Kutu Air Makanan Terbaik Untuk Ikan Laga Betta
Kutu air : Makanan terbaik untuk ikan laga/betta? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya ikan laga atau betta semakin mendapat tempat di dalam masyarakat Malaysia. Ikan laga atau ada yang panggil ikan Karin ni sebenarnya dah lama ada peminatnya sendiri. Cumanya dulu, ikan laga ni tak berapa menarik sangat (pada mata aku). Tapi sekarang, zaman berubah, ada pelbagai variasi betta di dalam Malaysia.
Selepas terjebak kembali (dek kerana rakan-rakan sekeliling mula minat betta) maka aku pun mula mencari baka baka terbaik betta Malaysia. Ada banyak sebenarnya baka ikan betta ni. Ada yang ambil baka daripada Thailand atau Indonesia kemudian “breed” sendiri. Maka terhasil lah pelbagai variasi betta.
Buat masa sekarang, aku dah ada koleksi betta HMPK galaxy dan multicolor. Aku juga ada jenis betta halfmoon dan jenis ikan laga biasa. Dan masih dalam pencarian baka baka terbaik betta seperti Avatar. Aku lebih cenderung pada multicolor sebenarnya. Dan galaxy serta AOC. Lebih pada sedap mata memandang. Hehe.
Tapi kali ini aku bukan nak bercerita mengenai jenis jenis betta. Tapi nak bercerita tentang makanan terbaik untuk ikan laga/betta.
Kutu air : Makanan terbaik untuk ikan laga/betta?
Sebenarnya ada pelbagai pellet untuk ikan laga/betta ni. Tapi daripada pencarian aku tentang ikan laga ni, banyak yang mencadangkan agar ikan laga/betta ni diberikan makanan hidup. Dan di antara makan hidup itu adalah kutu air.
Mesti ramai yang tak tahu macamana rupa kutu air tu kan? Aku kongsikan dengan korang macamana rupa kutu air tu:
Ahha! Kutu air ni sebenarnya mudah je nak cari. Pergi sauk je bak kata kawan kawan aku. Dapat yang warna merah je yang baik tu. Tapi ada breeder betta yang ternak sendiri kutu air ni. Nak ternak kutu air tak susah mana pun, semudah ABC. Hehehe.
Selain ianya sangat baik untuk betta, kutu air juga mampu mengawal kualiti air. Kalau sebelum ini, aku lebih suka beri betta aku makan pellet khas untuk ikan laga. Tapi selepas beri makan kutu air, air tak mudah kotor. Bila air tak kotor, maka tak perlulah kerap tukar air ikan (penatnya tukar air ikan ni, tahu tahu sahajalah kan) hehehe.
Selain itu, ikan akan jadi lebih aktif bila makan kutu air. Sebab kutu air ni hidup, jadi mereka akan berenang dalam tank. Betta akan berpusing pusing nak makan kutu air. Jika dibandingkan dengan pellet, makanan ini hanya terapung di atas.
Apa pun, lain orang, lain caranya kan. Lebih mudah sebenarnya beri ikan makan pellet. Sebab kering dan hanya letak dalam bekas. Nak beri makan kutu air, sebaiknya beri ikan makan kutu air hidup. Nak beri yang hidup, sama ada kita cari sendiri atau boleh beli. Kemudian, nak bela kutu hidup ni, kena juga beri makan.
Kalau jenis mereka yang bela betta ni tak punya kesempatan waktu, memang pellet lah yang terbaik untuk kalian. Hahaha. Tapi kalau sayang dan nak betta korang cantic, maka Kutu air adalah makanan terbaik untuk ikan laga/betta!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/09/kutu-air-makanan-terbaik-untuk-ikan-laga-betta.html