Cikgu Pesan Ini Perkara Wajib Buat Sebelum Rentas Desa Untuk Elak Pengsan


Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Namun, jika melihat kepada rekod terdahulu, terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi kesihatan sehingga membawa kepada kejadian yang tidak diingini, termasuk kematian.
Kes seperti ini biasanya berpunca daripada faktor kesihatan sedia ada atau sejarah perubatan pelajar yang mungkin tidak disedari. Selain itu, faktor cuaca panas juga boleh memberi kesan kepada daya tahan tubuh, terutamanya bagi mereka yang kurang persediaan fizikal.
Secara lazimnya, acara merentas desa diadakan pada awal tahun dan melibatkan semua pelajar. Namun, bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, pihak sekolah kebiasaannya akan menasihatkan agar tidak turut serta bagi mengelakkan sebarang risiko.
Memandangkan aktiviti ini hanya diadakan setahun sekali, ramai pelajar tidak mempunyai persediaan yang mencukupi. Apabila tiba hari acara, mereka perlu berlari sejauh beberapa kilometer tanpa latihan yang mencukupi, sekali gus meningkatkan risiko keletihan melampau atau masalah kesihatan lain.
Bagaimanapun, terdapat sekolah yang mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan persediaan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sebelum acara sebenar berlangsung dalam minggu yang sama. Langkah ini diambil bagi memastikan pelajar lebih bersedia dan mampu mengelakkan sebarang risiko kecederaan atau komplikasi kesihatan.
Sehubungan dengan itu, seorang guru Syazwan Haziq, atau lebih dikenali sebagai @ehapahal_ di TikTok, telah berkongsi beberapa tips berguna yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
Dengan hanya beberapa langkah mudah, pelajar dapat memastikan stamina mereka kekal hingga ke garisan penamat dan dapat menyelesaikan larian dengan lebih baik.
TIP RENTAS DESA

Untuk tips yang pertama, adalah membiarkan bahu dalam keadaan yang tenang semasa berlari.
Sebenarnya semasa larian, para pelajar digalakkan untuk tidak berfikir secara berterusan malah perlu membiarkan otak berada dalam keadaan rehat.
Apabila berfikir terlalu banyak, maka badan secara automatik akan memberi respons negatif dan tanpa sedar telah menggunakan banyak tenaga.
“Masa lari bahu kena relaks, tangan jangan genggam. Hayun, relaks sahaja.
“Bila kita genggam tangan, power akan banyak hilang, kita punya tenaga pun banyak hilang,” jelasnya.
Para pelajar perlu elakkan guna tenaga yang banyak di bahagian atas badan seperti menggenggam tangan.
Oleh itu semasa larian, pelajar mestilah membiarkan tangan dan bahu dalam keadaan relaks dan kemudian lari ke hadapan.
Yang kedua, iaitu menjaga bentuk badan semasa larian.
Kadang-kadang secara tidak sedar, bentuk badan kita akan membongkok dan perkara itu akan memberi kesan kepada badan.
“Kena jaga bentuk badan, pastikan jangan membongkok,” katanya. Dalam masa yang sama, tangan perlu diayunkan dalam keadaan tenang dan pastikan badan tidak membongkok.
Kemudian tips terakhir ialah menegakkan dada semasa berlari. Menurut pemuda itu, ketika berlari dengan dada yang terbuka, badan akan menerima lebih banyak oksigen.
Sekiranya membongkok, oksigen tidak akan diterima dengan banyak membuatkan badan akan cepat letih.
Bukan sahaja badan penat malah ia juga memberi kesan kepada pinggang hingga ia menjadi letih.
“Kalau buka dada tegak, akan dapat lebih banyak oksigen berbanding daripada membongkok. Kalau bongkok pinggang akan lenguh nanti.”  jelasnya
 
@ehapahal_ Part 2 sambungan #tipsmerentasdesa jaga form badan semasa lari 🏃🏻‍♂️✨ #tipslari #tiplari #tiktokguru #lari #tipssenaman #kongsitips #medgelxkuantan #runwithmedgelX #running #merentasdesa #jomlari #InspirasiRaya ♬ DJ DALE DURO – Fandho Rmxr
 
@ehapahal_ Kalau korang rasa lenguh2 kat bahu atau badan, cuba buat macam ni, relakskan bahu dan hayun🏃🏻‍♂️ Tips by Cikgu PJ kegemaran anda : @Zarepan ✨ #InspirasiRaya #tipslari #tiplari #tipsmerentasdesa #merentasdesa #tiktokguru #lari #tipssenaman #kongsitips #medgelxkuantan #runwithmedgelX #running ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) (Sped Up Version) – FIFTY FIFTY
Sumber: @ehapahal
The post Cikgu Pesan! Ini Perkara Wajib Buat Sebelum Rentas Desa Untuk Elak Pengsan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cikgu-pesan-ini-perkara-wajib-buat-sebelum-rentas-desa-untuk-elak-pengsan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin 16 Meninggal Dunia Selepas Tamat Rentas Desa 6km

Pelajar Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin 16 Meninggal Dunia Selepas Tamat Rentas Desa 6km

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 187 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pelajar sekolah menengah di Sungai Petani Kedah meninggal dunia selepas menamatkan acara merentas desa Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin 16 dipercayai rebah selepas menamatkan acara merentas desa 6km Ketua Po...
Radin Prank Syafiq Kyle Sebelum Akad Ini Pesan Netizen Buatnya Jangan Suka Sangat Awak Belum Lepas Lagi Tau

Radin Prank Syafiq Kyle Sebelum Akad Ini Pesan Netizen Buatnya Jangan Suka Sangat Awak Belum Lepas Lagi Tau

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 93 hits
Sebelum ini kecoh apabila Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dikatakan telah merancang untuk melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023 namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan Sah Bergelar Suami Isteri via Instagram Syafiq Kyle Walaupun tidak...
Website Wajib Di Semak Sebelum Membeli Rumah

Website Wajib Di Semak Sebelum Membeli Rumah

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 131 hits
Dengar cerita ramai yang teringin Tapi masih mampu tengok je dulu Nak membeli masih lagi mengumpul Habis kerat tenaga dah dikerah pulas sampai kering keringat Makin lama duit yang dikumpul buat bayaran muka tetap juga belum mencukupi Zaman ...
Pelan Rangka Tindakan Penuaan Perlu Rangkum Rentas Setiap Kementerian Pm Anwar

Pelan Rangka Tindakan Penuaan Perlu Rangkum Rentas Setiap Kementerian Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 107 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkaitan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan diputuskan pada mesyuarat MTEN pada Rabu Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 12 Feb Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rangka Tindakan Penu...
Skyvogue Taman Desa A New Standard For Modern Living In Kl

Skyvogue Taman Desa A New Standard For Modern Living In Kl

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 287 hits
Kuala Lumpur s property market continues to evolve with new developments offering luxury convenience and innovation Among these stands out as a premium residential development that redefines modern urban living Strategically located in the ...
Murid Merentas Desa Tuan Rumah Tumpang Seronok Tiga Tahun Berturut Bagi Air Percuma

Murid Merentas Desa Tuan Rumah Tumpang Seronok Tiga Tahun Berturut Bagi Air Percuma

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 135 hits
Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minum...
Selera Maya 2025 Buffet Rasa Asli Desa Dan Kontemporari Di Ballroom Hotel Maya Kuala Lumpur

Selera Maya 2025 Buffet Rasa Asli Desa Dan Kontemporari Di Ballroom Hotel Maya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 208 hits
SELERA MAYA 2025 BUFFET RASA ASLI DESA DAN KONTEMPORARI DI BALLROOM HOTEL MAYA KUALA LUMPUR Assalammualaikum semua Kembali lagi kita ke Selera Maya 2025 Hotel yang paling Ruby gemari kalau berbuka puasa Malah hotel ini juga Ruby sangat reke...
Pm Anwar Akan Laksana Program Ihya Ramadan Rentas Kementerian Negeri

Pm Anwar Akan Laksana Program Ihya Ramadan Rentas Kementerian Negeri

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 149 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya Ramadan ke kementerian dan negeri negeri terpilih bagi mengeratkan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri sepanjang Mac ini Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR...
Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 141 hits
Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pada pagi tadi Dalam kejadian kira kira pukul 10 45 pagi itu pelajar terbabit Muhammad Haziq Uzayr Hairuddi...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit