Punca Kegagalan Bisnes Homestay


Bayangkan situasi ini.
 
Setelah berfikir panjang dan mempertimbangkan pelbagai pilihan yang ada, akhirnya anda memilih untuk menjalankan bisnes homestay.
 
Maka anda pun mula mempersiapkan unit kediaman anda dengan perabot dan segala kelengkapan yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan homestay tersebut.
 
Pada fikiran anda, kalau hias rumah ini cantik-cantik, sediakan kelengkapan yang sepatutnya, kemudian pasang tanda iklan yang mengatakan bahawa bisnes homestay sudah bersedia untuk menerima tetamu, pasti selepas ini akan ada ramai pelanggan akan mula hubungi anda untuk datang menginap.

Tapi tunggu dulu.
Realitinya mungkin tak sebegitu.
 
Pernah tak terlintas di fikiran anda, kenapa diluar sana ada homestay yang nampak sungguh meriah, dan pelanggan datang tanpa putus, dan pada masa yang sama, ada juga homestay yang agak sunyi seperti rumah tinggal.
 
Apa yang membuatkan ada homestay yang sangat berjaya, dan ada pula homestay yang gagal?

 
Topik ini yang kita nak bincangkan dalam posting kali ini.
 
Kita akan cuba kenalpasti apakah perkara yang boleh menyebabkan bisnes homestay yang anda bakal atau sedang jalankan akan berakhir dengan kegagalan. Sebelum ianya benar-benar terjadi, kita cuba kenalpasti puncanya terlebih dahulu.
 
Perkongsian kali ini, bukanlah untuk mendoakan agar perniagaan homestay yang anda jalankan itu nanti menemui kegagalan.
Bukan begitu.
 
Sebaliknya matlamat yang saya cuba capai adalah supaya anda sedar, apakah perkara-perkara yang jika anda lakukan, atau jika ianya terdapat pada homestay anda, ia berkemungkinan untuk menyebabkan bisnes homestay yang anda jalankan itu nanti akan gagal.
 
Maklumlah, kadang-kadang kita sebagai manusia ini, tak perasan apa yang kita buat ini tak betul. Kadang-kadang perlu ada pihak lain untuk tegur dan beritahu, apa yang kita buat itu tak berapa tepat.
 
Biasanya orang akan cerita tentang apa dia tips kejayaan, atau apa perlu buat untuk berjaya.
Kali ini, kita cerita dari sudut apa perkara perlu dielakkan supaya tak gagal dalam bisnes homestay.
 
Saya faham ada sesetengah orang yang merasakan cara berfikir seperti ini agak negatif. Kalau kita fikir perkara yang negatif, dibimbangi nanti hal-hal yang negatif sahaja yang akan datang pada dirinya.
 
Jika anda juga berfikiran sedemikian, maka saya tak syorkan anda baca posting ini.
Anda boleh skip sahaja ya.

 
Satu hari saya bertanya dengan salah seorang kenalan saya yang saya tahu dia buat bisnes homestay.
Saya: Macam mana dengan bisnes homestay puan? Tempahan masuk laju tak?
Puan N: Saya dah tak buat homestay dah… Sekarang dah sewakan rumah tu untuk long term.
 
Terdapat pelbagai sebab, kenapa pemilik bisnes homestay mengubah perniagaan yang dilakukan. Dari konsep sewaan untuk jangka masa pendek seperti homestay, kepada sewa jangka masa panjang iaitu bisnes rumah sewa.
 
Tindakan untuk mengubah model perniagaan dari short term rental kepada long term rental bukanlah bermakna usahawan tersebut telahpun gagal dalam bisnes.
 
Boleh jadi ada sebab lain yang membuatkan mereka ini mengubah operasi perniagaan. Tapi sudah tentu ia tak terlepas daripada buatkan kita fikir, kalau tak ada masalah, kenapa perlu tukar?
 
Apa kelebihan kalau jadikan unit kediaman sebagai homestay?
Bisnes homestay ada kelebihannya.
 
Potensi keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih besar, memandangkan pemilik rumah mengenakan bayaran mengikut bilangan malam menginap.
 
Katakanlah satu malam boleh dapat RM250, maka kalau dalam sebulan boleh dapatkan sekurang-kurangnya 10 malam, maka bolehlah dapat pendapatan sebanyak RM2,500.
 
Apa kelebihan kalau jadikan unit kediaman sebagai rumah sewa?
Namun bagi mereka yang tak suka pening-pening kepala menguruskan pelbagai kerenah penyewa jenis short term stay ini, mereka lebih cenderung untuk jadikan unit kediaman mereka sebagai rumah sewa.
 
Dengan ini, pendapatan yang bakal mereka perolehi adalah lebih konsisten dan stabil. Mereka juga tak perlu sentiasa perlu cari pelanggan baru, untuk menginap di kediaman milik mereka.
 
Dalam kata lain, kalau nak income yang besar buatlah homestay.
Kalau nak pendapatan pasif, fokus sahaja kepada rumah sewa.
 
Punca kegagalan bisnes homestay Meneruskan perbincangan disini, kita nak cuba singkap apakah perkara-perkara yang boleh menjadi punca kegagalan bagi perniagaan homestay.
 
(1) Lokasi yang tak strategik Faktor lokasi memainkan peranan yang sangat penting dalam perniagaan yang memerlukan premis.
 
Boleh jadi unit kediaman yang bakal anda jadikan sebagai sebuah homestay, sebenarnya tak berapa sesuai untuk bisnes tersebut, sebaliknya ia lebih sesuai kalau dijadikan rumah sewa.
 
Bagi mengetahui sama ada lokasi pilihan anda untuk dijalankan bisnes homestay itu nanti, boleh dianggap sebagai strategik atau sebaliknya, kita boleh lihat sama ada ditempat tersebut terdapat perkara-perkara seperti
1. Bangunan pejabat
2. Institusi pendidikan seperti universiti, kolej, sekolah berasrama penuh
3. Tempat pelancongan
4. Kawasan perindustrian
5. Lapangan terbang
6. Hospital
7. Dewan orang ramai
8. Stadium
Baca juga: Faktor pemilihan lokasi untuk bisnes homestay
 
(2) Tiada kelainan atau keistimewaan pada homestay Punca kedua, kenapa homestay anda berkemungkinan akan gagal adalah kerana tiada “wow factor” atau kelainan pada homestay anda.
 
Apabila dilihat sekali imbas, homestay anda kelihatan sama sahaja seperti kebanyakkan rumah-rumah yang ada diluar sana.
 
Ambil sedikit masa untuk buat kajian pada pesaing yang turut menjalankan bisnes yang sama seperti yang anda sedang jalankan ini. Adakah pesaing anda biasa-biasa sahaja, atau mereka menawarkan sesuatu yang lebih unik?
 
Jika pesaing anda lebih baik, kita risau sampai bila-bila bakal tetamu akan beri keutamaan untuk menginap di homestay milik pesaing berbanding homestay anda.

Bagaimana cara untuk menangani isu ini?
Saya syorkan kita bermula dengan memikirkan sebuah Unique Selling Proposition (USP) yang baik bagi perniagaan homestay anda.
 
Saya ada menulis tentang cara menyediakan tawaran USP khusus untuk bisnes homestay sebelum ini.
Jemput baca disini: Cara membina Unique Selling Proposition untuk Bisnes Homestay
 
(3) Kurang usaha pemasaran Kadang-kadang tetamu tak datang untuk memilih homestay anda, bukanlah disebabkan homestay anda kurang menarik, sebaliknya bakal tetamu itu sendiri yang tak tahu kewujudan homestay anda.
 
Dalam keadaan ini, kita boleh katakan, terdapat kelemahan pada bahagian pemasaran.
 
Logiknya mudah sahaja.
Kalau tak ada sesiapa yang tahu kewujudan homestay anda, bagaimana mereka nak membuat tempahan homestay anda?
 
Sekiranya bisnes homestay ini, anda jalankan menggunakan konsep one man show, iaitu andalah yang akan buat semua perkara, maka suka ataupun tidak, anda sendiri perlu belajar macam mana nak buat pemasaran yang berkesan.
 
Kerja-kerja pemasaran ini adalah merupakan kerja yang perlu dilakukan secara berterusan.
 
Jika anda rasa anda tak mampu, atau tak ada masa nak buat kerja pemasaran secara konsisten, maka dekat sini saya syorkan anda dapatkan pekerja untuk membantu anda melakukan kerja-kerja pemasaran, ataupun anda dapatkan khidmat dari individu yang boleh bantu anda buat kerja-kerja pemasaran secara freelance.
 
Biasanya kadar upah untuk dapatkan khidmat pekerja bebas (freelance) adalah lebih menjimatkan berbanding anda dapatkan pekerja sepenuh masa.
 
(4) Kewujudan dalam talian Pada hari ini, perniagaan kita bukan sahaja perlu wujud dalam bentuk fizikal, malahan ia juga perlu wujud dalam dunia digital.
 
Sekurang-kurangnya, apabila ada bakal tetamu yang memerlukan homestay, mereka tahu kewujudan homestay anda.
 
Jika bakal tetamu menggunakan laman web carian seperti Google, Yahoo atau Bing, setidak-tidaknya maklumat tentang homestay anda muncul dalam paparan carian mereka.
 
Kalau individu ini bakal pergi bercuti ke Kota Bharu, sudah tentu dia akan membuat carian di Google dengan keyword seperti
i. Homestay di Kota Bharu
ii. Homestay murah di Kota Bharu
iii. Homestay 4 bilik di Kota Bharu
iv. Homestay ada swimming pool di Kota Bharu
 
Anda telahpun mengetahui, apakah keyword yang bakal tetamu akan gunakan semasa mereka membuat carian di Google. Jadi, apa seterusnya yang anda patut lakukan?
 
Saranan saya, anda patut mula menghasilkan artikel promosi berdasarkan kata kunci yang saya senaraikan, dan siarkan artikel tersebut sama ada di blog atau di website milik anda.
 
Artikel promosi tersebut mungkin tak akan segera masuk ke halaman pertama Google, tapi ia lebih baik ada, daripada langsung tak wujud artikel sedemikian.
 
Apa yang saya sebutkan ini, kita namakan sebagai teknik pemasaran Search Engine Optimization atau SEO. Jika anda merasakan topik SEO ini agak rumit, saya syorkan anda outsource sahaja kerja-kerja pemasaran SEO ini kepada orang lain yang lebih berpengetahuan.

Selain daripada itu, jika bakal tetamu ini adalah terdiri daripada mereka yang suka menggunakan platform Online Travel Agent seperti
i. Agoda
ii. Booking.com
iii. Airbnb
 
Maka anda juga perlu pastikan, homestay anda turut tersenarai di laman-laman web tersebut.
 
Dewasa ini, tak pelik kalau setiap orang yang mempunyai smartphone, turut mempunyai applikasi tempahan hotel dan juga homestay sama ada Airbnb atau Agoda.
 
Mereka yang lebih selesa menggunakan dua platform ini, lazimnya tak akan lagi menggunakan Google untuk buat carian. Justeru, jika homestay anda tidak tersenarai di kedua-dua platform tersebut, anda mungkin akan terlepas banyak tempahan dari bakal pelanggan.
 
(5) Review negatif dari tetamu terdahulu Review yang positif boleh membuatkan bakal tetamu rasa lebih yakin untuk memilih homestay anda untuk percutian mereka.
 
Sebaliknya, review negatif boleh menyebabkan bakal tetamu rasa takut dan berbelah bahagi untuk menjadikan homestay anda sebagai pilihan pertama.
 
Justeru, jika homestay anda pernah ada review yang negatif, apa yang patut anda lakukan?
 
Kalau review negatif tersebut boleh dibuang, maka anda buang sahaja review tersebut.
 
Namun, jika platform dimana review negatif itu dipaparkan tidak membenarkan anda untuk delete review tersebut, apa yang patut anda lakukan adalah berikan respons kepada review tersebut.
 
Pada asasnya, untuk beri respons pada review negatif, anda perlu
i. Gunakan bahasa yang paling baik
ii. Minta maaf secara terbuka
iii. Akui kelemahan tersebut adalah pada anda
iv. Beritahu apa tindakan anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut
v. Beri jaminan bahawa insiden yang sama tak akan berlaku lagi
Baca juga: Cara untuk elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
 
(6) Tetamu kurang berpuas hati Homestay anda mungkin pernah beberapa kali menerima kehadiran tetamu.
 
Walaubagaimanapun, mereka ini mungkin sebenarnya kurang berpuas hati dengan kualiti penginapan yang anda berikan.
 
Tetamu seperti ini,
i. Biasanya tak akan beri review positif
ii. Tak akan berikan sebarang feedback
iii. Tak akan kembali sekali lagi untuk check in dimasa akan datang
iv. Tak akan mengesyorkan homestay anda kepada orang lain
 
Kalau tetamu tak berikan sebarang feedback, bukankah itu merupakan suatu perkara yang bagus?
Ya, bagus dari segi tidak memeningkan kepala anda.
 
Sebaliknya, dipihak pemilik homestay, mereka mungkin akan terlepas pandang hal-hal remeh yang membuatkan tetamu tak puas hati. Setidak-tidaknya, kalau tetamu berikan feedback, anda boleh tahu, dibahagian mana yang anda boleh perbaiki.
 
Kadang-kadang pemilik homestay ini, mereka sendiri tak pernah tinggal atau bermalam di homestay miliknya. Jadi, apa-apa perkara yang berlaku dalam homestay miliknya, dia tak akan perasan.
 
Pada pandangan saya, feedback dari tetamu yang pernah menginap ini sangat penting.
 
(7) Isu pada harga Pernahkah anda membuat perbandingan harga, antara homestay anda dengan lain-lain homestay yang beroperasi dikawasan berhampiran?
 
Sekiranya homestay anda adalah paling mahal, adakah anda boleh jelaskan, apakah yang membuatkan anda rasa harga tersebut adalah wajar?
Mungkin harga mahal yang anda letakkan itu sebenarnya adalah disebabkan oleh kemudahan yang anda sediakan.
 
Adakah anda patut jadi penyedia perkhidmatan yang menawarkan harga paling murah?
Ini suatu strategi yang agak bahaya.
 
Kalau anda tawarkan harga yang terlalu murah, hingga menyebabkan anda kerugian, saya kira itu bukanlah langkah yang baik.
 
Bab penentuan harga ini memang agak rumit.
Saya syorkan anda baca juga posting sebelum ini yang bertajuk strategi menetapkan harga sewaan yang kompetitif untuk bisnes homestay.
 
(8) Khidmat pelanggan Biasanya kita sebut dengan istilah customer service.
 
Oleh kerana saya sendiri sebelum ini pernah bekerja dalam bidang khidmat pelanggan, jadi saya boleh katakan ini merupakan bahagian yang cukup penting dalam mana-mana perniagaan, namun ianya kerap kali dipandang ringan.
 
Kita boleh tahu, sama ada perniagaan tersebut mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang cekap ataupun tidak berdasarkan kepada berapa lama masa yang diambil untuk mereka memberi respon terhadap email, whatsapp, atau mesej yang kita hantar kepada mereka.
 
Kadang-kadang pelanggan ini memang tak suka untuk tunggu lama.
 
Saya rasa, kalau perlu tunggu dalam 5 – 15 minit, itu masih lagi dikira munasabah. Tapi kalau anda boleh berikan respon dalam masa yang lebih cepat dari itu, lagi bagus sebenarnya.
 
Dalam masa menunggu ini, biasanya bakal pelanggan ini akan tanya peniaga lain juga. Siapa yang balas lebih cepat, dan mereka boleh berikan layanan dan tawaran yang terbaik, biasanya mereka itulah yang akan dipilih.
 
Kalau anda selalu kalah dalam permainan yang kita panggil sebagai “customer service” ini dengan pemilik bisnes lain, maka akhirnya yang rugi itu adalah anda.
 
(9) Kebersihan dan penyelenggaran yang kurang memuaskan Saya pernah ada pengalaman, menginap di sebuah homestay yang pada saya, kondisi dalam rumah tersebut langsung tak memuaskan.
 
Tapi memandangkan pada waktu tu, kami tak ada pilihan lain, dan telah melalui perjalanan yang agak jauh, maka kami diamkan sahaja.
 
Keadaan dalam bilik, agak berhabuk. Katil, cadar dan bantal memang nampak ada banyak debu-debu. Seolah-olah seperti dah agak lama tak ada orang datang menginap disitu.
 
Kemudian dekat bahagian dapur juga agak kotor.
Kalau dalam bilik air pula, kepala pili air tak boleh ditutup dengan rapat.
 
Waktu malam ada tikus masuk dalam rumah.
Mujurlah saya hanya menginap dihomestay tersebut hanya untuk satu malam sahaja.
 
Sudah tentu, saya tak akan datang lagi ke homestay tersebut, memandangkan keadaan homestay yang kurang memuaskan seperti itu.
 
Sepanjang menginap di homestay tersebut, ia buatkan saya terfikir beberapa perkara
Tuan rumah ini tak cek ke keadaan dalam rumah sebelum nak terima penyewa?
Tuan rumah tak tau ke homestay dia kotor?
Tuan rumah tak tau ke ada barang yang rosak dalam rumah?
Tuan rumah ini tak pernah baca ke bahan bacaan tentang bidang hospitaliti ini?
 
Ah… takkanlah dalam kepala dia, cuma nak buat duit semata-mata, tanpa ambil kisah keselesaan dan pengalaman tetamu yang bakal menginap nanti.
 
Sayang seribu kali sayang.
 
Kalau homestay milik beliau itu bagus, mungkin saya akan tulis review dan akan bantu promosikan homestay milik beliau secara percuma dalam blog saya.
 
(10) Isu perundangan dan kawal selia Kalau anda ikuti berita-berita semasa yang berkaitan dengan industri homestay, anda mungkin akan terbaca beberapa berita yang memberi gambaran seolah-olah bisnes homestay ini akan mula diperketatkan dan akan ada undang-undang khas berkaitan dengan bisnes ini.
 
Sebagai contoh berita dibawah ini.


Saya tak nafikan, yang sebenarnya bisnes homestay ini juga ada keburukkannya.
Baca juga: Keburukan bisnes homestay
 
Justeru, tak pelik kalau satu hari perniagaan ini akan mula dikawalselia dan akan ada undang-undang khas berkaitan perniagaan ini.
 
Persoalannya ialah, bagaimana kalau undang-undang baru itu nanti tidak memberi kelebihan kepada anda, sebaliknya lebih kepada memaksa anda untuk menghentikan perniagaan?
 
(11) Salah Urus Kewangan Pengurusan dan perancangan kewangan yang lemah juga boleh memberikan implikasi negatif terhadap bisnes homestay yang anda jalankan.
 
Untuk buat homestay yang cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, anda perlukan duit.
Untuk dapatkan duit yang mencukupi, anda perlu ada pelanggan.
 
Pelanggan hanya akan datang, jika homestay anda betul-betul cantik dan lengkap dengan kemudahan. Jika tidak, pelanggan akan pilih homestay milik pesaing.
 
Adakah wajar, untuk pemilik homestay mengambil risiko yang lebih besar, dan membuat pinjaman bank bagi tujuan menaik taraf homestay miliknya?
 
Jawapannya tak semudah ya ataupun tidak.
 
Sudah tentu, anda perlu lakukan kajian anda sendiri bagi menentukan kewajaran tindakan tersebut.
 
Bagaimana kalau selepas anda ambil loan, anda cantikkan rumah, namun tempahan tetap sama seperti dulu?
 
(12) Kemudahan dan kelengkapan yang ketinggalan zaman Faktor kemudahan dan kelengkapan yang anda sediakan untuk para tetamu yang bakal menginap juga boleh menjadi punca, kenapa homestay anda akan gagal menarik perhatian tetamu.
 
Saya berikan contoh paling mudah.
 
Pada pandangan anda, sistem penyaman udara tu penting ataupun tidak?
 
Mungkin ada yang akan kata, tak begitu penting memandangkan anda telahpun menyediakan kipas angin.
 
Kalau tanya pada saya pula, saya akan elakkan untuk menginap dihomestay yang hanya menyediakan kipas. Melainkan kalau homestay tersebut berada di tempat-tempat yang sejuk seperti di Kundasang atau di Cameron Highland.
 
Apa pula pandangan anda terhadap smart TV ataupun Android TV?
 
Perlukah anda sediakan kelengkapan ini di homestay milik anda?
 
(13) Terlalu bergantung kepada musim Adakah perniagaan homestay anda hanya menerima tetamu, pada musim-musim perayaan tertentu sahaja?
 
Misalnya ketika ada musim perayaan, ketika musim cuti sekolah dan sebagainya.
 
Kalau anda rasa ianya adalah sesuatu yang normal dan anda tak kisah dengan keadaan tersebut, maka ia mungkin tak menjadi satu masalah yang besar. Namun sebaliknya, jika homestay ini menyumbangkan pendapatan yang penting, maka dengan ketiadaan tetamu secara konsisten, ia boleh menyebabkan aliran kewangan anda akan terjejas.
 
(14) Persaingan yang terlalu sengit Apabila kita menjalankan bisnes homestay, siapakah sebenarnya pesaing kita?
 
Pesaing kita bukan terhad kepada pemilik homestay lain semata-mata. Malahan, mereka yang menjalankan perniagaan berasaskan tempat penginapan, adalah pesaing kita juga.
 
Pada sisi pandang yang lain, kita juga sebenarnya adalah pesaing bagi perniagaan yang mereka jalankan.
 
Persaingan itu memang lumrah dalam mana-mana jenis perniagaan.
 
Namun, kalau persaingan terlalu banyak, ia akan menjejaskan pendapatan kita.
Apa yang lebih memburukkan lagi keadaan apabila tawaran pesaing kita kebanyakkannya lebih hebat dan lebih bagus berbanding apa yang kita tawarkan.
 
Jika kita tak lakukan sesuatu, akhirnya kita akan jadi pilihan terakhir bakal tetamu.
Itupun, kalau kita ini masih lagi dijadikan pilihan.
 
Impak negatif dari kegagalan bisnes homestay Kegagalan perniagaan homestay berupaya untuk memberikan kesan domino, bukan sahaja kepada pemilik homestay, malahan kepada tetamu dan juga masyarakat setempat.
 
Kalau kita lihat dari aspek kewangan, kegagalan dari bisnes ini boleh menyebabkan kesan yang amat buruk, seperti kehilangan pelaburan, terjejasnya sumber pendapatan dan berpotensi untuk menyebabkan pemilik bisnes terjerat dengan masalah hutang.
 
Pada sisi yang lain, sebenarnya kewujudan homestay kita itu memberi nilai tambah kepada masyarakat sekeliling yang menjalankan perniagaan seperti kedai makan, dobi,  kedai serbaneka dan sebagainya.
 
Apabila terdapat tetamu yang menginap di homestay milik kita, mereka ini juga akan berbelanja dan menjalankan urusan transaksi dengan peniaga disekitarnya. Ini sekaligus dapat menyumbang kepada kegiatan ekonomi masyarakat setempat.
 
Tapi apabila homestay kita tutup, peniaga disekitar sudah tak lagi menerima bisnes dari para tetamu yang datang menginap di homestay milik kita.
 
Dari sudut para tetamu pula, mereka mungkin akan merasakan kelancaran perjalanan mereka sedikit terjejas apabila homestay yang mereka sukai, sudah tidak lagi beroperasi. Walaupun betul mereka boleh menginap di tempat lain, namun suasana dan perasaannya tak akan sama dengan menginap di homestay yang mereka sukai.
 
Kesimpulan Apa yang kita bincangkan dalam posting kali ini, adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan perniagaan homestay yang anda jalankan akan gagal.
 
Saya menulis posting ini, bukanlah dengan tujuan untuk melemahkan semangat anda atau berniat ingin menghasut anda supaya menutup perniagaan anda.
 
Sebaliknya, posting ini hanyalah sebagai peringatan agar anda lebih berhati-hati dalam menjalankan perniagaan. Jika ada tanda-tanda seperti yang saya senaraikan disini, ambillah langkah proaktif untuk baiki kedudukan anda.
 
Satu lagi yang ingin saya highlight disini, adakalanya sesebuah bisnes homestay itu akan benar-benar gagal apabila terdapat beberapa kombinasi daripada perkara yang kita bincangkan disini.
 
Kalau hanya ada satu point sahaja yang terdapat pada bisnes anda, biasanya ianya masih boleh ditangani.
 
Boleh jadi bisnes homestay anda ada kekurangan dari segi lokasi.
 
Namun kekurangan ini anda boleh tampung dengan tindakan proaktif seperti
i. Mempergiatkan usaha pemasaran
ii. Berikan pengalaman yang unik kepada bakal tetamu
 
Kalau hanya ada satu kekurangan, atau kelemahan, biasanya ia tak adalah akan terus menjurus kearah penutupan bisnes homestay. Melainkan kalau anda betul-betul tak dapat nak uruskan masalah tersebut.
 
Saya doakan semoga perniagaan anda terus berkembang dan berjalan dengan lancar.
 
Adakah anda mahukan bacaan tambahan berkaitan dengan bisnes homestay?
Jika ya, saya syorkan anda muat turun panduan ini.

Boleh muat turun menerusi pautan ini.
 
 
The post Punca kegagalan Bisnes Homestay appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/sebab-bisnes-homestay-gagal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Menjalankan Bisnes Homestay Yang Berjaya

Tips Menjalankan Bisnes Homestay Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 286 hits
Bisnes Homestay merupakan salah satu daripada cabang bisnes dalam bidang hartanah Trend pada hari ini menyaksikan bahawa permintaan terhadap perkhidmatan homestay semakin popular terutama di kawasan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan ...
Sakit Kepala Sebelah Kiri Punca Simptom Yang Perlu Anda Tahu

Sakit Kepala Sebelah Kiri Punca Simptom Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 214 hits
Adakah anda sedang alami sakit kepala sebelah kiri Dalam kebanyakan kes ia mungkin sakit kepala biasa Namun ia juga boleh menjadi tanda kepada penyakit yang lebih serius Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut Punca Sakit K...
Kempen Keras Pn Punca Timbul Perbuatan Ekstrem

Kempen Keras Pn Punca Timbul Perbuatan Ekstrem

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 317 hits
Beberapa elemen ekstremisme seperti ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri baru baru ini merupakan kesan daripada pendekatan kempen Perikatan Nasional yang keras terutamanya apabila berdepan dengan masyarakat berlainan kaum dan agama Pengeru...
6 Punca Sakit Kepala Sebelah Kanan Tips Untuk Tanganinya

6 Punca Sakit Kepala Sebelah Kanan Tips Untuk Tanganinya

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 298 hits
Adakah anda sering alami sakit kepala sebelah kanan Dalam kebanyakan kes ia boleh hilang sendiri dan ditangani dengan mudah Namun ia juga boleh menjadi simptom kepada beberapa masalah kesihatan Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan le...
Mentaliti Terkepung Manipulasi Agama Punca Kekalahan Di Kemaman

Mentaliti Terkepung Manipulasi Agama Punca Kekalahan Di Kemaman

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 213 hits
Kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman semalam biar pun telah diduga tetapi tidaklah ke tahap Pas memperolehi majoriti sebesar 37 000 undi Biar pun terdapat hujah Pas mengekalkan undi pada Pilihan Raya Umum ke 15 tetapi pengund...
Aku Izinkan Suami Aku Kahwin Lagi Satu Tapi Syarat Yang Aku Beri Jadi Punca Suami Dan Isteri Keduanya Bercerai

Aku Izinkan Suami Aku Kahwin Lagi Satu Tapi Syarat Yang Aku Beri Jadi Punca Suami Dan Isteri Keduanya Bercerai

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 289 hits
Siapalah saya nak halang suami kahwin lagi sebab saya tahu dia memang mampu Saya setuju pinangkan perempuan tu tapi sebelum tu saya bagi 6 syarat Gatal nak kahwin sangat perempuan tu setuju je tapi tak sampai 6 bulan tengok tengok suami dah...
Penyebab Kegagalan Tebus E Madani Rm100 E Wallet Adalah E Filing Lhdn

Penyebab Kegagalan Tebus E Madani Rm100 E Wallet Adalah E Filing Lhdn

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 444 hits
Sejujurnya penulis tidaklah begitu mengharapkan untuk mendapatkan RM100 dari eMadani yang akan dimasukkan ke dalam akaun eWallet yang terpilih Namun penulis cuba untuk mendapatkan rezeki yang sedikit dari wang yang kerajaan gunakan hasi dar...
Homestay Swimming Pool Batu Pahat The Cactus Private Pool Homestay

Homestay Swimming Pool Batu Pahat The Cactus Private Pool Homestay

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 205 hits
Homestay yang berkonsepkan Santorini di Batu Pahat lengkap dengan kolam renang dan kelengkapan berbarbeque Mimin yang duduk dekat Batu Pahat ni memang akui susah nak dapat homestay yang ada kolam renang Kalau ada memang laku keras kena buat...
Kenapa Bisnes Online Kurang Mendapat Sambutan

Kenapa Bisnes Online Kurang Mendapat Sambutan

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 420 hits
Dalam perkembangan bidang teknologi maklumat yang semakin rancak tarikan terhadap memulakan bisnes secara online dilihat semakin ketara Ini disebabkan sifat perniagaan secara online itu sendiri yang membolehkan pemainnya berurusan dengan pe...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay