Pusaka Filem Seram Yang Kejam Ngeri Dan Segar



Pusaka bukan filem seram biasa yang kita tonton. Ya, masih terdapat jump scares yang tidak diperlukan dalam filem, dan hanya ada semata-mata untuk mengejutkan mereka yang mudah terperanjat.
Tetapi jalan ceritanya itu menarik minda untuk berfikir sementara. Ia tidaklah terlalu berat, bahkan boleh dihadam. Cuma sekali sekala kita akan rasa terbawa-bawa untuk memikirkan siapakah sebenarnya yang mengundang semua insiden dan malapetaka.
Sinopsis
Filem bermula dengan pengenalan watak Inspektor Nuar yang mempunyai adik kembar bernama Nur. Nur merupakan remaja bermasalah yang sering lari dari pusat pemulihan.
Misteri bermula apabila Nuar menerima panggilan yang mengatakan terdapat pembunuhan di lokasi rumah berhampiran tapak kuari.
Sesampainya di rumah tersebut, Nuar menjumpai sepasang adik beradik kembar yang terkurung untuk suatu waktu yang lama. Seorang dari kembar itu telah pun meninggal dunia, dengan tubuh mereput sambil mayatnya dipapah oleh seorang lagi kembar iaitu Qistina.
Plot Dan Jalan Cerita
Pada saya, kita sudah pernah melihat plot twist seperti ini dalam filem seram lain, tetapi apa yang menyeronokkan ialah di dalam plot twist, ada pula satu lagi kejutan yang lain tersembunyi menanti.
Ini saya tidak dapat nak tulis secara terperinci, kerana saya tidak mahu memberi sebarang spoiler.
Cukup sekadar saya mengangguk kepuasan dengan pengakhiran mengejut diberikan. Ini berkemungkinan kerana kita telah disaji dengan filem seperti Munafik 2, Misteri Dilaila, dan Dukun yang masing-masing punyai keunikan tersendiri. Oleh itu Pusaka tidak boleh datang berlenggang dan perlu membawa sesuatu yang berbeza dalam menggambarkan ketegangan filem berunsur seram ini.
Bukan Filem Cincai
Ya, saya sukakan filem Pusaka ini kerana ia bukan ‘asal boleh’, hentam kromo, ataupun cincai. Nampak usaha pengarahnya (Razaisyam Rashid) meneliti perincian babak ke babak, dan pemilihan pelakon juga amat tepat sekali. Watak Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) walaupun masih agak cliche (polis yang kurang percaya kepada perkara mistik) tetapi membantu membawa jalan cerita mengikut kepada landasan sepatutnya.
Manakala watak kembarnya iaitu Nur (Mimi Lana) dapat membuat kita merasa hubungan dekat antara dirinya dengan Nuar, yang mana itu salah satu perkara sebagai anak kembar yang perlu diberikan lebih ‘jiwa’ kepadanya, dan Mimi Lana boleh dikatakan berjaya dalam hal tersebut.
Pelakon-pelakon lain seperti Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussein, Farhanna Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan dan Yuna Rahim, kesemuanya memberi impak tidak kiralah banyak mahupun sedikit. Saya sukakan watak ASP Mansor (Faizal Hussein) yang tampak seperti ‘tiada perasaan’, tetapi sebenarnya mengambil berat tentang keadaan semasa anak buahnya.
Konklusi
Secara keseluruhan, Pusaka mempunyai sesuatu yang agak segar berbanding penceritaan filem terdahulu. Terdapat unsur-unsur jump scares, yang pada saya ‘tidak kena’ dengan cerita pada ketika itu, tetapi ia bolehlah ‘dilepas dan dimaafkan’ atas kerana tidak mencacatkan filem.
Sejujurnya susah nak takutkan penonton zaman ini, jadi banyak percubaan berani dibuat. Mujurlah percubaan tersebut masih berpaksi kepada logik dan boleh dihadam, lalu membuat ia menjadi filem yang kami syor untuk tonton di panggung.
 
Penarafan Durian Buruk: 7.5/10
You never know what’s waiting around the corner of Pusaka. – Astro Shaw  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/pusaka-filem-seram-yang-kejam-ngeri-dan-segar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Seram Terbaik Hollywood

Filem Seram Terbaik Hollywood

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 392 hits
FILEM genre seram terus mendapat tempat di hati penonton dan memiliki ramai peminat di seluruh dunia Oleh itu tidak hairanlah pembikin filem Hollywood terus berusaha mencari idea baharu dengan jalan cerita lebih menarik dan mampu menakutkan...
Pusaka Filem Lakonan Syafiq Kyle Mimi Lana Fauziah Ahmad Daud Hafidz Roshdi

Pusaka Filem Lakonan Syafiq Kyle Mimi Lana Fauziah Ahmad Daud Hafidz Roshdi

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 898 hits
Astro Shaw dengan kerjasama syarikat produksi Director s Think Tank dan Alpha47 Films mempersembahkan sebuah filem seram berjudul Pusaka yang menggabungkan elemen penyiasatan dan mistik Filem menelan belanja sebanyak RM2 juta itu diarahkan ...
Filem Pusaka

Filem Pusaka

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 442 hits
Original Content Filem Pusaka adalah sebuah filem hasil kerjasama produksi Astro Shaw Directors Think Tank dan Alpha47 Films Filem bergenre seram dan mistik ini menelan kos sebanyak Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Sinopsis Filem Pusaka

Sinopsis Filem Pusaka

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 890 hits
Filem Pusaka sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 31 Oktober 2019 yang lalu dan mendapat sambutan daripada penonton Dibarisi dengan ramai pelakon popular dan terkenal serta jalan ceritanya yang seram dan misteri membuatkan filem Pusaka ...
Pengusaha Tolak Perluasan Gambar Seram Rokok Dengan Alasan Pencegahan Anak Merokok

Pengusaha Tolak Perluasan Gambar Seram Rokok Dengan Alasan Pencegahan Anak Merokok

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 325 hits
Ketua Umum Gaprindo Muhaimin Moeftie menyatakan Kemenkes berencana untuk memperluas ukuran gambar peringatan kesehatan dari 40 persen menjadi 90 persen dan melarang total promosi dan iklan di berbagai media termasuk tempat penjualan dengan ...
Alat Alat Kedokteran Kuno Yang Bikin Seram

Alat Alat Kedokteran Kuno Yang Bikin Seram

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 279 hits
1 Tobacco Enema Dipergunakan pertama kali dalam hal medis untuk memasukkan asap melalui anus dubur alat ini digunakan terhadap para korban tenggelam Dengan memasukkan asap tembakau melalui anus dubur maka dipercaya bahwa korban tenggelam te...
Rasai Pengalaman Seram Mengujakan Dan Menyeronokkan Di Genting Highlands

Rasai Pengalaman Seram Mengujakan Dan Menyeronokkan Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 717 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kalau korang baca tajuk post Maha kali ni ada 3 element yang nak Maha kongsikan kat sini semasa bergi bercuti di puncak sejuk Genting Highlands Per...
Rumah Hantu Paling Seram Mental Pengunjung Diseksa Teruk Hingga Perlu Bantuan Psikiatri

Rumah Hantu Paling Seram Mental Pengunjung Diseksa Teruk Hingga Perlu Bantuan Psikiatri

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 455 hits
Saya akan mati kat sini fikir Milligan setelah melalui pengalaman menakutkan di rumah hantu McKamey Manor di Tennessee Amerika Syarikat Kemasukan percuma Tetapi pengunjung akan ditapis dan perlu mengisi dokumen tertentu sebelum dibenarkan m...
Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Jaga Supaya Tidak Terlanjur Kata Presiden Pkr

127 0 0 1 62893 The Importance Of Loopback Address Comprehensive Guide

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Sarapan Pagi Wesak Day


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penyondol Belum Sampai Aussie

Hari Ibu Yang Berdarah

Ekzema Anak Tak Akan Teruk Kalau Ibu Ayah Buat Ini Awal Awal

Boleh Tak Kalau Minta Sedekah Tu Jangan Sampai Memaksa Maksa

Siarkan Iklan Bidvertiser Dalam Blog Bagus Ke

Cara Buat Duit Senang Dengan Lazada