Rafizi Dijangka Lunakkan Cara Bercakap Keras Terus Terang




K. Parkaran -June 1, 2022     
Impak Rafizi Ramli dalam PRU15 dijangka besar kerana beliau dilihat mempunyai penyokong daripada kalangan pengundi muda, baik ahli parti mahupun orang luar.PETALING JAYA: Seorang penganalisis menjangkakan bakal timbalan presiden PKR Rafizi Ramli akan mengurangkan gaya “bercakap keras dan terus terang” kerana beliau kini perlu berurusan dengan pemimpin pembangkang lain secara tetap.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Rafizi tidak mungkin akan mencetuskan pergolakan seperti yang dilakukannya ketika tidak memegang jawatan kanan dalam PKR atau Pakatan Harapan (PH).
“Rafizi dahulunya sangat ‘keras’ dan bersikap terus terang apabila menangani beberapa isu,” katanya kepada FMT.
“Tetapi ini ketika beliau masih mentah dan tidak dianggap sebagai jurucakap partinya.
Azmi Hassan.“Sekarang apabila beliau akan pegang jawatan penting dalam parti dan mungkin dalam gabungan PH, beliau akan sedar bahawa beliau perlu bekerjasama dengan sekutu bukan sahaja dalam PH tetapi juga dalam parti pembangkang lain.”




Menurutnya, Rafizi akan berhati-hati kerana menjadi jurucakap parti dan akan berwaspada serta fokus dalam membawa idea menarik dan baharu dalam gabungan pembangkang.
Membuat spekulasi mengenai impak bekas ahli Parlimen Pandan itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, Azmi berkata, ia dijangka besar kerana Rafizi dilihat mempunyai penyokong daripada kalangan pengundi muda, baik ahli parti mahupun orang luar.
“Program Ayuh Malaysia yang dilancarkan dan dijalankan bersama Nurul Izzah menarik ramai penyokong daripada golongan belia di luar PKR, yang merangkumi semua kaum.
“Gandingan ini menarik minat belia. Sebagai timbalan presiden, Rafizi kini memberi nilai tambah bukan hanya kepada PKR tetapi PH secara keseluruhannya.”
Beliau berkata, cabaran terbesar akan dihadapi Rafizi adalah dalam menentang pandangan Presiden PKR Anwar Ibrahim. Kedua-duanya perlu menangani isu konsep “khemah besar” secara muhibah, tambahnya.
“Anwar adalah peminat tegar konsep itu manakala Rafizi menentangnya,” katanya.
“Kemenangan Rafizi yang meyakinkan dalam pemilihan PKR memberinya kekuatan untuk tidak bersetuju dengan Anwar atau memberi pandangan yang bertentangan mengenai strategi parti, tetapi beliau pasti akan berhati-hati apabila menangani isu khemah besar.”
Rafizi sebelum ini secara terbuka menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan parti yang tidak sejajar dengan prinsip PKR, tetapi Azmi menjangkakan beliau akan menerima hakikat bahawa PH memerlukan sebanyak bantuan yang boleh daripada parti pembangkang lain untuk berjaya dalam PRU15.
“Beliau akan berlembut sedikit kerana jawatan yang disandangnya itu menggalas sesuatu tanggungjawab,” katanya.
Azmi turut menjangkakan akan melihat perubahan drastik dalam hala tuju parti pada PRU15 kerana strategi yang digunakan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, Sarawak dan Melaka, yang kebanyakannya dirangka oleh Anwar, gagal.
“Rafizi dijangka akan tampil menyuntik idea baharu untuk parti serta PH untuk membantu mereka menghadapi PRU15,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/rafizi-dijangka-lunakkan-cara-bercakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Gesa Muhyiddin Terus Terang Hala Tuju Kerjasama Politik Dalam Pru15

Pas Gesa Muhyiddin Terus Terang Hala Tuju Kerjasama Politik Dalam Pru15

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 253 hits
ismaweb net Tak mahu diseret ke khemah besar jika ada DAP PKRBANGI 7 Zulkaedah 1443H Selasa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan bersikap jujur dan berterus terang kepada PAS berkaitan hala tuju kerjas...
Pemilihan Pkr Rafizi Ramli Menang Besar Di Melaka Beliau Dijangka Menang Keseluruhan Untuk Berganding Bersama Anwar

Pemilihan Pkr Rafizi Ramli Menang Besar Di Melaka Beliau Dijangka Menang Keseluruhan Untuk Berganding Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 241 hits
May 29 2022 Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden menentang Saifuddin Nasution Ismail PETALING JAYA Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pemilihan PKR bag...
Eksklusif Cakap Terus Terang Marahkah Muhyiddin Dekat Ku Li

Eksklusif Cakap Terus Terang Marahkah Muhyiddin Dekat Ku Li

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 186 hits
Ini laporan EKSKLUSIF Politik Kini Pada 13 Mei 2022 lalu krew studio Politik Kini telah menemubual negarawan YBM Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah untuk mendapatkan perspektif beliau mengenai situasi politik Malaysia se...
5 Cara Memaknai Hari Kebangkitan Nasional Dalam Kehidupan Sehari Hari

5 Cara Memaknai Hari Kebangkitan Nasional Dalam Kehidupan Sehari Hari

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 348 hits
Harkitnas dapat dimaknai melalui 5 cara berikut yang selaras dengan semangat peringatan tersebut Yuk terapkan
Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan Amp Quot Desktop Amp Quot Windows

Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan Amp Quot Desktop Amp Quot Windows

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 224 hits
Kepada pengguna PC jenis Windows diluar sana berikut kami kongsikan cara untik kembalikan ikon windows yang hilang atau tiada pada paparan Desktop Pertama sekali masuk ke menu Themes and related settings Kemudian klik pada menu berikut
Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Secara Online Dan Mesin Atm

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Secara Online Dan Mesin Atm

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 521 hits
Untuk membuat pengeluaran duit daripada Tabung Haji anda boleh lakukan dengan beberapa cara iaitu sama ada secara manual atau boleh dilakukan di rumah sahaja iaitu secara online Wang yang ada di dalam akaun kita boleh dibawa keluar pada bil...
Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 449 hits
Masa budak budak dulu mesti pernah rasa milo percuma dari lori milo tu kan rasanya memang lagi sedap berbanding milo yang kita buat sendiri dirumah Selalunya lori milo itu akan datang ke sekolah rendah untuk bagi rasa semua pelajar sekolah ...
Tak Payah Beli Daging Wagyu Angus Ni Cara Masak Steak Super Sedap Lembut Berjus

Tak Payah Beli Daging Wagyu Angus Ni Cara Masak Steak Super Sedap Lembut Berjus

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 379 hits
Sesekali setiap kali hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran atau perkahwinan menu menu Barat menjadi pilihan kita Tak perlukan makan Steak dari hidangan restoran hebat apa kata kali ini kita sediakan sendiri di rumah Air tangan suami i...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik