Ph Menang Jika Undi Cina Melayu Sub Bandar Bersatu


 
Oleh: Redzuan Shamsudin





Analisis: Hari ini merupakan hari terakhir parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkempen.

Bagaimanapun berbanding pilihan raya yang lain, arah sokongan telah boleh dijangka dan pemenang boleh diramal beberapa hari sebelum mengundi, PRN kali ini kelihatan sukar.
Ramalan awam yang biasa dibuat berdasarkan banyaknya orang menghadiri ceramah umum atau berdasarkan mood pengundi yang ditemui rumah ke rumah tidak lagi boleh dilakukan.
Begitu juga corak kempen di tempat tumpuan umum tidak mungkin berlaku dengan Prosedur Operasi Piawai yang ketat.




Ramalan agensi tinjauan sokongan





Namun agensi tinjauan pendapat masih melakukan beberapa kajian dan mengeluarkan fakta-fakta yang dijangka menghampiri keputusan sebenar pada malam esok.

Antaranya CEO Ilham Centre, Hisomudin Bakar sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian menyebut Umno mungkin mengekalkan 13 kerusi yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan berupaya mendapat beberapa kerusi lagi termasuk milik KEADILAN seperti di DUN Klebang dan Rembia. Dasar ramalan yang dilakukan Hisomudin adalah pemboleh ubah pengundi luar yang tidak pulang sebagaimana PRU ke 14 lalu dan faktor pengundi Cina yang mungkin tidak sebanyak PRU 14 membuang undi.
Bagaimanapun jentera PH di beberapa kawasan yang diramal jatuh tersebut menafikan hal itu boleh berlaku.
Menurut seorang pemerhati yang rapat dengan jentera kempen KEADILAN, Zulkifly Othman, faktor keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi Cina di Klebang atau Rembia tidak mungkin berlaku.
Katanya, di kedua-dua kawasan jentera telah mendekati pengundi Cina sejak minggu pertama kempen, begitu juga pengundi Melayu. Malah katanya media seperti akhbar berbahasa Cina juga telah melaporkan situasi yang positif di kawasan berkenaan.
Begitu juga jentera DAP, katanya, yang berhempas pulas menghantar risalah beberapa kali rumah ke rumah pengundi di sana. Kubu KEADILAN katanya tidak akan robek.
Di kawasan lain yang berpotensi untuk menang seperti DUN Paya Rumput walaupun jentera kurang ampuh kerana kawasan kubu BN sejak sekian lama namun pengundi perlu berubah, terutama Melayu sub bandar. Terlalu banyak masalah daripada kemudahan awam, peparitan, capaian internet dan sebagainya yang tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan BN.
Perubahan perlu dilakukan walau dengan berat hati demi menyelesaikan masalah yang tidak mungkin selesai sekiranya BN dibenarkan terus memerintah.




Jangkaan positif





Cuma dalam 24 jam terakhir terdapat ramalan positif daripada culaan yang dibuat oleh agensi tertentu yang menyebut Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari berpotensi kembali sebagai Ketua Menteri berdasarkan kemenangan tipis PH ke atas BN dan PN.

Khabar ini perlu digunakan untuk melonjakkan sokongan pengundi Cina dan Melayu bandar serta sub bandar. Untuk KEADILAN, pengundi Cina dan Melayu sub bandar di taman-taman perumahan di DUN Machap Jaya, Klebang, Rembia, Asahan dan Paya Rumput perlu memastikan mereka keluar mengundi dan memangkah PH.
Sekiranya Amanah kali ini menang 4 kerusi dan DAP bertahan di 7 kerusi maka 20 November akan menguntungkan rakyat Melaka apabila tawaran-tawaran komprehensif dijanjikan PH akan dilaksanakan untuk 5 tahun akan datang.
Kepada jentera PH, PRN kali ini sekiranya berjaya menumbangkan BN yang angkuh menggunakan media arus perdana berkempen dalam siaran-siaran berita dan slot khas maka ia akan menjadi permulaan kepada goyangnya sekutu BN iaitu Gabungan Parti Sarawak dalam PRN pertengahan Disember ini.
Rakyat Sarawak biasanya akan mengikuti perkembangan di Semenanjung. Parti yang bertaring di Malaysia Barat akan diraikan di Malaysia Timur.
Jika berlaku keruntuhan BN di Melaka dan kegoyahan di Sarawak maka gelombang tsunami akan menunggu PRU 15 untuk membenamkan BN sekali lagi dan PN juga akan turut hanyut dirempuh badai yang sama.




______________________________________________________________________________

Artikel ini disediakan oleh pengarang berita Suara Keadilan berdasarkan situasi kempen di beberapa DUN yang sempat ditinjau dan mendapat maklum balas


 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/ph-menang-jika-undi-cina-melayu-sub.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Menang Kawasan Melayu Tapi Hilang Deposit Kawasan Cina

Mca Menang Kawasan Melayu Tapi Hilang Deposit Kawasan Cina

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 264 hits
Posted by MELAKA Tatkala MCA meraikan kejayaan parti itu memenangi dua kerusi DUN sebenarnya ianya adalah suatu muhasabah kepada mereka UMNO dan juga orang Melayu secara keseluruhannya MCA memenangi dua kerusi DUN iaitu di Machap Jaya dan K...
Jumpa Melayu Cina India Macam Nak Makan Orang

Jumpa Melayu Cina India Macam Nak Makan Orang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 295 hits
gambar hiasan Mereka ibarat kain putih kita yang mencorakkanya Maaf jika tajuk kasar sikit Nak ulas sedikit pasal keburukan sekolah vernakular ni Kebanyakan rakyat Malaysia pernah bersekolah Dari tadika sekolah rendah sekolah menengah sehin...
5 Perkataan Bahasa Cina Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

5 Perkataan Bahasa Cina Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 245 hits
Kita adalah rakyat Malaysia Rakyat Malaysia pelbagai kaum ada Melayu Cina India Melanau Iban Jadi memang tak mustahil langsung kalau bahasa seharian kita juga bercampur campur antara bangsa Contohnya lima perkataan bahasa Cina ini sangat po...
Menang Kerusi Majoriti Melayu Mca Mic Jangan Bongkak

Menang Kerusi Majoriti Melayu Mca Mic Jangan Bongkak

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Janganlah jadikan tiga kerusi ini menjadikan kamu untuk menuntut lebih banyak kerusi di kawasan majoriti Melayu pesan Profesor Ridhuan Tee Abdullah kepada parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC Menurut beliau faktor ...
Melayu Tikam Melayu Salahkan Cina

Melayu Tikam Melayu Salahkan Cina

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 256 hits
Elitis Melayu Kenapa ramai yang tak berguna Projek River of Life konon nak bersihkan Sungai Gombak dengan kos berbillion ringgit bagi pada firma Amerika sekutu Zionis Israel Marhaen Melayu yang duduk sekitar sungai itu telah sedang dan akan...
Melayu Kembali Sokong Umno Cina Jauhi Ph Ilham Centre

Melayu Kembali Sokong Umno Cina Jauhi Ph Ilham Centre

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 250 hits
Setelah melalui tempoh kempen selama 12 hari akhirnya PRN Melaka melabuh tirai malam ini Sekitar pukul 9 55 malam sekejap tadi SPR telah membuat sidang media awal mengumumkan keputusan PRN ini Seperti hipotesis awal dan dapatan kajian lapan...
Jika Melayu Tidak Reform Sukar Untuk Melayu Ph Menang Prn Mahupun Pru

Jika Melayu Tidak Reform Sukar Untuk Melayu Ph Menang Prn Mahupun Pru

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 182 hits
MOHD ALI HASHIMSekiranya Melayu tidak reform maka apa yang dibuat oleh Pakatan Harapan itu semua akan didakwa dari DAP dan adalah sukar bagi Melayu PH untuk menang sama ada dalam pilihan raya negeri maupun Pilihan Raya Umum Oleh kerana itu ...
Cerita Ketam Cina Ketam Melayu

Cerita Ketam Cina Ketam Melayu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 273 hits
Semalam berbual dengan seorang ketua cawangan sebuah pejabat di bandar saya Kami berbual panjang mengenai sikap sesetengah orang yang suka melihat orang lain susah Kata beliau menolong orang lain bukan hanya dengan memberi wang Tapi memudah...
Penting Kuasai Bahasa Melayu Jangan Sampai Calon Tak Fasih Menang Prn

Penting Kuasai Bahasa Melayu Jangan Sampai Calon Tak Fasih Menang Prn

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 341 hits
Penguasaan bahasa kebangsaan mudah untuk sampaikan mesej rakyat BANGI Calon yang fasih berbahasa Melayu seharusnya menjadi pilihan utama parti politik dan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Melaka Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia...
Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Woiii Dok Merapu Apa Ni

Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88