Rahman Dahlan Cabar Calon Warisan Jawab Isu Royalti Minyak Dalam Kempen


MALAYSIAKINI


PRK KIMANIS | Bekas menteri BN, Abdul Rahman Dahlan mencabar calon Warisan bagi pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, Karim Bujang menjawab isu berkaitan tuntutan royalti minyak dalam kempennya.

Abdul Rahman berkata, ini kerana sehingga hari ini rakyat tertanya-tanya status terkini tuntutan tersebut.

"Bercakap pasal tuntutan royalti minyak 20 peratus oleh Warisan, rakyat sekarang tertanya-tanya apa status terkini perkembangan tuntutan ini?

"Bolehkah calon Warisan jawab sama ada tuntutan 20 peratus ini sudah dicapai atau tidak semasa kempen di Kimanis ini? Rakyat mahu tahu bah," katanya dalam satu kenyataan.

PRK Kimanis akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Karim dan calon BN Mohamad Alamin.

Sementara itu, Abdul Rahman turut mengkritik Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal yang menyalahkan BN apabila menyifatkan Kimanis dan negeri di bawah bayu itu secara keseluruhannya masih mundur.

Abdul Rahman mempersoalkan peranan Shafie sebelum ini, ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar di bawah pemerintahan BN.

Katanya, kementerian Shafie juga turut diberi keistimewaan dan keutamaan lebih daripada kebanyakan kementerian yang lain oleh bekas perdana menteri, Najib Razak dalam mengendalikan proses kelulusan dan agihan belanjawan.

"Bagus juga kita imbas kembali sejarah. Sebenarnya Shafie pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang pertama berasal dari Sabah, yang dilantik secara khusus oleh Najib dengan harapan beliau (Shafie) dapat menyelesaikan masalah pembangunan luar bandar terutamanya di negeri Sabah.

"Aduan yang disebut dalam ucapan beliau itu sebenarnya boleh saja diselesaikan dalam tempoh tujuh tahun beliau menjadi menteri, itu pun kalau beliau mahu...," katanya.

Jelas Abdul Rahman, Shafie turut pernah memberi alasan dengan mengatakan peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak mencukupi.

Namun kata Abdul Rahman, belanjawan pembangunan berpuluh-puluh bilion ringgit diperuntukkan selama Shafie menjadi menteri KKLW, Sabah boleh saja menjadi keutamaan nombor satu semasa beliau menerajui kementerian tersebut.

"Anehnya parti Warisan menuntut 20 peratus royalti minyak dengan harapan tambahan 15 peratus royalti dapat digunakan untuk membangunkan negeri Sabah, sedangkan semasa memegang portfolio KKLW, dengan bajet pembangunan berpuluh-puluh bilion yang sudah pun tersedia, KKLW masih tidak dapat mengutamakan penyelesaian pembangunan Sabah," katanya.

PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Pada PRU 2018, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/rahman-dahlan-cabar-calon-warisan-jawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Warisan Jawab Isu Video Dimarahi Pengundi

Calon Warisan Jawab Isu Video Dimarahi Pengundi

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 367 hits
HASPAIZI ZAIN PRK KIMANIS Calon parti Warisan Karim Bujang tampil menjawab penularan rakaman video yang menunjukkaan beliau dimarahi seorang pengundi ketika berkempen di pusat daerah mengundi bandar Membakut semalam Karim mendakwa lelaki be...
Nak Salahkan Bn Nampak Sangat Warisan Pening Isu Pss Rahman

Nak Salahkan Bn Nampak Sangat Warisan Pening Isu Pss Rahman

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 467 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan Warisan sekarang ini sudah pening untuk mempertahankan isu Pas Sementara Sabah Jelas beliau Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal serta menteri Warisan t...
Calon Warisan Akui Punya Masalah Dengan Media Sosial

Calon Warisan Akui Punya Masalah Dengan Media Sosial

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 278 hits
Calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang bercakap kepada media selepas sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil P 176 Kimanis di Kampung Kelatuan Kimanis Sabah foto FAREEZ FADZIL KIMANIS Calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Buj...
Shafie Nafi Penyokong Warisan Halang Calon Bn Berkempen

Shafie Nafi Penyokong Warisan Halang Calon Bn Berkempen

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 317 hits
Shafie nafi penyokong Warisan halang calon BN berkempen Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 Jan 2020 11 25PM
Prk Kimanis Penyokong Bersatu Diarah Undi Calon Warisan

Prk Kimanis Penyokong Bersatu Diarah Undi Calon Warisan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 409 hits
Penyokong dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu memberi sokongan padu kepada Datuk Karim Bujang yang diketengahkan sebagai calon Parti Warisan Sabah pada Pilihan Raya Kecil parlimen Kimanis Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk H...
Prkkimanis Calon Warisan Ugut Pengundi Kimanis Dikecam

Prkkimanis Calon Warisan Ugut Pengundi Kimanis Dikecam

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 308 hits
Calon Warisan Ugut Pengundi Kimanis dikecam Bersih 2 0 Karim Bujang yang gagal 5 penggal sebagai Adun telah memohon maaf atas kesilapannya Bagaimanapun dalam kempennya di Kimanis calon Warisan itu menggugut pengundi tidak akan diberi pemban...
Prk Kimanis Ph Komited Menangkan Calon Warisan

Prk Kimanis Ph Komited Menangkan Calon Warisan

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 332 hits
Pakatan Harapan komited membantu untuk memenangkan calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Presiden HARAPAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sebagai rakan kepada Warisan HARAPAN akan ...
Pos Malaysia Jawab Isu Pejabat Pos Machang

Pos Malaysia Jawab Isu Pejabat Pos Machang

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 533 hits
Kronologi Sebenar Kejadian Di Pos Office Machang Gambar di bawah ini telah viral dalam facebook Kisah sebenarnya begini 1 Pelanggan datang ke kaunter dan bertanya kalau ingin buat urusan ASNB tetapi ayah dia sakit dan tidak boleh berjalan 2...
Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Family Of Seven Stranded At Lata Batu Hampar Falls Due To Water Surge

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari