Rahsia Kekuatan Hamas Misteri Wanitanya


 

Kenali Briged Al-Qassam yang digeruni Israel. January 25, 2021
BRIGED Al-Qassam adalah sayap kanan Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang digeruni oleh askar dan rejim Israel. 
Briged Al-Qassam merupakan pasukan pejuang paling digeruni oleh tentera Israel berikutan kejayaan demi kejayaan yang telah diperolehi sewaktu pertempuran dengan rejim tersebut biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel.
Nama Briged Al-Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam. Sheikh Izuddin Al-Qassam berasal dari Jableh, Syria. Beliau dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. 
Ada yang berpendapat beliau tidak dibuang tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana penjajah Perancis pada masa itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.


Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.
Briged Al-Qassam kemudian diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.
Syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam:
i) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
ii) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.
iii) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
iv) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.
v) Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.
vi) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).
vii) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
viii) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Quran, ilmuwan dan intelektual Palestin.
ix) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
x) Melazimi zikir harian.
xi) Melazimi olahraga atau beriadah.
xii) Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.
Anggota briged terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.
Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlah muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Peraturan menjadi anggota Briged Al-Qassam:
Mesti menjaga solat lima waktu secara berjamaah.Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.Gigih berpegang dengan ajaran Islam.Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.Berdisiplin dan mentaati amir.Mencintai dan bersedia untuk syahid.Dalam sebuah rencana, seorang penulis menyatakan beliau pernah dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit Briged Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.
Beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam yang dipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Keimanan para anggota Briged Al-Qassam cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh tentera Israel.
Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al-Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke dalam terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.
Briged Al-Qassam menggunakan terowong rahsia bawah tanah untuk melaksanakan serangan hendap terhadap tentera Israel. Terowong ini mempunyai ribuan jumlah rangkaian dan kebanyakannya mempunyai perangkap bom yang telah dipasang di dalamnya. Ini menyukarkan tentera zionis untuk mengesan Briged Al-Qassam kerana ramai tentera Israel telah terbunuh akibat perangkap bom tersebut.
Briged Al-Qassam turut melatih golongan muda Palestin dengan ilmu pertempuran seperti simulasi hujan motar, latihan menembak, teknik menyelinap ke dalam terowong dan cara untuk menyelamatkan diri supaya mereka sentiasa bersedia dalam menghadapi serangan daripada tentera Israel.
Di samping itu, Briged Al-Qassam turut berjaya mencipta roket iR-160 yang mampu menjangkau sehingga 160 km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.
Briged Al-Qassam mula membina roket buatan mereka sendiri pada tahun 2001. Antara model roket buatan briged Al-Qassam adalah seperti roket Qassam yang mampu mencapai jarak sejauh 17.7 km, roket jenis grad dengan jarak yang mampu mencapai sejauh 20 km hingga 48 km, roket jenis Fajar 5 yang mampu mencapai jarak sejauh 75 km dan M-302 yang dihasilkan pada tahun 2014 dengan pencapaian jarak sejauh 120 km dan pelbagai lagi jenis roket dengan pelbagai jarak yang mampu dihasilkan oleh mereka untuk menggegarkan Israel.
Briged Al-Qassam juga mempunyai pasukan sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh dua kilometer sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh satu kilometer sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.
Melalui roket anti iron drone pula menyebabkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat semakin khuatir. Sistem iron drone yang didakwa sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Briged Al-Qassam.
Israel pernah dimalukan setelah pesawat tanpa pemandu pertama Briged Al-Qassam ‘Ababil’ membuat tinjauan udara di tanah haram Israel.

Selain itu, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut menerusi skuad amfibia. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan. – HARAKAHDAILY 25/1/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya.. 
Lihat komen ini..
(i) Kenyataan di atas adalah tinjauan   HARAKAHDAILY 25/1/2021 mengenai kekuatan Briged Al-Qassam beberapa tahun lalu, bagaimana sekarang? 


TCER.my: 6 SEBAB MENGAPA BRIGED AL QASSAM PERLU DITAKUTI OLEH ISRAEL
Briged Al Qassam adalah sayap ketenteraan HAMAS mempunyai seramai 30,000 keanggotaan.
Israel laknatullah pula yang kononnya diakui menduduki tempat ke-4 Tentera terbaik dunia memiliki keanggotaan seramai 720,000 orang masih belum mampu meranapkan pertahanan Briged Al Qassam. Perlu ingat, Israel memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih dan mempunyai sekutu rapat yang memberi dana dan sokongan padu kepada mereka.
Umpama langit dan bumi bukan kalau dinilai kedua dua pasukan.
Persoalannya, hari ini sudah masuk hari ke-39, Israel masih gagal mengambil tanah Gaza walaupun sejengkal!
Ini rahsia kekuatan Briged Al Qassam1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan pelbagai
Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.
2. Penubuhan skuad Amfibia Al Qassam
Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.
3. Roket R-160 yang mampu sasar jauh
Roket ini mampu menjangkau sehingga 160km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.
4.  Senjata penembak tepat ‘GHOUL’ buatan sendiri
Sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1km sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.
5. Roket anti Iron Drome
Ini sangat memeningkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika.Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Biged Al Qassam.Ini memalukan Israel dan Amerika sehingga memaksa Amerika mengeluarkan jutaan dollar untuk menyediakan teknologi baru iron Drome.
6. Pelancaran pesawat tanpa pemandu
Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa meandu pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel.

Kehebatan ini diakui sendiri oleh Israel hingga terpaksa menanggung rugi dan malu teramat. Ayuh kita doakan kemenangan buat umat Gaza dan Palestin.


(ii) Ini, kisah 'Misteri Wanita Briged Al-Qassam!'


Tokoh ‘misteri’ dengan unit Briged Al-Qassam, yang menyerahkan tawanan Israel dan antarabangsa, telah mencetuskan spekulasi di media sosial dan di seluruh dunia.
Semuanya bermula apabila seorang pejuang Al-Qassam sedang menghiburkan seorang kanak-kanak Israel, yang kelihatan sihat, sambil membimbingnya ke kenderaan Palang Merah di persimpangan Rafah di Gaza pada hari Jumaat.
Kanak-kanak Israel itu kelihatan tidak takut, dan pejuang Al-Qassam kelihatan sangat melindungi budak itu sehingga dia selamat diangkat ke dalam kenderaan.
Pengguna media sosial, bagaimanapun, menyatakan bahawa mata dan tangan pejuang adalah mata wanita, bukan lelaki.
Dengan pantas, media Arab mengambil kisah itu, menimbulkan persoalan, sama ada pejuang itu, yang kelihatan memainkan peranan kepimpinan dalam unit itu, sebenarnya adalah seorang wanita.
Laman Bahasa Arab Sputnik, sebagai contoh, menyatakan bahawa pejuang tertentu itu kebanyakannya kekal dengan wanita dan kanak-kanak Israel.
Yang lain memetik tawanan Israel yang dibebaskan yang sebelum ini bercakap tentang bagaimana mereka sentiasa dijaga oleh wanita, bukan lelaki.
Briged Al-Qassam diketahui mempunyai satu unit wanita di antara barisannya, walaupun peranan wanita ini masih tidak jelas.
Jika pejuang Qassam yang ‘misteri’ itu sememangnya seorang wanita, ini menunjukkan bahawa anggota wanita Briged itu mungkin terlibat dalam lebih daripada sokongan logistik dan mungkin pertempuran langsung dan misi sensitif juga.
Seorang pengguna media sosial, @Hlaqatar, menulis, dalam bahasa Arab, “Wanita Arab yang berani. Ini adalah wanita Arab yang paling mulia, mereka adalah pejuang wanita Al-Qassam.” Pengguna media sosial lain, termasuk ramai wanita, berkongsi sentimen yang sama.
Walaupun The Palestine Chronicle tidak dapat mengesahkan atau menafikan bahawa pejuang yang dirujuk itu, sememangnya seorang wanita, dakwaan itu mungkin benar.
Jika tawanan Israel dibenarkan bercakap secara bebas kepada media, mereka berkemungkinan membuktikan ketepatan dakwaan itu. (The Palestine Chronicle)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.



Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.


Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..1.Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..2.Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...3.Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/11/rahsia-kekuatan-hamas-misteri-wanitanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamas Sedia Untuk Perang Lebih Lama

Hamas Sedia Untuk Perang Lebih Lama

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 261 hits
AgensiGaza Ketua biro politik Hamas pada Khamis berkata pihaknya bersedia untuk berperang dalam tempoh lebih lama dengan tentera Israel Dalam ucapan yang dirakam Ismail Haniyeh memuji ketabahan rakyat Palestin dan penyelarasan pejuang untuk...
Hamas Is Not A Terrorist Organisation Fahmi Fadzil

Hamas Is Not A Terrorist Organisation Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 189 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has never made any remark categorising Hamas as a terrorist organisation said Minister of Communications and Digital Fahmi Fadzil What recent remark He never said that even in Parliament This is insin...
Israel Bunuh Pejuang Hamas Di Hospital Al Shifa

Israel Bunuh Pejuang Hamas Di Hospital Al Shifa

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 217 hits
BharianonlinePengeboman besar besaran oleh tentera Israel di utara Semenanjung Gaza hari ini Foto AFPGAZA Askar Israel membunuh beberapa pejuang Hamas dalam serbuan di hospital Al Shifa hari ini Ribuan orang awam Palestin termasuk pesakit y...
Terkini 80 Maut Di Kem Gaza Dibom Israel Kata Hamas

Terkini 80 Maut Di Kem Gaza Dibom Israel Kata Hamas

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 233 hits
Terkini 80 maut di kem Gaza dibom Israel kata Hamas Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Nov 2023 11 44PM
Penipuan Israel Telaga Dikatakan Tunnel Hamas

Penipuan Israel Telaga Dikatakan Tunnel Hamas

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 226 hits
Tentera Israel telah menerbitkan rakaman yang menunjukkan apa yang didakwanya sebagai terowong pengganas sepanjang 55 meter yang penting 10 meter di bawah Hospital Shifa Video itu bagaimanapun telah disunting dengan jelas ia bermula dengan ...
Israel Hamas Announce Prisoner Swap Deal

Israel Hamas Announce Prisoner Swap Deal

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 288 hits
The Israeli government and Hamas have agreed to a prisoner exchange deal today After around six hours of debating a deal was approved by the Israeli cabinet under which 50 hostages consisting of children mothers and elderly women held by Ha...
Update Perang Kenyataan Hamas Israel Setuju Genjatan Senjata 4 Hari Bersyarat

Update Perang Kenyataan Hamas Israel Setuju Genjatan Senjata 4 Hari Bersyarat

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 197 hits
KENYATAAN MEDIA HAMAS BERHUBUNG RUNDINGAN PEMBEBASAN TAWANAN ISRAEL PALESTIN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG Berdasarkan tanggungjawab kita ke atas rakyat kami yang kental dan tabah dan usaha berterusan kami untuk me...
Hamas Setanyahu Melengahkan Gencatan Senjata Qatar Akan Umumkan Dalam Masa Terdekat

Hamas Setanyahu Melengahkan Gencatan Senjata Qatar Akan Umumkan Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 272 hits
Ahli Biro Politik Hamas Izzat Al Rishq semasa wawancara dengan TV Al Arabi Kami semakin hampir untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan kami berharap ia akan berlaku dalam beberapa jam akan datang Al Rishq Sejak kebelakangan ini pihak...
Kotak Hadiah Misteri Buat Ramai Yang Terkejut Tapi Suka

Kotak Hadiah Misteri Buat Ramai Yang Terkejut Tapi Suka

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 277 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Bila kita nak supprisekan orang yang kita sayang pada hari ulang tahun atau hari jadi atau juga hari bahagia mereka mesti kita...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep