Qsr Brands Menawarkan Combo Meal Rahmah Kfc Dan Pizza Hut
Hi Korang,
Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur
Inisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak ianya dilancarkan pada 31 Januari 2023. Pada hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja
Menu RAHMAH ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH KFC Meal (Seketul Ayam, Roti Butterscotch berserta Air Mineral) dan Menu RAHMAH Pizza Hut Meal (Personal Piza berserta Air Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu.
Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal)
Menu RAHMAH adalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah. Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela. Inisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak
KPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my.
KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada
[email protected].
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2023/06/qsr-brands-menawarkan-combo-meal-rahmah.html