Pusat Sembelihan Luar Negara Didakwa Langgar Sop Berita Harian 10 05 2022


 

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja di pusat penyembelihan di Australia yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan, kebersihan dan piawaian halal.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai 'The Hood Man' itu mendakwa diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam manakala ahli keluarganya turut diugut susulan pendedahan mengenai isu berkenaan.
Bercakap menerusi panggilan video dalam sidang media di sini, hari ini, beliau mendakwa, cara kambing yang disembelih di sebuah syarikat yang mendapat lesen sah daripada Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) itu tidak mematuhi syariat.
"Antaranya kambing mati bukan disebabkan disembelih, sebaliknya digigit anjing yang dibela di rumah sembelihan. Selain itu, ada yang mati kerana lemas dengan takungan darah di premis sembelihan.
"Penyembelih dipercayai tidak mengamalkan cara hidup seperti seorang Islam, tidak bersolat, minum arak dan berjudi," katanya.
Sidang media itu dianjurkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Sahaba 99.
Turut hadir, Presiden PEKEMAS, Faizan Mohd Nor; Presiden Sahaba 99, Vince Focarelli dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Lelaki itu mendakwa, haiwan yang disembelih didera dan dicederakan oleh pekerja menggunakan kayu.
Beliau mendakwa, pusat penyembelihan itu tidak mematuji SOP penyembelihan ditetapkan JAKIM.
"Pusat itu sepatutnya memiliki dua orang penyembelih, seorang penyemak halal dan seorang penyelia tetapi mereka cuma ada tiga pekerja iaitu masing-masing seorang penyembelih, penyelia dan penyemak halal.
"Saya jalankan siasatan sendiri demi kebajikan pekerja penyembelihan halal di sini yang sering dibuli dan dicederakan, selain ada pihak ketiga dipercayai terbabit dalam penyelewengan membabitkan keseluruhan sistem halal untuk kepentingan peribadi," katanya.
Sementara itu, Faizan meminta JAKIM menjalankan siasatan menyeluruh dan memberi penjelasan berhubung keraguan di pusat penyembelihan ternakan itu.
Selepas hampir sebulan pendedahan dibuat, katanya, JAKIM belum menjawab pelbagai isu berkaitan syarikat yang turut membekalkan daging import ke Malaysia.
"Ketika isu ini didedahkan awal bulan lalu, ia tidak mendapat maklum balas JAKIM sedangkan isu ini berkenaan halal haram.
"Berdasarkan bukti video dan gambar serta kenyataan bekas pekerja sembelihan di syarikat itu, kami yakin berlaku pelanggaran protokol penyembelihan SOP ditetapkan JAKIM," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
PUSAT SEMBELIHAN LUAR NEGARA DIDAKWA LANGGAR SOP

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/953858/pusat-sembelihan-luar-negara-didakwa-langgar-sop


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/05/pusat-sembelihan-luar-negara-didakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelanggaran Sop Sembelihan Jakim Belum Terima Keputusan Siasatan Berita Harian 11 05 2022

Pelanggaran Sop Sembelihan Jakim Belum Terima Keputusan Siasatan Berita Harian 11 05 2022

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 194 hits
PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia Jurucakap JAKIM berkata pihaknya memang ada menempatka...
Ppim Bongkar Status Daging Halal Luar Negara Samudera My 12 05 2022

Ppim Bongkar Status Daging Halal Luar Negara Samudera My 12 05 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 209 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia sentiasa peka dan memantau penternak dan pengedar daging halal untuk pasaran di negara ini Baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menerima maklumat dari sumber yang sah mendedahkan bagaimana te...
Isu Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Jakim Digesa Segera Bertindak Harian Metro 10 05 2022

Isu Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Jakim Digesa Segera Bertindak Harian Metro 10 05 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 262 hits
Kuala Lumpur Bimbang dengan isu pusat penyembelihan yang meragukan di Australia Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat dan Sahaba 99 meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melakukan siasatan segera Ia membabitka...
Jakim Siasat Dakwaan Syarikat Di Australia Langgar Sop Sembelihan Halal

Jakim Siasat Dakwaan Syarikat Di Australia Langgar Sop Sembelihan Halal

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 188 hits
Jakim menegaskan bahawa ia sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan ketidakakuran melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam sedang menyia...
Saksi Dedah Pusat Sembelihan Tidak Patuh Syariat Diugut Dibuang Kerja Wacanakini 10 05 2022

Saksi Dedah Pusat Sembelihan Tidak Patuh Syariat Diugut Dibuang Kerja Wacanakini 10 05 2022

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR Saksi kepada perlakuan penyiksaan binatang oleh badan diiktiraf JAKIM sebelum ia disembelih mendakwa dia diugut ditekan dan diberhentikan kerja selepas pendedahan itu Pusat penyembelihan itu adalah Thomas Food Industries Lobeth...
Musim Umrah Jemaah Luar Negara Tamat 30 Syawal

Musim Umrah Jemaah Luar Negara Tamat 30 Syawal

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 187 hits
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan 6 694 998 permit umrah dan 262 781 permit solat di Raudhah al Sharifah sepanjang Ramadan lalu KUALA LUMPUR Arab Saudi baru baru ini mengumumkan musim umrah 1443 H bagi jemaah luar neg...
Kes Hakim Nazlan Sprm Didakwa Langgar Prinsip Pengasingan Kuasa

Kes Hakim Nazlan Sprm Didakwa Langgar Prinsip Pengasingan Kuasa

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 347 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didakwa telah melanggar prinsip pengasingan kuasa diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan susulan siasatannya terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Bekas Pengerusi Pa...
Peran Desain Konstruksi Ramah Lingkungan Dalam Mengurangi Konsumsi Energi

Drama Dendam Seorang Madu Lakonan Redza Rosli Hannah Delisha

Overplaying Palestine Issue Won T Backfire On Anwar Say Analysts

Larian Malaysia Sarong Music Run 2025 Dirasmikan Oleh Yab Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim

Imran Ajmain Seribu Tahun Lagi Chord

Siti Kasim To Pmx Don T Plead Ignorance As If Madani Cabinet Is Unaware Of Controversial Guidelines

Lirik Lagu Nanti Pulangnya Ke Aku Ya Dalia Farhana

Jalan Jalan Ke Nurseri Beli Pokok Baru


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Cycling 1 Februari 2025

Golden Dragon S Jackpot Trail A Player S Guide To Maximizing Rewards

Goncang Anak Teman Wanita Hingga Mati Lelaki Dipenjara Seumur Hidup

Kelantan Barang Kemas Rm40 000 Wang Tunai Hangus Dalam Kebakaran

Selera Tekak Masing Masing

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah