Punca Mengapa Kes Kematian Sebelum Tiba Ke Hospital Meningkat


Sukarelawan mengendalikan mayat pesakit Covid-19 di Pusat Sehenti Urus Mayat


Peningkatan kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) berlaku disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai keadaan komorbiditi mereka, kata Dr Subramaniam Muniandy. Sistem kesihatan yang semakin tertekan, kegagalan pengesanan kontak rapat dan kurang kesedaran mengenai komorbiditi mungkin menjadi punca peningkatan kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) akibat Covid-19, kata dua doktor.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy berkata, mereka yang mempunyai pelbagai penyakit lain lebih terkesan dengan Covid-19.

“Tetapi ramai orang di negara ini tidak tahu mengenai keadaan komorbiditi mereka,” katanya kepada FMT sambil menjelaskan penyakit kencing manis dan darah tinggi adalah sangat biasa.

“Menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bukan amalan di negara ini. Orang ramai tidak akan berjumpa doktor melainkan mereka sakit.”

Subramaniam berkata, ini adalah sebab mengapa pentingnya vaksin kerana ia meningkatkan ketahanan dalam melawan virus dan melindungi mereka yang mempunyai komorbiditi daripada mengalami kesan jangkitan lebih teruk.

Peningkatan kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) berlaku disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai keadaan komorbiditi mereka, kata Dr Subramaniam Muniandy. Katanya, apabila sistem kardiorespiratori (jantung dan paru-paru) seseorang terjejas, badan mereka menjadi lemah dan biasanya akan menyebabkan kematian.

Dr Subramaniam Muniandy. Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, sistem kesihatan yang semakin tertekan menyebabkan pesakit lewat dimasukkan ke hospital apabila mereka sudah pun mengalami gejala teruk dan lebih sukar dirawat.

Katanya, satu lagi faktor disebabkan kegagalan sistem pengesanan kontak.

Yii yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen berkata, asas kepada kawalan penyakit berjangkit, iaitu FFTIS (mencari, menguji, mengesan, mengasingkan dan menyokong) tidak boleh diabaikan.

Dr Kelvin Yii. “Walaupun dengan kadar vaksinasi yang tinggi, kita masih perlu meningkatkan ujian untuk mengesan, mengasing dan merawat secepat mungkin.

“Ini lebih penting untuk melindungi negeri-negeri lain daripada melalui keadaan seperti tragedi di Lembah Klang apabila sistem kesihatan semakin tertekan dan angka kematian juga tinggi.”

Beliau menggesa satu pelan ujian di peringkat nasional dilakukan untuk menentukan siapa, bila dan berapa kerap untuk mereka diuji selain apa yang berlaku selepas itu.

Selain itu, Yii turut menggesa Putrajaya menggerakkan lebih ramai petugas untuk mengendalikan proses pengesanan kontak di lapangan.

“Mereka menggerakkan ribuan sukarelawan untuk membantu proses vaksinasi, jadi mereka juga boleh melakukannya untuk pengesanan kontak termasuk menggunakan bantuan kecerdasan buatan (AI).”

Yii turut berkata, kerajaan harus memberi subsidi kit ujian kendiri Covid-19 supaya ia boleh diakses oleh semua orang selain diagihkan kepada komuniti B40 serta kawasan berisiko tinggi untuk memutuskan rantaian jangkitan.

Malaysia mencatatkan angka kematian tertinggi pada Ahad lalu dengan 360 kes yang terdiri daripada 85 atau 24% kes BID.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, 80% kes BID tidak didiagnos dengan Covid-19 sebelum kematian mereka selain melihat terdapat sekitar 80 hingga 100 kes BID seminggu sebelum ini yang kebanyakannya membabitkan warga asing.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/punca-mengapa-kes-kematian-sebelum-tiba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kematian Di Rumah Akan Meningkat

Kes Kematian Di Rumah Akan Meningkat

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 175 hits
Kes kematian di rumah akan meningkat Kes BID akan meningkat jika lebih ramai kuarantin di rumah kata doktor Seorang doktor sukarelawan di pusat penilaian Covid 19 di ibu negara berkata keputusan kerajaan membenarkan pesakit bergejala ringan...
Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 212 hits
3 396 kes Covid 19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021 Seorang ibu hamil menunggu giliran vaksinasi di Sunway Pyramid Convention Centre Gambar Bernama Kementerian kesihatan memaklumkan sebanyak 7...
Kecekapan 17 Bulan Kerajaan Pn Kes Kematian Di Luar Hospital Akibat Covid 19 Melonjak

Kecekapan 17 Bulan Kerajaan Pn Kes Kematian Di Luar Hospital Akibat Covid 19 Melonjak

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 189 hits
Oleh FAZLI RADZI August 17 2021Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkongsikan data jumlah kes kematian di luar hospital akibat jangkitan Covid 19 malam tadi Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berpendapat jumlah kematian te...
21 468 Kes Baru Jangkitan Di Perlis Meningkat Sekali Ganda

21 468 Kes Baru Jangkitan Di Perlis Meningkat Sekali Ganda

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 138 hits
Kes harian COVID 19 dalam negara merekodkan 21 468 kes dalam tempoh 24 jam lalu Kes baharu Covid 19 lepasi 21 000 hari kedua berturut turut KUALA LUMPUR Kes harian COVID 19 dalam negara merekodkan 21 468 kes dalam tempoh 24 jam lalu Ketua P...
Kami Cuma Dukung Replika Mayat Bukan Punca Kes Naik Sehingga 19k Ujar Lelaki Bertopeng

Kami Cuma Dukung Replika Mayat Bukan Punca Kes Naik Sehingga 19k Ujar Lelaki Bertopeng

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 168 hits
THE PROFESSOR Bukan salah kami angka COVID 19 hari ini boleh cecah sehingga 19 819 kes baharu Kami cuma berarak untuk jatuhkan kerajaan Perikatan Nasional ujar seorang lelaki bertopeng selepas dia dihentam dalam Facebook Lelaki berkenaan me...
Covid 19 Kes Positif Terus Meningkat Fasiliti Kesihatan Di Sabah Tidak Terjejas

Covid 19 Kes Positif Terus Meningkat Fasiliti Kesihatan Di Sabah Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 276 hits
Saringan kontak rapat terus kekal menyumbang jumlah tertinggi dengan 591 kes atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan dengan Tawau merekodkan 70 peratus kes atau 171 FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR Peningkatan kes positif di Sabah sejak minggu...
Hospital Playlist 2 Kembali Bersiaran Rating The Road The Tragedy Of One Meningkat

Hospital Playlist 2 Kembali Bersiaran Rating The Road The Tragedy Of One Meningkat

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 285 hits
Drama tvN The Road The Tragedy of One meneruskan rentak yang menjanjikan Pada 5 Ogos penilaian penonton drama terbaru itu menyaksikan peningkatan pada episod kedua dengan merekodkan purata rating sebanyak 4 0 peratus The Tragedy of One adal...
Kluster Industri Kluster Komuniti Punca Kes Mendadak Di Johor

Kluster Industri Kluster Komuniti Punca Kes Mendadak Di Johor

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 239 hits
JOHOR BAHRU Peningkatan mendadak kes Covid 19 di Johor kebelakangan ini dikenal pasti berpunca daripada kluster industri dan kluster komuniti kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan
Positif Covid 19 Harian Tertinggi Di Catatkan Hari Ini Sebanyak 17 405 Kes 143 Kematian

Positif Covid 19 Harian Tertinggi Di Catatkan Hari Ini Sebanyak 17 405 Kes 143 Kematian

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 309 hits
PUTRAJAYA Kes harian positif COVID 19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 17 405 kes dilaporkan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial berkata ...
Saya Hidup Pada Usia Subsidi Diberi Allah Pyanhabib

M Sia Negara Islam Apa Macam Ni Judi

Safety Protocols And Precautions During Oil Tank Replacement

Sedap Ke Air Minuman White Coffee Aik Cheong

Gentle Letak Jawatan Kata Ti Lian Ker Kepada Hannah Yeoh

Ingatkan Aircond Jadi Punca Bil Elektrik Rumah Melambung Ramai Tak Perasan Ini Sebenarnya Punca

Polis Buru Suspek Kes Melarikan Kereta Di Parkir Sebuah Stesen Minyak Di Semambu Kuantan

Projector Band Feat Jovita Pearl Tetap Ku Cinta Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kiblat Ke Syurga Astro Ria

Siapa Teme Abdullah Ini Biodata Penulis Buku Yang Sering Mengaburkan Mukanya Ini

Biodata Sofea Shra Personaliti TikTok Terkenal

10 Fakta Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah 2024 Yang Ramai Tak Tahu Gandingan Pelakon Erysha Emyra MK K Clique Siaran TV3 Malaysia Tonton

5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan


Lelaki Maut Tertimbus Tar Dalam Kemalangan

Ada Pihak Iri Hati Kejayaan Sarawak Kata Abang Johari

Jualan Vivo 6 6 Hadir Dengan Potongan Harga Sehingga Rm400

Teme Hilal Asyraf Dan Peminat

Kembali Ke Sekolah

Sports Enthusiasts Hideaway By Klopf Architecture In Los Gatos California