Putrajaya Tak Cadang Gubal Akta Baru Wajibkan Suntikan Vaksin


Nor Athirah Mohd Hanapiah
Lee Boon Chye berkata, kerajaan mempunyai SOP untuk memastikan setiap ibu bapa menyedari kepentingan suntikan vaksin kepada anak mereka. (Gambar AFP)
PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan tidak bercadang meneruskan rancangan kerajaan terdahulu untuk menggubal undang-undang baru bagi mewajibkan ibu bapa memberi suntikan vaksin dan imunisasi kepada anak mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata ketika ini hanya sebilangan kecil ibu bapa yang mengambil sikap berkecuali dengan tidak memberi suntikan vaksin kepada anak mereka, meskipun sudah ditekankan kebaikan mengenainya.

“Setakat ini, Kementerian Kesihatan tiada rancangan untuk mewajibkan vaksin sebab kita lihat peratusan pematuhan untuk memberikan suntikan ini melebihi 95%.

“Saya rasa ketika ini kita beri hak kepada ibu bapa untuk membuat keputusan yang terbaik dan dalam hal ini, ia terpulang kepada ibu bapa,” katanya kepada FMT.

Pada Julai 2016, Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr S Subramaniam dilaporkan berkata, kementerian berkenaan dalam perbincangan menggubal undang-undang baru bagi mewajibkan setiap ibu bapa memberikan suntikan vaksin kepada anal mereka.

Katanya, kementerian itu sudah mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersetuju suntikan vaksin adalah satu kewajiban.

Pada Julai 2017, Subramaniam dilaporkan berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk membenarkan kanak-kanak yang divaksinkan sahaja mendaftar di tadika.

Beliau berkata, cadangan itu bukan diskriminasi terhadap kanak-kanak tidak divaksinkan, sebaliknya sebagai langkah perlindungan terhadap kanak-kanak lain di tadika.

Lee berkata, kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan setiap ibu bapa menyedari kepentingan suntikan vaksin kepada anak mereka.

“Bila mereka enggan, mereka akan dirujuk kepada pakar supaya diberikan nasihat. Jadi, kita mahu kurangkan kes-kes di mana kanak-kanak tidak diberi vaksin.”

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial sebelum ini menggesa kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mewajibkan ibu bapa memberikan suntikan vaksin kepada anak mereka.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Azrul Mohd Khalib dilaporkan berkata kerajaan seharusnya lebih tegas dalam mengenakan hukuman kepada ibu bapa yang menolak suntikan vaksin, seperti langkah dilaksanakan beberapa negara lain.

“Mereka yang mengamalkan ‘saya tidak mahu anak saya divaksin, tetapi bergantung kepada imuniti orang lain’ mengancam bukan sahaja anak mereka, tetapi juga beribu kanak-kanak lain dan termasuklah golongan dewasa,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/putrajaya-tak-cadang-gubal-akta-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Kaji Maksud Sebenar Menghina Sebelum Gubal Akta Lebih Ketat

Putrajaya Kaji Maksud Sebenar Menghina Sebelum Gubal Akta Lebih Ketat

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 249 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meneliti maksud tepat menghina sebelum memperkenalkan undang undang lebih ketat untuk melindungi raja daripada kritikan seperti diumumkan seorang menteri pagi tadi Jadi apa sebenarnya dianggap p...
Krisis Kaum Makin Teruk Dibawah Malaysia Baru Maza Cadang Sekolah Satu Aliran

Krisis Kaum Makin Teruk Dibawah Malaysia Baru Maza Cadang Sekolah Satu Aliran

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 468 hits
Oleh ANAK MALAYSIA BAHARU MESTILAH LALUI PENGALAMAN AWAL YANG SAMAKepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan 1 Krisis antara kaum nampaknya makin meroyak Sejak zaman kerajaan yang lepas dan kini kerajaan baru nampaknya keharmonian...
Kebocoran Baru Dedah Adik Najib Miliki Firma Bvi

Kebocoran Baru Dedah Adik Najib Miliki Firma Bvi

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 343 hits
EKSKLUSIF Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah syarikat luar pesisir dalam dokumen baru yang bocor dari firma undang undang berpangkalan di Panama ...
Sudah Berwajah Baru Blog Ini Menjelang Tahun Baru Huhu

Sudah Berwajah Baru Blog Ini Menjelang Tahun Baru Huhu

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 340 hits
Kalau ada yang perasan sudah berwajah baru blog aku ini Alkisahnya tiada dalam perancangan untuk tukar template blog sebenarnya Tetapi ada sebab dan sesuatu yang terjadi menyebabkannya berlaku Sekiranya perkara ini tidak berlaku serupa itu ...
Hadiah Tahun Baru 2019 Harga Petrol Tak Jadi Turun

Hadiah Tahun Baru 2019 Harga Petrol Tak Jadi Turun

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 513 hits
Sebelum ini kerajaan pakatan sudah kantoi kutip cukai petrol Senyap senyap rembat poket rakyat Harga minyak mentah dunia telah jatuh beberapa bulan tapi harga runcit kekal tanpa sebarang penurunan Setelah didedahkan rompakan duit rakyat mel...
Hanafi Rais Gelar Zikir Sambut Tahun Baru Beda Pilihan Tapi Disatukan Oleh Hati

Hanafi Rais Gelar Zikir Sambut Tahun Baru Beda Pilihan Tapi Disatukan Oleh Hati

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 292 hits
Saya melihat tidak semuanya dikaitkan dengan kampanye Itu ada waktunya sendiri tempatnya sendiri Disini memang murni untuk ngaji untuk berdzikir untuk berdoa bersama dan momentumnya pas untuk itu kata Hanafi Rais
Kempen Sepikan Malam Tahun Baru 2019 Hindari Kemungkaran

Kempen Sepikan Malam Tahun Baru 2019 Hindari Kemungkaran

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 689 hits
Satu kempen yang sangat baik terutama generasi muda mudi yang terlalu seronok Ayuh masih awal lagi untuk kita sebarkan mesej sebegini Semoga kita terhindar daripada melakukan dosa Amin
Arif Jiwa Baru Berusia Setahun Membuli Seorang Kanak Kanak Lain

Arif Jiwa Baru Berusia Setahun Membuli Seorang Kanak Kanak Lain

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 414 hits
ANAK tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid menjelaskan anaknya Arif Jiwa masih seorang kanak kanak yang tidak memahami antara bermain atau membuli Asyraf menerusi Twitter miliknya membalas komen seorang individu yang menuduh Ar...
Selesai Dan Bermula Tahun Baru 2019

Selesai Dan Bermula Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 485 hits
SELESAI DAN BERMULA TAHUN BARU 2019 Assalammualaikum wbtSELESAI DAN BERMULA TAHUN BARU 2019 Hari ini 31 Disember 2018 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1440H Bererti hari terakhir hitungan kelender masihi SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar Pelb...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet