Punca Sebenar Kerusi Di Parlimen Selalu Kosong


Punca Sebenar Kerusi Di Parlimen Selalu Kosong. Sebagai salah seorang rakyat yang mengundi sudah pasti anda merasa seperti tertipu dengan menteri atau ahli parlimen yang mewakili kawasan anda. Ini kerana apabila kita menonton siaran langsung dari Parlimen Malaysia adakala sungguh menyedihkan.
Punca Sebenar Kerusi Di Parlimen Selalu Kosong Insan yang kita pilih untuk bersuara di Parlimen tiada di tempat duduk. Pendek kata mereka tidak hadir sidang dewan rakyat. Tahukah anda puncanya? Jom kita baca laporan daripada pihak BH Online di bawah ini.
Keletihan dalam kalangan Ahli Parlimen yang terpaksa keluar awal dan pulang lewat hampir setiap hari, antara punca jumlah kehadiran wakil kerajaan tidak memberangsangkan di Dewan Rakyat, semalam.
Jumlah Ahli Parlimen kerajaan yang sedikit itu hampir menggagalkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apabila pembangkang meminta undi belah bahagi dibuat bagi mengundi RUU berkenaan.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, menjelaskan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) juga terikat dengan program tertentu, menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.
“Lazimnya dalam sesi kali ini kita balik lewat. Selalunya sampai rumah jam 12 tengah malam dan tidur jam 1 pagi, kemudian bangun awal pagi, jadi keletihan.
“Juga ada banyak program kementerian dan agensi lain pada hujung tahun. Kita ada jadual, ada yang ikut, ada yang tak dapat ikut tapi kita akan pastikan korum mencukupi.
“Kebanyakan mereka ada di dalam kawasan Parlimen, sama ada di surau, kafe atau mesyuarat di tingkat atas.
“Mungkin kita kena bincang dengan Speaker untuk lihat bagaimana Ahli Parlimen boleh dapat waktu berkualiti. Sekarang agak penat dan tidak produktif,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Malam tadi, sidang Dewan Rakyat kecoh dengan pertikaman lidah yang berlarutan lebih 20 minit antara wakil kerajaan dan pembangkang ketika sesi undian belah bahagi dilakukan bagi meluluskan RUU Perbekalan 2020 membabitkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berikutan masalah korum.
Bagaimanapun, kerajaan berjaya meluluskan RUU itu selepas menang tipis dengan empat undian, apabila Speaker, Tan Sri Mohamad Arif Md Yusof, mengumumkan seramai 32 orang bersetuju berbanding 28 yang tidak.
Tidak berpuas hati, pembangkang meminta undian belah bahagi dibuat kali kedua, namun keputusan kekal berpihak pada kerajaan apabila 45 wakil rakyat bersetuju untuk RUU itu diluluskan, berbanding 28 tidak bersetuju.
Isu Dewan Rakyat tidak cukup korum, khususnya membabitkan Ahli Parlimen kerajaan, beberapa kali dibangkitkan pada sesi ini dan sesi lalu, hingga mendapat teguran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis lalu.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, sudah mendapatkan penjelasan daripada Ahli Parlimen PKR yang tidak hadir ke Dewan Rakyat semalam, selain memberi mesej jelas kepada mereka, termasuk Menteri dan Timbalan Menteri, untuk hadir ke Dewan Rakyat jika tiada komitmen lain.
Beliau juga tidak melihat undi belah bahagi secara mengejut dilakukan pembangkang malam tadi sebagai isu besar, kerana PH juga melakukan perkara sama kepada Barisan Nasional (BN) ketika mereka masih pembangkang.
“Kita dapat agak ini akan berlaku apabila lihat beberapa wajah Ahli Parlimen BN yang kebiasaannya tiada pada waktu malam.
“Tindakan mereka menyasarkan penggulungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga boleh diagak kerana ia di bawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya.
RUU membabitkan kementerian itu malam tadi digulung oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
The post Punca Sebenar Kerusi Di Parlimen Selalu Kosong appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/punca-sebenar-kerusi-di-parlimen-selalu-kosong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Kerajaan Keletihan Punca Kehadiran Kurang Di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Kerajaan Keletihan Punca Kehadiran Kurang Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 470 hits
KUALA LUMPUR Kekurangan kehadiran Ahli Parlimen kerajaan akibat keletihan hampir menggagalkan kelulusan Rang Undang Undang Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada Selasa Ketua Whip PKR Datuk Johari A...
Jangan Besarkan Isu Kosongkan Kerusi Parlimen Batu

Jangan Besarkan Isu Kosongkan Kerusi Parlimen Batu

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 363 hits
Isu pengosongan kerusi Parlimen Batu tidak patut diperbesar sehingga mengeruhkan keadaan tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim Tambah Presiden KEADILAN itu isu mengenai kerusi tersebut sama ada wajar dikosongkan atau tidak boleh dibincangkan melal...
Lippo Tegaskan Selalu Dukung Kemajuan Bisnis Ovo

Lippo Tegaskan Selalu Dukung Kemajuan Bisnis Ovo

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 256 hits
Presiden Direktur Multipolar Direktur Lippo Group Adrian Suherman menegaskan bahwa Lippo terus berkomitmen dalam mendukung pertumbuhan juga perkembangan OVO sebagai perusahaan fintech e money Indonesia
9 Momen Cut Tari Dan Richard Kevin Selalu Bersama Tak Terpisahkan

9 Momen Cut Tari Dan Richard Kevin Selalu Bersama Tak Terpisahkan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 275 hits
Inilah momen kebersamaan Cut Tary dan Richard Kevin yang jarang terekspos
Kena Selalu Makan Mentega Kacang Kalau Nak Kulit Sentiasa Cantik Dan Perut Lebih Kenyang

Kena Selalu Makan Mentega Kacang Kalau Nak Kulit Sentiasa Cantik Dan Perut Lebih Kenyang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 560 hits
Pasti ramai yang suka dengan mentega kacang yang dimakan dengan bersama roti atau apa saja yang sesuai dimakan dengannya kerana mentega kacang sangat sedap disukai ramai orang Kekacang juga tersenarai antara makanan utama yang dapat membant...
Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 415 hits
Dalam tempoh membesar anak anak mungkin banyak buat perangai Anak yang lasak menunjukkan yang mereka sedang membesar dengan baik Normal untuk mereka berkelakuan begitu kerana itulah lumrah seorang anak Jangan dibentak atau dimarahi apatah l...
Segelas Air Campur Garam Minumlah Jika Selalu Bergaduh Suami Isteri Usaha Kekal Bahagia

Segelas Air Campur Garam Minumlah Jika Selalu Bergaduh Suami Isteri Usaha Kekal Bahagia

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 730 hits
Adat hidup berumah tangga sesekali berselisihan faham itu normal Berkongsi hidup pastinya menerbitkan rasa tidak puas hati sesama dua insan Biarpun saling menyayangi pasti akan bergaduh jua Pergaduhan itu ada baiknya supaya setiap pasangan ...
Orang Selalu Lambat Merupakan Seorang Yang Kreatif

Orang Selalu Lambat Merupakan Seorang Yang Kreatif

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 278 hits
Bagi orang selalu lambat dalam membuat apa apa perkara yang berkenaan dengan pekerjaaan anda merupakan seorang yang sangat kreatif Dalam kehidupan seharian mesti ada seorang kawan kita yang selalu lambat datang kelas atau apa apa yang dia b...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Perlukah Ambil Ubat Statin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Berita Basi Di Ayer Kuning

Dituduh Jadi Pembelot Bangsa Syahredzan Amp Rara Akan Saman Adun Kuala Sentul

China Dah Mula Guna 10g Tapi Ini Bukan 10g Yang Ramai Fikirkan