Raf Pj Mengumpulkan Makanan Terbaik Sekitar Petaling Jaya Di Bawah Satu Bumbung


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau orang sebut sahaja Petaling Jaya makanan apa yang terbayang difikiran korang yang cukup popular di sana. Adakah Kuey Teow yang panas dalam satu pinggan, atau juga Ayam Goreng Kunyett yang penuh dengan daging ayam, atau juga Pisang Cheese yang meleleh bagaikan lava gunung berapi.
Sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap-sedap dan juga menjadi tular berada di sekitar PJ ni. Tapi adakah kita ada masa untuk menikmati semua hidangan ni dalam masa satu hari. Mungkin juga kita nak habiskan masa berpusing cari parking untuk pergi setiap kedai makan yang sedap-sedap ni. Memang tak lah paling mudah kita mungkin pergi satu sahaja. 


Tapi sekarang tak perlu lagi kerana telah adanya RAF.PJ. Ia seolah bagaikan satu hub makanan yang mengumpulkan semua vendor dan juga outlet makanan enak-enak sekitar PJ ni di bawah satu bumbung. Maha tahu pasal tempat ni pun hari tu mereka ada buat majlis pembukaan rasmi lokasi ini yang terletak di No23 Jalan SS5A/11 Petaling Jaya. Kalau korang ada nampak macam extension sebelah restoran The Fennel itu lah di tempatnya. 



Maha masuk ia lebih kurang macam konsep food court jugalah dimana disedikan gerai khas untuk vendor-vendor makanan ni meniaga di sini mengikut waktu dan kesesuaian mereka. Kat sini segala kemudahan di sediakan seperti kawasan yang luas, meja makan yang banyak dan juga lebih kepada kawasan terbuka. Tapi kalau korang nak duduk bahagian berhawa dingin boleh juga masuk dalam restoran The Fennel dan order minuman di situ manakala makanan boleh order kat gerai di luarnya.



Setakat ini adalah lebih kurang 20 vendor makanan yang telah beroperasi di sini mengikut waktu yang ditetapkan. Sebab kat sini ada dua sesi jualan iaitu dari pukul 7.00 pagi untuk sarapan pagi sehingga 4.00 petang untuk makan petang. Manakala sesi kedua pula dari pukul 5.00 petang sehingga pukul 12.00 tengah malam untuk korang yang suka lepak-lepak santai-santai sambil sembang-sembang lewat malam. 
Di antara outlet atau vendor makanan yang ada di sini yang sempat Maha cuba dan juga nikmati adalah:
1) ShoShedap On The Go




Ini adalah pemilik instafamous atau yotuber terkenal iaitu Ashhryyyyy. Kat sini mereka ada menyediakan juadah ayam goreng salted egg. Ada empat jenis yang popular di sini iaitu Salted Egg Spicy, Cheezy Salted Egg, Korean Spicy Yangnyeom dan Korean Spicy Curry BBQ. Nak tahu lebih boleh follow IG mereka @ShoShedapOnTheGo atau @ShoShedap.
2) The Gorpis




Ini pula ada gerai Pisang Goreng Cheese dan juga ada chocolat di atasnya. Korang boleh tengok goreng pisang ni dah tak nampak penuh dengan cheese di atasnya. Topping tu korang boleh pilih nak yang Cheese, Chocolate, Oreo, Caramel dan banyak lagi. Korang boleh follow kat IG mereka @TheGorpis. 
3) Sate Barokah Ibu Nur






Bagi yang suka makan sate style Madura kat sini RAF.PJ ni pun ada yang popular dan tak asing lagi iaitu Sate Barokan Ibu Nur. Ada pelbagai jenis sate kat sini seperti Sate Ayam, Sate Lembu, Sate Kambing dan juga Sate Bebek (Itik). Juga mereke menyediakan makanan popular dari negara jiran iaitu Bakso. Korang boleh datang sini dan follow IG mereka @satebarokah_ibunur.
4) Marvelous Ayam Goreng Kunyett




Siapa suka nasi dengan ayam goreng kunyett kat sini pun ada. Sesuai untuk makan tengahari atau makan malam. Bukan sahaja ayam goreng kunyit ada juga daging goreng kunyit dan juga sotong goreng kunyit. Tengok tu mereka tak kedekut nak isi bahan tu makan dengan kicap pulak terangkat panas-panas. Boleh pergi kat IG mereka @marvelousayamgorengkunyett.
5) Otak-Otak Petaling Jaya




Ini pula makanan yang popular daripada pantai timur iaitu otak-otak dan juga sata. Maha memang suka giler makan ni time panas-panas baru lepas bakar dengan aroma daun kelapa lak perhh best. Sekarang tak perlu nak pergi jauh kat sini pun dah ada. Mereka siap bakarkan korang hanya makan sahaja. Boleh follow IG mereka @otakotakpetalingjaya.
6) BAAM Nasi Dagang KJ 





Pecinta Nadi Dagang kat sini pun ada yang dibawa khas dari negeri Terengganu. Nasi Dagang kat sini semua ada kuah kari ikan tongkol dan juga acar sayur bersama dengan nasi yang lembut dan harum. Kat sini juga mereka ada jual keropok lekor jadi boleh buat makan kudap-kudap waktu petang. Follow IG mereka @baamnasidagangkj.
7) Pak Daud Kuey Teow KJ




Kuey Teow yang popular ni pun ada kat sini. Gerai kuey teow ni buka dari pagi sampai malam jadi boleh lah makan puas-puas. Dalam kuey teow mereka tak kedekut dengan udang dan juga bahan lain memang menarik kena cuba. Korang follow lah IG mereka @pakdaud.kteow.kj.
8) The Fennel





Restoran The Fennel ada sebelah dan satu tapak dengan RAF.PJ. Restoran ni menyajikan makanan barat. Kalau korang nak cuba macam chicken chop, steak, pasta, spaghetti, dessert seperti kek, roti dan juga macam-macam lagi boleh mai sini. Minuman kat sini pun semua sedap-sedap dan menyegarkan korang boleh order macam MilkShake. Coffee, Tea dan juga macam-macam lagi lah. Restoran ni sediakan ruang makan berhawa dingin sepenuhnya. Nak tahu lanjut boleh follow IG mereka @TheFennels. 

Sebenarnya ada banyak lagi gerai tapi tak dapat nak senaraikan semua dan yang ni sahaja sempat Maha dan kawan-kawan cuba masa datang makan hari tu kat sini. Tempat ni sangat menarik dimana ia mengekalkan konsep mengeratkan silatulrahim untuk korang buat pertemuan dengan kawan-kawan dan lepak sambil makan dan minum. Walaupun datang makan dan minum SOP tetap di utamakan di sini. Korang yang nak datang mesti kena pakai mask dan juga membuat pengujian suhu pada pintu masuk. Juga kena ada penjarakan fizikal. 

Maha sangat rekmen kepada orang yang nak datang satu tempat tapi ada banyak pilihan makanan yang pelbagai. Suasana pun santai dan juga relax sahaja tapi sedikit padat pada satu-satu masa. Jangan risau mereka tetap akan melayan anda. Harga makan sini juga mampu beli silap-silap semua korang nak cuba hehehe. Selamat menjamu selera semua. 
Dapatkan maklumat lanjut RAF.PJ di laman sosial:Facebook : https://www.facebook.com/Rafpj-125464732358720
Instagram : https://www.instagram.com/raf.pj
Lokasi : No 23, Jalan SS5A/11, Petaling Jaya











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2020/09/rafpj-mengumpulkan-makanan-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Sunway Clio Hotel Terbaik Area Petaling Jaya

Hotel Sunway Clio Hotel Terbaik Area Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 510 hits
Bersambung dari entry Pikir punya pikir akhirnya makcik pilih hotel Sunway Clio Makcik booking melalui Agoda Makcik dah masuk kali ketiga menginap disini makcik berpuas hati dengan tahap kebersihan hotel bilik selesa tak bau kepam stafnya f...
Raf Pj Petaling Jaya S One Stop For The Best Street Foods

Raf Pj Petaling Jaya S One Stop For The Best Street Foods

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 498 hits
Raf PJ Petaling Jaya s One Stop for the best street foods Being friends with Maha Mahu is great as I get to know the best food around in KL and Selangor area But travelling to different places to try all the different favorite foods is quit...
Kutu Air Makanan Terbaik Untuk Ikan Laga Betta

Kutu Air Makanan Terbaik Untuk Ikan Laga Betta

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 2429 hits
Kutu air Makanan terbaik untuk ikan laga betta Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya ikan laga atau betta semakin mendapat tempat di dalam masyarakat Malaysia Ikan laga atau ada yang panggil ikan Karin ni sebenarnya dah lama ada pem...
Ombak Kitchen Restoran Makanan Laut Terbaik Di Bangsar Kuala Lumpur

Ombak Kitchen Restoran Makanan Laut Terbaik Di Bangsar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 680 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Untunglah orang Bangsar kerana dah ada restoran makanan laut yang bukan sahaja berkualiti malah juga Halal Sebab sekarang ni kat sana ...
Perjuangan Reformasi Beri Impak Lebih Besar Di Bawah Grm

Perjuangan Reformasi Beri Impak Lebih Besar Di Bawah Grm

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 223 hits
Perjuangan Reformasi selama 22 tahun akan mendapat impak yang lebih hebat selepas ini di bawah Gabungan Reformis Malaysia yang menghimpunkan 10 pertubuhan memperjuangkan pembaharuan total di tanah air Bagi Presiden Aktivis Rakyat Malaysia K...
Ekonomi Negara Jatuh Bawah Ph Dibaiki Pn

Ekonomi Negara Jatuh Bawah Ph Dibaiki Pn

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 382 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Keluaran Dalam Negara Kasar Sabah mencatat pertumbuhan 0 5 peratus iaitu paling rendah dalam Malaysia bagi tahun 2018 dan 2019 yang menunjukkan indikator ekonomi tidak bagus di bawah pemerintahan WARISAN Pensyarah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan