Purata Pendapatan Penduduk Luar Bandar Meningkat 34 5 Peratus



Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman KERJA-KERJA pemasangan arial untuk MyTV di salah sebuah penduduk kampung.- Gambar Hiasan MyTV PURATA pendapatan penduduk luar bandar di negara ini meningkat sebanyak 34.5 peratus dalam tempoh 17 tahun.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan pendapatan penduduk luar bandar daripada RM1,729 pada tahun 2002 kepada RM5,004 pada tahun 2019.
“Suka saya nyatakan bahawa, selain peningkatan dalam purata pendapatan, penduduk luar bandar juga mencatat peningkatan dalam aspek bekalan air di rumah yang telah meningkat daripada 74.7 peratus pada tahun 2000 kepada 84.9 peratus pada tahun 2019.
Ini adalah bukti bahawa usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah berjaya dan berhasil meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk di luar bandar.”
Beliau berkata demikian pada majlis Sesi Libat Urus Menteri Pembangunan Luar Bandar bersama Ahli Parlimen Kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (KKMBBC) di Bangunan Parlimen di ibu negara hari ini.
MAHDZIR Khalid di majlis Sesi Libat Urus Menteri Pembangunan Luar Bandar bersama Ahli Parlimen Kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (KKMBBC) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Mahdzir berkata, perangkaan turut mencatatkan liputan bekalan elektrik di luar bandar juga meningkat daripada 84.6 peratus pada tahun 2000 kepada hampir 99 peratus pada tahun 2019.

Data daripada Kementerian Komuninasi dan Multimedia (KKMM) pula menyatakan, capaian internet di luar bandar adalah sebanyak 83.9 peratus.
Mengenai Sesi Libat Urus KPLB bersama Ahli-ahli Parlimen, ia diadakan bagi memberi penerangan mengenai hala tuju dan perancangan pembangunan KPLB tahun 2022.
Ia merupakan salah satu inisiatif KPLB untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen terhadap program-program yang dilaksanakan.
Selain untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikan program-program KPLB hasil dari pembentangan Bajet 2022.
Untuk rekod, KPLB telah diperuntukkan sejumlah RM10.53 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi tahun 2022.
Jumlah itu meliputi RM3.52 bilion peruntukan mengurus dan RM7.01 bilion peruntukan pembangunan.
Peruntukan itu adalah RM345 juta atau 3.39 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2021.
Tambah Mahdzir, tumpuan KPLB juga terarah kepada program-program yang boleh meningkatkan tahap ekonomi penduduk luar bandar yang rata-ratanya terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19.
Ia selaras dengan matlamat Bajet 2022 “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” agar dapat memberi manfaat kepada penduduk luar bandar terutamanya isi rumah golongan miskin, miskin tegar, B40 dan masyarakat Orang Asli.
“Bagi tahun 2022, KPLB juga akan terus berusaha untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk luar bandar, dimana program-program infrastruktur luar bandar akan diteruskan pelaksanaannya bagi memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar.
Program seperti Jalan Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial akan diteruskan. Sebanyak RM2.44 bilion telah diperuntukkan untuk projek prasarana di luar bandar untuk tahun 2022,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/purata-pendapatan-penduduk-luar-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agenda Membandarkan Luar Bandar Perlu Diperkasa Pm

Agenda Membandarkan Luar Bandar Perlu Diperkasa Pm

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 225 hits
Oleh ISMAIL Sabri ketika melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur hari ini GAMBAR Facebook Ismail Sabri PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agenda Membandarkan Luar Bandar diperkasa dalam usaha memacu pembangunan sekali gu...
Pelabur Emas Mempunyai Prospek Pendapatan Apabila Inflasi Meningkat

Pelabur Emas Mempunyai Prospek Pendapatan Apabila Inflasi Meningkat

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 259 hits
Pada bulan November harga emas telah meningkat lebih daripada 100 tetapi ia kini telah memasuki tempoh penyatuan Berikutan berakhirnya peringkat semasa kenaikan terakhir pada 10 November emas mula disatukan pada 11 November Peningkatan berm...
Penduduk Kulit Hitam Menang Jawatan Datuk Bandar New York

Penduduk Kulit Hitam Menang Jawatan Datuk Bandar New York

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 241 hits
NEW YORK Bekas anggota polis Eric Adams memenangi Pilihan Raya Datuk Bandar New York pada Selasa menurut beberapa stesen televisyen Amerika Syarikat dan keputusan tidak rasmi Stesen televisyen NBC CBS dan New York 1 mengumumkan kemenangan A...
Lirik Lagu Cinta Bandar Tasik Selatan Olan

Lirik Lagu Cinta Bandar Tasik Selatan Olan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 446 hits
Lirik Lagu Cinta Bandar Tasik Selatan OlanTiada apa yang dapat kurasakanSelain dari cintaku padamuTiada lafaz sendu yang terindahYang dapat ku gambarkan padamuBersama janji kita dipadukanSeindah rindu yang dirasakanIringan bayu senja yang b...
Lambung Duit Syiling Tentukan Siapa Jadi Datuk Bandar

Lambung Duit Syiling Tentukan Siapa Jadi Datuk Bandar

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 341 hits
Pemilihan Datuk Bandar Bocaue di wilayah Bulacan utara Filpina ditentukan dengan cara yang unik selepas kedua dua calon mendapat jumlah undi yang sama akhirnya ia terpaksa ditentukan dengan lambungan duit syiling Pengerusi Majlis Perbandara...
T18c11 Tok Ma Kelik Ke Kota Bharu Dari Bandar Baru Nilai Menaiki Bas Ekspres Mutiara

T18c11 Tok Ma Kelik Ke Kota Bharu Dari Bandar Baru Nilai Menaiki Bas Ekspres Mutiara

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 307 hits
Malam ni Master hantar Tok Ma naik bas di Bandar Baru Nilai Tok Ma nak pulang ke Wakaf Bharu setelah seminggu berada di Bandar Baru Salak Tinggi kerana menjaga cucunya Nor ina yang terpaksa dikuarantin di rumah sekurang kurangnya seminggu u...
Makan Roti Naan Yang Sedap Di Kapitan Signature Bandar Sunway Seberang Jaya

Makan Roti Naan Yang Sedap Di Kapitan Signature Bandar Sunway Seberang Jaya

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 1066 hits
Kapitan Signature Bandar Sunway Seberang Jayacantik gak deko deko dalamanKalau nak makan roti naan yang padu korang boleh datang ke restoran Kapitan Signature ni yang terletak di Bandar Sunway Seberang Jaya Pulau Pinang Kalau nak order bett...
Family Day Johor Bikers Di Lotus Desaru Bandar Penawar

Family Day Johor Bikers Di Lotus Desaru Bandar Penawar

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 330 hits
Hai semua Macam nilah kehidupan anak ramai Harini Juju nak share pengalaman masa join Majlis Makan Malam Johor Bikers 2021 Fuh Juju join Johor Bikers ke Ha mestilah tidak Abah dan adik adik Juju yang join Juju tak minat merempit ni Lagipun ...
Ph Menang Jika Undi Cina Melayu Sub Bandar Bersatu

Ph Menang Jika Undi Cina Melayu Sub Bandar Bersatu

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh Redzuan ShamsudinAnalisis Hari ini merupakan hari terakhir parti parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka berkempen Bagaimanapun berbanding pilihan raya yang lain arah sokongan telah boleh dijangka dan pemenang boleh dira...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada