Punca Gigi Rongak Pada Bayi Dan Kanak Kanak
Assalamualaikum & Hi Semua!
Gambar sekadar hiasan
Masalah gigi rongak pada bayi atau kanak-kanak pasti menjadi trauma buat ibu-ibu yang menginginkan anak bergigi cantik dan bersih. Masalah rongak sebenarnya bukan sahaja tidak menyelesakan, malahan turut menjejaskan kualiti hidup seorang budak. Terutamanya apabila ingin menggunakan gigi untuk mengunyah makanan dan makan dengan selesa. Lebih merunsingkan jika mereka mengalami sakit gigi sedari kecil lagi.
Oleh itu, ibu ayah sila ambil perhatian terhadap kebersihan mulut anak-anak anda sedari bayi lagi. Lagi cepat kita mencegah, lebih baik. Pelajari cara membersihkan mulut bayi dan kanak-kanak, amalkan selalu agar mereka terbiasa merasa mulut dibersihkan dan akan menjadikan ia amalan harian. Rawatan gigi dan perjumpaan dengan doktor gigi, seperti membuat sapuan florida pertama adalah sangat penting. Sentiasa peka dengan keadaan mulut bayi anda dan tarikh temujanji klinik gigi.
Sebelum itu, mari kita tengok terlebih dahulu. Apakah punca-punca utama gigi anak-anak anda mudah rosak? Dengan itu, kita akan dapat mengelakkan dari melakukan hal yang sama. Jom baca perkongsian dari sosial media Public Health Malaysia ini.
Punca Gigi Rongak Pada Bayi Dan Kanak-kanak
Sekiranya anak anda masih perlu botol susu untuk tidur, mungkin ini masanya untuk anda memikirkan strategi untuk memisahkannya.
KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila anak dibiarkan tidur dengan menghisap susu daripada botol susu. Sisa susu akan ditukar oleh bakteria mulut menjadi cecair yang berasid dan menyebabkan mineral gigi terhakis.
Cuba tukar susu ini kepada air kosong secara berperingkat dan galakkan mereka untuk minum menggunakan cawan selepas usia 6 bulan.
Selain itu, pastikan selepas minum susu atau makan biasakan rutin mengelap gigi, gusi dan lidah menggunakan kain lembab.
Kredit: Public Health Malaysia
Kredit banner image: Aeril Zafril
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nadhiewueen.blogspot.com/2021/06/punca-gigi-rongak-pada-bayi-dan-kanak.html