Makna Sebenar Romantik Lepas Kahwin Bukan Tenung Muka Isteri Tapi Suami Yang Rajin Sabar
Hidup berumahtangga banyak cabaranya, tak semuanya indah tak semuanya manis. Ada kala datang ribut melanda menguji kesabaran pasangan suami isteri.
Bagi yang dah lama mendirikan rumahtangga, erti sebenar romantik bukan hanya pada pandangan mata atau kata-kata pujian yang manis tapi haruslah disertakan dengan perbuataan, kesungguhan dan keikhlasan. Ramai yang memilih untuk memiliki pasangan yang rajin berbanding pasangan yang hanya tahu menberikan kata-kata manis tapi langsung tak membantu.
Budak-budak zaman now duk up pasal suami Mira Filzah duk tenung muka dia sepanjang waktu tu ramainya aku tengok belum kahwin.
Mungkin banyak tengok drama korea barangkali.
Sedangkan aku rasa depa tak tau makna sebenar romantik. Nanti dah kahwin baru tau. Walaupun suami kau tak pernah tenung muka kau selalu-selalu, tapi:
1. Dia rajin tolong basuh baju, tolong angkat baju, tolong sapu, tolong basuh pinggan dan apa saja yang kau mahu tanpa perlu kau ulang suruh bertalu-talu.
2. Bagi duit belanja tiap-tiap bulan suruh beli lauk pauk supaya kau senang nak masak. Tapi tak kisah pun bila kau order Grab Food atau pun ajak kawan tu yang baru balik kerja pergi makan pulak kat kedai mamak.
3. Dia sabar je melayan segala karenah birokrasi dan isu politik dalam keluarga kau yang penuh suka duka, hanya sebab tak mahu kau bersendiri menahan luka dan rasa kecewa.
4. Dia boleh je ikut cakap kau nak ke sini ke sana, melayan kehendak masuk kedai emas lah, kedai kain lah, kedai handbag lah, ke mana lah, sebab dia tahu itu kiranya cara kau melepas lelah.
5. Dia kadang tak beli apa pun untuk diri sendiri, pakai barang buruk, pakai benda lama, sebab dia rasa seronok dapat berkorban duit beli kan kau barang berjenama.
6. Dia tak pernah soal kalau kau minta order barang kat Shoppee tanpa nak kata barang tu ada lagi, barang ni tak pakai lagi, sebab dia tak suka tengok muka kau muncung macam itik serati.
7. Dia sanggup buat 2-3 kerja, kadang rehat pun tak tentu masa sebab dia tak kisah susahkan diri dia janji boleh bina hidup yang senang untuk kau sekeluarga.
8. Dia sanggup naik motor preh…preh buruk dia pergi kerja berpanas berhujan. Tapi bagi kau naik kereta yang dia bayar bulan-bulan, asal saja terjamin kau punya keselamatan.
9. Dia tak kisah dulu kau saiz XS masa mula berkenalan, sekarang dah nak dekat XXL pun dia tak komen sembarangan sebab taknak kau nanti rasa sedih terluka perasaan.
10. Dia rela je telan segala benda yang kau masak, tak pernah kata tak sedap tak pernah kata taknak, sebab nak jaga emosi halus kau dari tiba-tiba tersentak.
11. Dia boleh tolong tengok dan urus anak bila kau minta nak rehat sejenak, sebab dia tahu urusan rumah tangga ni bukan hanya terletak di atas kau punya bahu.
Lagi satu…
Yang ditenung tu Mira Filzah dik. Mira dik. Filzah dik. Mira Filzah. Mira Filzah.
Kredit: Siti Suryani Yaakop
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Makna Sebenar Romantik Lepas Kahwin Bukan Tenung Muka Isteri, Tapi Suami Yang Rajin & Sabar appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/makna-sebenar-romantik-lepas-kahwin-bukan-tenung-muka-isteri-tapi-suami-yang-rajin-sabar/