Krisis Kaum Makin Teruk Dibawah Malaysia Baru Maza Cadang Sekolah Satu Aliran


Oleh : MAZA (Ustaz Asri Zainal Abidin)
 
ANAK MALAYSIA BAHARU MESTILAH LALUI PENGALAMAN AWAL YANG SAMA

Kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan;

1. Krisis antara kaum nampaknya makin meroyak. Sejak zaman kerajaan yang lepas dan kini kerajaan baru, nampaknya, keharmonian hidup antara kaum di Malaysia menuju ke arah yang membimbangkan. Slogan 1 Malaysia telah gagal dan kini kempen PH ke arah Malaysia Baharu yang penuh teloransi dan keharmonian antara rakyat juga tidak menjadi. Bahkan makin parah. Banyak luka-luka baru yang ditoreh. Emosi telah menguasai kewarasan. Pengalaman hubungan antara kaum yang tipis dan latar pendidikan yang terlalu berbeda, menjadi antara punca usaha ke arah memahami sejarah negara dan hati budi antara kaum gagal diterapkan.


2. Ketiadaan persamaan di sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan. Hal ini disebabkan ramai anak Malaysia sejak satu tempoh yang agak lama, melalui sistem pendidikan yang tidak membolehkan mereka bertemu pada titik pengalaman dan latar pengetahuan yang sama. Ini terutamanya apabila sejak tahun pertama di bangku sekolah mereka menerima pendidikan yang secara tabiatnya bersifat eksklusif untuk sesuatu bangsa atau agama. Maka, apabila seseorang anak Malaysia dalam sepanjang tempoh pendidikannya hanya dalam persekitaran Melayu-Islam, ataupun Cina ataupun India maka pastilah latar Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan tradisi itu sukar dihayati. Apabila mereka menjadi pemimpin atau rakyat pada masa hadapan, kotak pemikiran mereka sangat terbatas kepada kelompok tertentu sahaja.

YAB dan YB, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

3. Dalam usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum secara lestari, saya ingin mencadangkan agar semua rakyat Malaysia diwajibkan melalui sistem persekolahan yang sama sekurang-kurang daripada tahun 1 sehingga tahun 6 sekolah rendah. Dalam ertikata lain, semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem Sekolah Kebangsaan dari umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun. Dalam tempoh inilah diharapkan mereka akan mempunyai latar pendidikan Malaysia yang sama dan pengalaman pergaulan antara kaum yang baik. Anak-anak bagaikan kain putih, di peringkat itu, tiada perkauman antara mereka. Ketika umur itu yang ada hanyalah kemanusiaan yang lahir dari fitrah keinsanan.

4. Untuk mencapai hasrat itu, Sekolah Kebangsaan hendaklah benar-benar bersifat Malaysia. Bermula dari isi kandungan pelajarannya sehingga kepada pendekatannya. Dalam erti kata lain, persekitaran sekolah itu membolehkan semua agama dan kaum belajar dengan selesa. Elemen keagamaan yang mengujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk perbelajaran kaum-kaum yang berbeza hendaklah dielakkan bagi perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.

5. Kita tidak boleh menafikan bahawa Sekolah Kebangsaan hari ini seakan hanya menjadi sekolah Melayu sahaja. Antara sebabnya, mungkin suasana banyak Sekolah Kebangsaan hari ini tersangat dominan Melayu-Islamnya yang kadang-kala menimbulkan kerisauan ibubapa yang berlainan agama untuk menghantar anak-anak mereka. Suasana ini hendaklah dibentuk lebih kondusif untuk semua.

YAB dan YB, PENDIDIKAN AGAMA DAN KAUM

6. Di pihak masyarakat muslim khususnya, mungkin ada yang bertanya; habis bagaimana dengan pendidikan agama anak-anak kami?

Pendidikan Islam sebenarnya boleh diteruskan di Sekolah Kebangsaan. Namun, ia bukan di sebelah pagi atau di sesi yang membabitkan semua bangsa dan agama. Pendidikan Islam boleh dilaksanakan di sebelah petang atau di sesi yang khusus. Majlis-majlis Agama Islam Negeri-Negeri boleh mengeluarkan peruntukan untuk hal ini. Ini telah lama berlaku di Johor dan Selangor. Perlis juga pada tahun 2019 mula akan mengujudkan Sekolah Agama Petang Perlis yang dibiayai oleh MAIPs (Majlis Agama Islam Perlis). Di situ berperanannya Raja-Raja Melayu dalam menjaga urusan agama. Demikian wang zakat yang dikumpulkan oleh Negeri-negeri dapat digunakan untuk pendidikan Umat Islam di negara ini. Sementara Kementerian Pendidikan menyelaras dan memastikan pendekatan pengajaran yang sesuai. Dengan ini, mungkin Pendidikan Islam akan lebih baik dan berkesan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan yang merupakan domain untuk semua bangsa agama.

7. Saya berpendapat, jika bangsa dan agama selain Muslim ataupun Melayu ingin mengajar agama dan budaya tertentu khusus untuk agama dan bangsa mereka dengan mematuhi peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan, juga dibenarkan pada sesi petang atau berasingan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan. Namun, seperti mana Pendidikan Islam tadi, pendidikan khusus ini hendaklah dibiayai oleh komuniti mereka sendiri.

8. Sekolah-sekolah Agama Islam atau jenis Kebangsaan Cina atau India untuk peringkat rendah yang wujud hari ini, jika mereka mahu masih boleh berfungsi untuk sesi petang tersebut setelah anak-anak ini menjadi menjalani pendidikan di Sekolah kebangsaan di sessi pagi. Kos tersebut akan ditanggung oleh komuniti masing-masing.

YAB dan YB, PENDIDIKAN SELEPAS SEKOLAH RENDAH

9. Setelah murid-murid ini tamat Sekolah Rendah Kebangsaan, mereka boleh memilih aliran sekolah yang mereka ingini. Hasrat mereka untuk ke bidang agama atau selainnya dapat diteruskan selepas itu. Namun, ketika itu mereka sudah dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman yang bersifat Malaysia.

10. Bagi memastikan kesimbungan atau ilmu awal mereka tidak terputus, maka satu mata pelajaran yang membolehkan pelajar benar-benar memahami negara ini hendaklah diwajibkan. Ataupun Kementerian boleh memperkukuhkan mata pelajaran yang sedia seperti sejarah dengan pendekatan yang mantap dan relevan.

YAB, dan YB,

11. Saya mencadangkan hal ini demi menjaga masa depan Malaysia yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Saya pohon semua pihak berkorban kepentingan mereka demi kelangsungan negara ini. 

Saya mohon mencadangkan!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2018/12/krisis-kaum-makin-teruk-dibawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Baru Mengadu Dan Kesal Dengan Harga Kasut Sekolah Mahal

Rakyat Malaysia Baru Mengadu Dan Kesal Dengan Harga Kasut Sekolah Mahal

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 968 hits
KULIM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini M...
Penat Uruskan Anak Dan Rumahtangga Suami Kena Belajar Fahami Isteri Baru Isteri Makin Kuat

Penat Uruskan Anak Dan Rumahtangga Suami Kena Belajar Fahami Isteri Baru Isteri Makin Kuat

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 405 hits
Salah satu sebab mengapa isteri amat perlukan me time dalam hidupnya kerana kurangnya masa rehat pada diri sendiri Bebanan emosi juga antara penyebab isteri menjadi terlalu penat Dalam hal ini suami kenalah fahami isteri sekali sekali bagi ...
Makna Baru Malaysia Baru

Makna Baru Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 286 hits
Akhirnya teramatlah malangnya perjuangan untuk rakyat telah bertukar kepada perjuangan puak mengaut laba secepat dan sebanyak mungkin kerana tempoh memerintah makin singkat paling lamapun hanya sepenggal sahaja Mereka sekarang sedang berlum...
Lgbt Masuk Tv Malaysia Baru

Lgbt Masuk Tv Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 304 hits
Saya petik kata kata YB Mujahid Kerajaan tidak sesekali bersetuju dengan fahaman liberal yang berusaha mempromosi gaya hidup LGBT perkahwinan sesama jenis dan mahu menghapuskan hukuman termaktub dalam undang undang sivil atau Enakmen Jenaya...
Senarai Harga Tiket Tempat Popular Di Malaysia Musim Cuti Sekolah

Senarai Harga Tiket Tempat Popular Di Malaysia Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 1028 hits
Meriah sungguh bulan Disember kan Dengan festive season nya Dengan cuti sekolahnya Now khusus untuk yang tengah mencari tiket Aquaria KLCC Sunway Lagoon Malaysia Sunway Lost World of Tambun Melaka A Famosa Safari Wonderland Movie Animation ...
4737 Ppim Cadang Jawatankuasa Bantu Eaic Isu Integriti Utusan Malaysia 11 12 18

4737 Ppim Cadang Jawatankuasa Bantu Eaic Isu Integriti Utusan Malaysia 11 12 18

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 11 Dis Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pemandu untuk membantu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan menangani aduan orang ramai berkaitan integriti pegawai penguat kuasa Setiausaha Ag...
Belanja Sekolah Makin Meningkat Saban Tahun

Belanja Sekolah Makin Meningkat Saban Tahun

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 506 hits
Gelagat seorang ibu bersama anaknya memilih beberapa jenis kasut sekolah ketika membeli belah barangan persiapan menjelang sesi persekolahan 2019 yang bakal tiba tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di salah satu pusat mem...
Walaupun Dikecam Teruk Bobo Dimana Lagu Paling Trending Di Google Malaysia 2018

Walaupun Dikecam Teruk Bobo Dimana Lagu Paling Trending Di Google Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 284 hits
Siapa sangka lagu Bobo Dimana yang mendapat kecaman dan dilabelkan sebagai soft porn tersenarai sebagai lagu paling trending di Google Malaysia 2018 Menduduki tempat ketiga selepas lagu Baby Shark dan Perfect Jadi tidak hair
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities