Rahsia Taobao Panduan Import Barang Dari China Secara Online
Assalamualaikum. Haa, nama pun tutorial, mesti lah nak ajar macam mana nak beli barang secara borong dari China kan. Tutorial ni akan ajar anda buat duit dengan mudah bila anda sudah mahir mendapatkan sumber yang murah di Taobao. Bukan mudah nak dapat lubuk barang hebat dari China kan? Haa, ni Ayue nak share ni
Cara yang bakal Ayue share ni sangat menjimatkan kos sebab anda dah tak payah nak ke China lagi dah nak cari dan pilih barang. Semua tu kos ok! Bila kos tinggi, modal tinggi, jadi barang yang dijual pun terpaksa letak harga yang tinggi kan. Jadi bila dah cut kos perjalanan ke China, dapat lah anda menjual barang borong anda tu dengan harga yang murah sedikit. Pembeli mesti cari yang lebih murah kan. Anda boleh cuba jual baju raya ke, pokok fiddle fig atau skybird yang viral tu ke, perhiasan rumah, kasut raya, barang baby, eh banyak lagi lah
Mengapa TaoBao.com?
Mungkin ini soalan pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila Ayue menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com? Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?
Baiklah, biar saya terangkan kepada anda mengapa anda perlu memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk tempat anda memborong barang dari China.
Untuk pengetahuan anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?
Sebenarnya, Taoboa.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza...
Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong BESAR dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.
Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.
TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah... ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.
RAHSIA TAOBAOPanduan Import Barang Dari China Secara Online
(Versi 2020)
6 Rahsia Penting Dalam Ebook Ini!
Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku
Ada 5 ciri yang perlu diperhatikan apabila memilih barang yang mahu di borong di TaoBao. Jika barang tersebut memenuhi kelima-lima ciri ini, anda akan mampu menjana keuntungan yang besar dalam perniagaan anda.
Barang yang dipesan akan dapat sampai ke tangan anda dengan selamat dan dengan pantas, ianya juga akan menjadi rebutan kepada pelanggan-pelanggan anda.
Pastikan anda tidak beli dan borong apa-apa produk di TaoBao.com selagi anda belum mengetahui 5 ciri ini!
Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!
Ada 4 ciri produk yang perlu anda elakkan apabila ingin memborong barang di TaoBao.com. Jika anda membeli produk-produk ini, ada kemungkinan besar, anda akan menghadapi pelbagai masalah di kemudian hari dan terpaksa menanggung kerugian yang besar.
Jadi, seboleh-bolehnya, elakkan membeli barang yang mempunyai 4 ciri ini.
Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com
Ini adalah rahsia yang paling-paling-paling penting. Jika anda menyangka anda boleh terus pergi ke website TaoBao dan membeli barang disana seperti anda biasa membeli di website-website e-commerce yang lain!
Anda sedang melakukan KESILAPAN YANG SANGAT BESAR!
Berita baiknya, panduan ini akan tunjukkan kepada anda secara langkah demi langkah beserta secreenshoot-secreenshoot, bagaimana anda boleh membeli barangan di TaoBao dengan cara yang SELAMAT dan BETUL!.
Ya! Anda juga boleh menggunakan perbankan internet tempatan (maybank2u / cimbclicks dll) untuk membuat pembelian barang di website Taobao! Panduan ini akan tunjukkan caranya!
Rahsia 4 : Barang Kena Tahan Kastam? Atau.. Barang Tak Sampai? Apa Nak Buat?
Kadang kala, walaupun anda sudah melakukan semuanya dengan betul, tetapi ada juga perkara-perkara yang berlaku yang diluar jangkaan anda!!
Barang di tahan di Kastam!
Produk yang diorder tak sampai-sampai!
Produk sampai tapi tak sama seperti yang diorder atau tidak cukup kuantiti!
Apa nak buat? Jangan risau dan panik! Panduan ini akan tunjukkan juga kepada anda bagaimana anda boleh mengatasi semua masalah tersebut dengan tenang dan gembira!
Rahsia 5 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!
Setelah anda berjaya memborong barang dari TaoBao dan barang tersebut sudah sampai ke rumah anda dengan selamat..
Ada 5 kaedah untuk anda menjual barang-barang tersebut. Panduan ini akan tunjukkan anda 5 tempat dimana anda boleh jual brang-barang anda. Semuanya adalah secara online sahaja!
Anda hanya perlu lakukannya dari depan komputer anda sahaja!
Rahsia 6 : Proses Jualan & Teknik Meng"Ayat"
Bagi anda yang sudah biasa menjual produk fizikal secara online, rahsia ini mungkin kurang penting bagi anda. Tetapi bagi anda yang belum mempunyai pengalaman menjual produk secara online, ataupun sering gagal menjual produk secara online. Ada banyak tips serta ilmu yang boleh anda pelajari pada bahagian ini.
Malah, panduan ini juga turut berikan anda contoh ayat / skrip untuk anda menjual produk anda kepada orang ramai secara online
Banyak kan? Tapi nanti dulu. Bukan itu saja. Ada bonus lagi tau!
3 Buah Ebook BONUS Hebat!
Ketiga-tiga buah ebook bonus ini bukanlah ebook sampah atau ebook resell right. Ketiga-tiga ebook bonus ini adalah merupakan hasil tulisan saya sendiri agar ianya menjadi ilmu tambahan dan pelengkap untuk anda yang mendapatkan ebook Rahsia TaoBao.
Tiga ebook bonus yang Ayue maksudkan itu ialah.
BONUS #1 : Panduan Meledakan Jualan Menggunakan FanpageBONUS #2 : Kajian Kes - Sports Armband Untuk SmartphoneBONUS #3 : 8 Tips Emas Kejayaan Bisnes Borong Orang Cina
Jangan berlengah lagi. Cepat-cepat grab peluang yang ada ni. Bukan senang nak dapat tutorial lengkap macam ni tau. Rugi kalau anda tak rebut peluang yang ada depan mata ni. Manalah tahu tahun depan dah dapat hidup lebih selesa dari sekarang? Rezeki, siap tahu kan. Yang penting langkah pertama tu kena ambil dulu. Beli RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2020) ni ok
Klik Butang Dibawah Sekarang Untuk
Mendapatkan Ebook Yang Hebat Ini!
Semoga berjaya! Amen~
xoxo,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2020/12/rahsia-taobao-panduan-import-barang-china.html