Kempen Rafizi Sudah Bermula Nurul Izzah Bila Lagi






10 May 2025


Sebaik mengesahkan pencalonannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak menunggu lama untuk mengatur gerakan kempennya.


Tema kempen beliau kali ini ialah HIRUK – Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa.


Selain makna temanya yang mudah difahami iaitu untuk terus menghidupkan idealisme reformasi setelah PKR kini merupakan tunjang kerajaan, lebih menarik lagi ialah penggunakan kata pendek HIRUK dalam sebutan tema kempennya.


HIRUK adalah perkataan yang berasal daripada HIRUK PIKUK iaitu bermaksud sibuk, bising atau riuh rendah.


Dalam hal ini Rafizi ternyata bijak memilik perkataan yang unik tetapi tetapi mudah difahami.


Yang paling penting, perkataan HIRUK itu senang disebut dan mudah melekat dalam ingatan.


Selepas ini, pasti perkataan HIRUK akan menjadi sebutan yang meluas di merata-rata.


Melalui HIRUK sebagai tema kempennya, Rafizi dengan pantas telah mengatur dua lokasi untuk beliau dan kumpulannya berkempen.


Pada 11 Mei (Ahad), jam 9.00 malam, kempen HIRUK akan berlangsung di Klana Grand Ballroom, Allson Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.


Ini adalah program kempen untuk beliau bertemu dengan perwakilan PKR daripada Negeri Sembilan dan Melaka.


Pada 12 Mei (Isnin), juga jam 9.00 malam, kempen HIRUK akan berlangsung di Dewan Budi Muafakat, KEDA Sungai Seluang, Kedah.


Program ini adalah untuk Rafizi dan pasukannya bertemu dengan perwakilan PKR daripada Zon Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.


Selain itu, malam ini pula (10 Mei), Rafizi akan mengadakan siaran terbuka podcast kendaliannya di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Selangor pada jam 9.00 malam.


Podcastnya yang sebelum ini bertema “Yang Bakar Menteri” kini telah ditukar kepada “Yang Berhenti Menteri?”


Podcast beliau dengan siaran terbuka dan boleh dihadiri orang ramai ini juga adalah juga sebahagian gerakan kempen Rafizi.


Bermakna, setelah baru semalam mengesahkan bertanding mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR, Rafizi sudah pun mengatur tiga program kempen untuk mempertahankan jawatannya.


Ini sekaligus menggambarkan betapa seriusnya beliau untuk mengelakkan dirinya dapat dikalahkan oleh Nurul Izzah Anwar.


Tetapi, apa gerakan kempen Nurul Izzah untuk memastikan beliau beroleh kemenangan dan dapat menewaskan Rafizi?


Setakat ini nampaknya masih belum ada apa-apa gerakan yang kelihatan.


Bila lagi nak bermula?


Nak menang atau nak kalah?


Kalau serius nak menang, Nurul Izzah tiada pilihan lain melainkan harus segera bertindak lebih pantas atau setidak-tidaknya sama pantas dengan Rafizi dalam menyusun program kempennya.


Ingat satu perkara, sebagai anak Presiden PKR merangkap Perdana Menteri – malu kalau kalah nanti!! – ShahbudinHusin 10Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/kempen-rafizi-sudah-bermula-nurul-izzah-bila-lagi/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/kempen-rafizi-sudah-bermula-nurul-izzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 148 hits
Malaysiakini nbsp Ketua PKR cabang Tapah Azam Afandi nbsp menyatakan sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan timbalan presiden yang disandang Rafizi Ramli dalam pemilihan parti hujung bulan ini Ketua Penerangan PKR Pera...
Antara Rafizi Atau Nurul Izzah Siapa Pilihan Chatgpt

Antara Rafizi Atau Nurul Izzah Siapa Pilihan Chatgpt

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 125 hits
Apa kata ChatGPT Rafizi atau Nurul Izzah HarapandailySiapa lebih sesuai sebagai Timbalan Presiden PKR Ini kata ChatGPT mengenai Rafizi dan Nurul Izzah 1 RAFIZI RAMLIKelebihan Bijak dan teknokratik Rafizi dikenali sebagai tokoh yang cerdas b...
Rafizi Beritahu Perwakilan Pkr Supaya Mengundi Nurul Izzah

Rafizi Beritahu Perwakilan Pkr Supaya Mengundi Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 158 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Rafizi Ramli menyeru perwakilan PKR mengundi pencabarnya Nurul Izzah Anwar sebagai timbalan presiden Rafizi berkata ini kerana Presiden PKR dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mendapat gambaran buruk jika anak...
Vote For Nurul Izzah Rafizi Tells Pkr Delegates

Vote For Nurul Izzah Rafizi Tells Pkr Delegates

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 132 hits
Rafizi Ramli says Nurul Izzah Anwar has to win the race for the PKR deputy presidency or Malaysians would read her defeat as party members rejecting Anwar Ibrahim Rafizi Ramli has called on PKR delegates to vote for his rival Nurul Izzah An...
Nurul Izzah Rafizi Should Debate Media Should Organise

Nurul Izzah Rafizi Should Debate Media Should Organise

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 130 hits
With Nurul Izzah Anwar contesting against Rafizi Ramli for the PKR deputy presidency a party leader has urged both leaders to have an open debate ADSPKR Youth vice chief Prasanth Kumar Brakasam also opined that media outlets such as Malaysi...
Rafizi Vs Nurul Izzah A Family Feud Or The Beginning Of Keadilan S End

Rafizi Vs Nurul Izzah A Family Feud Or The Beginning Of Keadilan S End

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 168 hits
By now most political observers have felt the tremors of tension between Rafizi Ramli and Nurul Izzah Anwar both seen once as the intellectual and emotional backbone of KEADILAN s reformist soul But what was once camaraderie rooted in share...
Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Tips Menang Di Gudangtoto

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Pandang Pandang Jeling Jeling Haziq Rosebi Iera Milpan

Keluang Man Mengecewa Penonton Kerana Hanya Sekadar Nostalgia

Degradable Wooden Food Box Antara Gaya Alam Sekitar Dan Profesionalisme

Air Asam Perut Lembu

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw