Rahsia Khasiat Kurma Ajwa Kurma Nabi Yang Wajib Anda Cuba


Kurma Ajwa merupakan salah satu jenis kurma yang sangat istimewa dalam kalangan umat Islam. Dikenali sebagai kurma Nabi, kurma Ajwa berasal dari Madinah dan sering menjadi pilihan untuk berbuka puasa kerana kaya dengan khasiat. 
Selain menjadi sunnah Rasulullah SAW, kurma ini mempunyai rasa yang lemak manis serta tekstur lembut yang digemari ramai

Dalam artikel ini, aku akan kongsikan khasiat kurma Ajwa, cara memilih kurma Ajwa asli, dan bagaimana kurma ini boleh membantu dalam menjaga kesihatan terutamanya ketika berpuasa


Sejarah dan Keistimewaan Kurma AjwaKurma ialah sejenis tumbuhan palma yang buahnya manis dan boleh dimakan. Ia berasal daripada genus Phoenix, dengan perkataan dactylifera dari bahasa Greek daktulos yang bermaksud jejari, merujuk kepada bentuk buahnya. 
Pokok kurma disebut sebagai nakhl dalam bahasa Arab, manakala buah matang dipanggil tamar. Penanaman kurma bermula sejak 6000 hingga 8000 tahun lalu di Mesopotamia

Kurma Ajwa merupakan salah satu jenis tamar yang terbaik di Madinah. Ia terkenal kerana kelembutannya, warna kehitam-hitaman, saiz sederhana, dan isinya yang padat serta harum. Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, kurma Ajwa adalah yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz. 
Maka, boleh disimpulkan bahawa kurma Ajwa ialah kurma terbaik dengan rasa yang lazat dan tekstur yang lembut

Kurma Ajwa mendapat nama sebagai kurma Nabi kerana dikatakan ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di Madinah. Ia mempunyai warna gelap dan sedikit kering di luar tetapi lembut di dalam. 
Antara keistimewaan kurma Ajwa ialah kemampuannya untuk melindungi daripada racun dan sihir. Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan 7 biji kurma Ajwah pada waktu pagi. 
Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

➡️ Sejarah Kurma Ajwa

Khasiat Kurma Ajwa untuk KesihatanKurma bukan sahaja popular di negara Arab dan Afrika, malah kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan. Berikut adalah beberapa kebaikan kurma:
1. Sumber Tenaga SegeraKurma mengandungi gula yang tinggi, menjadikannya sumber tenaga cepat. Sebab itulah ia popular sebagai makanan berbuka puasa dan sesuai dijadikan sarapan

2. Membekalkan Vitamin dan MineralKurma kaya dengan mineral seperti kalium, kalsium, magnesium, zat besi, serta vitamin seperti B3, B6, K, dan A. Nutrien ini penting untuk fungsi saraf, metabolisma, dan pembentukan sel darah merah

3. Sumber SeratSerat dalam kurma membantu melancarkan pencernaan, mengelakkan sembelit, dan mengawal paras gula serta kolesterol. Secawan kurma mengandungi 11.8 gram serat, hampir separuh daripada keperluan serat harian

4. Kaya AntioksidanKurma mengandungi antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik, dan vitamin A yang membantu melawan radikal bebas serta mencegah penyakit kronik dan kanser

5. Kesan Anti-RadangKajian menunjukkan kurma mampu menekan enzim yang menyebabkan keradangan, sekali gus membantu mencegah penyakit kronik

6. FlavonoidIa juga mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan. Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan baik untuk pencegahan penyakit terutamanya seperti penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular



Kurma Ajwa untuk Ibadah PuasaBerbuka puasa dengan kurma adalah sunnah yang sangat digalakkan. Kurma dianggap sebagai buah yang diberkati terutama semasa bulan Ramadan. 
Adalah disyorkan untuk memulakan Iftar dengan makan kurma 2-3 biji, kerana ia menyediakan tubuh dengan gula, membantu mengembalikan gula dalam darah yang rendah selepas berpuasa sepanjang hari

Salah satu sebab yang paling biasa untuk sakit kepala atau pening semasa Ramadan adalah gula dalam darah yang rendah, disebabkan itu makan kurma sangat bermanfaat pada permulaan Iftar


Cara Memilih Kurma Ajwa AsliMemilih kurma Ajwa asli bukanlah perkara mudah kerana terdapat banyak kurma palsu di pasaran terutama sekali produk kurma dari Israel. Berikut adalah beberapa tips:
1. Periksa LabelPastikan ada label "Product of Madinah" pada bungkusan

2. Tekstur dan WarnaKurma Ajwa asli berwarna gelap, tidak terlalu kering dan mempunyai tekstur lembut di dalam

3. HargaKurma Ajwa asli biasanya sedikit mahal berbanding kurma biasa kerana proses penanaman dan eksport dari Madinah


Dapatkan Kurma Ajwa Asli Sekarang!Untuk menikmati khasiat kurma Ajwa yang asli dari Madinah, dapatkan sekarang melalui pautan berikut:
➡️ Beli kurma Ajwa asli

Sumber Rujukan:4 Sebab Anda Perlu Makan Kurma Semasa RamadanIRSYAD HUKUM SIRI KE-347 : FADILAT MEMAKAN TUJUH BIJI KURMA, ADAKAH KHUSUS BUAT KURMA AJWAH MADINAH SAHAJA ATAU UMUM BUAT SEMUA JENIS KURMA?Kurma: Bagaimana Kurma Mempengaruhi Kesihatan Anda


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/03/rahsia-khasiat-kurma-ajwa-kurma-nabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rukun Puasa Syarat Wajib Syarat Sah Puasa

Rukun Puasa Syarat Wajib Syarat Sah Puasa

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 220 hits
Ini adalah panduan lengkap mengenai Rukun Puasa Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa Panduan ini akan membimbing anda memahami setiap aspek penting dalam ibadah puasa agar dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT Ap...
Cikgu Pesan Ini Perkara Wajib Buat Sebelum Rentas Desa Untuk Elak Pengsan

Cikgu Pesan Ini Perkara Wajib Buat Sebelum Rentas Desa Untuk Elak Pengsan

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 143 hits
Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti nantikan oleh para pelajar Namun jika melihat kepada rekod terdahulu terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi kesihatan sehingga membawa kepada kejadian yang tidak dii...
13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 197 hits
Lagu raya evergreen atau lagu lagu hari raya yang masih relevan dan sering didengar oleh rakyat Malaysia setiap kali menyambut Aidilfitri mempunyai tempat yang istimewa di hati Lagu lagu ini mengimbau kenangan indah bersama keluarga sahabat...
Adakah Wajib Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

Adakah Wajib Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 148 hits
Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan sinonim dengan amalan membaca al Quran Ramai yang berusaha mengkhatamkan al Quran sepanjang bulan ini kerana ingin meraih keberkatan Namun timbul persoalan adakah wajib khatam al Quran di bulan Rama...
Didik Anak Ingatan Kuat Dari Kecil Ini 5 Tips Penting Ibu Ayah Wajib Tahu

Didik Anak Ingatan Kuat Dari Kecil Ini 5 Tips Penting Ibu Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 119 hits
Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika Ia adalah daya ingatan yang kuat Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka Persoalannya apa kepentingan semua ini Dengan memiliki daya inga...
Dulu Kalau Lantai Kotor Mop Kena Guna Kalau Berhabuk Vakum Wajib Bila Basah Sikit Kena

Dulu Kalau Lantai Kotor Mop Kena Guna Kalau Berhabuk Vakum Wajib Bila Basah Sikit Kena

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 150 hits
Dulu kalau lantai kotor kena mop Kalau berhabuk kena vakum Basah sikit kena lap Sekarang Satu je cukup Brand MOVA ni vacuum mop sekali jalan jimat masa tenaga Lantai bersih mood pun ceria Nak rumah sentiasa kemas Klik sini sekarang https s ...
10 Oleh Oleh Khas Garut Yang Wajib Dibeli Gak Cuma Dodol Garut Aja

10 Oleh Oleh Khas Garut Yang Wajib Dibeli Gak Cuma Dodol Garut Aja

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 124 hits
Apa aja oleh oleh khas Garut yang bisa kamu bawa pulang Ternyata Garut punya beragam kue yang cocok buat oleh oleh keluarga sahabat kolega hingga rekan kerja Bicara wisata Garut pasti bakal teringat dengan keindahan alam dan suasananya yang...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai