Lebih Banyak Sampah Daripada Kerang


Oleh Ilah Hafiz Aziz Nelayan kerang, Kahar Buntal, 69 menunjukkan antara sampah sarap yang mencemari Sungai Buloh di Jeram sepanjang mencari kerang di perairan berkenaan. Masalah itu din pembuangan sampah sarap selain disyaki juga akibat pelepasan bahan kimia berdasarkan keadaan sungai itu yang airnya kehitaman, berbau dan seolah berminyak. - Foto Aizuddin Saad KUALA SELANGOR: Tangguk-tangguk sampah! Itu 'hasil' yang lebih banyak diperoleh nelayan, Kahar Buntal, 69, sepanjang memerah keringat antara empat hingga enam jam sehari mencari kerang di perairan berhampiran daerah ini.
Masalah itu dipercayai disebabkan pembuangan sampah sarap yang mencemari Sungai Buloh di Jeram, selain disyaki juga akibat pelepasan bahan kimia, berdasarkan keadaan sungai itu yang airnya kehitaman, berbau dan seolah berminyak.
Penduduk setempat memaklumkan, keadaan sungai berkenaan sekarang begitu berbeza berbanding beberapa tahun lalu yang jernih meskipun kawasan berkenaan dipenuhi tanah gambut.
Ketika itu, Kahar atau lebih dikenali sebagai Pak Uda hanya perlu sekali ke laut sekali untuk menangguk kerang, tetapi beberapa tahun kebelakangan, dia terpaksa berbuat demikian dua kali, iaitu pada waktu pagi dan petang untuk mendapatkan hasil.
Disyorkan Untuk Anda Sindiket seludup benih kerang Johor ke ThailandNajib rasmi Hab Nelayan LKIM Sungai SembilangPencemaran, aktiviti korek pasir jejas habitat hidupan lautKerang pilihan murah untuk menambah darah Sejak sungai tercemar, bukan sahaja keringat Pak Uda berganda, malah kos yang terpaksa ditanggungnya juga bertambah, selalunya tidak berbaloi kerana kerang yang ditangguk hanya bernilai RM5 sekilogram (kg) apabila dijual terus kepada peraih.
Bekas tentera itu berkata, untuk meraih sekilogram kerang, dia terpaksa membuat pusingan bot sehingga 30 atau 50 kali untuk menangguk hasil laut itu kerana selalunya lebih banyak 'menangguk' sampah sarap.

Nelayan mendakwa keadaan Sungai Buloh sekarang begitu berbeza berbanding beberapa tahun lalu yang jernih. Wartawan BH bersama jurugambar menyertai Pak Uda baru-baru ini dan menyaksikan sendiri kesukaran nelayan itu mendapatkan kerang.
Kami sampai di lokasi pembiakan kerang kira-kira 15 minit selepas bertolak pada jam 11.30 pagi dari Jeti Nelayan Sungai Buloh ketika matahari sudah lama meninggi.
Bahang yang mencengkam bukan sahaja menyebabkan kami tidak selesa, malah 'berpinar-pinar' kerana bot berpusing-pusing untuk mencari kerang.
Bagi Pak Uda, ia keadaan biasa yang terpaksa dilalui saban hari, malah pada hari yang disertai kami, dia terpaksa memerah lebih keringat kerana peraih sudah menempah 100kg kerang.
Kami menyaksikan sendiri bagaimana sukarnya kerja Pak Uda kerana apabila tangguk dinaikkan, hanya beberapa butir kerang diraih, selebihnya dipenuhi sampah sarap yang kebanyakannya sisa berasaskan plastik.
Difahamkan, sampah sarap domestik itu mungkin dibuang ke dalam sungai dan dibawa arus sebelum terbenam di dasar kawasan pembiakan kerang.
Pemendapan sampah memudaratkan habitat kerang dan memaksa nelayan seperti Pak Uda yang bergantung sepenuhnya kepada hasil itu, bekerja lebih keras.
Untuk mendapatkan sekilogram kerang, dia terpaksa melakukan lebih 20 hingga 30 pusingan atau terpaksa kembali semula ke laut buat kali kedua pada waktu petang.
"Kerang seberat 100kg hanya akan cukup jika dikongsi dengan dua anak saya yang turut menjadi nelayan," katanya menambah, perairan bermula dari Sungai Buloh sebelum ini adalah pusat pengeluaran kerang tetapi sejak beberapa tahun lalu mereka sukar mendapat hasil itu kerana sungai tercemar.
"Tanah menjadi hitam dan air sungai ini seolah-olah seperti air longkang, tetapi kami sebagai nelayan yang tiada sumber pendapatan lain terpaksa bergantung dengan rezeki di sini. Sekarang untuk dapat RM15 sehari pun susah. Saya sendiri sudah biasa menaikkan hanya sekilogram kerang sehari," katanya.

Mohd Fadhillah (kiri) menunjukkan sampah sarap yang mencemari Sungai Buloh di Jeram. Gambar kanan; Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail menunjukkan hasil tangkapan kerang. - Foto Aizuddin Saad/BH Ditanya sama ada dia penat dengan aktiviti yang tidak membawa pulangan berbaloi dengan keringat dan kos, Pak Uda mengakui berputus asa apabila melihat begitu banyak sampah sarap yang dinaikkan berbanding kerang.
"Kira-kira 90 peratus bahan yang dinaikkan adalah sampah. Jika batu atau daun boleh terima, tetapi yang banyak adalah plastik. Itu belum lagi hidupan laut kecil lain yang tidak laku dijual, sudahnya hanya beberapa butir kerang yang dapat sekali sauk," katanya.
Seorang lagi nelayan kerang, Mohd Fadhillah Kahar, 34, mengakui tertekan kerana kekurangan hasil itu juga bermakna dia kekangan wang untuk membeli minyak bot.
"Bila kurang dapat kerang, hasil jualan tidak cukup untuk 'pusingan modal' membeli minyak bot. Beberapa tahun kebelakangan, keadaan kami perit sekiranya bergantung sepenuhnya kepada hasil kerang kerana kadang-kala hanya satu atau dua kilogram saja yang dapat," katanya.
Katanya, keadaan semakin hari bertambah buruk dan menjangkakan kerang di kawasan berkenaan akan pupus pada masa hadapan.
"Saya ke laut sejak kecil bersama ayah dan ketika itu Sungai Buloh begitu jernih, ada ketika boleh nampak dasarnya. Hari ini, sungai ini sangat keruh dan ada kala berwarna hitam, mungkin kesan pencemaran.
"Kerang tidak boleh hidup dalam tanah yang cair di dasar. Apabila habitat tercemar dan penuh sampah sarap, ia akan memburukkan lagi keadaan," katanya yang mengambil masa berjam-jam setiap hari untuk mendapatkan hasil kerang disebabkan sampah yang terlalu banyak.

Pencemaran punca hidupan sungai kurang mendadak
Putrajaya: Jabatan Perikanan mengesahkan pencemaran Sungai Buloh, di Jeram, Selangor, menyebabkan hidupan air seperti kerang di kawasan muara dan sekitar perairan berhampiran, berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun lalu.
Ketua Pengarah Perikanan, Ahmad Tarmidzi Ramly, berkata Sungai Buloh adalah antara sungai dalam pemerhatian jabatan itu kerana keadaannya kini memberi kesan buruk kepada habitat, khususnya kerang.
"Di bawah pemerhatian jabatan, sungai yang memberi kesan tidak sihat kepada habitat ikan, khususnya kerang adalah di daerah Kerian, selain daerah Larut Matang dan Selama di Perak serta Sungai Buloh di Selangor.
"Setakat ini, habitat di semua kawasan itu masih terkawal di mana pemantauan secara berkala dilakukan pihak jabatan," katanya kepada BH.

Jabatan Perikanan mengesahkan pencemaran menyebabkan hidupan sungai berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun lalu. BH difahamkan, data bagi 2019 merekodkan sebanyak 18.16 tan kerang didaratkan di kawasan perairan itu, manakala bagi 2020 pula meningkat kepada 50.76 tan, namun disokong program penternakan diusahakan Jabatan Perikanan yang mewujudkan lot bersistem bagi membantu nelayan sekitar.
Mengulas perkara itu, Ahmad Tarmidzi, berkata pendapatan nelayan kecil yang mengutip benih atau kerang dewasa dari kawasan semula jadi untuk dijual, tidak boleh dibandingkan dengan ternakan kerang di lot yang bersistem dan melalui tempoh ternakan yang lama.
"Bagi pengusaha kerang atau nelayan berdaftar, satu lot kerang yang berkeluasan 50 hektar diperuntukkan kepada satu kumpulan yang biasanya mempunyai 10 ahli.
"Daripada data yang direkodkan, tempoh kerja selama enam jam boleh menghasilkan 20 guni kerang yang bersamaan 600kg dengan anggaran nilai RM12,000," katanya.
Katanya, pendaratan kerang secara semula jadi dan penternakan juga tidak boleh dibuat perbandingan kerana perlu mengambil kira beberapa perkara seperti kos kultur kerang, proses serakan, kecurian, pembersihan, penggredan dan penghantaran.
"Meskipun begitu, pihak jabatan sentiasa proaktif dan komited membantu nelayan kecil melalui projek penternakan kerang-kerangan.
"Sebagai contoh, melalui persatuan seperti myKP Sungai Sembilang yang menternak kupang di Sungai Sembilang. Nelayan di situ mengkultur kupang menggunakan 'Mini Smartline' Selangor di Jeram, yang dilihat berjaya menghasilkan dua tan kerang pada tahun lalu.
"Selain itu, mereka juga meraih 600kg tiram pada tahun ini dengan nilai RM5,400. Jabatan Perikanan memberi khidmat nasihat teknikal dari semasa ke semasa sehingga golongan ini mampu berdikari mengkultur dan mendaratkan hasil yang konsisten," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/lebih-banyak-sampah-daripada-kerang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 20 Bot Nelayan Rompak Benih Kerang Pantai Sungai Leman

Lebih 20 Bot Nelayan Rompak Benih Kerang Pantai Sungai Leman

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 259 hits
Lebih 20 bot nelayan dipercayai terlibat dengan aktiviti mengutip benih kerang secara haram di pantai Sg Leman Sekinchan Selangor SEKINCHAN Persisiran pantai di Sungai Leman dekat sini bertukar menjadi pesta apabila sekumpulan 20 bot nelaya...
Grand Coalition Lebih Banyak Buruk

Grand Coalition Lebih Banyak Buruk

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 324 hits
Idea Grand Coalition yang dilontarkan oleh beberapa pimpinan Pakatan Harapan terutama dari Amanah perlu diperhalusi dan dicermati terutama dalam konteks perjuangan jangka masa panjang pembangkang Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor R Yuneswa...
Covid 19 Perak Sedia Buka Lebih Banyak Pusat Kuarantin

Covid 19 Perak Sedia Buka Lebih Banyak Pusat Kuarantin

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 248 hits
Oleh SAYED HESHAM IDRIS IPOH Kerajaan negeri sedia membuka lebih banyak pusat kuarantin untuk menempatkan kontak rapat kes Covid 19 jika diperlukan bagi mengekang penularan wabak berkenaan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata setakat...
Stress Isteri Zaman Dulu Sekejap Je Isteri Zaman Sekarang Lepas Kerja Kena Ambil Anak Lebih Banyak Stress Dari Rehat

Stress Isteri Zaman Dulu Sekejap Je Isteri Zaman Sekarang Lepas Kerja Kena Ambil Anak Lebih Banyak Stress Dari Rehat

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 340 hits
Dalam kehidupan moden pada masa ini kita sentiasa berada dalam keadaan stress Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini me...
Berkicau Je Lebih Gertak Ugut Samseng Dah Banyak Kali Bila Berdepan Angguk Juga

Berkicau Je Lebih Gertak Ugut Samseng Dah Banyak Kali Bila Berdepan Angguk Juga

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 206 hits
Ingat kes guling peja Ikut cara Hamzah warning sikit je Hamzah tunjuk satu jari jeZahid dah minta maaf
Bedanya Sampah Organik Dan Anorganik Plus Cara Mengelolanya Yuk Kita Kenal Sampah Lebih Dekat

Bedanya Sampah Organik Dan Anorganik Plus Cara Mengelolanya Yuk Kita Kenal Sampah Lebih Dekat

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 233 hits
Sayangnya mantra buang sampah pada tempatnya mungkin tidak lagi cukup Kita perlu tahu cara mengelola dan mendaur ulang sampah yang kita hasilkan
Kehidupan Kita Akan Lebih Baik Bilamana Melaksanakan Amalan Amalan Ini

Kehidupan Kita Akan Lebih Baik Bilamana Melaksanakan Amalan Amalan Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 285 hits
Kehidupan kita akan lebih baik bilamana 1 Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat 2 Tunaikan solat sunat sebelum subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya 3 Baca ...
Smrc Partisipasi Pilkada Di Perkotaan Lebih Rendah Dibanding Warga Pedesaan

Smrc Partisipasi Pilkada Di Perkotaan Lebih Rendah Dibanding Warga Pedesaan

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 160 hits
Dari base 46 4 persen responden di perkotaan yang menyatakan ikut memilih di Pilkada 9 Desember 2020 sebanyak 71 persen Yang menyatakan tidak memilih sebesar 29 persen Sementara dengan base 53 6 persen responden di wilayah pedesaan tingkat ...
Prasarana Perkenal Aplikasi Pulse Mudahkan Pengguna Rancang Perjalanan Dengan Lebih Baik

Prasarana Perkenal Aplikasi Pulse Mudahkan Pengguna Rancang Perjalanan Dengan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 248 hits
Prasarana Malaysia Berhad hari ini memperkenalkan aplikasi PULSE bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dengan lebih baik Pengenalan aplikasi ini merupakan sebahagian daripada insiatif Prasarana untuk meningkatkan lagi kemuda...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm