Rahsia Jika Ingin Hubungan Baik Adik Beradik
Rahsia Jika Ingin Hubungan Baik Adik Beradik. Bukan senang nak mendidik anak bagi hubungan kekal baik dengan adik beradik hingga dewasa walau sudah berumah tangga, tambah pula bila masing-masing sudah jauh di mata dan beranak pinak.
Cukup sedih bila ada yang dulunya cukup rapat tetiba jadi senyap disebabkan ipar duai atau orang luar dan akhirnya payah nak gelak bersama, apatah lagi berkumpul.
Allahu… moga Allah jentik hati kita untuk betulkan mana yang silap dengan pekongsian daripada Puan Intan Dzulkefli ini.
Realitinya Dulu…
Kadang tak tahu apa puncanya, semasa kecil hubungan dengan adik beradik sangat rapat, tiada dengki di hati. Bila emak marah adik, abang menangis tanya emak, kenapa marah adik. Kesianlah adik.
Bila emak marah kakak, adik minta mak jangan marah kakak, mengaku salah untuk lepaskan kakak dari terus dimarah. Benda makan sedikit, tapi bila adik beradik minta sikit, tetap suapkan ke mulut mereka walau mulut mengomel tak mahu bagi.
Tidur sebantal, satu selimut, kalau kencing malam, bangun pagi sama-sama bau hancing. Allahuakbar.
Bersihnya hati & sucinya kasih sayang masing-masing.
Tak tahu kenapa bila besar, sudah kerja, sudah kahwin, semuanya jadi lain. Entah sejak bila adik beradik jadi persaingan kita. Apa dia pakai, apa dia beli, kita nak jadi lebih dari dia. Semua jadi hal tak kena belaka. Dia kaya, dia celik sikit, kita rasa sakit hati pula.
Tak kurang yang lebih berjaya, yang lebih celik mula dah pandang adik beradik lain sebelah mata. Rasa mereka tak berguna, tak ada visi misi hidup, hidup tak ada perubahan.
Bila adik beradik nak datang meminjam duit atau minta pulangkan duit dibuat seperti musuh.
Bila kahwin, ada pula yang pakat buang adik beradik. Rasa cukup dah pasangan kita yang sweet & keluarga mertua yang lagi bagus dari keluarga sendiri, tengok adik beradik sendiri pun rasa macam low standard.
Kadang ada emak ayah pun tiba-tiba juga jadi berubah setelah anak semua dewasa.
Mana yang pakai kereta besar, bagi salam ‘keruk’ lebih tebal, yang itulah dia paling puji & sayang.
Yang kereta buruk, duit asyik tak cukup, anak cucu kulit kelabu asap & tak gebu dikutuk keji, anak yang inilah asyik jadi bahan umpatan bila anak kesayangan lain balik ke kampung.
Entah sejak bila kasih sayang emak pun sudah tidak sesuci seperti kecil-kecil dahulu. Waktu itu mak pandang semua mata anak-anak dengan pandangan kasih, sayang sama rata.
.
Apabila melihat & membanding beza keluarga yang masih dapat mengekalkan keikhlasan & keutuhan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan keluarga yang hancur bilau, dapat saya simpulkan antara rahsia mengekalkan hubungan baik keluarga adalah…
1) Didikan & pesanan emak ayah. Sentiasa pesan kepada semua anak-anak agar hormat yang lebih tua.
Ibubapa acknowledged kedudukan anak yang lebih tua. Jangan condemn abang/kakak depan adik-adiknya. Nanti boleh menyebabkan mereka hilang respect.
Bila anak berkumpul, pesanlah,
“Walau apa jadi, yang adik kena hormat yang lebih tua, walau nanti kau dah kaya, kau beli rumah banglo, emas bertimbun. Walau apa jadi, kena sayang adik beradik, dia tetap abang kau. Dia tetap kakak kau. Mak ayah tak ada, mereka akan ganti.”
Be kind to each other & always support each other. Always rembember, your siblings are not your competitors.
2) Never bad-mouthing anyone. Kalau ada tak puas hati, cakap berdepan, bukannya cakap belakang. Sebagai ibubapa, didik anak-anak supaya selesaikan masalah berdepan, bukannya lari dari masalah dengan cakap belakang.
Juga elakkanlah menjadi batu api apabila anak A meluah perasaan tak puas hati ke anak B. Jangan menyebelahkan sesiapa tanpa usul periksa.
Elakkanlah kutuk anak A bila duduk dengan anak B, kemudian bila dengan anak B, kutuk pula anak A. Dalam tak sedar, sikap ibubapa jenis beginilah yang membuatkan hubungan anak-anak menjadi keruh.
Ibubapa bijak ialah ibubapa yang main peranan menjadi ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan permasalahan & salah faham anak-anak. Bukannya dia menjadi punca anak bergaduh.
3) Didikan sejak awal tentang kepentingan solat berjemaah, gotong royong kemas rumah, memasak, bersihkan lepas makan, santai minum petang, tengok tv, semuanya kena turut sama jika semua orang pulang ke kampung.
Tidak ada yang jadi tuan, yakni sekadar bersantai & tunggu makan berhidang & bersenduk sahaja sementara ada yang lain jadi amah tukang masak, tukang basuh pinggan, tukang segala tukang.
Kena buat sama-sama. Semua sama-sama buat.
4) Layan semua sama rata. Tak ada anak special. Tak ada cucu special. Tak ada nak puji yang ini, tak ada nak kutuk yang ini.
Walau memang hakikatnya akan ada anak atau cucu yang lebih cantik, lebih petah, lebih bijak, lebih pandai mengaji. Semuanya sebab untuk mengelakkan mak ayahnya terasa hati.
“Tengoklah mak tu.. anak Long tu dipujinya, anak kita dukung pun tak, cium pun tak hingin. Macam ni malas la nak balik rumah mak. Mak bukan alukan kita pun.”
Confirm ada yang terasa hati begini. Hal yang bermula dengan sekadar terasa hati, akhirnya jadi pemakan tali kasih sayang.
5) Ingatkan anak-anak agar apabila nampak adik beradik buat salah, kena betulkan, kena tegur.
Nampak abang hantar anak berderet minta mak jaga, dia lupa beri duit nafkah, ingatkan dia dengan cara baik.
Tengok adik duduk berpantang dengan mak tapi tak hulur duit dapur beli barang basah, ingatkan dia bahawa tanggungjawab suami untuk nafkah isteri walau isteri duduk tumpang rumah mak.
Adik perempuan juga jangan lupa ingatkan saudara lelaki untuk bayarkan zakat mak ayah jika keduanya telah uzur.
Ibubapa dari kecil ingatkan anak-anak agar yang kena tegur perlu lapang dada apabila ditegur. Yang menegur pula sebab sayang, bukan sebab rasa diri bagus.
Ingatkan mereka agar jaga adab & akhlak supaya hubungan tak retak.
6) Ingatkan anak-anak, kita nak masuk syurga Allah sama-sama.
Ingatkan anak-anak, untuk masuk syurga & murah rezeki bukan hanya perlu buat baik kepada emak ayah, bahkan juga kepada adik beradik, yakni sentiasa menjaga silaturrahim.
Bila baca tulisan ini, jangan pula scan salah sesiapa melainkan untuk memperbaiki salah & silap kita sendiri.
Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi perubahan ini boleh dimulakan dengan diri sendiri & didikan kita kepada anak-anak terlebih dahulu, insyaAllah. Muhasabah saya yang menulis, yang selalu juga terlalai.
Sumber: Puan Intan Dzulkefli
The post Rahsia Jika Ingin Hubungan Baik Adik Beradik appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/rahsia-jika-ingin-hubungan-baik-adik-beradik/