Rafizi Ucap Tahniah Atas Keberanian Mat Hasan Sanggah Najib


agendaily.com06/07/2022
Rafizi Ramli puji keberanian Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Rafizi Ramli memberi pujian kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang berani dan berpendirian tegas terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pujian Timbalan Presiden PKR itu hadir susulan kenyataan Mohamad atau Mat Hasan semasa wawancara dengan Asia Times yang berkata Najib perlu menjalani hukuman terlebih dahulu selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan rasuah dihadapinya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mat Hasan kerana masih ada suara-suara berani di dalam UMNO yang menyanggah kempen Najib yang cuba memperbodohkan rakyat, terutamanya orang Melayu bahawa dia tidak bersalah.

“Walaupun UMNO adalah saingan PKR, masa depan negara bergantung kepada parti-parti politik (termasuk UMNO) dipimpin oleh mereka yang bersih dari rasuah, cekap mentadbir dan mempunyai wawasan.

“Jika pun parti yang menang (pada suatu masa nanti) adalah PKR, negara masih memerlukan barisan pembangkang (seperti UMNO) yang cekap dan bersih untuk membawa isu-isu rakyat serta menyemak tindakan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, kempen yang sedang digiatkan Najib bersama kumpulannya dalam menyeleweng fakta berhubung kes rasuah dihadapinya amat merbahaya kepada UMNO dan negara.

“Oleh sebab itu, kempen berterusan Najib yang ingin menyelewengkan fakta yang telah dibentangkan di mahkamah adalah berbahaya kepada UMNO dan negara.

“Apatah lagi apabila sebahagian besar dari rakyat Malaysia percaya bahawa Najib adalah bersalah dan telah menyeleweng dana rakyat melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” ujarnya lagi.

Terdahulu, Asia Times melaporkan Mohamad sebagai berkata Najib tidak sepatutnya mengharapkan layanan istimewa daripada kerajaan pimpinan UMNO jika akhirnya dipenjarakan atas pelbagai tuduhan rasuah.

Memetik laporan Asia Times, dengan tajuk ‘Exclusive: UMNO’s No 2 thinks Najib should go to jail’ Mohamad juga dilaporkan berkata kelesuan negara ketika ini berpunca daripada kegagalan UMNO untuk ‘memberitahu kebenaran’ mengenai skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Asia Times dimiliki oleh Asia Times Holdings Limited, sebuah syarikat berpangkalan Hong Kong yang terlibat dalam multimedia dan perhubungan awam.

Terjemahan petikan bahagian wawancara itu:

Wartawan: Adakah anda akan berasa kasihan jika Najib masuk penjara?

Mohamad: Sudah tentu, sebagai seorang kawan, saya berasa kasihan, tetapi semua orang perlu… anda perlu menghadapi apa sahaja…

Wartawan: Tanggung kesan tindakan mereka?

Mohamad: Tanggung kesan tindakan mereka, bukan? Jika anda mahukan pengampunan, anda perlu melalui proses tersebut. Anda kena masuk dalam (penjara) dulu. Anda tidak boleh diampunkan sebelum anda melalui proses; itu salah. Itu salah sama sekali


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/rafizi-ucap-tahniah-atas-keberanian-mat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bersalah Dan Perlu Masuk Penjara Tahniah Tok Mat

Najib Bersalah Dan Perlu Masuk Penjara Tahniah Tok Mat

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 324 hits
Negara dikejutkan dengan laporan laporan berita hasil satu wawancara di antara Timbalan Presiden UMNO Dato Seri Mohamad Hasan dengan dua wartawan Nick Kochan dan Nile Bowie Berita yang bertajuk UMNO s No 2 thinks Najib should go to jail ata...
Malaysia Ucap Takziah Atas Kematian Bekas Pm Jepun Shinzo Abe

Malaysia Ucap Takziah Atas Kematian Bekas Pm Jepun Shinzo Abe

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 424 hits
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas kematian bekas Perdana Menteri Shinzo Abe Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia saya ingin menguc...
Betoi Dah Tu Mat Najib Memang Dah Sedia Dah Nak Ke Sg Buloh

Betoi Dah Tu Mat Najib Memang Dah Sedia Dah Nak Ke Sg Buloh

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 427 hits
Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara July 5 2022 Mohamad Hasan berkata kenyataannya berhubung kes rasuah Najib Razak dalam SRC International diambil di luar konteks PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menafikan laporan...
Giliran Tok Mat Bersuara Mengenai Umno Kerajaan Najib Dan Pru

Giliran Tok Mat Bersuara Mengenai Umno Kerajaan Najib Dan Pru

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 693 hits
DALAM temubual bersama Asia Times Datuk Seri Mohamad Hasan secara terbuka melontarkan kritikan dan pandangan terhadap isu yang berlaku dalam UMNO serta kerajaan Mohamad yang mesra disapa dengan Tok Mat menyentuh pelbagai perkara termasuk da...
Tok Mat Dan Najib Cuba Cerita Hal Sebenar Tentang Gerakan Undurkan Zahid Hamidi

Tok Mat Dan Najib Cuba Cerita Hal Sebenar Tentang Gerakan Undurkan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 320 hits
Antara perkara yang didedahkan oleh bekas ahli MT yang dipecat Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam ialah tentang gerakan pemimpin kanan UMNO yang pernah dilakukan pada tahun 2020 untuk memaksa Zahid Hamidi berundur daripada ...
Tahniah Puad Kerana Anda Punya Keberanian Jangan Jadi Parti Satu Tu Diam Membisu Bila Bab Rega Barang Naik

Tahniah Puad Kerana Anda Punya Keberanian Jangan Jadi Parti Satu Tu Diam Membisu Bila Bab Rega Barang Naik

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 236 hits
Puad tawar diri saman Dr M isu Batu Puteh June 30 2022 Puad Zarkashi berkata Dr Mahathir Mohamad wajar disaman sebagai pengajaran atas tindakan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 menarik balik rayuan tuntutan ke atas pulau Batu Puteh PETALI...
Najib Mana Mau Cara Penyesaian Terbaik Dia Suka Sakaw Duit Dia Akan Sakaw Duit Petronas Untuk Sakaw Atas Sakaw

Najib Mana Mau Cara Penyesaian Terbaik Dia Suka Sakaw Duit Dia Akan Sakaw Duit Petronas Untuk Sakaw Atas Sakaw

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 345 hits
Najib tolak cadangan Anwar selesai isu harga ayam minyak sawit July 9 2022Najib Razak mengingatkan Anwar Ibrahim bahawa mengehadkan eksport sawit tidak akan menurunkan harga minyak masak PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menol...
Umno Pernah Setuju Pujuk Zahid Berundur Tapi Mat Hasan Belot

Umno Pernah Setuju Pujuk Zahid Berundur Tapi Mat Hasan Belot

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 273 hits
Sekumpulan pemimpin kanan dan berpengaruh dalam Umno dikatakan berkumpul untuk mencari kesepakatan mendesak Ahmad Zahid Hamidi berundur secara baik seawal 2020 Menurut Tajuddin Abdul Rahman antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Presiden...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia