Putrajaya Kaji Cadangan Tubuh Badan Amanah Lebuh Raya Turunkan Kadar Tol


BernamaMustapa Mohamed berkata, kerajaan akan melihat semula terma perjanjian 7 daripada 35 tol yang dipersetujui kerajaan terdahulu.KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti kertas cadangan untuk mengumpul semua 35 lebuh raya, termasuk 6 yang dalam proses pembinaan untuk diletakkan di bawah sebuah badan amanah lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed berkata, ia antara usaha kerajaan untuk menurunkan kadar tol, termasuk di lebuh raya PLUS.
“Terdapat cadangan sebagai contoh, oleh sebuah syarikat untuk menubuhkan amanah lebuh raya, meletakkan segalanya dalam amanah.
“Dengan berbuat demikian, kadar tol kemungkinan dapat diturunkan, tetapi buat masa sekarang, ia sedang dibincangkan kerana perkara ini sangat rumit dan kami perlu melalui butiran terperinci,” katanya dalam sebuah program yang disiarkan TV3 hari ini.
Antara lebuh raya utama di negara ini termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dimiliki UEM Group, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah, Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Pada masa sama, Mustapa berkata, kerajaan juga akan melihat semula terma perjanjian yang dipersetujui kerajaan terdahulu, membabitkan pengurangan kadar tol PLUS.
“Kajian itu kini dalam peringkat perbincangan dan dijangka siap 6 bulan lagi. Saya tidak mahu berjanji untuk mengurangkan kadar tol.
“Apa yang sedang dilaksanakan kami adalah melihat semula terma untuk memastikan perjanjian terbaik bagi semua pihak berkepentingan, ini babitkan 7 daripada 35 tol dan bagi yang lain, kita akan kaji juga.”
Antara pemegang kepentingan terbesar konsesi lebuh raya di negara ini ialah Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sementara itu, seorang penganalisis ekuiti berkata, langkah untuk meletakkan semua pemegang konsesi lebuh raya di bawah satu bumbung akan dapat menstabilkan harga tol bagi jangka panjang.
“Bagaimanapun, kita perlu akui apabila semuanya berpusat, keuntungan yang diperoleh pemegang konsesi lebih raya juga akan berkurangan. Penjualan saham tertentu mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi ia tidak akan lama kerana pemegang saham utama adalah pemain peranan utama.”
Mengenai impak cadangan itu kepada rakyat, beliau berkata, langkah itu dapat mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya, terutamanya mereka yang berulang-alik setiap hari.
“Pengguna lebuh raya mungkin dapat berjimat sedikit dalam jangka panjang, tetapi buat masa ini, kita perlu tunggu dan lihat berapa peratus penurunan yang mungkin dilaksanakan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/putrajaya-kaji-cadangan-tubuh-badan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebuh Raya Bawah Badan Amanah Idea Buruk Putrajaya Diberitahu

Lebuh Raya Bawah Badan Amanah Idea Buruk Putrajaya Diberitahu

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 178 hits
Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meletakkan semua 35 lebuh raya termasuk 6 dalam pembinaan bawah badan amanah PETALING JAYA Dua pakar pengangkutan membantah cadangan meletakkan semua 35 lebuh raya tol bawah badan amanah yang akan dit...
Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 14 Kilogram Lepas Bercerai Gu Hyesun Kongsi Rahsia Diet

Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 14 Kilogram Lepas Bercerai Gu Hyesun Kongsi Rahsia Diet

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 389 hits
Selepas sah sahaja bercerai dengan Ahn Jae hyun Gu Hye sun nampaknya lebih senang menghabiskan masa untuk dirinya sendiri Bahkan wanita itu telah belajar kursus di sebuah universiti di luar negara selama beberapa bulan selain turut berjaya ...
Bersatu Tubuh Jawatankuasa Kaji Ahli Bersekutu Jadi Ahli Biasa Muhyiddin

Bersatu Tubuh Jawatankuasa Kaji Ahli Bersekutu Jadi Ahli Biasa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 271 hits
14 total views 14 views today KUALA LUMPUR Parti Bersatu akan membuat perubahan bagi membolehkan ahli bersekutu parti itu yang merupakan bukan bumiputera menjadi ahli penuh atau keahlian biasa dan boleh memegang jawatan dalam parti kata Pre...
Polis Kesan Pemandu Langgar Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

Polis Kesan Pemandu Langgar Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 266 hits
BENTONG Polis sedang mengesan pemilik sebuah kereta yang melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak di sini hari ini Ketua Polis daerah Superintendan Yusof Unis berkata bagaimanapun belum ada laporan polis dibua...
Dari 91 6 Kg Turun Ke 67 Kg Wanita Ini Kongsi Resipi Oat Yang Berkesan Turunkan Berat Badan

Dari 91 6 Kg Turun Ke 67 Kg Wanita Ini Kongsi Resipi Oat Yang Berkesan Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 496 hits
Ramai yang tahu oat boleh bantu turunkan berat badan Namun tak ramai yang mampu nak telan oat sebab rasanya yang kurang menyelerakan Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Kak Long Faizah berkongsi resipi oat yang sedap namun boleh ba...
Covid 19 Elakkan Laga Bahagian Tubuh Badan Seperti Genggaman Penumbuk Sebagai Pengganti Salam Kkm

Covid 19 Elakkan Laga Bahagian Tubuh Badan Seperti Genggaman Penumbuk Sebagai Pengganti Salam Kkm

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 408 hits
Orang awam dinasihatkan agar mengelakkan sebarang sentuhan fizikal seperti melagakan mana mana bahagian tubuh badan sebagai pengganti kepada aktiviti bersalaman Contoh yang ditujukan adalah perlakuan melagakan genggaman penumbuk siku atau k...
Cadangan Naikkan Kadar Kompaun Diperhalusi

Cadangan Naikkan Kadar Kompaun Diperhalusi

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 207 hits
CADANGAN NAIKKAN KADAR KOMPAUN DIPERHALUSI Oleh Abu Hanifah Muhamad KOTA TINGGI Cadangan menaikkan kadar kompaunkesalahan melanggar Presedur Operasi Standard akan diperhalusi selepas mendapat pandangan dan maklum balas masyarkat Menteri Kes...
Pelakon Raja Atiq Terlibat Kemal4ngan Jalan Raya

Pelakon Raja Atiq Terlibat Kemal4ngan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 241 hits
Pelakon Raja Atiq memaklumkan dirinya telah telah terlibat dalam satu kemal4ngan jalanraya di Kuala Klawang International Circuit Jelebu Negeri Sembilan Difahamkan bintang drama bersiri Nur itu membonceng sebuah motorsikal berkuasa tinggi l...
Tiada Rancangan Pilihan Raya Mengejut Di Kedah Kata Mb

Tiada Rancangan Pilihan Raya Mengejut Di Kedah Kata Mb

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 228 hits
r Muhammad Sanusi Md Nor bercakap pada sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar semalam ALOR SETAR Kedah tidak bercadang mengadakan pilihan raya mengejut kerana pentadbiran sedia ada stabil kata Menteri Besarnya Muhammad Sanusi Md Nor...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Makan Tengahari Di Kafe Alaf Sejahtera Teluk Bahang Pulau Pinang

Sarapan Pagi Di Teratak Wan Din 478 Kampung Permatang Bogak Pulau Pinang

Drama Bercakap Dengan Jun Lakonan Nadiya Nisaa Dini Schatzmann

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Yuecheng Yanyuan Entrepreneurial Space By Jin Design In Hebei China

15 Delightful Dried Flowers Spring Wreath Designs