Jenis Dan Cara Hilangkan Parut Jerawat


Selalu stress setiap kali cuba nak hilangkan parut jerawat sebab susah betul nak hilang! Tapi, sebelum anda cuba bermacam cara nak hilangkan parut jerawat, penting untuk anda kenal dahulu jenis-jenis parut jerawat yang biasa terjadi pada kulit kita. 
Parut jerawat biasa terjadi selepas proses penyembuhan jerawat. Bila kulit muka kita breakout, pori-pori akan mula membengkak dan akhirnya akan memberi kesan pada kulit. 
Sebab tu boleh timbulnya parut jerawat dan setiap orang mungkin akan mengalami pelbagai jenis parut jerawat yang berbeza seperti parut berlubang, hyperpigmentation, atau kesan bintik-bintik merah pada wajah setiap kali selepas fasa pertumbuhan jerawat

Tidak dinafikan, proses nak hilangkan parut jerawat bukannya mudah dan akan mengambil sedikit masa bergantung kepada jenis parut jerawat yang dialami. 
Oleh itu, penting untuk kita kenal dan tahu bagaimana setiap jenis parut jerawat itu terbentuk supaya kita jadi lebih tahu cara hilangkan parut jerawat tersebut dengan kaedah yang lebih sesuai dan efektif

BAGAIMANA PARUT JERAWAT TERBENTUK?Sebelum kita pergi ke cara hilangkan parut jerawat, kita perlu tahu tentang bagaimana jerawat boleh terjadi dan proses penyembuhannya. 
Jerawat biasa terjadi melalui pori yang tersumbat. Ia bermula apabila sel kulit mati dan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit muka mula terkumpul di dalam liang-liang pori
Clogged pores atau pori tersumbat akan menyebabkan timbulnya whiteheads atau blackheads. Keadaan dalam pori sendiri tersebut akan menarik perhatian bakteria untuk membiak dan menyebabkan keradangan (inflamasi) pada lapisan kedua kulit iaitu dermis. 
Hasilnya? Jerawat pun muncul

Bila jerawat mula terhasil, kulit akan terus mengalami keradangan sehingga liang pori pecah. Kesannya, kulit akan semakin rosak dan akhirnya akan meninggalkan kesan parut. 
JENIS - JENIS PARUT JERAWAT & CARA HILANGKAN PARUT JERAWATKenapa parut jerawat pun ada banyak jenis? Ini terjadi kerana setiap jerawat mempunyai proses penyembuhan yang berbeza di bawah lapisan kulit. Umum yang perlu kita kenali, terdapat lima (5) jenis parut jerawat yang sering terjadi. 
1 - Parut HyperpigmentasiParut hyperpigmentasi merupakan sejenis tompok hitam atau merah yang ditinggalkan pada kulit selepas proses penyembuhan jerawat berlaku. Parut hyperpigmentasi ni ada dua jenis iaitu Post-Inflammatory Erythema (PIE) dan juga Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)

Pic from babeanbeauty.comPIE - Parut Jerawat Merah
Parut jerawat merah yang juga dikenali sebagai Post Inflammatory Erythema (PIE) disebabkan oleh salur darah yang membengkak akibat rangsangan inflamasi. 
Badan akan mengarahkan darah untuk pergi ke tempat yang mengalami keradangan. Sebab itu boleh wujudnya tompok-tompok merah pada kulit muka. Jenis parut jerawat ini berkait dengan salur darah dalam kulit kita yang membengkak. 
Jadi, cara nak hilangkan parut jerawat merah ni adalah dengan menggunakan produk skincare atau supplemen yang ada bahan yang boleh menguatkan salur darah seperti Vitamin B (Niacinamide), Vitamin A, dan Omega 3.
PIH - Parut Jerawat Hitam dan GelapParut gelap dan hitam, juga dikenali sebagai Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) terjadi apabila badan menghasilkan melanin yang berlebihan. Melanin ialah pigmen yang memberi kesan warna pada kulit. Melanin akan bertambah apabila inflamasi berlaku

Parut jerawat ni biasa terjadi sebab kulit sentiasa terdedah dengan cahaya matari. Ada juga orang memanggil jenis parut jerawat ini sebagai jeragat. 
Cara nak hilangkan parut jerawat jenis ini adalah dengan exfoliate kulit kita menggunakan BHA, memakai sunscreen apabila keluar dari rumah, dan menggunakan produk skincare yang mengandungi retinol atau Vitamin C.
Pic from babeanbeauty.com2 - Parut IcepickParut icepick atau dalam bahasa mudahnya parut berlubang yang macam kena cucuk jarum. Parut ini boleh tembus sehingga ke lapisan kulit yang kedua iaitu dermis. 
Ia terjadi apabila jerawat timbul hingga ke permukaan kulit. Apabila jerawat sembuh, pori akan menjadi kosong dan meninggalkan parut berlubang. 
Cara yang terbaik untuk hilangkan parut jerawat berlubang ini adalah dengan menggunakan chemical peel, melakukan rawatan punch incision atau melakukan laser terhadap kulit.
3 - Parut Boxcar Parut Boxcar juga sejenis parut berlubang, cuma bentuknya lebih berlekuk seperti kotak. Lubang parut ini lebih besar berbanding parut ice pick. 
Bentuknya yang berlubang dan berlekuk ini disebabkan oleh kulit kehilangan tisu akibat inflamasi yang menghancurkan kolagen semulajadi kulit. Semakin banyak tisu hilang, semakin teruk keadaan parut boxcar ini. 
Untuk hilangkan parut jerawat boxcar, anda boleh lakukan laser treatment, punch excision atau pun menggunakan fillers yang boleh mengisi ruang kosong parut tersebut.
4 - Parut Rolling Parut Rolling nampak seakan-akan berombak. Ia terjadi apabila jerawat mengalami keradangan dalam tempoh yang lama. Kebiasaannya orang yang lebih berumur lebih senang mendapat parut jerawat jenis ini kerana waktu itu kulit makin hilang keanjalan dan kurang menegang. 
Cara paling berkesan untuk hilangkan parut jerawat rolling ini adalah dengan melakukan laser treatment berulang kali.
5 - Parut Keloid Parut Keloid kelihatan seperti kulit yang timbul atau benjolan. Ini disebabkan oleh badan menghasilkan tisu yang berlebihan secara tidak sengaja apabila merawat kesan inflamasi. 
Cara nak hilangkan parut jerawat jenis keloid ini adalah dengan menggunakan produk skincare yang mengandungi retinol namun ia juga boleh dibuang melalui pembedahan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.messarah.com/2021/01/jenis-dan-cara-hilangkan-parut-jerawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 470 hits
15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi Parut satu igauan ngeri terutama bagi wanita Rasa macam satu kecacatan bila ada parut Parut di muka membuatkan seseorang rasa rendah diri Tapi jangan risau Ada petua dan cara untuk hilangkan p...
Cara Untuk Hilangkan Kesan Gelap Pada Bahagian Ketiak

Cara Untuk Hilangkan Kesan Gelap Pada Bahagian Ketiak

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 516 hits
Assalamualaikum wbt Ramai di kalangan wanita yang mengalami masalah kesan gelap pada bahagian intim dan ianya berlaku di bahagian ketiak celah peha dan belakang betis Bila ada kesan gelap seperti nie kita menjadi kurang berkeyakinan dan ber...
Cara Setup Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

Cara Setup Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 501 hits
Air fryer adalah alat memasak yang fungsi utamanya adalah menggoreng makanan TANPA MINYAK sehingga makanan anda lebih sihat dan bebas minyak Masa guna air fryer ada tak anda hadapi masalah macam ni Tak tahu cara setting air fryer suhu tempo...
Kenali Jenis Jenis Dan Cara Merawat Penyakit Ikan Betta

Kenali Jenis Jenis Dan Cara Merawat Penyakit Ikan Betta

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 788 hits
Penyakit Ikan Laga Betta Ikan betta tidak kira ikan laga liar atau moden semakin meningkat permintaan Maka semakin tinggi harganya Jenis dan Rawatan Penyakit Ikan BettaPenjagaan ikan betta bukan sekadar kepada pemberian makanan dan memberik...
Cara Mudah Dan Manjur Hilangkan Daki Yang Membandel

Cara Mudah Dan Manjur Hilangkan Daki Yang Membandel

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 354 hits
Sumber arbamediaDaki yang sering kali muncul pada lutut siku maupun ketiak membuat keindahan kulit Anda bisa terganggu Bahkan banyak orang kesulitan untuk membersihkan daki yang sudah menebal pada kulit tubuh Jika kebetulan kulit Anda terda...
Cara Alami Hilangkan Panau

Cara Alami Hilangkan Panau

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 339 hits
Assalamualaikum wbt Alamak ADA PANAU PULAK Mesti kita berasa kurang yakin dan malu jika wajah kita dicemari panau Antara punca panau yang singgah ke wajah kita adalah disebabkan Cuaca panasTak jaga kebersihanKuat berpeluhKurang zat makananK...
Punca Dan Cara Hilangkan Whitehead Vs Blackhead

Punca Dan Cara Hilangkan Whitehead Vs Blackhead

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 1156 hits
Ramai orang terlalu obses nak hilangkan whitehead dan blackhead sebab rasa rimas betul ada biji biji hitam dan putih kat kulit muka ya Memang rasa geram bila tengok muka dekat cermin ada dua benda ni Masalah whitehead dan blackhead ini tak ...
Begini Cara Cepat Dan Praktis Hilangkan Kantung Mata Yang Membandel

Begini Cara Cepat Dan Praktis Hilangkan Kantung Mata Yang Membandel

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 230 hits
Sumber stylishwalksTerdapatnya kulit yang semakin menghitam tepat di bawah atau sekitar mata sering kali menjadi masalah yang runyam di kalangan remaja Berbagai penerapan trik mungkin sudah mereka lakukan tapi tak kunjung memberikan hasil y...
Petua Hilangkan Jerawat

Petua Hilangkan Jerawat

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum haiii nak share sikit petua untuk kecantikan wajah setiap orang mestilah nak kelihatan cantik wajah yang berseri2 n tanpa sebarang cela gitu selalunya masalah yang paling kita nk elakkan adalah masalah jerawat betol x kadang...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco