Pusat Bayi Menonjol Keluar Atau Benjolan Pada Ari Ari Itu Mungkin Hernia Hernia Berkomplikasi Perlu Dibedah Segera


Pusat bayi menonjol keluar & benjolan pada ari-ari, itu mungkin hernia. Hernia berkomplikasi perlu dibedah segera!
Anak menangis sudah ditukar lampin & disusukan serta didukung namun tidak berkesan meredakannya. Cuba periksa alat kelaminnya sama ada mengalami bengkak atau tidak. Jika ya, anak anda mungkin diserang hernia!
DEFINISI HERNIA
Hernia ini adalah gangguan masalah kesihatan yang melibatkan masalah penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti benjol kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa meneran, batuk atau menggeliat. Hernia berasal daripada perkataan Latin.
Hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang. Masalah hernia dianggarkan 5% dalam populasi. Kejadian adalah lebih tinggi di kalangan lelaki, Lebih separuh dari hernia terjadi pada sebelah kanan. 10% daripada kes hernia ia berlaku pada kedua-dua belah.

HERNIA PADA KANAK-KANAK LELAKI & PEREMPUAN
Hernia yang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak lelaki disebabkan oleh lubang dalam abdomen yang tidak normal. Ia berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya. Hernia selalunya dihidapi oleh bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Pada kebiasaan hernia mengandungi usus. Jika bayi perempuan, hernia mungkin ada pada ovari.
Jika bayi masih menangis, segera berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia (usus) mungkin terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda. Ianya lebih kritikal jika benjol menjadi keras pesakit masih menangis serta muntah. Pada masa yang sama perut menjadi buncit serta bayi tidak akan membuang air besar atau angin(kentut).
Hernia kerap terjadi pada bayi pramatang dan bayi berumur kurang dari satu tahun.
3 TANDA-TANDA HERNIA
1.Pada peringkat awal jika terdapat benjolan dan ia tidak menyebabkan rasa sakit. Benjolan kelihatan semasa menangis atau mengeliat kemudian ia hilang. Tetapi lama-kelamaan, apabila hernia bertambah besar, kesakitan akan mula dirasai.
2.Benjolan pada ari-ari serta bukaan lubang pada kantung telur. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak di bawah umur setahun tapi ada juga lebih umur setahun apabila ibu bapa baru menyedari anak menghidapi hernia.
3.Keadaan yang teruk iaitu pesakit muntah,perut buncit serta benjolan keras serta sakit. Pesakit juga tidak buang angin (kentut) serta air besar.

JENIS HERNIA
Antara jenis hernia yang biasa terjadi pada kanak-kanak ialah seperti berikut;
#1.Hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha
Hernia jenis ini berlaku di mana abdomen bertemu bahagian atas paha. Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen. Bagi kanak-kanak perempuan berkemungkinan ovari atau saluran fallopian masuk dalam hernia. Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.
#2.Hernia umbilikal pada bahagian pusat
Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit. Usus kecil mungkin menjulur keluar melaluinya. Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
#3.Hernia tercekik
Ia merupakan hernia yang terputus bekalan darah. Ia menjadi sakit dan akhirnya bergangren.
Info penting!
Hernia tidak boleh diurut. Tindakan mengurutnya sangat berbahaya. Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut. Begitu juga jika tuam dengan daun sirih, apabila panas ia akan menyebabkan usus melekat di bahagian hernia.  Segera dapatkan rawatan apabila mendapati anak anda mengalami hernia.

RAWATAN
Rawatan Untuk Hernia Umbilikal (pusat)
Kebiasaannya dirawat secara konservatif (rawatan ulangan) kerana majoriti dari kes ini akan sembuh dalam masa dua tahun.
Pembedahan boleh dilakukan atas kehendak penjaga kerana ia tidak cantik dipandang. Jangan tampal duit siling pada hernia kerana ia mungkin tergelincir dan menyebabkan usus tersepit antara syiling dan kulit. Ia kemudian akan menyebabkan usus tersumbat.
Rawatan Untuk Hernia Inguinal
Semua hernia harus dibedah. Usus boleh menonjol keluar melalui lubang hernia, mengakibatkan usus tersumbat. Pengaliran darah ke usus terganggu dan akhirnya usus bocor dan mati. Hernia patut dibedah awal selepas berjumpa doktor, biasanya dalam masa beberapa hari atau minggu.
Bagaimanapun, hernia yang berkomplikasi mesti dibedah secara kecemasan. Masalah hernia seeloknya dilakukan pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Sesetengah bayi memang dilahirkan dengan bukaan kecil pada tubuh yang sepatutnya tertutup sebelum kelahirannya. Tetapi pada sesetengah kanak-kanak, keadaan tersebut tidak berlaku sedemikian, menyebabkan organ-organ berhampiran seperti usus dan ovari menembusi bukaan tersebut dan menjadi hernia.
Hernia dapat diatasi dengan rawatan moden. Bayi yang mempunyai masalah hernia perlu dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan. Pembedahan tidak mengambil masa lama iaitu kira-kira 20 minit sekiranya hernia tersebut tidak berada di tahap risiko yang tinggi.
Doktor akan mendiagnosis hernia selepas mengambil sejarah kesihatan pesakit serta melakukan pemeriksaan pada bahagian ari-ari dan skrotum. Rawatan yang akan dilakukan bergantung daripada pemeriksaan tersebut. Pembedahan boleh ditangguhkan kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik. Ini kerana ia harus segera dilakukan untuk mengelak bahagian isi hernia yang terjerut boleh bocor dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis).
Bahagian usus yang bocor akan dipotong serta menyebabkan pembedahan sukar serta mengambil masa yang lama. Akibat yang lebih buruk akan mengakibatkan kematian. Jika anak anda telah di diagnos mengalami hernia dan telah diberi tarikh untuk pembedahan, pemeriksaan sendiri hendaklah dilakukan bagi mengelakkan kejadian inkarserat. Sekiranya terjadi anak anda hendaklah dibawa ke bahagian kecemasan dengan segera.

Pembedahan laparoskopi untuk hernia
Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat. Laparoskopi menggunakan kamera dan peralatan untuk menebuk bahagian abdomen. Peralatan laparoskopi untuk menjahit serta benang akan dimasukkan. Lubang hernia akan dijahit. Cara baru ini jarang dilakukan kerana tidak ramai pakar pembedahan pediatrik mempunyai kemahiran dalam bidang laparoskopi.
KOMPLIKASI
Terdapat pelbagai komplikasi hernia antaranya Irreducible Hernia, di mana usus tidak dapat dikembalikan ke kedudukan asal. Manakala, hernia inkarserat (Obstructed Hernia) pula berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan yang akan menyekat makanan daripada memasuki sistem pencernaan.
Jika usus yang tidak dapat dikembalikan pada kedudukan asal iaitu dalam abdoman, hernia tidak boleh dikurangkan dan memerlukan pembedahan segera. Komplikasi hernia yang paling bahaya terhadap kanak-kanak adalah hernia tercekik atau terjerut (Strangulated Hernia) di mana ia boleh menyebabkan kematian.

 
The post Pusat Bayi Menonjol Keluar Atau Benjolan Pada Ari-Ari, Itu Mungkin Hernia. Hernia Berkomplikasi Perlu Dibedah Segera! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/pusat-bayi-menonjol-keluar-atau-benjolan-pada-ari-ari-itu-mungkin-hernia-hernia-berkomplikasi-perlu-dibedah-segera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Hernia Disangka Kembung Perut Hampir 10 Inci Usus Rosak Dibedah Bapa Untuk Keluarkan Angin

Bayi Hernia Disangka Kembung Perut Hampir 10 Inci Usus Rosak Dibedah Bapa Untuk Keluarkan Angin

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 620 hits
Hernia atau angin pasang banyak berlaku di kalangan bayi Bagi bayi ini keadaan lebih teruk kerana perut yang sedikit buncit disalah ertikan sebagai kembung perut dan dibedah secara DIY oleh bapanya untuk membebaskan udara yang terperangkap ...
Sandar Pada Bahu Duduk Dukung Atau Meniarap Guna 4 Cara Mudah Ini Untuk Sendawakan Bayi

Sandar Pada Bahu Duduk Dukung Atau Meniarap Guna 4 Cara Mudah Ini Untuk Sendawakan Bayi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 851 hits
Sandar pada bahu duduk dukung atau meniarapkan badannya adalah antara cara yang boleh mama lakukan untuk sendawakan bayi Ia penting kalau nak elak bayi kembung dan tidak terganggu Menyendawakan bayi ialah satu kewajipan setiap kali selepas ...
Apakah Risiko Yang Mungkin Terjadi Bila Membuat Pembedahan Atau Tidak

Apakah Risiko Yang Mungkin Terjadi Bila Membuat Pembedahan Atau Tidak

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum hai readers Nak sambung cerita lagi boleh Seronok pulak nak share ilmu dengan kawan kawan Walaupun cerita ni bukan lah kisah yang begitu menarik tapi perkongsian pengalaman ni sangat penting Allah turunkan sakit ni bukan saj...
Mungkin Ini Yang Orang Sebut Sebagai Fikir Positif Atau Kah Ini Sikap Pandang Ringan

Mungkin Ini Yang Orang Sebut Sebagai Fikir Positif Atau Kah Ini Sikap Pandang Ringan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 441 hits
Hi semua Apa korang akan buat bila tiba tiba korang di fitnah Tak kisah la fitnah membabitkan apa tapi tahu tak tindakan korang dalam menghadapi situasi tersebut memberi kesan pada kehidupan korang Macam tu juga bila korang berdepan dengan ...
Sekali Mungkin Baru Berkali Kali Itu Haru Biru

Sekali Mungkin Baru Berkali Kali Itu Haru Biru

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 412 hits
Status mengenai ECRL yang menjadi isu baru baru ini bukanlah kenyataan bercanggah pertama yang dikesan dilakukan oleh anggota pentadbiran regim Malaysia Baru Dah beberapa kali Kasut hitam peneroka Felda isu pertahanan pembantu guru bantuan ...
Tanpa Kursus Atau Keluar Biaya 7 Tips Sederhana Ini Bakal Meningkatkan Level Bahasa Inggrismu

Tanpa Kursus Atau Keluar Biaya 7 Tips Sederhana Ini Bakal Meningkatkan Level Bahasa Inggrismu

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 270 hits
Merasa kemampuan bahasa Inggrismu nggak berkembang Ah jangan patah arang dulu Coba deh tips tips ini
Kerap Kencing Tanda Rahim Semakin Membesar Jika Anda Kerap Ke Tandas Mungkin Itu Berita Baik

Kerap Kencing Tanda Rahim Semakin Membesar Jika Anda Kerap Ke Tandas Mungkin Itu Berita Baik

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 301 hits
Hamil ataupun tidak Semua orang tahu tanda tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid mual mual dan muntah ataupun pitam Pun begitu tidak ramai yang sedar akan tanda tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua Ada an...
Bayi Kerap Menangis Mungkin Kembung Perut Cara Ini Boleh Legakannya

Bayi Kerap Menangis Mungkin Kembung Perut Cara Ini Boleh Legakannya

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 284 hits
Bayi yang baru berusia tiga bulan memang kerap menangis Jika tangisan terlalu kerap dan berlanjutan bayi mungkin mengalami kembung perut Bagaimanakah cara yang betul untuk menghilangkan masalah kembung Masalah kembung perut sememangnya suat...
Jangan Sepelekan Batuk Pada Bayi Bisa Jadi Itu Gejala Pneumonia Pembunuh Bayi Nomor Satu Di Indonesia

Jangan Sepelekan Batuk Pada Bayi Bisa Jadi Itu Gejala Pneumonia Pembunuh Bayi Nomor Satu Di Indonesia

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 314 hits
Pneumonia suatu jenis infeksi paru paru yang dapat disebabkan oleh bakteri atau virus Bayi paling sering mengalami gejala pneumonia yang disebabkan oleh infeksi virus menurut MedlinePlus dr Nastiti Kaswandani SpA Ketua UKK Respirologi Ikata...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi