Rahsia Rahsia Allah Yang Ditutup Rapat
Sesungguhnya Allah SWT telah merahsiakan beberapa perkara di atas muka bumi ini sebagai cabaran dan perangsang kepada kita.
Rahsia-Rahsia Allah Yang Ditutup Rapat
Credit Pic : SUMBER
Tahukah Anda 3 rahsia yang ditutup rapat-rapat adalah...
Rahsia-Rahsia Allah Yang Ditutup Rapat1. Jodoh
Takde siapa pun tahu jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir bagai nak rak macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak perkara yang kita fikir lagi serabut dan lost lah kita.
Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh kerana itu, perbanyakkan berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga.
Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa lah yang terbaik untuk bakal jodoh kita. Jadilah seorang yang baik, dapatlah nanti suami/isteri yang baik. Yang sudah ketemu jodoh, jagalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.
2. Rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat fizikal tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina syarikat yang besar. Ada orang berusaha satu hari, esok dah nampak hasil. Belajar main-main tapi result cantik. Baca sekali dah hafal and faham.
Ada orang sihat tubuh badan, satu kerja pun malas nak buat. Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama tahapnya. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berkali-kali pun susah nak faham.
Kekayaan, kejayaan ,keluarga, rezeki, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, otak boleh jadi tak betul dan rasa bagai nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu akan dalam mood kerisauan.
Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha kelak pasti akan berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya bagi orang yang rajib berusaha. .Orang bijaksana belajar daripada kesalahan dan kesilapan lampau. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita perolehi hari ini adalah perkara yang terbaik bagi membersihkan hati dan selalu bersyukur.
3. Ajal maut.
Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang mana tiada seorang manusia pon ketahui.
Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dianugerahkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Fikirkan kematian dan dosa sudah memandai untuk membuatkan kita insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.
SUMBER
Baca Juga : Hukum Berkenaan Orang Muslim Makan Di Kedai Bukan Islam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2020/12/rahsia-rahsia-allah-yang-ditutup-rapat.html