Lebuh Raya Bawah Badan Amanah Idea Buruk Putrajaya Diberitahu


Nicholas ChungKerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meletakkan semua 35 lebuh raya, termasuk 6 dalam pembinaan, bawah badan amanah.PETALING JAYA: Dua pakar pengangkutan membantah cadangan meletakkan semua 35 lebuh raya tol bawah badan amanah yang akan ditetapkan kerajaan, mengatakan rancangan itu diragui akan meringankan beban rakyat.
Goh Bok Yen dan Rosli Azad Khan, kedua-duanya perunding perancangan pengangkutan, berkata ada cara yang lebih baik untuk membantu pengguna jalan raya menjimatkan duit.
Goh berkata, kerajaan perlu memperbaiki laluan alternatif dengan memperluaskannya atau membina jalan sambungan baru.
Katanya, elemen persaingan akan mendorong syarikat konsesi lebuh raya mengekalkan tol pada kadar rendah untuk mengekalkan lalu lintas.
Sementara itu, Rosli berkata, Putrajaya perlu berusaha menghapuskan semua tol daripada mengurangkan kadar tol dan melanjutkan tempoh konsesi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed baru-baru ini berkata kerajaan sedang meneliti cadangan tersebut dalam usaha untuk mengurangkan kadar tol. 35 lebuh raya itu termasuk 6 yang masih dalam pembinaan.
Goh memberitahu kadar tol masalah utama pengguna lebuh raya bandar, yang jumlahnya kurang daripada 1/3 daripada semua lebuh raya.
Beliau berkata meletakkan semua lebuh raya bawah badan amanah boleh menyebabkan masalah kelak dan apa yang dihasratkan sebagai penyelesaian kepada masalah bandar akhirnya boleh mencetuskan masalah lain.
Jelasnya, banyak lebuh raya mencapai tempoh akhir konsesi dan beberapa jalan yang jarang digunakan di akhir proses penerimaan. “Mengapa perlu letak bawah badan amanah?”
Katanya, tidak semua lebuh raya dimiliki oleh Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Menyusun semula semuanya (lebuh raya) menjadi 1 entiti amanah dengan tempoh konsesi yang berbeza-beza akan menyebabkan banyak kesukaran dari segi penetapan harga dan penilaian.
“Ini akan menjadi suatu eksesais korporat besar-besaran yang, pada akhirnya, tidak akan masuk akal dari segi perniagaan. Dalam analisis terakhir, pengguna akan terus menderita dan masih perlu membayar tol,” katanya.
Rosli berkata Putrajaya perlu mengambil kira baki tempoh beberapa konsesi dan juga mempertimbangkan tawaran dari sektor swasta, terutamanya untuk lebuh raya yang kini dimiliki Khazanah dan KWSP dalam PLUS Expressways Bhd.
Langkah itu mungkin membebaskan Putrajaya daripada jaminan kerajaan bernilai “berbilion” ringgit.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan pengenalan kepada sebuah dana amanah dibuat yang akan membantu menampung kos operasi, penyelenggaraan, dan penambahbaikan lebuh raya.
“Perlu dinyatakan bahawa kerajaan sedang mengumpul sejumlah besar cukai jalan setiap tahun, lebih RM5 bilion tahun lepas,” katanya.
“Jumlah ini boleh disalurkan kepada dana amanah untuk operasi dan penyelenggaraan lebuh raya tetapi lebuh raya bawah dana amanah mesti bebas tol.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/lebuh-raya-bawah-badan-amanah-idea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Kaji Cadangan Tubuh Badan Amanah Lebuh Raya Turunkan Kadar Tol

Putrajaya Kaji Cadangan Tubuh Badan Amanah Lebuh Raya Turunkan Kadar Tol

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 756 hits
Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan melihat semula terma perjanjian 7 daripada 35 tol yang dipersetujui kerajaan terdahulu KUALA LUMPUR Kerajaan sedang meneliti kertas cadangan untuk mengumpul semua 35 lebuh raya termasuk 6 yang dalam pro...
Polis Kesan Pemandu Langgar Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

Polis Kesan Pemandu Langgar Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 377 hits
BENTONG Polis sedang mengesan pemilik sebuah kereta yang melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak di sini hari ini Ketua Polis daerah Superintendan Yusof Unis berkata bagaimanapun belum ada laporan polis dibua...
Rfid Diperluas Di Lebuh Raya Selatan Awal Tahun Depan

Rfid Diperluas Di Lebuh Raya Selatan Awal Tahun Depan

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR 5 SEPT Pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio bakal diperluas ke beberapa plaza tol di laluan menuju ke selatan negara pada awal tahun depan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia D...
Prn Sabah Calon Amanah Guna Logo Warisan

Prn Sabah Calon Amanah Guna Logo Warisan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 494 hits
Semua calon Amanah akan menggunakan lambang Warisan dalam pilihan raya negeri Sabah kata Pengarah Komunikasi Khalid Abd Samad Katanya keputusan itu dibuat sebagai tanda solidariti parti itu dengan Warisan dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apda...
Hormati Kehendak Amanah Mahu Guna Logo Warisan Di Sabah

Hormati Kehendak Amanah Mahu Guna Logo Warisan Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 461 hits
Sewaktu PRU14 yang lalu di Semenanjung semua sepakat di dalam PH untuk guna logo Keadilan di antara lain sebabnya parti Bersatu waktu itu tidak disahkan lagi oleh ROS Waktu itu Warisan tetap menggunakan logonya di Sabah atas alasan Warisan ...
Amanah Kota Raja Nafikan 545 Ahli Keluar Parti

Amanah Kota Raja Nafikan 545 Ahli Keluar Parti

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 369 hits
SHAH ALAM 4 SEPT AMANAH Kawasan Kota Raja menafikan seramai 545 ahli mereka keluar parti Ketua AMANAH Kawasan tersebut Abdul Mutalib Adam pada sidang medianya sebentar tadi menyatakan bahawa pihaknya mengakui bahawa Naib Ketua 3 AMANAH Kawa...
Amanah Says Minister Not Serious About Kampung Baru

Amanah Says Minister Not Serious About Kampung Baru

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 347 hits
Plans to develop Kampung Baru in the middle of Kuala Lumpur city have not taken off PETALING JAYA Amanah today called out Federal Territories Minister Annuar Musa regarding the development plans for Kampung Baru saying the minister is not s...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak