Putrade Allsuites At Rpgc Dibuka Kepada Penginapan Keluarga Yang Selesa Dan Berbaloi Di Ipoh


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung tahun ni ada jer plan Maha nak pergi jalan-jalan walaupun tak jauh dalam negara pun cukup rasa seronok sangat. Yer lah dapat restkan minda dan juga kesibukan diri dengan pelbagai kerja hakiki atau juga kerja menulis ni hehehe. Baru-baru ni Maha pergi ker Ipoh untuk cuti 2hari 1malam sahaja


Tempat Pelancongan Menarik Di Ipoh
Perjalanan dari KL tak jauh pun hanya mengambil masa lebih kurang 2jam 15minit mengikut PLUS lagi senang selesa dan tak sesat wakakakaka. Rupanya kat sana banyak lagi tempat menarik yang Maha tak pernah pergi lagi dan juga banyak daya tarikan pelancongan. Macam Maha pertama kali sampai ker Taman Rekriasi Gunung Lang. 




Menarik kat sini adalah keindahan alam semulajadi yang masih kekal mempunyai tasik bekas lombong biji timah yang dikelilingi bukit dan gunung macam kat luar negaralah. Masa Maha datang ramai orang kat sini berbaris nak menaiki boat untuk pergi ke seberang tasik tu. Harga boat hanya RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Menarik kat sini ia Taman Rekriasi yang ada mini zoo, gua, menara tinjau dan juga aktiviti berbasikal. Sesuai lah kalau datang bawa family atau nak photo-shoot untuk wedding cantik



Kemudian Maha pergi pula ker tempat bersejarah paling popular di Perak iaitu Kellie's Castle. Bangunan bersejarah dibina pada tahun 1905 dan juga tempat yang orang suka datang bergambar. Lepas tu pergi pula tengok Kapal Korek terbesar di dunia yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Datang untuk tengok bagaimana teknologi dulu untuk memudahkan kerja mengorek biji timah di Perak. Tapi tak boleh naik hanya boleh bergambar dari luar sahaja




Lepas tu pula perut lapar Maha apa lagi pergi makan kat Nasi Ganja yang begitu popular di Ipoh ini. Masha Allah memang ramai gilerrr orang dan penuh sentiasa. Kat sini popularnya adalah Nasi Kandar Ayam Merah kena sekali nak lagi sebab tu ketagih. Tips nak makan di sini korang jangan berbaris tapi cari tempat duduk bila ada meja kosong terus duduk dan nanti ada staf mereka datang ambil order. Bagi yang nak take away tu baru kena bebaris panjang ok ni nasihat daripada orang sanalah



Bermalam Di Putrade Allsuites At RPGC Ipoh
Bila dah penat seharian berjalan masa mencari tempat untuk bermalam sebab nak rasa juga duduk kat Ipoh ni. Jadi Maha telah memilih Putrade Allsuites at RPGC (Royal Perak Golf Club). Putrade Allsuites ni berada betul-betul dalam kawasan golf club dan ia berkonsep service apartment. Kenapa Maha pilih untuk bermalam di sini kerana keselesaan dan juga tawaran harga yang berpatutan sangat




Kat sini ada tiga jenis suite apartment iaitu One-Bedroom Suite, Two-Bedroom Suite dan juga Three-Bedroom Suite. Hari tu Maha ambil One-Bedroom Suite dimana dalam tu lengkap macam sebuah rumah dengan adanya ruang tamu yang luas, pastu ada bahagian dapur siap coffee machine, juga ada satu bilik tidur dan juga satu bilik air yang sangat besar. Kalau korang yang baru kahwin atau nak honeymoon dekat-dekat ambil bilik ni sangat sesuai





Hiasan dalam bilik lebih kepada moden mewah dimana perabot yang digunakan serta dekorasi membuat korang rasa selesa seperti di rumah sendiri. Kelengkapan yang ada dalam ni seperti Iron & Ironing board, Mini Fridge, Hair Dryer, 43" LED Flat Screen dan juga 32"LED Flat Screen ada dua tau kat ruang tamu dan dalam bilik tidur. Kemudahan lain macam toiletries lengkap, ada kemudahan WiFi and fully air-condition. 




Maha masa mula masuk bilik tu rasa macam tak nak balik tau sebab memang best giler. Harga untuk bilik yang Maha duduk tu hanya RM290 satu malam untuk bukan member. Best lah tak sangka kat Ipoh ni ada juga tempat penginapan macam ni. Tambah lak dalam Club Golf segala kemudahan lain juga boleh digunakan di sini seperti kolam renang, gelanggang Tenis, gimnasium, Game Rooms dan juga banyak lagi





Cuma kalau nak main golf tu kena bayar lain lah yang kemudahan lain boleh digunakan. Kalau makan kat sini korang tak perlu nak keluar jauh lah sebab dalam tu mereka ada juga Fairway Restaurant yang menyediakan makanan a'la carte. Kat sini korang boleh tengok beberapa menu makanan yang Maha sempat makan masa berada di sana besar dan juga kenyang. Harga satu malam tu juga termasuk dengan sarapan untuk dua orang tau kat restoran ini

Singapore Mee Honn (RM8.90)
Nasi Goreng Kampung (RM9.90)
Chicken Chop (RM17.50)
Triple Decker 'RPGC' Club Sandwich (RM11.50)
 Rib Eye Steak (RM39.50)
Rice with Crispy Chicken Butter (RM16.90)
Waktu sampai kat Putrade Allsuites tu ada orang buat majlis kenduri kahwin ramai tapi tetap boleh parking kerana mereka ada kawasan parking yang luas. Kalau nak buat majlis seperti perkahwinan kat sini pun sangat sesuai kerana mereka ada  Banquet yang mampu memuatkan sehingga 700 orang. Juga ada bilik-bilik untuk seminar, mesyuarat dan macam-macam lagi. Jadi lengkaplah segala kat sini kawasan luas dan juga tenang jer tak sesak sangat dan padat dengan bangunan boleh lihat tumbuhan hijau jer seluas padang golf lah. 


Esok pagi hari minggu Maha luang masa pulak pergi berjalan ker Pasar Karat yang terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil. Korang jangan anggap ia pasar biasa yer sangat luar biasa kat sini korang boleh dapat pelbagai jenis barang antik dan lama yang tak ada jual tempat lain. Pulak tu pasar ni sangat panjang dan penat berjalan rasa nak tercabut lutut kaki. Tapi habis semua sudut Maha jalan hari tu puas tapi tak beli apa-apa pun cuma suka tengok banyak barang lama-lama



Maka lengkap percuti ringkas hujung minggu Maha ke Ipoh ini banyak tempat dapat pergi dan juga dapat tempat untuk bermalam yang sangat selesa. Jadi tiada alasan untuk korang tidak bercuti dalam negara dan juga menyahut kempen Visit Malaysia 2020 tahun depan. Harap nanti dapat datang lagi ke Ipoh sebab dengar cerita yang sini banyak cafe hipster. Nanti korang datang bermalam kat Putrade Allsuites at RPGC ni boleh komen kat sini ok. Selamat bercuti semua

Info lanjut atau untuk tempahan boleh hubungi :Tel : 05- 238 0022Laman web : https://putradeallsuites.comEmail : [email protected]







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/12/putrade-allsuites-at-rpgc-dibuka-kepada-penginapan-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 652 hits
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh Memang teruja bila encik suami bersetuju untuk menginap semalam di Ipoh sampai rasa nak lompat bintang Memandangkan kami akan menjemput KC Iman di Kedah jadi kami cadangan b...
Putrade Allsuites At Rpgc Ipoh Perak

Putrade Allsuites At Rpgc Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 802 hits
Assalamualaikum w b t Lebih Selesa Untuk Keluarga Bercuti Selamat bercuti sekolah bila masuk cuti sekolah pasti ramai yang rancang untuk bawa keluarga bercuti kan Yelah ini masanya untuk bawa anak anak berehat dan waktu luangkan masa bersam...
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 561 hits
Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites RPGC Orang kata kalau nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia dengan makna kena pastikan dia nikmati makanan yang sedap ehh haha Apa pulak relatednya tah tapi kalau dah menginap di hotel...
Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga Di Cherating

Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga Di Cherating

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 260 hits
Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga di Cherating l Assalamualaikum Selain dari Kuantan Cherating juga antara tempat yang ramai dikunjungi untuk bercuti di negeri Pahang Jarak antara Cherating dengan Kuantan sekitar 40 minit pe...
Menginap Di Putrade All Suites Ipoh Untuk Berehat Rehat Di Hujung Minggu

Menginap Di Putrade All Suites Ipoh Untuk Berehat Rehat Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 395 hits
Hi Korang Hujung minggu memang kena di manfaatkan dengan berehat so seharuslahnya kita hendaklah berehat kan hehehe tapi last week kak lily tukar angin untuk berehat ya ampun sampai ke Ipoh ktorang berdua tau Kebetulan jugak ktorang tak de ...
Cemarkan Maruah Keluarga Bapa Renjat Kelar Leher Anak Perempuannya Jalin Hubungan Dengan Anak Jiran

Cemarkan Maruah Keluarga Bapa Renjat Kelar Leher Anak Perempuannya Jalin Hubungan Dengan Anak Jiran

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 238 hits
Seorang wanita berusia 22 tahun dibunuh dengan kejam oleh bapanya di Ferozabad Uttar Pradesh India Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu ketika mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berada di rumah dengan bapanya sementara a...
Tanah Amblas Di Dairi Empat Keluarga Mengungsi

Tanah Amblas Di Dairi Empat Keluarga Mengungsi

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 223 hits
Demi keselamatan empat keluarga penghuni rumah di sekitar lubang harus mengungsi ke kediaman tetangga yang dinilai lebih aman
Keluarga Enggan Beri Keterangan Polisi Tunggu Pasutri Korban Terbakar Pulih

Keluarga Enggan Beri Keterangan Polisi Tunggu Pasutri Korban Terbakar Pulih

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 143 hits
Polisi telah mengantongi semua barang bukti yang berada di lokasi kejadian Tinggal menunggu keterangan korban untuk melengkapi data penyelidikan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025