Qatar Iktiraf Usaha Kerajaan Banteras Rasuah Tpm


DR Wan Azizah ketika menyampaikan ucapannya di Universiti Qatar. - Foto BERNAMA


DOHA: Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi majlis penyampaian anugerah ‘Third Sheikh Tamim International Anti-Corruption Excellence Award’, yang dijadual berlangsung di Putrajaya, bulan depan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah Qatar memilih Malaysia sebagai tempat berlangsungnya acara itu jelas menunjukkan bahawa usaha kerajaan untuk membanteras penyelewengan dan rasuah kini mendapat pengiktirafan antarabangsa.Beliau berkata, Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani sendiri akan menyampaikan anugerah kepada pemenang dari seluruh dunia dan akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia bagi tujuan itu.
Loading...
“Malaysia dipilih kerana pihak Qatar melihat Malaysia sebagai negara contoh dalam ‘good governance’ dan mereka mengambil maklum usaha gigih kerajaan dalam memerangi gejala rasuah,” katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia, di sini, hari ini.Dr Wan Azizah yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Qatar hari ini mengadakan tiga pertemuan dua hala iaitu menghadap Emir Qatar, kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar merangkap Menteri Dalam Negeri Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Pentadbiran, Buruh dan Hal Ehwal Sosial Yousif Mohammed Al Othman Fakhro.Beliau berkata, pelbagai perkara dibincang dalam ketiga-tiga pertemuan itu, yang merangkumi aspek hubungan dan kerjasama dua hala serta isu lain yang mempunyai kepentingan bersama.

Dalam kunjungan menghadap ke atas Emir Qatar, Dr Wan Azizah berkata, beliau menyampaikan hasrat supaya kedua-dua pihak meningkatkan lagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan serta bertukar-tukar pandangan mengenai masalah perpaduan dalam kalangan umat Islam, selain isu Palestin dan Rohingya.“Saya juga telah memaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai barang, termasuklah bekalan simen berkualiti yang boleh dieksport ke Qatar,” katanya.Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan perubatan dan mencadangkan warga Qatar yang memerlukan rawatan di luar negara supaya memilih Malaysia untuk tujuan itu.
Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar, yang turut menyampaikan salam kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Dr Wan Azizah berkata, dari segi kerjasama ekonomi, Malaysia dan Qatar akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai cadangan untuk mengadakan mesyuarat kedua Joint Trade Committee (JTC) di Kuala Lumpur, tahun depan.“Ini kerana sudah terlalu lama (tiada mesyuarat susulan) sejak mesyuarat pertama JTC diadakan iaitu di Doha pada tahun 2009,” katanya.Timbalan Perdana Menteri berkata, perbincangan dengan Menteri Pembangunan Pentadbiran, Buruh dan Hal Ehwal Sosial pula bertumpu kepada isu pembangunan wanita, masyarakat, sosial dan pekerja.“Saya telah menyarankan kepada beliau supaya Malaysia dan Qatar bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran dalam bidang itu.“Kami turut berbincang mengenai pendekatan yang diambil oleh kedua-dua negara dalam isu penjagaan kanak-kanak,” katanya. - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/qatar-iktiraf-usaha-kerajaan-banteras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usaha Usaha Kerajaan Untuk Pembangunan Usahawan

Usaha Usaha Kerajaan Untuk Pembangunan Usahawan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 191 hits
Antara program program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu peniaga kecil dan usahawan muda ialah Skim PROSPER Usahawan Muda oleh PUNB Program ini menawarkan bantuan pembiayaan kewangan kepada usahawa...
Tpm Selamat Tiba Di Qatar

Tpm Selamat Tiba Di Qatar

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 201 hits
24 November 2018 1 14 PM DOHA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Qatar Pesawat yang membawa Timb
Presiden Sri Lanka Arah Siasat Rasuah Kerajaan Terdahulu

Presiden Sri Lanka Arah Siasat Rasuah Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 187 hits
Presiden Sri Lanka arah siasat rasuah kerajaan terdahulu Dikemas kini 11 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Nov 2018
Desakan Supaya Kerajaan Menarik Lesen Kedoktoran Gila Jahat Doktor Ni Memang Patut Dibuang

Desakan Supaya Kerajaan Menarik Lesen Kedoktoran Gila Jahat Doktor Ni Memang Patut Dibuang

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 360 hits
Jom Sign Petition Dia nak 5000 sign Sekarang pun dah hampir 4k sign Katanya lagi doktor ni telah merogol lebih dari 10 doktor wanita dibawah department orthopaedic Yang request petition ini juga doktor Ditambah lagi ayah kepada pesalah ini ...
Sediakah Kerajaan Turunkan Harga Minyak Mohamad

Sediakah Kerajaan Turunkan Harga Minyak Mohamad

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 336 hits
Mohamad Hasan KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan gagal mempertahankan harga minyak sawit hingga menyebabkan harga komoditi itu terus jatuh setiap bulan Harga minyak sawit untuk bulan Disember hanya RM1 7...
Nasib Sekolah Tamil Kini Di Tangan Kerajaan Ph

Nasib Sekolah Tamil Kini Di Tangan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 338 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman bersama sebahagian tetamu berbangsa Hindu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti IPF Bahagian Hulu Langat di The Store Semenyih Selangor foto AFFAN FAUZI SEMENYIH Ker...
Tingkat Kualiti Anggota Pkr Yang Memimpin Kerajaan Zuraida

Tingkat Kualiti Anggota Pkr Yang Memimpin Kerajaan Zuraida

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 249 hits
SHAH ALAM Anggota PKR yang berada di dalam kerajaan perlu meningkatkan kualiti kepimpinan demi pemerintahan yang lebih berkesan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata ia sekali gus membantu hasrat parti dalam seruan reformasi di dalam k...
Ketua Menteri Sabah Mahu Agensi Kerajaan Kembalikan Tanah Milik Rakyat

Ketua Menteri Sabah Mahu Agensi Kerajaan Kembalikan Tanah Milik Rakyat

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 281 hits
KOTA MARUDU Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu semua agensi kerajaan negeri termasuk syarikat berkaitan kerajaan mengembalikan tanah seliaan mereka yang sepatutnya menjadi hak milik penduduk Loading Katanya beliau sudah m...
Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord

Is Anwar Ever Going To Release Najib



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango