Punca Kes Zahid Hamidi Dilepaskan Tersebar
Punca Kes Zahid Hamidi Dilepaskan Tersebar | Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan tiga saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) adalah tidak boleh dipercayai, tidak boleh diharap dan tidak berwibawa
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika membacakan penghakiman lebih dua jam, berkata tiga saksi utama itu ialah bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun yang merupakan saksi pendakwaan (SP) ke-15, 16 dan 17.
“Saya dapati tiga saksi utama yang dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti,” katanya
Hakim Mohd Yazid berkata mahkamah mendapati notasi ‘Z’ dan ‘ZH’ yang tertera dalam lejar (UKSB) tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa tertuduh (Ahmad Zahid) menerima wang atau suapan itu.
Punca Kes Zahid Hamidi Dilepaskan Tersebar“Saya juga mendapati walaupun ada cadangan bahawa tertuduh telah menerima sumbangan politik berjumlah RM200,000 sebanyak dua kali, namun tiada bukti yang mencukupi mengenai butir-butir di hadapan mahkamah untuk saya mengemukakan sebarang pertuduhan pindaan,” katanya.
Hakim selanjutnya berkata Harry Lee (SP15) dan Wan Quoris Shah (SP16) juga bersetuju bahawa tiada bukti bebas untuk menyokong dakwaan bahawa wang itu sebenarnya dibayar kepada Ahmad Zahid.
“Berdasarkan semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, saya dapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikemukakan di mahkamah, pemandu (saksi utama) tidak dipanggil, pengawal (rumah Ahmad Zahid) dan anggota polis tidak dipanggil,” katanya.
“Slip transaksi Touch ‘n Go atau log panggilan telefon dan mesej dengan tertuduh juga tidak dikemukakan (sebagai bukti),” katanya.
Merujuk kes solar Datin Seri Rosmah Mansor, Hakim Mohd Yazid berkata semua individu yang terlibat dalam proses untuk menyerahkan RM5 juta kepadanya dipanggil sebagai saksi.
“Bagaimanapun dalam kes Ahmad Zahid, saksi-saksi yang terlibat atau mempunyai pengetahuan mengenai sumber dana itu termasuk Nicole (seorang ahli perniagaan dari Hong Kong) dan dua pengurup wang tidak dipanggil sebagai saksi bagi menyokong kes pendakwaan,” katanya.
Hakim Mohd Yazid juga berkata tiga saksi utama memberi keterangan semua wang tunai dimasukkan ke dalam sampul surat berwarna coklat setiap kali penghantaran, bagaimanapun pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang sampel sampul surat sebagai bukti.
“Tiada bukti untuk menunjukkan saiz sampul surat yang digunakan. Saya sendiri tidak dapat membayangkan sampul surat apa, saiz apa yang boleh memuatkan wang tunai SG$600,000 yang bersamaan kira-kira RM1.6 juta pada masa itu.
Punca Kes Zahid Hamidi Dilepaskan Tersebar“Lebih mengejutkan, David Tan (SP17) pencipta lejar itu, mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa penyerahan kedua wang tunai RM3 juta menggunakan sebuah bagasi adalah satu perkara yang difikirkan kemudian.
“Keterangannya oleh SP17 ini adalah lebih mencukupi bagi saya untuk menyimpulkan bahawa SP17 tidak memiliki kredibiliti,” katanya.
Untuk menyokong lagi dapatannya, hakim berkata David Tan memberi keterangan bahawa beliau akan merekodkan pembayaran pada hari yang sama atau keesokan harinya, tetapi kebanyakan ruangan ‘catatan’ di lejar dibiarkan kosong.
“SP15 juga bersetuju bahawa ruangan remark tidak menunjukkan wang telah dibayar kepada tertuduh. Ruang catatan kosong itu menimbulkan kemungkinan inferens seperti yang dicadangkan oleh pihak pembelaan bahawa wang itu boleh diagihkan antara mereka bertiga (SP15, SP16 dan SP17) kerana mereka mengekalkan gaya hidup mewah,” kata hakim.
Beliau berkata mereka masing-masing memiliki satu unit harta tanah di Pavilion, dengan SP16 juga memiliki sebuah rumah banglo di Putrajaya, satu rumah berkembar di Cyberjaya, dua Range Rovers, motosikal mewah dan membayar cukai berjumlah jutaan ringgit.
“Tanpa bukti yang kukuh, saya tidak boleh membuat dapatan bahawa wang itu sebenarnya diterima oleh tertuduh seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan berdasarkan transaksi yang direkodkan di dalam lejar kerana tiada rekod bahawa wang itu sebenarnya diterima oleh tertuduh dalam ruangan catatan,” kata hakim.
Hakim Mohd Yazid selanjutnya berkata berdasarkan keterangan tiga saksi utama itu menunjukkan bahawa Harry Lee (SP15) yang sebenarnya mengawal dan memutuskan dana tersebut dan membuat pembayaran kepada pelbagai pihak.
Punca Kes Zahid Hamidi Dilepaskan Tersebar“Selanjutnya wang ini tidak boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa cukai, tidak pernah dilaporkan kepada juruaudit luaran dan dalaman UKSB dan wang ini tidak ditunjukkan dalam akaun UKSB yang telah diaudit. -bernama
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.addindeen.com/2022/09/punca-kes-zahid-hamidi-dilepaskan.html