Punca Dan Cara Hilangkan Whitehead Vs Blackhead


Ramai orang terlalu obses nak hilangkan whitehead dan blackhead sebab rasa rimas betul ada biji-biji hitam dan putih kat kulit muka ya. Memang rasa geram bila tengok muka dekat cermin ada dua benda ni. Masalah whitehead dan blackhead ini tak pernah nak habis dari dulu. Siapa je tak nak clear skin macam ni kan


So untuk blog post kali ni korang akan dikongsikan dengan punca dan cara nak hilangkan whitehead dan blackhead. Tapi sebelum tu, kita kena tahu beza whitehead dan blackhead dulu sebab masih ramai yang belum tahu beza antara whitehead dan blackhead. 
Beza Whitehead dan BlackheadRamai orang selalu tersilap beza antara whitehead dan blackhead walaupun kalau tengok rupa dan warna je pun dah boleh tahu. Sebenarnya whitehead dan blackhead ini adalah dua perkara yang berbeza dan merupakan antara jenis-jenis jerawat yang biasa terjadi pada kulit kita

Apa Itu Whitehead?Whitehead adalah liang pori yang tersumbat yang biasanya disebabkan oleh sebum berlebihan yang bercampur dengan sel kulit mati terperangkap dalam folikel rambut (liang-liang pori) yang tertutup. 

Sebum tu terperangkap dan permukaan liang pori yang tertutup akan menghasilkan tanda putih. Kalau lama-lama dia terdedah juga akhirnya, whitehead tadi akan oxidized (bercampur dengan oksigen) dan bertukar jadi warna kekuningan, coklat, atau hitam

So kalau kita picit liang pori yang masih tertutup tu tadi, nanti akan ada krim lebih kurang warna putih macam tu keluar dari liang pori tadi and then terhasillah parut jerawat. 
Apa Itu Blackhead?Blackhead juga adalah liang pori yang tersumbat yang biasanya disebabkan oleh sebum berlebihan yang bercampur dengan sel kulit mati terperangkap dalam folikel rambut (liang-liang pori) yang terbuka

Kenapa dia warna hitam? Sebab bila  kotoran yang tersumbat dalam folikel rambut tadi terdedah kepada oksigen, oksigen akan mengubah kotoran minyak atau sebum tersebut menjadi warna hitam. Biasanya blackhead ni lagi banyak dan nampak jelas dekat bahagian hidung

Punca Whitehead dan BlackheadWhitehead dan blackhead ini umumnya berpunca daripada penghasilan minyak yang berlebihan oleh sebaceous gland (kilang minyak) yang ada pada kulit kita. Minyak berlebihan yang terhasil akan terkumpul dalam liang pori dan akhirnya tersumbat

Selain itu, hormon yang tidak stabil juga akan mengaktifkan sebaceous gland untuk menghasilkan lebih banyak minyak dan menyumbat liang-liang pori. Malah, penggunaan produk yang tidak sesuai juga boleh mengundang whitehead dan blackhead

Cara Hilangkan Whitehead dan BlackheadKalau nak tahu, whitehead dan blackhead berpotensi menjadi jerawat jika tidak dibersihkan. Sebab itu penting untuk kita tahu cara hilangkan whitehead dan blackhead untuk mengelakkan timbulnya jerawat

Please note yang kita memang tak boleh nak kecilkan liang pori sebab benda tu memang semula jadi tapi kita boleh bersihkan liang pori supaya tak ada whitehead dan blackhead yang visible. 
1. Clay MaskClay mask ni salah satu jenis facial mask untuk menyerap minyak dan sebum berlebihan dari kulit muka kita. Boleh pakai clay mask as weekly routine, jangan pakai setiap hari sebab takut kulit jadi terlebih kering

Kalau yang jenis dry skin, boleh fokus apply clay mask dekat certain area yang banyak whitehead dan blackhead je contohnya area hidung dan dagu. 
2. ScrubSelain clay mask, scrub muka beberapa kali dalam seminggu pun sangat membantu untuk hilangkan whitehead dan blackhead. Sebab bila kita scrub muka, dia akan sekaligus menanggalkan sel-sel kulit mati yang akhirnya boleh menyumbat liang pori

Tapi I lagi suka guna gentle cleansing powder sebab function dia dah sama je macam scrub CUMA tekstur dia lagi lembut compared to scrub and boleh guna daily so I dah tak perlu add-on scrub dalam weekly skincare routine

3. Double Cleansing MethodBagi sesiapa yang tak familiar, double cleansing method adalah cuci muka dengan menggunakan oil-based cleanser dulu sebelum cuci muka dengan normal (foam or gel) cleanser. 
Tujuan cuci muka dengan oil cleanser ni adalah untuk bersihkan kulit dari segala kotoran yang berasaskan minyak macam makeup, sunscreen, dan sebagainya termasuklah minyak berlebihan yang dikeluarkan oleh sebaceous gland kulit kita tadi

Lepas dah guna oil cleanser, baru cuci muka macam biasa guna our normal daily cleanser dan continue with the other skincare routine

4. Chemical ExfoliateUntuk blackhead terutamanya, kalau dah bertahun pakai clay mask, oil cleanser, atau scrub tapi masih tak hilang juga blackhead dari liang pori, boleh cuba chemical exfoliate seperti AHA dan BHA. 
Chemical exfoliator ni function dia untuk tanggalkan sel-sel kulit mati dan bersihkan kulit secara mendalam, tak kisah dari kulit muka atau  badan

5. Jangan Guna Pore Strips!Siapa je tak pernah guna ni tsk tsk. Walaupun pore strips ni memang boleh hilangkan whitehead dan blackhead, tapi result dia short term je. In long term, liang pori kita akan nampak lagi besar dan lebih visible sebenarnya dan kulit pun lama-lama boleh jadi rosak. 
Related QuestionsBawah ni ada some related questions yang sangat common orang akan tanya berkaitan whitehead dan blackhead

Boleh ke picit whitehead?
Yang ni I tak jumpa lagi the real answer sama ada boleh atau tak picit whitehead but for me, better avoid la dari picit whitehead dan biar dia pecah sendiri sebab kalau kita paksa dia keluar, bila benda tu pecah dia akan tinggalkan parut dan rosakkan kulit

Dah lah tangan tak berapa bersih dok picit-picit whitehead tu. Tambah rosak lah kulit weyyy

Sebaceous Filaments (SF) tu sama ke macam whitehead?

Sangat tak sama. Rupa dia lebih kurang je macam blackhead cuma dia tak warna hitam. SF ni features yang natural pada kulit muka kita untuk tolong keluarkan sebum ke permukaan kulit untuk tujuan melembapkan. Kalau nampak SF ni kat muka better biar je sebab it's a normal parts of our skin moisturizing process. Just make sure cuci muka macam biasa pagi dan malam

Kalau tempted juga nak picit keluarkan SF tu, suka hati lah. Cumanya nanti sama je pori tu akan dipenuhi sebum juga sebab kulit perlukan kelembapan semula jadi but worst case, bakteria akan merebak dekat skin area yang lain lepas korang picit and then timbullah another skin issues

Kalau guna mask vietnam yang viral tu untuk hilangkan whitehead dan blackhead boleh ke?
Noooooo babe. Benda ni sama je macam pore strips tu. Tak sayang kulit ke asyik ditarik-tarik guna pore strips tu? Skin barrier boleh rosak tau and even boleh pecahkan saluran darah dalam lapisan kulit korang yang akhirnya boleh menyebabkan spider veins (kerosakan salur darah)

Ye tahu mask vietnam tu memang viral and ramai orang pakai tapi korang tahu ke apa ingredients dia? Bau pun dah pelik. Kalau tak tau mask vietnam tu yang mana search la google. Berlambak orang jual. Satu botol seringgit pun ado haha

Kalau whitehead dan blackhead dah hilang, akan selamanya hilang ke?
Tidak. Penjagaan kulit ni actually basic hygiene yang sama macam kita kena gosok gigi, mandi setiap hari, shampoo rambut, dan sebagainya. Selagi ada kulit, selagi itulah perlu dibersihkan :)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.messarah.com/2021/01/punca-cara-hilangkan-whitehead-blackhead.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Kemerosotan Tulang Sendi Dan Otot Serta Cara Mencegah

Punca Kemerosotan Tulang Sendi Dan Otot Serta Cara Mencegah

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 456 hits
PUNCA KEMEROSOTAN TULANG SENDI DAN OTOT SERTA CARA MENCEGAH Menjelang tahun 2040 bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran semasa iaitu hanya 10 3 daripada jumlah pe...
Free Cara Hilangkan Background Gambar

Free Cara Hilangkan Background Gambar

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 502 hits
Korang nak gambar muka korang sahaja Ini cara hilangkan background gambar yang percuma dan paling mudah dan paling cepat Tak perlu langgan apa apa software atau bayar mana mana kawan korang yang buat servis edit gambar Ia nya 100 percuma 10...
Jenis Dan Cara Hilangkan Parut Jerawat

Jenis Dan Cara Hilangkan Parut Jerawat

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 1291 hits
Selalu stress setiap kali cuba nak hilangkan parut jerawat sebab susah betul nak hilang Tapi sebelum anda cuba bermacam cara nak hilangkan parut jerawat penting untuk anda kenal dahulu jenis jenis parut jerawat yang biasa terjadi pada kulit...
Cara Untuk Hilangkan Kesan Gelap Pada Bahagian Ketiak

Cara Untuk Hilangkan Kesan Gelap Pada Bahagian Ketiak

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 517 hits
Assalamualaikum wbt Ramai di kalangan wanita yang mengalami masalah kesan gelap pada bahagian intim dan ianya berlaku di bahagian ketiak celah peha dan belakang betis Bila ada kesan gelap seperti nie kita menjadi kurang berkeyakinan dan ber...
Cara Hilangkan Sifat Sombong

Cara Hilangkan Sifat Sombong

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 555 hits
Cara Hilangkan Sifat Sombong Sifat sombong adalah sifat yang harus dibuang dari dalam diri kita walau siapa pun kita dan setinggi mana pun kedudukan kita Usah sombong mendongak langit kerana satu masa nanti kita pun akan berada di bawah Ses...
15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 470 hits
15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi Parut satu igauan ngeri terutama bagi wanita Rasa macam satu kecacatan bila ada parut Parut di muka membuatkan seseorang rasa rendah diri Tapi jangan risau Ada petua dan cara untuk hilangkan p...
Cara Kj Menghina Itulah Menjadi Punca Sebenar Kenapa Umno Bn Kian Ditolak Rakyat Ketika Sebelum Pru14 Lalu

Cara Kj Menghina Itulah Menjadi Punca Sebenar Kenapa Umno Bn Kian Ditolak Rakyat Ketika Sebelum Pru14 Lalu

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 425 hits
KJ PATUT TAHU BEZAKAN ANTARA MENYINDIR DAN MERENDAH RENDAHKAN WALAUPUN MUNGKIN BENDA TIDAK PERNAH DIAJAR DI UNIVERSITI OXFORD Jenis suka dok label dok condemn under estimated orang memang cukup masalah patut la selama ni orang muda mudah sk...
Cara Alami Hilangkan Panau

Cara Alami Hilangkan Panau

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 339 hits
Assalamualaikum wbt Alamak ADA PANAU PULAK Mesti kita berasa kurang yakin dan malu jika wajah kita dicemari panau Antara punca panau yang singgah ke wajah kita adalah disebabkan Cuaca panasTak jaga kebersihanKuat berpeluhKurang zat makananK...
Cara Setup Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

Cara Setup Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 501 hits
Air fryer adalah alat memasak yang fungsi utamanya adalah menggoreng makanan TANPA MINYAK sehingga makanan anda lebih sihat dan bebas minyak Masa guna air fryer ada tak anda hadapi masalah macam ni Tak tahu cara setting air fryer suhu tempo...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco