Rahsia Amalan Selawat Menjemput Segala Kebaikan Dalam Hidup


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Malam ni saya belum mengantuk.Jam sudah 11.39 malam.Tadi baru selesai siapkan beberapa tugasan untuk program sekolah. Rindu pulak nak menaip dalam blog sendiri. Beberapa kali saya terfikir untuk kongsikan hal ini, tapi kesibukan menyebabkan saya terleka.Aduh.. dunia ini memang akan buat kita semakin sibuk selagi kita tidak berhenti memberi terlalu banyak fokus kepadanya.


Apapun urusan kita, kita hanya nak Allah sahaja yang mengurus dan mentadbirnya dengan baik dan belas kasihan.Kita kena selalu yakin Allah boleh buat lebih lebih lebih baik untuk kita.Hanya percaya.Hanya letak Iman kita kepadaNya

Manalah tahu kan. Ini post terakhir saya dalam hayat ini. Rugi pulak saya tidak berkongsi apa yang saya nikmati sejak saya mula mengamalkan selawat dalam kehidupan saya. Tak ingat secara detail, bila saya mula istiqamah berselawat, tapi yang saya ingat saya hanya bermula berselawat dengan kiraan 10 selawat setiap kali selesai solat.huhu. Masa tu saya cuba paksa untuk beramal dengan selawat.Pada peringkat awal, nak selawat pun kena ada orang ingatkan.Teruk betull.
Rahsia Amalan Selawat Menjemput Segala Kebaikan Dalam Hidup
Sebenarnya ramai je ustaz dan ustazah yang berkongsi fadilat dan kaifiat amalan selawat. Saya pasti, korang pun dah dengar banyak hal tentang kebaikan berselawat kan.Hingga saya pernah tonton satu video, bila seorang Ustaz menjawab soalan : Yang manakah lebih utama, Istighfar atau Selawat ? jawapan ustaz ialah Selawat. Huraiannya adalah panjang juga.Cuma yang saya pegang, kenapa saya semakin kuat untuk beramal dengan selawat ialah bila ustaz kata : Bila kita berselawat kepada Nabi SAW, Allah akan berselawat kepada kita.Subhanallah. Ustaz kata lagi, sebagai hamba, bila Allah berselawat kepada kita, ia mengundang rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita yang melimpah ruah dan tak terjangkau manfaatnya.

Selawat yang dibaca tatkala Tahiyyat akhir dalam solat fardhu

Pengalaman Menjadikan Selawat Sebagai Zikir Harian
Kan saya bagitahu tadi, saya bermula dengan paksa diri berselawat sebanyak hanya 10 kali selepas solat lima waktu. Masa tu saya kira pakai jari je.haha. Tapi tulah.Bila dah umur-umur mak orang ni.Insoflah sikit.Kita tak muda lagi dah.Sampai bila nak amal zikir setakat 10 20 kali sehari kan? Ini muhasabah saya. Bukan saya pandang rendah amalan orang lain.Saya cerita pasal pengalaman saya sendiri. Rupanya Allah pun kasihan kat saya. Alhamdulillah, Allah bagi ilham sehingga saya berangan nak capai selawat seribu kali sehari.Setakat ini belum pernah konsisten nampaknya.
Sebenarnya tak mudah ya nak amal apa-apa zikir pun kecuali kita kena paksa, paksa dan paksa diri sendiri.Sehinggalah, sampai suatu masa, bila kita hari demi hari, dapat rasai nikmatnya dapat buat amalan zikir ini secara konsisten.
Antara perubahan yang saya nikmati dalam hidup selepas cuba beramal dengan selawat ini banyak. Walaupun hakikatnya belum capai tahap amal lagi pun sebab kadang-kadang time penyakit malas datang, selawat saya kembali 10 kali sahaja selepas solat.Astaghfirullah.( Bab payah istiqamah ni jangan tiru saya.)
Kalau ikutkan, bukan amalan kita atau apa sahaja yang kita buat itu punca Allah bagi kita nikmat. Sebenarnya Allah yang Maha Mulia, maha baik, Maha pengasih dan Maha Penyayang itulah yang kurniakan segala nikmat itu tanpa syarat pun. Sebab tu dalam tajuk post, saya kata Amalan Selawat menjemput segala kebaikan. Bukan total kita pasti dapat kalau buat amalan ini.
Dengan Amalan Berselawat Allah mudahkan bagi saya :
1. Hati tetap tenang dan lapang walaupun Allah tak kabulkan doa atau permintaan kita.
2. Urusan dan pekerjaan kita rasa sangat mudah dan dapat diselesaikan dengan baik walaupun pada asalnya kita rasa macam banyak betul benda nak buat atau kena siapkan.Kadang tak rasa beban pun dengan tugasan yang banyak.
3. Kalau ada masalah kewangan, cepat sahaja dapat selesaikan.Daripada rasa takde sumber kewangan yang cukup, tahu-tahu Allah datangkan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
4.Allah lembutkan hati sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita.Kadang kita rasa sulit untuk berkomunikasi dengan seseorang, tapi bila dah berjumpa, semuanya lancar dan baik-baik sahaja.
5. Rasa semakin kurang nak bergaduh atau merungut dengan sesiapa atau apa-apa pun.Walaupun kadang ada situasi yang kalau ikutkan masa lampau, saya cepat je melenting atau merungut, tapi sekarang saya biarkan je. Allah kan tahu apa yang berlaku.Pasti Allah yang atur semuanya.Tenang-tenang sahaja:)
6. Perasaan lebih mudah mengalah, lembut hati dengan anak-anak, suami dan anak-anak murid. Saya cepat sensitif kalau apa yang saya buat akan menyebabkan mereka kecil hati, merajuk atau menyusahkan mereka.
7. Walaupun ada je doa yang tak makbul, tapi banyak juga doa yang Allah kabulkan kurang dari 24 jam.Alhamdulillah.Syukur. Allah sebaik-baik tempat berhajat segala keperluan.
Berdoa Dapat Kekal dan Istiqamah Dengan Nikmat Kebaikan Yang Kita Buat
Saya pernah jumpa satu doa ni.Dia ajar inilah doa yang paling humble, bila kita berdoa kepada Allah. Kita minta doa ni tatkala kita buat solat Tahajud. Sebenarnya dalam bab doa ni, Allah suruh kita minta apa sahaja kan? Dan janji Allah, DIA akan kabulkan. Bila makbul doa kita tu, jangan hanya ingat bila Allah bagi sama seperti yang kita mahu sahaja itu sebagai signal makbulnya doa, sebenarnya itu pemikiran sempit dan hamba yang lemah.
Jika Allah tak kabulkan doa, itu maksudnya kehendak Allah lebih baik daripada kehendak kita. Bila Allah bagi yang lain daripada doa kita, itupun maknanya Allah tahu kita sepatutnya dapat yang lebih baik pada lain masa.
Doa yang saya maksudkan itu ialah doa kepada ALLAH, supaya Allah tak ambil nikmat kebaikan yang DIA dah bagi kat kita. Sedihkan, kalau Allah dah bagi kita mudah bertaubat, mudah beribadat, tapi tiba-tiba Allah ambil nikmat tu. Allahuakabar. Doalah senjata kita, jika tidak dapat mengubah takdir, sekurang-kurangnya dapatlah mengubah hati kita supaya sabar dengan takdir.
Saya berhenti di sini dahulu. Harap dapat beri manfaat kepada semua readers yang saya kasihi. Mohon maaf jika post kali ini terlalu panjang dan kurang berfaedah.
Sampai jumpa lagii.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/08/rahsia-amalan-selawat-menjemput-segala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebaikan Daun Bidara Rahsia Alam Semula Jadi Yang Ramai Terlepas Pandang

Kebaikan Daun Bidara Rahsia Alam Semula Jadi Yang Ramai Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 111 hits
Daun bidara walaupun nampak biasa sebenarnya daun ini menyimpan 1001 manfaat yang luar biasa untuk kesihatan bukan saja fizikal tapi juga dari sudut rohani Sebenarnya daun bidara telah lama digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya ...
Kebaikan Magnesium Glycinate

Kebaikan Magnesium Glycinate

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 174 hits
KEBAIKAN MAGNESIUM GLYCINATE Magnesium glycinate ialah gabungan antara magnesium dengan asid amino glycine Ia adalah bentuk magnesium yang paling mudah diserap oleh tubuh dan sangat lembut pada sistem penghadaman sebab itu ia sering disaran...
Zara Patut Masih Hidup Mimi Lana Tegas Tuntut Keadilan Mahu Wajah Pelaku Didedah

Zara Patut Masih Hidup Mimi Lana Tegas Tuntut Keadilan Mahu Wajah Pelaku Didedah

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 67 hits
Pelakon Mimi Lana tampil menyuarakan kemarahan dan kekecewaan susulan kematian tragis murid sekolah Zara Qairina yang didakwa menjadi mangsa buli sehingga menemui ajal Dalam kenyataan tegas yang dimuat naik di media sosial Mimi menuntut kea...
Minuman Tenaga Kebaikan Risiko Cara Pengambilan Yang Selamat

Minuman Tenaga Kebaikan Risiko Cara Pengambilan Yang Selamat

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 133 hits
Minuman tenaga semakin popular dalam kalangan pelajar pekerja pemandu dan atlet kerana dikatakan mampu memberikan lonjakan tenaga serta meningkatkan fokus dalam masa singkat Dengan kandungan utama seperti kafein gula vitamin B dan pelbagai ...
Dr Amalina Kongsi Kebaikan Berenang Untuk Anak Anak Sejak Kecil Bukan Sekadar Seronok

Dr Amalina Kongsi Kebaikan Berenang Untuk Anak Anak Sejak Kecil Bukan Sekadar Seronok

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 114 hits
Aktiviti air bukan sekadar seronok dan menyegarkan tapi sebenarnya penuh manfaat untuk perkembangan anak anak kecil Terbaru Dr Amalina Bakri pakar perubatan yang juga ibu kepada seorang anak perempuan comel berkongsi kepentingan memperkenal...
7 Kebaikan Aloe Vera Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Ramai Belum Tahu

7 Kebaikan Aloe Vera Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Ramai Belum Tahu

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 119 hits
Aloe vera atau lebih dikenali sebagai lidah buaya merupakan salah satu tumbuhan herba yang sangat popular dalam dunia kecantikan dan kesihatan sejak zaman dahulu lagi Dari nenek moyang kita tanam tepi rumah sampailah sekarang masuk dalam bo...
Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia

Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 82 hits
nbsp Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia nbsp Kadang kadang kita terlalu fokus mencari kebahagiaan dalam perkara perkara besar kejayaan kerjaya pencapaian hidup atau impian yang tercapai Tapi semakin nieyl belajar mengenali diri ...
Saya Pilih Jaga Mak Ayah Cinta Seorang Suami Anak Saat Hidup Diuji Meruntun Jiwa Warganet

Saya Pilih Jaga Mak Ayah Cinta Seorang Suami Anak Saat Hidup Diuji Meruntun Jiwa Warganet

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 87 hits
Di sebalik penderitaan fizikal dan tekanan hidup yang mencengkam sebuah keluarga kecil membuktikan bahawa kasih sayang dan pengorbanan adalah kekuatan utama dalam menghadapi ujian Kisah menyayat hati ini tular di TikTok apabila seorang warg...
Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 115 hits
Kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matin yang cukup tragis masih meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia Kini si ibu Ismanira Abdul Manaf pula terpaksa melalui detik sukar apabila menjadi saksi pembelaan dalam prosiding kes peng...
Lirik Lagu Disaat Aku Pergi Dadali

Can Madani Deliver One Million Affordable Homes

From The Garage Understanding Motorcycle Engine Oil

Petronas In Talks To Sell Rio Oil Field Stake For Us 1bil

Suami Isteri Maut Ford Mustang Terbabas Di Jalan Segamat Kuantan

Kuah Rojak Mak Bee Extra Pedas

Tindakan Mfl Buat Perubahan Saat Akhir Ibarat Tiada Pendirian Pekan

Ultimate Traditional Italian Beef Meatballs Recipe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kafe Era P Ramlee Menu Masakan Melayu Di Rasa Nostra Coffee Kelana Jaya

Cuktech Marks Merdeka With Tools For Everyday Freedom

Bukan Bising Biasa Ini Bingit Fila Amir Naik Angin Bila Anak Terkejut Bunyi Ekzos

Wordlekss Wenesday 118 Kucing Pandai Tengok Handphone

3 Peranti Terbaru Cuktech Yang Awesome Sempena Hari Merdeka

Rahsia Amalan Selawat Menjemput Segala Kebaikan Dalam Hidup