Pyanhabib Orang Umno Memang Malas Membaca


MALAYSIAKINI

   
Kata dua diberi bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi kepada Utusan Malaysia diketawakan salah seorang bekas pekerja akhbar itu hari ini.

Kata Pyanhabib, kenyataan diberikan Puad itu memang sangat lucu dan jauh daripada keadaan sebenar.

Malah kata Pyanhabib, Puad juga seakan tidak menyedari apa yang berlaku kepada akhbar itu selama Umno menjadi kerajaan di negara ini.

"Nak boikot Utusan? Kah kah kah!" katanya kepada Malaysiakini selepas diminta mengulas kenyataan dibuat Puad berhubung kecenderungan akhbar berkenaan mengecam Datuk Seri Najib Razak.

Pyanhabib yang berkhidmat di akhbar milik Umno itu selama lebih 20 tahun berkata sejak berpuluh tahun lalu anggota parti itulah yang culas membeli dan membaca Utusan Malaysia serta majalah terbitan syarikat itu sehingga ia berdepan dengan masalah pengedaran serta kewangan.

"Setakat apa yang saya tahu sejak puluhan tahun lagi anggota Umno yang seramai tiga juta orang itulah yang malas membaca surat khabar.

"Bagi percuma pun dia orang buat sampah saja," katanya.

Otak segar kalau rajin Terdahulu Puad yang juga bekas anggota parlimen Batu Pahat dan timbalan menteri pendidikan mengecam Utusan Malaysia kerana menyiarkan rencana mengkritik Najib.

Kata Puad akhbar itu mesti memohon maaf kepada Najib kerana mendakwa bekas perdana menteri itu berbohong semasa mengulas isu wang yang didepositkan ke akaun banknya.

Puad berkata, jika Utusan enggan berbuat demikian maka ahli Umno wajar memboikot akhbar yang selama ini menjadi lidah parti Melayu itu kerana membuat kesimpulan awal berhubung perkara tersebut.

Puad juga secara khusus menamakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Sheik Fadzir sebagai individu di belakang ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, semalam.

“Aziz perlu meminta maaf kepada Najib kerana terlalu gopoh membuat kesimpulan. Kalau dia enggan maka eloklah ahli Umno memboikot Utusan,” katanya.

Untuk rekod Umno memiliki saham dalam syarikat Utusan Melayu (M) Bhd dan sejak akhir-akhir ini berdepan masalah kewangan ekoran kemerosotan penerimaan pembaca.

Selepas PRU ke-14 berakhir syarikat berkenaan merombak lembaga pengarahnya dengan melantik Abdul Aziz sebagai pengerusi ekskutif.

Abdul Aziz ialah bekas anggota parlimen Kulim - Bandar Baharu.

Utusan juga melantik bekas ketua pengarah penyiaran Datuk Dr Ibrahim Yahaya - yang rapat dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - sebagai anggota lembaga pengarah mulai Julai lalu.

Utusan juga baru-baru ini dilaporkan mengalami kesukaran untuk membayar gaji pekerja mengikut waktu yang sepatutnya.

Rencana pojok disiarkan Mingguan Malaysia semalam dianggap menarik kerana ia adalah langkah langka diambil akhbar tersebut ke atas Najib. Ia juga dilihat satu gerakan untuk menjarakkan Umno dengan bekas presidennya sendiri

Menurut Pyanhabib nasib Utusan Malaysia sepatutnya boleh diselamatkan sejak lama dulu jika anggota Umno membeli dan membaca akhbar tersebut.

Selain itu dia yang dikenali sebagai penulis dan pelakon berkata "otak" ahli Umno juga akan sentiasa segar jika mereka rajin membaca.

"Tetapi ahli Umno ini... kamu sambung sendirilah," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/pyanhabib-orang-umno-memang-malas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Takkan Bubar Biar Pemimpin Disiasat Dan Diheret Ke Mahkamah Zahid

Umno Takkan Bubar Biar Pemimpin Disiasat Dan Diheret Ke Mahkamah Zahid

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 303 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi didakwa 45 pertuduhan pecah amanah rasuah dan menggubah wang haram Foto Bernama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan ahli ahli parti supaya tidak mudah gentar dengan pelbagai ugutan...
Dr M Pulanglah Pada Umno Annuar Musa

Dr M Pulanglah Pada Umno Annuar Musa

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 396 hits
Diterbitkan 24 Okt 2018 10 25 malamUmno mempelawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai parti itu sebagai tindak balas dakwaan ahli Umno digesa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hasrat itu disampaikan Setiau...
Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir

Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 400 hits
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata pelawaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli Umno untuk menyertainya hanya untuk menyelamatkan parti tersebut Satu pelawaan yang mungkin jujur saya kira terutama dengan sit...
Orang Umno Betul Tak Betul Penyangak Pencuri Mereka Sokong Kata Dr Mahathir

Orang Umno Betul Tak Betul Penyangak Pencuri Mereka Sokong Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 477 hits
Tun Dr Mahathir menganggap UMNO yang dahulunya memperjuangkan agama bangsa dan negara sebagai sudah tidak wujud di negara ini akibat tersasar dari matlamat asal penubuhannya Perjuangan UMNO ialah untuk kekalkan Najib sebagai pencuri terbesa...
Mohamad Hasan Jangan Hukum Orang Melayu Umno

Mohamad Hasan Jangan Hukum Orang Melayu Umno

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 371 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyanggah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO sudah tiada dan tidak lagi memperjuangkan nasib agama bangsa dan negara kecuali mempertahankan Datuk Seri Najib Razak UMNO masih wujud ...
Hala Tuju Umno Perspektif Orang Muda

Hala Tuju Umno Perspektif Orang Muda

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR 23 Okt 8212 Ahli Majls Kerja Tertinggi UMNO Sdr Dira Datuk Seri Abu Zahar bersama Moderator Adnan Seman dalam Diskusi U 3 0 yang bertajuk Halatuju UMNO Perspektif Orang Muda yang bersiaran berlansung dari Facebook UMNO Online d...
Bersatu Umno Dan Pas Perlu Ke Arah Bergabung Singkirkan Dap Dari Kerajaan

Bersatu Umno Dan Pas Perlu Ke Arah Bergabung Singkirkan Dap Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 603 hits
Langkah pertama yang perlu dibuat ialah singkirkan pemimpin masing yang mungkar
Tun M Digesa Sertai Semula Umno

Tun M Digesa Sertai Semula Umno

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 359 hits
Sumber Parlimen Malaysia KENYATAAN TAN SRI ANNUAR MUSA SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIATUN M DIGESA SERTAI UMNOKUALA LUMPUR Rabu 24 10 18 Semalam YAB Tun Dr Mahathir Mohamad membuat gesaan supaya ahli UMNO menyertai PPBM Satu pelawaan yang mu...
Kecoh Satu Dewan Lim Guan Eng Basuh Mp Wanita Umno Sabar La Tunggu Kewangan Stabil Dulu

Kecoh Satu Dewan Lim Guan Eng Basuh Mp Wanita Umno Sabar La Tunggu Kewangan Stabil Dulu

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 376 hits
Kecoh Satu Dewan Lim Guan Eng Basuh Mp Wanita Umno Sabar La Tunggu Kewangan Stabil Dulu
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia