Nasib Sekolah Tamil Kini Di Tangan Kerajaan Ph


Mohd Zaini Samsu Hadi
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman bersama sebahagian tetamu berbangsa Hindu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti IPF Bahagian Hulu Langat di The Store, Semenyih, Selangor. foto AFFAN FAUZI,  
SEMENYIH – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu bertanggungjawab terhadap permasalahan yang berlaku di sekolah-sekolah Tamil yang pernah menjadi fokus kerajaan dahulu.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh melepas pandang sekolah-sekolah berkenaan terutama dalam aspek pendidikan di peringkat prasekolah kerana masyarakat India sangat memerlukannya.

“Sebab itu, patut kerajaan PH sekarang ambil tindakan untuk membuka sekolah-sekolah pra-Tamil ini,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Rumah Terbuka Depavaali Parti IPF, Bahagian Hulu Langat di sini hari ini.

Najib berkata, beliau telah menunaikan tanggungjawabnya dalam membela masyarakat India ketika menjadi Perdana Menteri dan sekarang ini tiba masa untuk kerajaan baharu mengambil alih tugas tersebut selepas berlakunya peralihan kuasa pada PRU14 yang lalu.

Katanya, Menteri Pendidikan harus menyelesaikan segala tuntutan masyarakat India terutama dalam aspek pendidikan agar anak-anak daripada bangsa itu agar tidak keciciran.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media berbahasa Tamil yang mendakwa segelintir ibu bapa dalam kalangan masyarakat kaum itu tidak berpuas hati ekoran terdapat sekolah bagi prasekolah Tamil yang telah siap dibina namun, masih belum dapat digunakan ekoran ketiadaan perabut dan alat bantu pengajaran.

Terdahulu dalam ucapannya Najib berkata, harapan beliau untuk melihat sekolah Tamil setanding dengan sekolah-sekolah lain sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tidak tercapai apabila hasrat tersebut tidak ditunai oleh kerajaan baharu.

Katanya, cadangan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu melalui ‘Malaysian Indian Blue Print‘ ketika BN memerintah telah menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat India diterima untuk masuk ke universiti-universiti tempatan bagi meneruskan pengajian.

“Saya telah bantu banyak NGO-NGO India untuk menjalankan pelbagai program membantu masyarakat kaum itu.

“Saya juga telah meluluskan pembinaan enam buah sekolah Tamil dan peruntukan tambahan ke sekolah itu.

“Tetapi apakan daya tak sempat nak diagihkan kita telah terkecundang dalam pilihan raya ke-14 yang lalu,” ujarnya.

Tambah beliau, jika nasib yang dialami BN tidak menjadi begini peruntukan-peruntukan khas itu pasti akan diterima selepas beliau membuat keputusan untuk meluluskannya ketika menjadi ketua kerajaan sebelum PRU lalu. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/nasib-sekolah-tamil-kini-di-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ph Mesti Laksana Sekolah Satu Aliran Abaikan Saja Dap

Kerajaan Ph Mesti Laksana Sekolah Satu Aliran Abaikan Saja Dap

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 517 hits
28 Safar 1440H Selasa Sudah tiba masanya kerajaan Pakatan Harapan mempertimbangkan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu aliran iaitu sekolah kebangsaan selain menilai semula sekolah vernakular dalam usaha membentuk perpaduan kaum di ...
Icerd Tiada Implikasi Terhadap Sekolah Cina Dan Tamil

Icerd Tiada Implikasi Terhadap Sekolah Cina Dan Tamil

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 379 hits
Pemuda Gerakan berpendirian sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil tidak akan terkesan daripada ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Ketuanya Tan Keng Liang berkat...
Kerajaan Ph Tidak Campur Tangan Tun M

Kerajaan Ph Tidak Campur Tangan Tun M

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 530 hits
PUTRAJAYA Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan campur tangan dalam aspek pelaksanaan undang undang terhadap bekas pemimpin terdahulu kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata dari segi kesalahan terpulang kepada pelaksanaan undang...
Karakter Kegemaran Ramai Garfield Kini Di Lost World Of Tambun Cuti Sekolah Ini

Karakter Kegemaran Ramai Garfield Kini Di Lost World Of Tambun Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 625 hits
Cuti sekolah ini Lost World of Tambun membawakan karakter kegemaran ramai kucing oren yang gemarkan lasagna klasik Garfield bersama kawannya untuk memeriahkan pengunjung di taman tema tersebut Bermula dari 24 November sehingga 1 Januari 201...
Kecam Tun M Campur Urusan Umno Kerajaan Kini Najib Lakukan Perkara Sama

Kecam Tun M Campur Urusan Umno Kerajaan Kini Najib Lakukan Perkara Sama

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 388 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diberi peluang dan ruang sembilan tahun menjadi PM seharusnya berehat dan menumpukan kes mahkamah beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor Foto Nikkei Asian Review oleh Shahbudin Husin Di sebalik bermul...
Najib Sindir Maszlee Tak Tahu Kerajaan Beri Sarapan Percuma Untuk Pelajar Sekolah

Najib Sindir Maszlee Tak Tahu Kerajaan Beri Sarapan Percuma Untuk Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 456 hits
Kerajaan BN memperuntukkan RM2 50 sehari kepada murid Semenanjung Malaysia dan RM3 00 untuk murid di Malaysia Timur Foto Bernama Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas tindakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang mahu membuat kajian bag...
Kerajaan Diminta Keluar Pekeliling Guna Bas Sekolah Untuk Aktiviti Sekolah

Kerajaan Diminta Keluar Pekeliling Guna Bas Sekolah Untuk Aktiviti Sekolah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 369 hits
KOTA BHARU 19 Nov Kerajaan diminta mengeluarkan pekeliling arahan supaya setiap sekolah hanya menggunakan bas sekolah sahaja untuk aktiviti luar seperti lawatan atau rombongan Timbalan Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan Izani Zakaria ...
Dap Terlalu Dominan Dalam Kerajaan Tun M Menikus

Dap Terlalu Dominan Dalam Kerajaan Tun M Menikus

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 325 hits
14 Rabiulawal 1440H Khamis Perdana Menteri Tun Mahathir diminta memberi fokus menunaikan janji janji kepada rakyat dan cuba mengawal dominasi parti rasis dan cauvinis DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia...
Siri Perkenal Dasar Kerajaan Baru Peranan Jentera Diteruskan Kata Dr M

Siri Perkenal Dasar Kerajaan Baru Peranan Jentera Diteruskan Kata Dr M

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 312 hits
November 25 2018 7 52 AMDr Mahathir berkata selain pegawai kerajaan beliau juga mempengerusikan mesyuarat Khazanah Nasional melibatkan perbincangan dasar dan pendekatan kerajaan LANGKAWI Beberapa lagi siri perjumpaan akan diadakan untuk mem...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun