Ragu Ragu Minyak Khinzir Terlekat Pada Tangan Atau Tidak



SOALAN:
Saya telah melancong ke luar negara dan ingin makan tengahari. Saya telah pergi ke sebuah kedai yang disangkakan 'Muslim-Friendly' untuk makan, saya ingat mereka tidak menjual daging khinzir. Saya ingin mengambil makanan dan kedai tersebut jenis 'buffet'. Saya mengambil sudu untuk mengambil makanan dan terbaca notis dekat makanan tersebut yang mengatakan bahawa makanan tersebut dimasak dengan minyak khinzir. Saya cepat-cepat letakkan sudu tersebut semula. Saya sedang was was kerana saya tidak pasti terdapat kesan bau minyak dekat tangan saya atau tidak selepas menyentuh sudu tersebut. Sedangkan tidak terdapat kesan minyak khinzir tersebut di tangan saya.

Adakah saya perlu sertu barang-barang yang saya telah sentuh selepas menyentuh sudu tersebut? Dan adakah saya dimaafkan kerana tidak sertu disebabkan tidak pasti adakah minyak khinzir di tangan saya? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Umum diketahui bahawa khinzir adalah di antara haiwan yang diharamkan bukan sahaja makan bahkan mengambil manfaat daripada bahan-bahan yang diperbuat daripada khinzir pun tidak dibenarkan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

قُل لَّآ أَجِدُ فِى مَآ أُوحِىَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُۥٓ إِلَّآ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُۥ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّـهِ بِهِ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi -kerana sesungguhnya ia adalah kotor- atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah…” (Surah Al-‘An’am: 145)

Bahkan ayat yang mengharamkan khinzir telah diulang lagi di dalam 3 tempat di dalam Al-Quran. Iaitu di dalam Surah Al-Baqarah ayat 173, Surah Al-Maidah ayat 3 dan Surah Al-Nahl ayat 115.

Sheikh Tahir Ibn ‘Asyur mengulas ayat tersebut dengan begitu baik sekali. Beliau menyebut bahawa Allah menyifatkan bahawa khinzir sebagai sesuatu yang kotor. Bukan sahaja diharamkan malah ianya disifatkan sebagai sesuatu yang jijik agar ianya dijauhi oleh umat Islam. Ia juga adalah satu tegahan yang menghalang kemudaratan yang akan diperoleh jika tetap memakannya, khususnya kepada tubuh badan. Allah sebagai Maha Mengetahui apa yang buruk bagi manusia keran Dialah yang menciptakan kesemuanya. (Rujuk Tahrir Al-Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aqli Al-Jadid Min Tafsir Al-Kitab Al-Majid, 5/173)

Di antara kesalahfahaman yang berlaku adalah mengatakan bahawa Allah hanya mengharamkan daging khinzir sahaja. Adapun bahagian-bahagian yang lain maka ianya dihalalkan. Ini jelas satu kefahaman yang salah tentang ayat Allah SWT. Fakhruddin Al-Razi menyatakan bahawa apa yang diharamkan Allah itu bukan hanya daging akan tetapi termasuk juga yang diharamkan adalah keseluruhan bahagian khinzir. Di dalam ayat tersebut disebutkan daging secara khusus adalah kerana berkaitan dengan makan. (Rujuk Mafatih Al-Ghaib, 5/192)

Abu Bakar Al-Kasani, seorang ulama' bermazhab Hanafi menyebut bahawa khinzir adalah disebabkan zat khinzir itu sendiri yang disifatkan sebagai kotor dan jijik. Maka tidak boleh digunakan bulunya mahupun bahagian lain haiwan tersebut. (Rujuk Bada’i Al-Sana’i Fi Tartib Al-Syara’i, 1/63)

Ini juga adalah pandangan Ibnu Al-Qudamah Al-Maqdisi, ulama' yang bermazhab Al-Hanbali (Rujuk Al-Syarh Al-Kabir, 1/285) dan Imam Al-Nawawi, ulama yang masyhur bermazhab Syafi’i. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/446)

Ini bermakna bahawa apa sahaja bahan makanan yang diperbuat daripada mana-mana bahagian khinzir maka ianya diharamkan untuk digunakan dan dimanfaatkan termasuklah minyak khinzir yang disebut juga sebagai lard yang dibuat daripada lemak haiwan tersebut.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika ragu-ragu sama ada tangan terkena minyak tersebut ataupun tidak, ditambah pula tiada bau atau kesan yang menunjukkan minyak haiwan tersebut terkena di tangan, maka ia tidak perlu disertu. Ini adalah berdasarkan kaedah:

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ
“Asal (bagi suatu hukum) adalah kekalkan hukum tersebut sepertimana dia sebelumnya.”

Berdasarkan kaedah ini, jika tiada apa-apa kesan pada tangan maka ianya tidak perlu disertu.

Kami juga menasihati agar berhati-hati dan tidak gopoh dalam memilih restoran khususnya ketika di luar negara kerana seorang Muslim dituntut untuk mencari yang halal lagi suci. Telitilah dalam segala hal khususnya apabila melibatkan makanan dan minuman.

Semoga Allah memberikan kefahaman di dalam agama-Nya kepada kita semua. Wallahu’alam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/ragu-ragu-minyak-khinzir-terlekat-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Alfalfa Dan Esp Untuk Ibu Menyusu Atau Set Lengkap Pilihan Di Tangan Anda

Hanya Alfalfa Dan Esp Untuk Ibu Menyusu Atau Set Lengkap Pilihan Di Tangan Anda

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 309 hits
Soalan glamer dari customer customer saya Kalau x ambil semua tu bole tak Nak beli alfalfa aje boleh Saya nak ESP dan alfalfa je Saya hanya nk beli ESP je Untuk milkbooster Orang kata bagus Serius saya cakap Jika kami The post appeared firs...
Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 670 hits
Gambar hiasanBerdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti meramp...
Pastikan Kedai Makan Anda Sentiasa Bersih Atau Tak Payah Berniaga Terus Lagi Bagus

Pastikan Kedai Makan Anda Sentiasa Bersih Atau Tak Payah Berniaga Terus Lagi Bagus

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 432 hits
Ada 3 perkara wajib yang anda perlu ambil perhatian kalau buka kedai makan Pertamanya bab layanan Kena layan pantas mesra dan cekap Keduanya pula dalam bab makanan tu sendiri Makanan yang sedap bukan sekadar satu kelebihan Dah namapun kedai...
3 Cara Copypaste Di Komputer Atau Laptop Anda

3 Cara Copypaste Di Komputer Atau Laptop Anda

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 361 hits
Bagi yang sudah mahir mesti dah tau bagaimana cara untuk copypaste dengan mudah cut dan paste ini biasa digunakan untuk ransfer teks data file atau objek dari sumber ke tempat lain Apa itu Copy Paste Singkatnya dalah untuk menggandakan file...
Jika Terlanjur Berdiri Pada Rakaat Kedua Karna Lupa Apakah Kembali Duduk Atau Tetap Bediri

Jika Terlanjur Berdiri Pada Rakaat Kedua Karna Lupa Apakah Kembali Duduk Atau Tetap Bediri

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 250 hits
Jika seorang bangkit berdiri pada rekaat kedua sehingga dia meninggalkan duduk dan tasyahud awal maka dalam kondisi ini dirinci menjadi dua keadaan 1 Telah terlanjur berdiri tegak secara sempurna Maka dalam kondisi ini terlarang baginya unt...
Azmin Membohongi Mahathir Atau Mahathir Kenakan Azmin

Azmin Membohongi Mahathir Atau Mahathir Kenakan Azmin

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 337 hits
Sebagaimana pengakuan Azmin Ali kepadanya Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai ...
Waytha Moorthy Mujahid Mazslee Antara 6 Nama Disebut Mungkin Akan Ditukar Portfolio Atau Disingkirkan Dari Kabinet

Waytha Moorthy Mujahid Mazslee Antara 6 Nama Disebut Mungkin Akan Ditukar Portfolio Atau Disingkirkan Dari Kabinet

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 268 hits
Kira kira enam nama menteri yang disebut sebut akan terbabit dalam rombakan Kabinet yang dipercayai akan dibuat dalam masa terdekat lapor Harian Metro Antaranya ialah Menteri Pendidikan Dr Mazslee Malik Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk...
Joki Cilik Di Lintasan Berkuda Tradisi Atau Eksploitasi

Joki Cilik Di Lintasan Berkuda Tradisi Atau Eksploitasi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 249 hits
Profesi joki memang belakangan cukup diminati Dewi menuturkan kondisi itu karena uang yang didapat setelah mereka bertugas pada pacuan kuda
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa