Adakah Wajib Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan


Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan sinonim dengan amalan membaca al-Quran. Ramai yang berusaha mengkhatamkan al-Quran sepanjang bulan ini kerana ingin meraih keberkatan. 
Namun, timbul persoalan: adakah wajib khatam al-Quran di bulan Ramadan? Dalam artikel ini, aku akan kupas persoalan ini berdasarkan Mufti Wilayah

Hukum Khatam al-Quran di Bulan RamadanMengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan adalah SUNAT dan bukanlah suatu kewajiban. Walaupun begitu, ia sangat digalakkan kerana merupakan amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para salafussoleh. 
Menurut Syeikh Nawawi al-Jawi dalam Nihayat al-Zain fi Irsyad al-Mubtadiin:
“Sunat puasa ke-9: Mengkhatamkan al-Quran di keseluruhan bulan Ramadan.”
Maka, sekiranya seseorang tidak dapat mengkhatamkan al-Quran dalam bulan ini, dia TIDAK BERDOSA. Namun, dia terlepas banyak kebaikan dan kelebihan yang dijanjikan Allah SWT

Dalil Kelebihan Membaca al-Quran di Bulan RamadanAl-Quran Diturunkan pada Bulan RamadanFirman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Surah al-Baqarah: 185)

Ayat ini menunjukkan betapa eratnya hubungan antara al-Quran dan bulan Ramadan


Ganjaran Amalan Berlipat GandaMembaca al-Quran termasuk dalam amalan yang digandakan pahalanya.

Sabda Rasulullah SAW:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ‏.‏ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
Maksudnya: Setiap amalan anak Adam akan digandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya ia milik Aku dan Aku yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwat dan makannya kerana-Ku. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan Kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah berbanding kasturi. (Riwayat Muslim)


Tadarus Bersama Jibril ASRasulullah SAW bertadarus al-Quran bersama Jibril AS setiap malam Ramadan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya memperbanyakkan bacaan al-Quran di bulan ini. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa beliau berkata:
كانَ رَسولُ اللَّهِ ﷺ أجْوَدَ النّاسِ، وكانَ أجْوَدُ ما يَكونُ في رَمَضانَ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ، وكانَ جِبْرِيلُ يَلْقاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضانَ، فيُدارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسولُ اللَّهِ ﷺ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ
Maksudnya: Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah (banyak bersedekah) terutama di bulan Ramadan ketika malaikat Jibril AS menemuinya. Jibril AS datang kepada Baginda SAW setiap malam di bulan Ramadan, lalu mereka saling bertadarus al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah SAW orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada orang yang memerlukan) lebih laju daripada tiupan angin. Riwayat al-Bukhari (3220)
Adakah Wajib Khatam Setahun Sekali?Tidak terdapat dalil yang mewajibkan umat Islam mengkhatamkan al-Quran sekali setahun. Namun, terdapat anjuran untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran. Mengikut hadis:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda."(Riwayat at-Tirmizi)
Maka, khatam al-Quran setahun sekali adalah amalan yang baik tetapi bukan kewajiban


Cara Mudah Khatam al-Quran di Bulan Ramadan1. Baca 4 Muka Surat Selepas Setiap Solat FarduJika konsisten, kita akan khatam 30 juzuk dalam masa 30 hari

2. Gunakan Aplikasi Al-QuranAplikasi ini memudahkan kita menyimpan tanda baca dan mengingatkan untuk konsisten. Antara aplikasi yang aku gunakan ialah Quran Majeed.
3. Tadarus Bersama Keluarga atau RakanBoleh meningkatkan semangat dan saling memperbetulkan bacaan



Walaupun tidak wajib, mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan sangat digalakkan. Semoga artikel ini dapat memberikan pencerahan dan motivasi kepada kita semua untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran

Korang khatam al-Quran di bulan Ramadan tak? Kongsikan pengalaman di ruangan komen


SUMBER RUJUKAN: IRSYAD FATWA KHAS RAMADAN SIRI KE-178 : ADAKAH TUNTUTAN UNTUK MENGKHATAMKAN AL-QURAN DI BULAN RAMADAN?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/03/hukum-khatam-al-quran-bulan-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 186 hits
Setiap kali masuk bulan Ramadan jadual kehidupan seharian sudah pasti berubah tak seperti hari hari biasa Baik pada yang mereka yang taat menunaikan amalan puasa mahupun pada mereka yang masih tidak mendapat kelembutan hati untuk mengamalka...
Bulan Ramadan Bukan Hanya Tentang Ibadah Tetapi Juga Penuh Kenangan Setiap

Bulan Ramadan Bukan Hanya Tentang Ibadah Tetapi Juga Penuh Kenangan Setiap

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 135 hits
Bulan Ramadan bukan sekadar tentang ibadah tetapi juga tentang kenangan Setiap kali azan Maghrib berkumandang hati bergetar mengingat waktu lalu saat berbuka bersama menyuap juadah kegemaran arwah berkongsi cerita di meja yang kini terasa s...
Bufet Ramadan Mewah Menyambut Bulan Suci Di Barbeque Nation Pavilion Kl

Bufet Ramadan Mewah Menyambut Bulan Suci Di Barbeque Nation Pavilion Kl

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 153 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menymbut penuh gembira bulan mulia Ramadan Al Mubarak Begitu juga Restoran Bar...
Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 123 hits
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam Semoga bulan yang penuh berkah ini menjadi waktu untuk mendidik jiwa kita meningkatkan amal ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa te...
5 Tips Pastikan Susu Badan Tak Drop Bulan Ramadan

5 Tips Pastikan Susu Badan Tak Drop Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 101 hits
Buat pertama kali menyambut Ramadan sebagai ibu menyusu pasti banyak persoalan bermain di minda kan Boleh ke teruskan puasa Cukup tak susu untuk bayi Selamat ke untuk kedua duanya Sebenarnya menyusukan anak ketika berpuasa adalah sesuatu ya...
Tidak Hormat Individu Tak Puasa Di Bulan Ramadan Berdepan Denda Amp Penjara Menteri

Tidak Hormat Individu Tak Puasa Di Bulan Ramadan Berdepan Denda Amp Penjara Menteri

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 132 hits
Setiap tahun ada sahaja berita mengenai individu tak puasa di bulan Ramadan kantoi makan mahupun membeli makanan di kedai Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar umat Islam yang sengaja tidak berpuasa di
Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan

Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 178 hits
28 Februari 2025 Jumaat Pagi Pertama kali aku menghadiri Majlis Bacaan Yassin yang telah diadakan di tempat kerja baruku sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan Suasana baru rakan kerja baru membuatkan aku teruja merasainya Alhamdulillah...
Salam Menyambut Ramadan Al Mubarak 1446h 2025 Semoga Bulan Berkat Ini Membawa

Salam Menyambut Ramadan Al Mubarak 1446h 2025 Semoga Bulan Berkat Ini Membawa

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 148 hits
Salam Menyambut Ramadan Al Mubarak 1446H 2025 Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa kedamaian keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua VisitMalaysia2026 MalaysiaTrulyAsia SalamRamadan RamadanMubarak Semoga bulan suci ini membaw...
Hiburan Terfikir Fikir Juga Apa Dia Makan Nora Danish Hadir Majlis Ilmu Bersama Nedim Di Bulan Ramadan

Hiburan Terfikir Fikir Juga Apa Dia Makan Nora Danish Hadir Majlis Ilmu Bersama Nedim Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 145 hits
Pelakon memaklumkan ramadan kali ini ada membuatkan dia sedikit bersedih namun bersyukur ahli keluarga sentiasa ada menemaninya Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif 42 dia dan bekas suami Nedim Nazri juga selalu bertemu jika ber...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20