Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh


Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh | Memang teruja bila encik suami bersetuju untuk menginap semalam di Ipoh sampai rasa nak lompat bintang! Memandangkan kami akan menjemput KC Iman di Kedah jadi kami cadangan bermalam di Penang ditukar ke hari Jumaat.
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohKami sampai ke Putrade Allsuites RPGC ni jam 12.30 tengahhari dan langsung ke restoran untuk mengisi perut di Restoran Fairway yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf Diraja Perak (RPGC).  Hasrat untuk makan bufet tidak kesampaian sebab penuh dengan pengunjung yang datang untuk seminar dan semestinya tumpuan para pemain golf.  Untuk ke sini korang boleh jalan kaki dalam 3 minit atau tunggu saja buggy yang sedia membawa terus ke bangunan utama tu.

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Nanti kat posting kedua, saya cite pasal makanan sedap di Restoran Fairway ok

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Putrade Allsuites RPGC yang terletak di Royal Perak Golf Club ini merupakan service apartment yang menyediakan 34 unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup sofistikated untuk keselesaan para penginap dan yang pasti setiap suite kita boleh mendapat jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, mesin kopi Gusto, mini bar, penghawa dingin, kipas, televisyen satelit, perkhidmatan makan di dalam suite dan banyak lagi.  Putrade Allsuites RPGC ni bukan saja menjadi pilihan pelancong dalam negeri Perak malahan dari luar Perak terutama mereka yang mengemari sukan golf tempatan malahan hanya 5 minit perjalana dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Memandangkan kami berlima, jadi bilik yang diberikan mestilah Suite 2-bilik yang cukup selesa dengan keluasan 906.55kps dengan dua bilik air.  Masuk ke bilik ni pun dah cukup wow dengan kelengkapan seperti TV LED 43 di ruang terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi, bar basah dengan microwave, peti sejuk dan sempat la saya ngopi dengan menggunakan mesin kopi Dolce Gusto sesambil duduk menonton di sofa yang cukup selesa.

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohDi bilik utama dilengkapi dengan katil bersaiz king bersambung dengan bilik air,  peti keselamatan, TV LED 32 inci, meja solek dan seterika. Cukup selesa dengan ruangan bilik yang cukup luas dan dilengkapi dengan almari dan meja alat solek untuk berdandan

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohDi bilik kedua, terdapat 2 unit katil berkembar bersaiz super single dengan sebuah laci di tengah-tengah dilengkapi dengan sebuah almari, meja solek dan cermin untuk berhias. Ruangan bilik yang cukup selesa untuk anak-anak malah bilik air pun setentang dengan bilik ini

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohMemang puashati dengan susun atur suite ni dengan warna yang cukup menenangkan dan terasa nyaman sekali tambahan pula cahaya yang memasuki setiap ruangan tu memang cukup buat saya sekeluarga rasa selesa sampai rasa tak nak keluar

Di kedua-dua bilik dan ruangan terbuka dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas dan satu bilik air terletak di bahagian ruangan terbuka menuju ke bilik tidur. Suite 2-bilik kami ini berharga RM490 semalam termasuk dengan sarapan pagi.

Selain suite 2-bilik, Putrade Allsuites RPGC turut menyediakan suite 1-bilik dan suite 3-bilik yang cukup selesa yang boleh memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan bilangan ahli yang akan menginap bersama.

Nak tahu lebih lanjut mengenai bilik dan kadar harga serta untuk buat tempahan, boleh terus ke website Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Suite 1-Bilik Suite 1-bilik dengan keluasan 604.44 kps ni dengan pilihan katil saiz Queen atau katil berkembar ini cukup selesa bagi mereka yang menginap bagi tujuan peniagaan mahupun bagi pemain golf.  Bilik yang dilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka dengan capaian internet berkelajuan tinggi, bar basah dilengkapi microwave, mesin kopi Dolce Gusto, peti sejuk, penghawa dingin, kipas dan peti keselamatan.  Harga RM390 semalam termasuk sarapan pagi


Suite 3- BilikDengan keluasan kira-kira 1,200 kaki persegi Suite 3-Bilik ni memang cukup selesa dan mewah dengan pemandangan Royal Perak Golf Course yang sejuk mata memandang. Bilik utama dilengkapkan dengan katil bersaiz king dan katil berkembar di dua bilik tetamu dengan dua bilik air.  Suite yang terletak di tingkat tiga ini cukup ekslusif dan privasi.  Ruangan makan yang cukup luas dilengkapi dengan capaian internet berkelajuan tinggi, peti sejuk, mesin kopi Dolce Gusto, peti keselamatan, penghawa dingin dan kipas.  Harga semalam dari RM590 termasuk sarapan pagi
Tak perlu risau kerana ruangan meletak kenderaan mencukupi bagi yang memandu ke sini namun pihak hotel juga menyediakan pengangkutan mengambil dan menghantar tetamu ke Lapangan Terbang Ipoh sekiranya diperlukan. Kalau hendak ke lokasi pelancongan seperti Gunung Lang, Memoryland atau Lost World of Tambun atau makan di sekitar bandar Ipoh korang boleh je tempah pengangkutan dengan pihak hotel

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohSaya cukup suka duduk santai di bahagian lobby yang luas dan terbuka ni yang buat cukup tenang dengan dekorasi yang cukup ringkas tapi menarik malah cukup luas sekiranya datang bersama keluarga, mereka dapat duduk di ruangan yang disediakan sementara menunggu giliran untuk daftar masuk atau menanti kenderaan untuk ke lokasi menarik di sekitar Ipoh.
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Kemudahan Fasiliti Buat TetamuMenariknya bagi mereka yang menginap di Putrade Allsuites RPGC ni mereka boleh menggunakan segala fasiliti disini antaranya kolam renang yang standard serta kolam renang untuk kanak-kanak serta jacuzzi

Kemudahan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya malah dewan ini sering menjadi pilihan untuk resepsi perkahwinan sewaktu kami disini

Kemudahan gymnasium, gelangang tenis, gelangang squash, kolam renang dan jakuzi serta pemainan indoor seperti snooker boleh digunakan oleh para tetamu yang menginap disini


Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di IpohPutrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Pakej SeminarPutrade Allsuites RPGC ni juga menawarkan pakej seminar yang cukup menarik dan berpatutan malahan kerapkali bilik seminar dipenuhi dengan bengkel, kursus serta latihan diadakan oleh syarikat korporat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan disini
Pakej seminar satu hari penuh dengan harga RM85/orang termasuk dua coffee break, 1 kali makan tengahhari secara bufet atau set dan 8 jam kegunaan bilik mesyuarat.Pakej seminar setengah hari berharga RM70 dengan 1 kali coffee break, 1 kali makan tengahhari (bufet atau set) serta pengunaan bilik mesyuarat selama 4 jam.Pakej-pakej ini juga termasuk keperluan seperti backdrop, signage, whiteboard, flipchart, PA System dengan rostrum, microphone dengan skrin putih termasuk keperluan menulis, air mineral dan mints

Nota : harga adalah bagi minima 10 orang dan tertakluk kepada perubahan
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Alamat
Putrade Allsuites at RPGC
c/p Royal Perak Golf Club Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Laman web : www.putradeallsuites.com

Email : [email protected]

Tel : +605 238 0022

Fax : +605 238 0021



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.iamfuzy.com/2019/11/putrade-allsuites-royal-perak-golf-club.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrade Allsuites At Rpgc Ipoh Perak

Putrade Allsuites At Rpgc Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 801 hits
Assalamualaikum w b t Lebih Selesa Untuk Keluarga Bercuti Selamat bercuti sekolah bila masuk cuti sekolah pasti ramai yang rancang untuk bawa keluarga bercuti kan Yelah ini masanya untuk bawa anak anak berehat dan waktu luangkan masa bersam...
Menu Ala Carte Made To Amaze Hasil Air Tangan Chef Adrian Di Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

Menu Ala Carte Made To Amaze Hasil Air Tangan Chef Adrian Di Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 285 hits
Hi Korang Sebut pasal makan memang semua orang gemarkan lebih lebih lagi makan di hotel Enaknya lain macam sekali walaupun sekadar makan biasa tapi cara persembahan tuh yang memukau hati orang yang makan kann heehehe Kebetulan kak lily mend...
Stay Di Weil Hotel Ipoh Hotel Best Di Ipoh

Stay Di Weil Hotel Ipoh Hotel Best Di Ipoh

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1086 hits
AssalamualaikumWeil Hotel Ipoh Review Holla gais beberapa hari lepas Qaseh ke Ipoh jalan jalan makan angin hehe bila keluar dari negeri ni semestinya penginapan paling penting jadi dimana nak stay sepanjang berada di Ipoh Haa bagi yang meng...
Tower Regency Hotel And Apartments Hotel Di Tengah Bandar Ipoh

Tower Regency Hotel And Apartments Hotel Di Tengah Bandar Ipoh

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 467 hits
Tower Regency Hotel and Apartments Hotel di Tengah Bandar Ipoh l Assalamualaikum Masa reccee hotel di Ipoh baru baru ni baru Ana perasan yang entri Tower Regency Hotel Ipoh Hotel di Bandar Ipoh ni takde lagi dalam blog Yang banyak Ana cerit...
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 558 hits
Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites RPGC Orang kata kalau nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia dengan makna kena pastikan dia nikmati makanan yang sedap ehh haha Apa pulak relatednya tah tapi kalau dah menginap di hotel...
Menginap Di Putrade All Suites Ipoh Untuk Berehat Rehat Di Hujung Minggu

Menginap Di Putrade All Suites Ipoh Untuk Berehat Rehat Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 392 hits
Hi Korang Hujung minggu memang kena di manfaatkan dengan berehat so seharuslahnya kita hendaklah berehat kan hehehe tapi last week kak lily tukar angin untuk berehat ya ampun sampai ke Ipoh ktorang berdua tau Kebetulan jugak ktorang tak de ...
Sambut Hari Krismas Di The Boulevard A St Giles Hotel Mid Valley

Sambut Hari Krismas Di The Boulevard A St Giles Hotel Mid Valley

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 295 hits
Sambut Hari Krismas Di The Boulevard A St GIles Hotel Mid Valley Assalamualaikum semua Biasa la kalau menjelang hari perayaan ni kat banyak hotel menawarkan pelbagai jenis menu menarik Lagipun zaman sekarang ni dah semakin ramai memilih hot...
10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi

10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 657 hits
10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi Langkawi adalah antara destinasi percutian kami sekeluarga yang memang tak pernah bosan kami nak pergi Aku sendiri sangat suka kan Langkawi walaupun dipenuhi dengan pelancong tapi suasana kampung tu masih t...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos