Qada Puasa Fidyah Ini 5 Golongan Wajib Bayar Fidyah
Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya
Sebagai umat Islam, kita perlulah ketahui cara bayar fidyah serta golongan yang wajib laksanakannya.
Fidyah merupakan denda ke atas umat Islam yang telah baligh akibat melanggar hukum dalam ibadah puasa, haji dan yang berkaitan.
Jika hukum yang dilanggar berkait dengan ibadah puasa, maka fidyah
akan dikenakan akibat meninggalkan puasa wajib sama ada kerana
melewatkan puasa ganti (qadha’) atau atas sebab-sebab tertentu.
Apakah Fidyah?
Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk
harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah
satu amal ibadah.
i) Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ
عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ
يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا
فَهُوَ
خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ
تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari
yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam
musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak
(hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas
orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang
dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan
itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian)
berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu
mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)
ii) Al-Hadis
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai
puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari
yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Hukum Fidyah
Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.
Golongan Yang Dikenakan Fidyah
Terdapat 5 golongan yang dikenakan fidyah akibat meninggalkan puasa iaitu :
1.Uzur Syar’ie & Sakit Yang Boleh Sembuh
Golongan ini meninggalkan puasa Ramadhan akibat uzur syar’ie
(musafir, haid, nifas atau wiladah) serta sakit yang ada harapan sembuh.
Golongan ini diwajibkan untuk qadha puasa’ sebelum tibanya bulan Ramadhan akan datang.
Jika mereka gagal menggantikan puasa, maka mereka perlulah qadha’
puasa serta bayar fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.
2. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh
Golongan ini tidak dapat berpuasa kerana menghidap sakit yang tiada
harapan sembuh serta disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.
Golongan ini tidak wajib qadha’ puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.
3. Ibu Hamil Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebab :
Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja, atau ;
Bimbang akan kesihatan diri serta kandungan atau anaknya.
Para ibu ini tidak wajib bayar fidyah, namun mereka wajib qadha’ puasa.
4. Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan
Ibu hamil atau yang masih menyusukan anak tidak berpuasa di bulan
Ramadhan atas sebab bimbangkan kesihatan anak atau kandungan diwajibkan
untuk qadha’ puasa dan bayar fidyah.
5. Orang Yang Meninggal Dunia
Bagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan
puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar
fidyah si mati.
Waktu / Tempoh Pembayaran Fidyah
Ulama bersepakat menyatakan bahawa waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.
Walau bagaimanapun, waktunya tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu.
Namun, umat Islam digalakkan untuk segerakannya kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.
Individu yang lambat menggantikan puasanya hingga telah tiba bulan
Ramadhan tahun berikutnya pula akan dikenakan bayaran fidyah dan wajib
meninggalkan qadha’ puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
Cara Pengiraan
Untuk kira bayaran fidyah anda perlulah gandakan nilainya dengan jumlah hari yang anda tinggal puasa.
Sebagai contoh, misalnya Lembaga Zakat Selangor meletakkan nilai secupak beras adalah RM 1.80 untuk kiraan fidyah di Selangor.
Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun.
Jadi, sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah :
RM 1.80 (1 cupak ) X 3 hari = RM 5.40
Jika anda melangkau tahun contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari
pada tahun 2017 dan ingin gantikan puasa serta bayar fidyah pada tahun
2021, maka kadar fidyah adalah seperti berikut :
RM 1.80 (1 cupak) X 4 tahun X 3 hari = RM 21.60
Nota : Nilai secupak beras mungkin berbeza mengikut negeri. Sila rujuk pada pusat zakat negeri masing-masing.
Cara Bayar Fidyah
Fidyah boleh dibayar melalui tiga cara iaitu :
Secara Tunai – Bayaran boleh dilakukan terus di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing atau melalui wang pos.
Secara Online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri
Melalui MayBank2U – Kaedah ini boleh digunakan untuk pusat zakat atau majlis agama negeri yang aktifkan pembayaran fidyah melalui Maybank2U.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://penulisanyus.blogspot.com/2024/03/qada-puasa-fidyah-ini-5-golongan-wajib.html