Rafizi Memang Tahu Apa Akan Jadi Tun M


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad seakan-akan menyindir apabila ditanya mengenai fakta dikemukakan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bahawa penarafan kerajaan merudum selepas enam bulan pertukaran tampuk pemerintahan.
Perdana Menteri dengan nada sinis berkata: “Rafizi memang tahu apa akan jadi, jangkaannya mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pun sangat tepat.”
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA), di ibu negara, sebentar tadi.
Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Sinonim imej pengulas sarat dengan fakta, Rafizi pada Rabu lalu dilaporkan berkata, penelitian semula tumpuan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) wajar dilaksana secara tuntas kerana nadi sentimen masyarakat sejak mutakhir ini menyaksikan perubahan mendadak terhadap kerajaan baharu.
Bersandarkan jutaan maklum balas menerusi ruangan komen dalam talian di pelbagai portal berita, katanya, Malaysia ternyata berdepan kadar perpecahan yang amat tinggi, malah setiap komuniti seakan hidup dalam dunia sendiri kerana mereka kurang berhubung.
“Menerusi kaji selidik, penarafan kerajaan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei lalu menjunam secara mendadak.
Ketika ditanya penarafan terhadap prestasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada Jun lalu, 72 peratus rakyat Malaysia memperakui pencapaiannya.
“Ia didahului oleh masyarakat Cina yang memberikan penarafan tertinggi iaitu 87 peratus, disusuli India sebanyak 84 peratus, malah responden dalam kalangan Melayu merekodkan kadar 66 peratus walaupun prestasi PH pada PRU-14 untuk meraih sokongan mereka menyaksikan keputusan hambar.
“Bersandarkan kaji selidik sama yang dikendalikan dua minggu lalu, penarafan terhadap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri oleh rakyat Malaysia menyusut kepada 53 peratus, iaitu pengurangan kira-kira 20 peratus daripada semua kaum.
“Melayu umpamanya menyaksikan penyusutan penarafan daripada 66 peratus kepada 45 peratus, Cina (87 peratus kepada 65 peratus) dan India (84 peratus kepada 64 peratus).“Di sesetengah negeri, Menteri Besar baharu yang ejaan namanya salah menerusi maklum balas kaji selidik memperoleh penarafan lebih tinggi daripada Perdana Menteri,” katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama menjelaskan kerajaan dalam usaha menyemak semula kerangka kurikulum sekolah di seluruh negara supaya lebih dinamik.
Beliau memetik contoh bahawa pembelajaran agama Islam harus menyuntik elemen nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, sekali gus memastikan pembentukan sahsiah murid secara lebih menyeluruh.
“Jadual kurikulum di sekolah akan diubah, tapi masih perlu belajar agama, cuma bukan empat sesi dalam sehari kerana kita tidak mahu murid hanya pandai baca doa.
“Sebaliknya berikan ilmu yang berguna kepada mereka apabila menamatkan persekolahan, berbanding hanya menjadi individu sekadar pandai buat ‘drama’,” katanya.
The post Rafizi Memang Tahu Apa Akan Jadi – Tun M appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/rafizi-memang-tahu-apa-akan-jadi-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang Ada 2 Mp Pas Jumpa Dengan Tun Mahathir

Memang Ada 2 Mp Pas Jumpa Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 808 hits
KOTA BHARU Pas akui dua daripada ahli parlimennya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ia tanpa pengetahuan parti Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertemuan dengan Dr Mahathir...
Tun M Jangan Pandang Sinis Pandangan Rafizi

Tun M Jangan Pandang Sinis Pandangan Rafizi

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 395 hits
Rafizi RamliKUALA LUMPUR Penghijrahan pemimpin pemimpun UMNO secara beramai ramai dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan antara punca populariti Tun Dr Mahathir Mohamad menurun Tentunya dengan menerima masuk wakil wakil rakyat UMNO ...
Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 435 hits
Siang malam bertahun lamanya menghentam Najib Kiri Dan kanan bukan hentaman kosong Dan fitnah Sebaliknya Hari InI APABILA Ada puluhan Dan mungkin ke ratusan tuduhan Dan pendakwaan nyata hentaman dulu berasas Bukan setakat najib pemimpin UMN...
Baitulmaqdis Perlu Kekal Seperti Sedia Ada Tun M

Baitulmaqdis Perlu Kekal Seperti Sedia Ada Tun M

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 316 hits
BANGKOK Baitulmaqdis harus kekal seperti sedia ada dan mana mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagikan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Australia juga mahu membahagikan Baitulma...
Tun Janganlah Dimatikan Umno Ini

Tun Janganlah Dimatikan Umno Ini

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 376 hits
Sejak awal lagi Tun Mahathir Mohamad dilihat bukan sekadar mahu mengalahkan UMNO dalam pilihanraya malah ingin menjadikan Bersatu sebagai pengganti kepada parti Melayu itu Selain dalam kempen kempen sebelum PRU14 beliau selalu mengatakan UM...
Izzah Letak Jawatan Tun M Saya Tak Tahu Apa Apa Yang Berlaku Dalam Pkr

Izzah Letak Jawatan Tun M Saya Tak Tahu Apa Apa Yang Berlaku Dalam Pkr

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 351 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak tahu menahu punca Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR Apa Oh naib presiden Bukan dari PKR Saya tidak tahu beliau mesti mempunyai sebabnya Saya tidak tahu apa a...
Tun M Bersatu Akan Kaji Permohonan Rahim Thamby Chik

Tun M Bersatu Akan Kaji Permohonan Rahim Thamby Chik

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 432 hits
CYBERJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mempertimbangkan permohonan veteran UMNO yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik untuk menyertai parti itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap permohona...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur