Cawangan St Rosyam Mart Ke 9 Bakal Dilancarkan Pada 17 Disember
Cawangan ST Rosyam Mart Ke-9 Bakal Dilancarkan Pada 17 Disember
Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 — Kumpulan Sri Ternak, pasar raya borong Halal 24-jam yang paling berpengaruh dan dipercayai di Malaysia, akan membuka cawangan terbaru ST Rosyam Mart pada 17 Disember 2025 di Jakel Square, Kuala Lumpur.
Cawangan terbaru ini menandakan pembukaan ST Rosyam Mart yang kesembilan dan kedua di Kuala Lumpur. Direka sebagai destinasi yang mesti dikunjungi di KL, ia juga merupakan cawangan ST Rosyam Mart pertama yang menampilkan ‘Malaysian Selection’, sebuah ruang khas yang mempamerkan produk buatan Malaysia, termasuk makanan ringan, minuman, dan cenderahati tempatan yang sudah semestinya menawarkan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk para pelanggan tempatan serta pelancong.

Selain itu, cawangan ini turut menambah baik Celebrity Corner, sebuah ruang yang mempamerkan produk berjenama selebriti seperti produk-produk dari Datuk Chef Wan, Dato’ Seri Aliff Syukri, Dato’ Khatijah Ibrahim, Ako Mustapha, Azza Elite, Betty Rahmad, Fizo Omar, Fouziah Gous, Ab Manan, Munif Hijjaz, Nubhan, Nazia Mustafar, Khai Bahar, Datuk Rosyam Nor, dan ramai lagi untuk dinikmati pelanggan.
Bukan hanya sekadar sebuah pasar raya, cawangan ini menyediakan ruang dan pengalaman membeli-belah bertaraf lima bintang dan persekitaran 24 jam pada harga borong untuk keluarga, pekerja, pemilik perniagaan, dan pelancong untuk bersantai, melepak, setiap hari, sepanjang tahun.
Mempunyai keluasan melebihi 40,000 kaki persegi, pasar raya ini menampilkan reka bentuk moden dan kontemporari dengan siling tinggi, laluan luas, susunan produk yang teratur, kawasan barangan borong, serta kaunter bayar sendiri (SCO) dan kaunter tunai yang mencukupi untuk pengalaman membeli-belah yang lancar.
Sebaik sahaja memasuki pasar raya, pengunjung akan disambut dengan aroma menggoda dari ST Cafe dan layanan mesra kaunter khidmat pelanggan di pintu masuk. Lebih daripada sekadar tempat membeli-belah, cawangan ini menyediakan ruang untuk keluarga, pekerja, pemilik perniagaan, dan pelancong untuk bersantai, berjumpa rakan, dan meneroka barangan.
Semuanya direka demi pengalaman membeli-belah yang, selesa, praktikal, dan menyenangkan.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, berkata, “Di Sri Ternak, matlamat kami sentiasa jelas, iaitu membantu individu dan perniagaan menjimatkan wang, menjimatkan masa, dan hidup dengan lebih baik. Pembukaan ST Rosyam Mart di Jakel Square, KL mengukuhkan komitmen ini.
Kini, kami dapat berkhidmat kepada penduduk tempatan dan pelancong yang mencari pengalaman membeli-belah yang dipercayai, mampu milik, dan benar-benar Malaysia.
Selaras dengan matlamat ini, pengenalan ‘Malaysian Selection’ bukan sahaja merupakan penambahan unik kepada cawangan ini, tetapi juga mencerminkan tanggungjawab kami sebagai jenama Malaysia untuk mewakili Malaysia dengan menyokong dan meraikan produk tempatan.
Ia juga mempamerkan dedikasi kami terhadap aksesibiliti, nilai, dan kemudahan 24 jam untuk semua,” tambah Dato’ Raymond Ho.
Majlis perasmian ST Rosyam Mart di Jakel Square pada 17 Disember 2025, pukul 8 malam juga akan menampilkan peluncuran inisiatif ‘Selamatkan Dompet Warga KL’, yang direka untuk membantu penduduk Kuala Lumpur dan rakyat Malaysia membeli keperluan harian berkualiti tanpa membebankan dompet.
Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor, berkata “Ianya bukan hanya sekadar mengembangkan syarikat dengan membuka cawangan baru, ia mencerminkan tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia.
Kami faham bahawa kos sara hidup di KL ini mahal, dan kami mahu menjadikan keperluan harian lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua. Dan kami serius dengan janji kami, ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’.
Selain menawarkan keperluan harian mampu milik, kami mahu ruang ini menjadi tempat yang mudah untuk keluarga, pekerja, dan rakan-rakan untuk singgah selepas kerja, sama ada untuk membeli-belah, menikmati hidangan ringkas, atau sekadar berehat.
Saya menjemput semua untuk hadir ke majlis perasmian pada 17 Disember 2025, pukul 8 malam nanti. Nikmati pelbagai promosi dan aktiviti menarik, serta alami sendiri bagaimana kami menggabungkan kualiti, harga berpatutan, dan keselesaan, semuanya di bawah satu bumbung,” kata Datuk Rosyam Nor.
Menempatkan lebih 40,000 produk, pasar raya borong ini menawarkan pelbagai pilihan dari sayur-sayuran tempatan segar, buah-buahan, ayam berkualiti tinggi, kepada daging premium tempatan dan import seperti kambing seekor dan daging Wagyu yang lembut.
Makanan laut segar dan beku juga disediakan, termasuk King Crab, ikan salmon, tuna, dan banyak lagi. Pengunjung boleh meneroka pelbagai barangan kering, keperluan rumah harian, serta jenama sendiri Kumpulan, termasuk:
Freshin’ – minuman perisa dan air mineral
Santeh – keperluan dapur, makanan tin, dan barangan pantri
1st – barangan harian seperti tisu tandas, tisu muka, dan keperluan rumah
Deli West – hidangan Barat segar yang dibekukan untuk kemudahan
Sri Ternak – makanan segar dan beku, serta barangan rumah umum
Pemilik perniagaan kecil, pemilik restoran, dan katerer juga boleh membeli secara borong di Bahagian Barangan Borong dan menikmati harga borong.
Bagi menambah keselesaan, cawangan ini turut menawarkan lebih 21 perkhidmatan percuma, termasuk pengecas kuasa percuma, air minuman percuma, khidmat pemotongan daging, pinjaman payung, bantuan pengecas bateri kereta, perkhidmatan pam tayar, dan banyak lagi.
Sempena majlis perasmian, pelbagai aktiviti dan promosi menarik akan berlangsung dari 17 Disember hingga 31 Disember 2025. Untuk permulaan, pengunjung boleh mendaftar sebagai Ahli ST hanya dengan RM15 dan menikmati seekor ayam pada harga RM0.88 sahaja. Pra-pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat turun applikasi ST Card dari Google Play atau App Store.
Selain itu, lebih 220 barangan runcit, termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, makanan laut beku, barangan kering, dan banyak lagi, juga akan ditawarkan pada harga serendah RM0.08, dengan tawaran istimewa berlangsung selama dua minggu. Pengunjung juga boleh menikmati lebih 45 barangan borong seperti makanan laut beku dan barangan runcit lain pada harga mampu milik.
Pasar raya borong-24 jam ini juga sedang mencari ‘Raja Konten’ melalui pertandingan penciptaan kandungan, “Misi Mencari Raja Konten”, menawarkan hadiah tunai sehingga RM20,000. Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, penduduk, pencipta kandungan, pelanggan, dan pengunjung majlis perasmian. Peserta dijemput menghasilkan video kreatif sekurang-kurangnya satu minit dan berkongsi di TikTok, Instagram, atau Facebook.
Peserta yang berminat boleh mendaftar sekarang dan menghantar pautan video mereka sebelum 20 Disember 2025. Semua pendaftaran dan penghantaran mesti dilakukan melalui pautan ini: https://bit.ly/RajaKontenSTRM dan dengan meletakkan hashtag rasmi: #STRosyamMartJakelSquareKL, #SelamatkanDompetWargaKL, #DompetAbangSelamat, dan #PasarRakyatMalaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sri Ternak dan ST Rosyam Mart, layari laman web: https://www.sriternak.com/, serta platform media sosial Facebook, Instagram, dan TikTok.
The post Cawangan ST Rosyam Mart Ke-9 Bakal Dilancarkan Pada 17 Disember appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/05/cawangan-st-rosyam-mart-ke-9-bakal-dilancarkan-pada-17-disember/