Punya Banyak Gambar Mao Tze Tung Juga Dipilih


Jika orang Melayu buka restoran di China, bolehkah kita menjawikan seluruh bangunan
KAMU tinggal di mana ultra kiasu? Jika nak gantung gambar Mao balik kamu negara asal. Pemikiran komunis betul.

Saya menjadi begitu hairan kenapa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pantau papan tanda kedai dan hiasan dinding tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Hari ini, pergi ke Pulau Pinang, seolah-olah bukan lagi sebuah negeri asal usulnya kepunyaan Sultan Kedah. Tetapi imejnya sama seperti sebuah negara komunis.

Belum pun reda lagi isu abu mayat Chin Peng, jalur gemilang (bendera) berbucu lima, tiba-tiba kita digegarkan dengan isu sebuah restoran di negeri ultra kiasu, menjadikan hiasan dinding restorannya dengan gambar pemimpin komunis China, Mao Tse Tung.

Lebih mengejutkan lagi parti rakan Barisan Nasional (MCA) tampil ‘mempertahankan’ pemilik restoran dengan mengatakan tindakan polis terhadap restoran yang memaparkan karikatur Mao dalam hiasan dindingnya terlalu keras.

Apakah pemimpin ultra kiasu ini mahukan polis pergi ke restoran tersebut dan berkata, “tampallah lagi gambar Moa, rakyat Malaysia tak kisah dengan komunis”

Jangan pergi jauh, cuba tinjau fizikal bangunan restoran komunis ini, ternyata langsung tidak sensitif dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Begitu besar tulisan Cina. Hiasannya, nak cari bahasa Melayu pun susah. Sebiji restoran macam di China.

Jika orang Melayu membuka restoran di China, apakah boleh kita menjawikan keseluruhan bangunan. Sudah pasti kita tertakluk kepada undang-undang di sana.

Bila isu ini menjadi tular, pemilik restoran masih mempertahankan tindakannya.

Katanya, gambar Mao tidak membawa maksud apa-apa. Karikatur berkenaan dipaparkan membawa sepanduk dengan tulisan Cina yang bermaksud “peminat makanan” dan “resipi”.

Ia hanya karya seni yang memaparkan karikatur pemimpin komunis dan pengasas China moden, Mao Tse Tung serta karikatur tentera dengan pakaian seragam komunis.

Pelikkan? Punya banyak gambar di dunia ini, pemimpin negara asal kamu yang kamu sanjung. Kenapa bukan gambar pemimpin-pemimpin negara ini? Katakanlah pemimpin-pemimpin negara ini tidak layak, sekurang-kurangnya kamu cara pemimpin luar negara demokrasi

Bukankah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Paling lekeh pun tampallah gambar Ketua Menteri, negeri kamu tinggal.

Apa tujuan kamu gunakan gambar Mao yang begitu asing sekali?

Pemimpin MCA kata lagi, tindakan polis terhadap restoran itu takut boleh menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara China.

Saya nak tanya pemimpin MCA, ketika pemimpin komunis membunuh, aniaya, membuli dan menghina umat Islam di Uyghur, ada kamu kisah? Pernahkah kamu tanya, adakah hubungan negara China dengan negara kita Malaysia akan terjejas?

Sepatah pun kamu tidak keluar kenyataan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam Uyghur. Kamu ‘sengaja’ tidak mahu sedar bahawa hubungan tali silaturahim umat Islam amat kuat walaupun tidak sebangsa dan berlainan negara.

Apakah UMNO masih mahu berkawan dengan MCA dengan memberikan laluan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu bagi membolehkan MCA menang?

Cuba tengok papan tanda di hadapan restoran tersebut, sebesar-besar tulisan Cina, dengan mengenepikan bahasa kebangsaan.

Pulau Pinang hari ini benar-benar telah menjadi Penang, identiti kebangsaan, semakin lama semakin terhakis. Kenapa MCA tidak nampak semua ini? Tak pernah tegur pun ultra kiasu mengenepikan bahasa kebangsaan?

Nampak sangat mereka ini langsung tidak sensitif dengan identiti negara.

MCA tampil memberikan penjelasan bahawa isteri pemilik restoran tersebut adalah berasal dari China.

Apakah kerana dia berasal dari Cina, maka dia berhak mencinakan dan mengkomuniskan restorannya sesuka hati.

Takkan tak faham lagi, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Kenapa nak bawa gambar komunis dalam negara demokrasi yang menolak komunis?

MCA ini suka kepada demokrasi atau komunis? Bila nak kebebasan hak asasi, sokong demokrasi tetapi bila tiba soal bangsa, kamu pertahankan siapa?

Ini kita belum uji lagi kemampuan ultra kiasu ini berbahasa Melayu. Adakah seperti kata-kata “bulung-bulung telebang di angkase.”

Adakah kerana mahu menjaga hubungan diplomatik dengan China, maka perkara yang menjadi sensitiviti rakyat di sini harus dikorbankan

Ultra kiasu ini berkata lagi, dari tahun 2013 hingga separuh pertama tahun 2020, China telah melabur sejumlah RM9.1 bilion di bahagian utara Semenanjung Malaysia. China juga memainkan peranan aktif dalam membantu Malaysia memerangi wabak COVID-19.

Jadi, adakah dengan bantuan ini, kita perlukan korbankan kedaulatan dan kehormatan negara?

Inikah taraf pemimpin yang mahu dicalonkan untuk PRU15 bagi diundi majoriti Melayu? Saya harap jika muka-muka inilah yang dibawa bertanding di kawasan majoriti Melayu, pastikan dia hilang wang deposit.

Isteri pemilik restoran itu yang berusia 35 tahun bersama suaminya mengatakan bahawa perkataan Cina di poster itu tidak mempromosikan komunisme tetapi sebaliknya membawa slogan jenaka mengenai makanan.

Saya ingin tanya, boleh atau tidak kami lakukan perkara sama di negara China?

Banyak lagi gambar dan kartun, kenapa mesti pilih Mao? Bukan sahaja dinding dihiasi gambar Mao, tetapi juga ukiran pinggan dan cawan bersekali. Jelas sekali dia mahu kita mengingati figura komunis ini.

Saya berharap kerajaan Malaysia jangan sama sekali memberikan kerakyatan kepada isteri pemilik restoran ini.

UMNO begitu lantang berlaga dengan PPBM, tetapi dalam hal komunis ini, takkan tak berani nak tegur MCA yang menumpang berteduh menang di kawasan majoriti Melayu?

Oleh : Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/punya-banyak-gambar-mao-tze-tung-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lu Punya Kepala Banyak Keras Ka

Lu Punya Kepala Banyak Keras Ka

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 267 hits
ITU KELAJAAN CAKAP PARLIMEN GANTUNG PASAL OLANG POLITIK PUNYA MULUT MANYAK BUSUK PASAI ITU PARLIMEN POLITIK PUNYA OLANG BIKIN ITU PARLIMEN SELUPA SARKAS ITU KELAJAAN SUDAH KASI HUKUM PARLIMEN KASI GANTUNG LU APA LAGI MAU KOMPLAIN LU MANYAK ...
Lebih Banyak Sampah Daripada Kerang

Lebih Banyak Sampah Daripada Kerang

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 310 hits
Oleh Nelayan kerang Kahar Buntal 69 menunjukkan antara sampah sarap yang mencemari Sungai Buloh di Jeram sepanjang mencari kerang di perairan berkenaan Masalah itu din pembuangan sampah sarap selain disyaki juga akibat pelepasan bahan kimia...
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 466 hits
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan Hari terakhir untuk tahun ini sebelum memasuki tahun yang baru Tahun 2021 Semoga dengan kehadiran tahun yang baru memberi kita seribu kemanisan Kalau dulu kita selalu di berikan satu semangat ...
Stress Isteri Zaman Dulu Sekejap Je Isteri Zaman Sekarang Lepas Kerja Kena Ambil Anak Lebih Banyak Stress Dari Rehat

Stress Isteri Zaman Dulu Sekejap Je Isteri Zaman Sekarang Lepas Kerja Kena Ambil Anak Lebih Banyak Stress Dari Rehat

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 340 hits
Dalam kehidupan moden pada masa ini kita sentiasa berada dalam keadaan stress Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini me...
7 Rekomendasi Produk Lilin Aromaterapi Lokal Redakan Stres Selama Wfh Banyak Varian Harga Aman

7 Rekomendasi Produk Lilin Aromaterapi Lokal Redakan Stres Selama Wfh Banyak Varian Harga Aman

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 246 hits
Lilin aromaterapi bisa jadi andalan untuk rileksasi di rumah Cobain deh rekomendasi lilin aromaterapi lokal yang nggak kalah dari produk produk luar negeri
Makanan Rakyat Malaysia Banyak Toksik

Makanan Rakyat Malaysia Banyak Toksik

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 265 hits
Makanan rakyat Malaysia banyak mempunyai racun Kita sekarang tidak pedulikan makanan bertoksik Kita hanya sedar sebentar apabila ada negara lain menolak maknan bertoksik yang negara kita hasilkan Ahli ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram bim...
Mi 11 Rasmi Snapdragon 888 108mp Ois Amoled 120hz Dan Banyak Lagi

Mi 11 Rasmi Snapdragon 888 108mp Ois Amoled 120hz Dan Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 265 hits
Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran rasmi Mi 11 peranti perdana siri terbaru daripada Xiaomi Dengan pelancaran rasmi ini juga maka perlumbaan peranti pertama yang akan dilancarkan dengan SoC baru daripada Qualcomm Snapdragon 888 ...
Ingat Dah Kahwin Sering Kongsi Gambar Mesra Peminat Ingat Adam Lee Dan Qismina Sudah Bernikah

Ingat Dah Kahwin Sering Kongsi Gambar Mesra Peminat Ingat Adam Lee Dan Qismina Sudah Bernikah

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 590 hits
Semakin hangat setelah tampil dalam drama Bidadari Salju yang kini bersiaran di saluran TV3 pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee disangka telah mendirikan rumah tangga gara gara sering berkongsikan foto dan video mesra di laman sosial terutam...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever