikan orang lain, kerana bagi dia inilah perjuangan yang dia ingin lakukan.
 
Diluar sana ada ramai orang yang nampak kuat diluar tapi didalam hatinya hancur berkecai.
 
Maka para motivator, tak kiralah sama ada yang berbayar ataupun yang sukarela ini tampil memberikan khidmat, agar dapat memberi harapan kepada orang lain.
 
Dapat melihat orang lain kembali senyum dan dapat mengumpul semula kekuatan, itulah kegembiraan paling besar bagi dirinya.
 
26. Self-actualization Saya sebenarnya kurang pasti, apakah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi istilah self actualization ini. Hasil terjemahan menggunakan Google Translate memberikan jawapan aktualisasi diri.
 
Saya pun rasa seperti terjemahan tersebut kurang membantu.
 
Setelah saya membuat pembacaan dari beberapa sumber, yang membincangkan tentang makna self actualization, apa yang saya fahami maksudnya ialah kita mengenal potensi sebenar diri kita sendiri.
 
Ia merupakan satu proses atau keadaan dimana kita belajar untuk mengenal diri sendiri.
 
Pada keadaan ini, kita belajar untuk menerima kelemahan diri, memanfaatkan dengan sebaiknya kelebihan yang ada pada diri, tanpa ada rasa benci pada diri.
 
Rupanya, masih ramai lagi yang tak kenal siapa dirinya, dan masih lagi tercari-cari identiti dirinya. Mudah-mudahan, anda mampu untuk bantu pelanggan anda mengenali siapa dirinya.
 
27. Menjadi sebahagian dari organisasi, kelab atau pertubuhan Secara fitrah, manusia adalah makhluk yang suka bersosial. Kita tak suka hidup seorang diri dan sebolehnya kita ingin jadi sebahagian daripada satu kumpulan yang besar.
 
Kita mahu dikenali sebagai anak melayu, orang Islam, pakar kewangan dan sebagainya.
 
Jika diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli kelab atau pertubuhan yang berprestij, pasti kita akan rebut peluang tersebut. Walaupun perlu bayar.
 
“Jika tuan/puan beli produk ini, tuan akan dimasukkan dalam group khas untuk ahli VIP kami dan bakal dapat layanan first class.”
 
Walaubagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan setiap orang ada tanggapan yang berbeza, sama ada keanggotaan dalam sesebuah kelab itu dianggap sebagai sesuatu yang istimewa atau sebaliknya.
 
Keperluan dari segi memberi impak kepada masyarakat Ini adalah peringkat yang paling tinggi. Apabila semua keperluannya telah dipenuhi, dia mempunyai satu lagi keperluan yang paling tinggi, iaitu ingin memberi impak kepada masyarakat.
 
Sama ada dari segi idea pemikiran (ideologi), ataupun tindakan.
 
28. Self transcendence Peringkat ini adalah yang paling atas dalam hieraki keperluan seorang manusia atau pelanggan.
 
Pada ketika ini, dia telah memiliki segala-galanya yang diperlukan. Cuba anda bayangkan, jika seseorang itu sudah memiliki segala-galanya, apa lagi yang dia perlukan seterusnya?
 
Macam dah tak ada benda kan.
 
Pada ketika ini, mereka merasakan sudah sampai masa untuk mereka memberi sesuatu kembali kepada masyarakat. Mereka pun mula melakukan beberapam inisiatif yang dapat memberi impak kepada masyarakat, seperti mewujudkan tabung kemanusiaan, biasiswa, dan banyak lagi perkara kepada masyarakat.
 
Nama mereka akan makin dikenali dan semakin disebut-sebut sama ada di media massa ataupun media alternatif. Dengan menyumbang kekayaan kembali kepada masyarakat tidak pula menjadikan dia miskin, sebaliknya semakin kaya.
 
Sekarang ini, kita telahpun mengetahui, apakah dia perkara-perkara yang diperlukan oleh pelanggan kita. Ya, kita mungkin tak akan dapat ingat semua poin yang disenaraikan disini. Saya juga begitu.
 
Atau mungkin kita tak berpeluang untuk jumpa pelanggan yang mewakili setiap poin yang telah saya huraikan dalam artikel ini.
 
Saya sendiri, lebih banyak jumpa jenis pelanggan yang ada keperluan untuk buat lebih banyak duit, mahu memudahkan urusan.
 
Boleh jadi sebab niche yang saya pilih ini, pelanggannya mempunyai kriteria dan keperluan yang spesifik.
 
Sekiranya saya ingin menceburi niche berkaitan dengan percutian, maka saya tahu bakal pelanggan yang bakal saya hadapi, adalah mereka yang ada keperluan seperti mahu
1. Menjimatkan masa perjalanan
2. Mengelakkan risiko tertentu apabila berkunjung ke sesuatu kawasan
3. Kaedah yang boleh jimatkan kos tempat penginapan, pakej aktiviti
4. Itinerary untuk perjalanan percutian yang teratur
5. Pilihan destinasi pelancongan
6. Cara untuk elak sebarang masalah apabila bercuti
7. Travel insurans dan lain-lain perkhidmatan untuk ketenangan minda
8. Dapatkan pengalaman berharga bersama insan yang tersayang
9. Terapi minda untuk menghilangkan stress
 
Kesimpulan Saya harap anda dapat nampak dan boleh memahami mesej yang saya cuba sampaikan. Pengetahuan mengenai rahsia disebalik apa yang diperlukan oleh pelanggan, dapat membantu kita untuk membuat jualan (sales) dengan lebih baik.
 
Sebagai orang yang berada dalam bidang jualan, kita perlu peka apakah keperluan sebenar pelanggan kita, agar kita tidak tersalah memberi cadangan.
 
Sekali lagi saya ambil contoh, dalam bisnes berkaitan dengan percutian. Katakanlah pelanggan kita sebenarnya lebih perlukan satu aktiviti percutian yang dapat memberikan pengalaman indah dan berharga (point nombor 17).
 
Kalau kita benar-benar faham keperluan pelanggan kita, bolehlah kita fokuskan penerangan kita tentang aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.
 
Tak perlulah nak sentuh poin tentang bagaimana percutian itu nanti boleh jadi satu terapi (point nombor 22) dan boleh release tension serta stress.
 
Pelanggan tu nak something yang happy-happy, entertaining dan memberi pengalaman berharga, tapi anda cerita pasal terapi pula.
 
Silap-silap pelanggan tu tak jadi nak booking dengan anda, sebab dia merasakan perkhidmatan yang anda sediakan kurang relevan dengan apa yang dia perlukan.
 
Sekarang cuba anda letakkan diri anda dalam situasi orang yang buat bisnes dalam niche kesihatan dan kecantikan pula. Dari senarai yang anda baca disini, boleh tak anda buat senaraian, apa agaknya keperluan yang ada pada bakal pelanggan anda?
 
Jika anda merasakan apa yang saya kongsikan disini ada manfaatnya, boleh tak bantu saya dengan kongsikan link artikel ini di media sosial milik anda?
 
Saya tulis artikel ini dengan harapan ianya dibaca dan dapat membantu mereka yang masih baru dalam bidang jualan untuk jadi lebih mahir. Tapi kalau mereka tak pernah tahu kewujudan laman web saya, amatlah sayang sekali, sebab saya tak dapat nak sampaikan pengetahuan ini kepada mereka.
 
Jika anda sudi bantu kongsikan link artikel ini, In Shaa Allah pengetahuan ini dapat tersebar dan mudah-mudahan yang baca artikel ini akan berjaya buat lagi banyak jualan selepas ini.
 
Setelah anda benar-benar faham keperluan bakal pelanggan anda, waktu itu akan lagi mudah untuk anda bina ayat-ayat promosi dan juga ayat copywriting untuk menjual lebih banyak produk.
 
 
The post Rahsia Terbongkar! 28 keperluan sebenar yang pelanggan rahsiakan dari anda appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/apa-yang-pelanggan-anda-perlukan-sebenarnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Husam Letak Jawatan Terbongkar

Rahsia Husam Letak Jawatan Terbongkar

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 295 hits
Ramai tertanya tanya mengapa Husam Musa meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden AMANAH Semuanya dijelaskan oleh beliau pada wawancara melalui Sinar Live semalam
Tony Hawk Juga Mengumpul Skate Didalam Dunia Sebenar

Tony Hawk Juga Mengumpul Skate Didalam Dunia Sebenar

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 263 hits
Permainan Tony Hawk s Pro Skater 1 2 mendapat banyak pujian selepas pelancarannya pada 4hb yang lepas Permainan olahan semula ini adalah berdasarkan permainan klasik asal Tony Hawk 1 dan 2 yang pernah dilancarkan semenjak tahun 1999 untuk p...
Apa Niat Pas Sebenar Pengundi Bn Nak Ker Undi Pas

Apa Niat Pas Sebenar Pengundi Bn Nak Ker Undi Pas

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 338 hits
Semua kerusi parlimen PRU14 PAS bertanding Kalah Semua kerusi tidak mendapat undi lebih daripada 5k Kalau Parlimen pun sokongan kepada PAS failed Apatah lagi negeri PAS hanya akan merugikan perikatan nasional dan memberi ruang penuh kepada ...
Tak Sam4n Ibu Abam Pihak Hidayah Dedah Perkara Sebenar Yg Ramai Terkeejut

Tak Sam4n Ibu Abam Pihak Hidayah Dedah Perkara Sebenar Yg Ramai Terkeejut

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 217 hits
Peguam dilantik oleh isteri kepada Allahy4rham Abam Nor Hidayah Mohd Ali iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad menafikan anak guamnya ada memfailkan sam4n terhadap ibu mentuanya Sabariah Arshad seperti yang did kwa pelawak Ali Puteh Sebaliknya menu...
Ph Tidak Terlibat Secara Langsung Prk Slim Tidak Cerminkan Mood Sebenar Rakyat Dalam Pru

Ph Tidak Terlibat Secara Langsung Prk Slim Tidak Cerminkan Mood Sebenar Rakyat Dalam Pru

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 233 hits
Kemenangan besar calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Slim kelmarin bukankah cerminan sebenar sokongan rakyat kepada parti pro kleptokrasi itu dan tidak semestinya BN akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang...
Ceo Mypusaka Dedah Siapakah Waris Faraid Sebenar Arwah Abam

Ceo Mypusaka Dedah Siapakah Waris Faraid Sebenar Arwah Abam

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 335 hits
Nampaknya kemelvt antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah Pada Rabu Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan 31 bertindak memfailkan sam...
Makna Sebenar Romantik Lepas Kahwin Bukan Tenung Muka Isteri Tapi Suami Yang Rajin Sabar

Makna Sebenar Romantik Lepas Kahwin Bukan Tenung Muka Isteri Tapi Suami Yang Rajin Sabar

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 428 hits
Hidup berumahtangga banyak cabaranya tak semuanya indah tak semuanya manis Ada kala datang ribut melanda menguji kesabaran pasangan suami isteri Bagi yang dah lama mendirikan rumahtangga erti sebenar romantik bukan hanya pada pandangan mata...
Dah Minta Pisau Bagai Putar Belit Cerita Sebenar Pula Individu Diser4ng K Clique Bersuara

Dah Minta Pisau Bagai Putar Belit Cerita Sebenar Pula Individu Diser4ng K Clique Bersuara

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 382 hits
Selepas Tuju menjelaskan ins1den perg4duhan yang berlaku sebelum ini sebagai satu fitn4h Klouds dari kumpulan TTONTHEMOVE tampil bersuara Katanya ketika dihubungi Gempak dalam ins1den berlaku di Bukit Jalil itu dia dikepung dan diser4ng ahl...
Kamera Pengesan Suhu Tubuh Didapati Memberi Bacaan Palsu Gambar Muka Menunjukkan Suhu Tubuh Manusia Sebenar

Kamera Pengesan Suhu Tubuh Didapati Memberi Bacaan Palsu Gambar Muka Menunjukkan Suhu Tubuh Manusia Sebenar

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 275 hits
Semasa wabak SARS dan MERS menyerang dunia beberapa tahun yang lalu kerajaan Malaysia membelanjakan jutaan ringgit untuk melengkapkan lapangan terbang dengan kamera pengesan suhu bagi memudahkan proses saringan pengunjung Kamera termal ini ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia