Dulu Blog Boleh Hasilkan Rm100 Rm500 Sehari Sekarang Bagaimana


Pernah tak anda rasa rindu dengan zaman di mana menjana pendapatan online terasa begitu mudah?
 
Saya masih ingat lagi, blog pernah menjadi salah satu kaedah yang cukup berkesan dan mudah untuk menghasilkan pendapatan secara online.
 
Waktu itu, dengan hanya sebuah blog, anda boleh menjana RM50 hingga RM100 sehari tanpa perlu risau tentang persaingan yang sengit atau algoritma yang sentiasa berubah.

Mungkin ada juga dalam kalangan pembaca posting saya ini, yang turut pernah melalui dan merasai pengalaman yang sama seperti yang saya bakal bincangkan dalam artikel ini.
 
Biasanya pendapatan ini akan datang melalui
1. Hasil jualan produk affiliate
2. Program pengiklanan Adsense
 
Kalau rajin, boleh tambahkan lagi sumber pendapatan dengan menawarkan servis penulisan artikel advertorial, servis Search Engine Optimization, jualan produk digital dan sebagainya.
 
Kalau dicampur-campur, jumlahnya dengan mudah boleh mencecah sekurang-kurangnya RM50 – RM100 dalam sehari.

 
Pada masa dulu, saya beranggapan jumlah ini akan terus bertambah, dan memang betul, sampai satu tahap memang pernah pendapatan yang saya hasilkan boleh mencapai RM300 sehari. Masa tu memang dah siap pasang angan-angan yang saya akan jadi seorang penulis blog yang kaya satu hari nanti.
 
Tapi sudah tentu, semua ini tidak kekal lama.
Hakikat yang perlu saya dan kita semua terima, tiada satu pun yang dapat kekal selama-lamanya.
 
Sampai satu masa, perubahan akan berlaku.
 
Kalau dulu, perhatian pengguna internet lebih banyak difokuskan kepada laman web, blog dan sebagainya, kemudian apabila muncul platform media sosial, tumpuan mula beralih ke platform tersebut.
 
Tak lama selepas itu, platform seperti Youtube dan juga Tiktok lebih mula mendapat perhatian. Ini menambahkan lagi kepelbagaian dan variasi dalam ekosistem pemasaran digital.
 
Tumpuan dan fokus kini perlu dibahagi-bahagikan kepada platform yang berbeza.
 
Saya bukanlah maksudkan, satu orang perlu bahagikan masanya untuk baca blog, tengok Youtube, buka Tiktok, layan social media dan sebagainya.

Bukan begitu.
 
Maksud saya, kalau dulu ada 100 orang, kesemua ini akan fokus dan beri tumpuan kepada laman web dan blog sahaja. Kemudian apabila muncul platform media sosial, tumpuan itu mula beralih kepada 50 orang masih melayari blog dan lagi 50 orang sudah mula beralih kepada media sosial.
 
Seterusnya bila muncul lebih banyak platform baru, tumpuan pengguna internet makin bercabang. Bagi yang memang lebih suka konten dalam bentuk penulisan, mereka ini akan terus menjadi pembaca blog dan laman web.
 
Sebahagiannya sudah mula berubah dari segi kemahuan dan kehendak. Cara mereka berinteraksi dengan kandungan, atau menggunakan kandungan (consume content) juga mula berubah.
 
Lagi satu, kalau pengguna tersebut sudah dapat maklumat yang diperlukan, hasil daripada bersosial di platform media sosial, atau mengikuti kandungan dalam bentuk video, biasanya mereka sudah tidak ada sebab untuk luangkan lagi masa untuk baca perkara yang sama di platform blog pula.
 
Adakah kemunculan platform media sosial memberi kesan kepada blogging?
Sudah tentu ada kesan.
 
Bagi mereka yang sebelum ini, menggunakan blog sebagai platform untuk bersosial, mereka ini akan menjadi antara yang terawal untuk mula mencuba platform yang baru.
 
Kalau sebelum ini, dia banyak menghasilkan dan menyiarkan kandungan di platform blog, kini mereka terus beralih arah ke media sosial.
 
Persoalannya, kemunculan platform media sosial ini memberi kesan positif atau negatif kepada aktiviti penulisan blog?
Pada saya, media sosial memberikan kedua-dua kesan.
 
Ada kesan positif.
Ada kesan yang negatif.
 
Positifnya ialah, bila platform media sosial ini mula popular dan diterima ramai, kita sebagai penulis blog kini mempunyai saluran baru untuk mempromosikan karya penulisan kita.
 
Kalau sebelum ini kita lebih banyak bergantung kepada teknik search engine optimization (SEO), dan sangat bergantung harap kepada trafik yang berpunca dari halaman search engine. Tapi kini dengan adanya media sosial, kita boleh kongsikan sebarang posting baru yang kita hasilkan di platform media sosial milik kita.
 
Bila kita kongsikan link artikel kita di media sosial, kita mengharapkan supaya ada dalam kalangan rakan-rakan di media sosial yang akan nampak perkongsian kita dan mereka membaca karya kita.
 
Sama ada di personal profile ataupun di fan page yang kita bina khusus untuk mempromosikan karya penulisan kita.
 
Bila kita bercakap tentang media sosial, ia tidak terhad semata-mata kepada platform Facebook semata-mata. Sebabnya diluar sana ada banyak lagi platform media sosial yang kita boleh manfaatkan.
 
Ada twitter (X), LinkedIn, Instagram dan macam-macam lagi.
 
Walaupun idea ini nampak baik, namun algorithm facebook sebenarnya tidaklah begitu mesra dengan sebarang link yang kita cuba promosikan menerusi akaun kita.
 
Facebook mahukan penggunanya tetap setia dan berinteraksi antara satu sama lain di dalam ekosistem facebook itu sahaja. Sebarang link atau pautan yang akan membawa penggunanya keluar dari apps mereka, akan dilihat sebagai satu percubaan untuk merampas pengguna mereka untuk keluar dari apps.
 
Kebiasaannya posting yang mengandungi link keluar (outbound link), akan dihadkan dari segi capaiannya (organic reach). Kita pun tak tahu, setakat mana had yang diletakkan oleh pihak Facebook.
 
Mungkin daripada 100 orang rakan yang kita ada, hanya 3 orang sahaja yang akan nampak posting tentang link yang kita promosikan tersebut. Untuk kawan-kawan kita yang lain, posting kita itu nanti memang tak akan keluar di newsfeed mereka.
 
Tak kira apa platform yang kita ingin gunakan, satu perkataan yang kita perlu berikan perhatian adalah “Algorithm”.
 
Apabila platform media sosial mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna, ia secara tak langsung telah mempengaruhi kebiasaan bagaimana seseorang itu berinteraksi dengan kandungan di internet.
 
Pada zaman blog dan laman web, pengguna tidak ada masalah untuk membaca kandungan yang panjang, asalkan kandungan tersebut memang betul-betul relevan dengan topik yang sedang dibincangkan.
 
Lazimnya kandungan di blog ini, kita boleh persembahkan dengan kaedah yang lebih interaktif. Kita boleh selitkan penggunaan video dan juga imej yang relevan dengan perkara yang sedang diulas.
 
Tapi apabila media sosial mula popular dengan kandungan yang lebih pendek dan ringkas, sedikit demi sedikit tabiat pengguna mula berubah.
 
Pengguna lebih selesa untuk berinteraksi dengan kandungan yang pendek-pendek berbanding kandungan yang lebih panjang.
 
Kalau kandungan dalam bentuk artikel, pengguna akan lebih suka untuk membaca artikel yang pendek, berbanding artikel blog yang panjangnya boleh mencecah sehingga 10,000 patah perkataan.
 
Sudah tentu, sesuatu isu atau perkara yang sifatnya agak rumit, memang agak mustahil untuk dikupas dalam jumlah perkataan yang sedikit.
 
Kebangkitan platform media sosial ini, sedikit sebanyak memberi impak dan mempengaruhi cara individu masa kini berinteraksi dan memproses konten yang mereka temui.
 
Saya pernah terbaca sebelum ini, bahawa perubahan ini sebenarnya memberikan impak yang negatif kepada generasi muda. Kecenderungan mereka terhadap konten yang pendek, membuatkan mereka mudah hilang fokus apabila perlu mengkaji dan menelaah konten yang lebih panjang.
 
Sebagai contoh, baca buku.
Kalau boleh mereka hanya mahukan bahan bacaan yang ringkas-ringkas sahaja.
 
Umumnya, citarasa audiens mula berubah, kepada lebih berminat dengan konten yang ringkas dan berdurasi pendek semata-mata?
 
Mereka mahukan sebuah konten yang boleh berikan mereka kefahaman yang jitu berkenaan sesuatu topik, namun mereka tak mahu luangkan masa yang lama untuk meneliti konten tersebut.
 
Bunyinya memang agak kontradiksi, tetapi itulah yang mula berlaku.
 
Kalau dalam pembacaan artikel, ada kategori pembaca yang amalkan kaedah pembacaan jenis scanning, maka dalam video, ada penonton yang akan skip, atau fast forward kepada bahagian yang dianggap menarik sahaja.
 
Lagi radikal, adalah ada sebilangan pengguna yang akan terus swipe video yang dirasakan lambat dan tak menepati citarasa.
 
Saya bukan nak tuding jari kepada orang lain. Jujurnya, saya mula menyedari perubahan yang sama pada diri saya. Bila saya mula seronok dan selesa dengan konten tiktok, saya turut merasakan beberapa perubahan yang agak ketara berlaku pada diri saya. Saya sudah mula rasa susah untuk fokus dan berikan perhatian terhadap konten yang agak panjang.
 
Untuk individu yang memang dah terbiasa menghasilkan konten jenis artikel yang panjang lebar, perubahan ini sudah tentu memberi kesan dan sedikit tekanan.
 
Kita rasa terkesan sebabnya konten yang biasa kita hasilkan dah kurang diminati.
 
Kita mula rasa agak tertekan, sebabnya konten yang biasanya kita hasilkan mengikut ilham yang kita perolehi, perlu kita ringkaskan semata-mata untuk cuba memuaskan kelompok audiens kita yang sudah mula berubah dari segi cara mereka menghadam konten.
 
Perubahan-perubahan ini, bukan semata-mata tentang perubahan tentang terma dan syarat (terms & conditions), polisi, atau tentang peraturan penggunaan platform.
 
Sebaliknya, perubahan ini berlaku diperingkat individu audiens itu sendiri.
 
Sekiranya audiens yang kita cuba berkhidmat itu sendiri, sudah mula hilang minat terhadap konten yang kita hasilkan, bermakna kita sedang berdepan dengan masalah yang perlu tindakan segera.
 
Andai kita masih lagi nak terus berkeras dan cuba bertahan, kita mungkin sebenarnya sedang menipu diri kita sendiri, dan berharap bahawa keadaan akan kembali kepada asalnya.
 
Walhal kita sedia maklum, apabila sesuatu teknologi mula diperkenalkan, dan manusia mula menjadi pengguna kepada teknologi tersebut, kita tak akan kembali kepada kehidupan sebelum teknologi tersebut diperkenalkan.
 
Ini bermakna, sama ada kita perlu ikut berubah, ataupun cuba bertahan (dan buat keras) dalam keadaan semuanya sudah berubah.
 
Tapi pada saya, cara yang lebih baik adalah supaya kita juga turut berubah supaya kita boleh lebih relevan dengan realiti dan keperluan semasa.
 
Adakah ini bermaksud, kita perlu ramai-ramai memenuhkan dan berpindah platform baru yang disukai oleh pengguna tersebut?
 
Jawapannya adalah Ya dan juga Tidak. Oleh sebab saya tak mungkin boleh berikan jawapan yang dapat memuaskan hati semua orang, jadi jawapan yang saya dapat berikan adalah jawapan berdasarkan kepada pendapat saya sendiri.
 
Ia mungkin salah, dan boleh jadi ada sedikit yang betul.
Saya cuma harap pendapat saya ini mungkin ia dapat memberikan pembaca serba sedikit gambaran, apakah tindakan yang lebih tepat untuk dilakukan.
 
Untuk beralih platform, kita memerlukan skil yang spesifik dan selari dengan keperluan platform yang kita ingin gunakan.
 
Beraksi dan bercakap dihadapan kamera, tidak sama seperti menekan papan kekunci bagi menghasilkan ayat yang lengkap.
 
Boleh menulis, belum tentu pandai bercakap.
Pandai bercakap, belum pasti ada kemahiran menulis yang baik.
 
Sementara platform seperti Tiktok masih lagi menjadi sebuah platform yang diterima umum, maka kita perlu berikan perhatian yang lebih kepada platform tersebut.
 
Kita cuba untuk pelajari dan fahami, bagaimana algorithm platform tersebut berfungsi. Kita cuba buat ramalan yang cerdik berdasarkan kepada trend dan data (jika ada) untuk kita membuat jangkaan apakah masa depan platform seumpamanya.
 
Kemudian, carilah masa untuk cuba hasilkan kandungan dalam bentuk video.
 
Sampai bila, kita hanya ingin hasilkan konten dalam bentuk artikel semata-mata, kan? Saya rasa selepas beberapa tahun (saya sudah menjangkau belasan tahun) hasilkan konten dalam bentuk artikel, jujur saya katakan adakalanya rasa teruja untuk menghasilkan konten penulisan ada naik dan turunnya.
 
Ia berbeza sama sekali, dengan rasa teruja untuk hasilkan konten dalam bentuk yang baru, walaupun kita sebenarnya belum betul-betul mahir dan biasa dengan cara penghasilannya.
 
Masa hadapan, (atau mungkin sekarang) jenis konten yang lebih menarik minat pengguna adalah konten dalam bentuk video.
 
Walaupun saya masih sangsi, dengan kemampuan dan kemahiran saya untuk menghasilkan konten video, namun saya anggap ini semua adalah sebahagian daripada cabaran yang kita perlu lalui untuk menjadi seorang content creator.
 
Lagipun, salah satu kaedah pemasaran yang selalu saya cadangkan dalam blog ini adalah kaedah pemasaran “content marketing“.
 
Maka apabila pembaca sudah banyak yang mula beralih kepada platform video untuk mendapatkan maklumat, maka ini patut dijadikan sebagai satu signal yang kuat, untuk kita juga mula menghasilkan konten dalam bentuk video.
 
Bukanlah bermaksud kita perlu tinggalkan segalanya yang kita dah usahakan selama bertahun-tahun lamanya, namun kita cuba harmonikan usaha pemasaran kita mengikut trend dan realiti semasa.
 
 
The post Dulu Blog Boleh Hasilkan RM100 – RM500 Sehari, Sekarang Bagaimana? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/dulu-blog-boleh-hasilkan-rm100-sehari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Abang Aku Kena Banned Sebab Buka Baju Sekarang Promote Kaw Kaw Anas Tahir

Dulu Abang Aku Kena Banned Sebab Buka Baju Sekarang Promote Kaw Kaw Anas Tahir

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 84 hits
Penyampai radio yang juga merupakan adik kepada penyanyi Faizal Tahir iaitu Anas Tahir mempersoal tindakan segelintir pelakon yang menayang badan mereka secara terbuka dalam filem Anas berkata perkara tersebut sangat berlawanan dengan penga...
Gaji Boleh Cecah Rm900 Sehari Ramai Netizen Mahu Kerja Sebagai Tukang Batu Di Uk Lepas Dapat Tahu Jumlah Pendapatan

Gaji Boleh Cecah Rm900 Sehari Ramai Netizen Mahu Kerja Sebagai Tukang Batu Di Uk Lepas Dapat Tahu Jumlah Pendapatan

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 98 hits
Perkongsian seorang lelaki warga Malaysia yang bekerja di United Kingdom di TikTok meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi tentang pendapatannya di sana Videonya dikongsikan semula oleh gamispukak97 yang mendedahkan bahawa bekerja se...
Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna Fikir Dulu Sebelum Beli

Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna Fikir Dulu Sebelum Beli

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 96 hits
Disaat kos kenaikan harga barang yang tinggi ada baiknya kita meneliti dahulu apakah barang yang kita beli benar benar berguna untuk kita Bimbang sudahnya barangan ini tersadai di rumah malah mengambil sudut dan ruang rumah yang akhirnya me...
Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak Bengkak

Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak Bengkak

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 65 hits
Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak bengkak Anak perempuan Che Ta Aaisyah Dhia Rana mengalami bengkak bengkak di bahagian muka selepas makan ketam Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah H...
Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja

Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 80 hits
TAHNIAH HASSAN KARIM 1 December 2024Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat semalam memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim MPP ad...
Hishammuddin Kj Boleh Kembali Kepada Umno Jika Tunjuk Komitmen Seperti Tajudin

Hishammuddin Kj Boleh Kembali Kepada Umno Jika Tunjuk Komitmen Seperti Tajudin

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 77 hits
Kemasukan semula bekas pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin yang dikenakan tindakan sebelum ini mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya mereka menunjukkan komitmen seperti bekas Ahli Parlimen Pasir Sal...
Pekerja Gig Boleh Ikuti Pengajian Separuh Masa Program Tvet Di Giatmara

Pekerja Gig Boleh Ikuti Pengajian Separuh Masa Program Tvet Di Giatmara

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 64 hits
Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata GiatMara merumuskan satu program TVET untuk pekerja gig menyertai latihan kemahiran seperti selenggara penghawa dingin PETALING JAYA Pekerja gig kini boleh menyambung pelajaran dalam program pendid...
Video Sabah Rm450k Untuk Bayar Hutang Saya Boleh Pulangkan Rm500k

Video Sabah Rm450k Untuk Bayar Hutang Saya Boleh Pulangkan Rm500k

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 324 hits
Pasukan MalaysiakiniPemberi maklumat telah mendedahkan tujuh rakaman penuh perbincangan dengan pelbagai ahli Dewan Undangan Negeri Dia mendakwa bahawa jumlah wang tersebut adalah sogokan kepada ahli politik untuk menyokong permohonannya men...
How Does Executive Health Screening Work

Pas May As Well Be In Madani Govt

Ahli Sunnah Wal Jamaah Prinsip Akidahnya

Special Report 44 Photos From The 2024 Mooneyes Show

Usia 4 Tahun Jeimithra Cipta Sejarah Dunia Dengan 5 Rekod Hebat

25 Amazing Health Benefits Of A Morning Walk

3 Pelajar Maut 2 Parah Tangki Air Meletup Di Sekolah

Makan Pho Bo Di Restoran Aba Lagi


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Bunuh Rakan Senegara Polis Buru Lelaki Indonesia

Lelaki Pandu Kereta Tidak Sengaja Langgar Bekas Teman Wanita

Saatnya Kita Mula Sedikit Tidak Peduli

Hubungi Doktor Lepas Waktu Data Perubatan Anda Mungkin Dicuri Oleh Peretas Connectoncall

Runtuhan 50 Meter Dikesan Di Tebing Sg Kelantan

Trio Gergasi Kru Kembali Gegarkan Malaysia 3 Mei 2025 Konsert Genkru Bakal Jadi Sebuah Lagi Sejarah Epik Muzik Tempatan